Visitor

17.9.09

RAYA SELAMAT!

2 hari lagi mau raya!

arini kt opis pn terang sedikit demi sedikit.ramai dh nak balik kampung,ade yg sibuk lagi kat site,ade yg kat opis lagi (byk lagi korum dan forum).aku plak masih setia dgn pc yg tercinta ni (kalau dia tau aku dah curang dgn laptop kt umah mesti dia mrajuk)..

aku ade tujuan nk berblog di sini.

esok mungkin dh xdek masa nk membebel sbb esok dh timing jap je nk masuk opis,nk bersalam2an dan bermaafan,nak hulur duit raya kat anak2 staff yang berkaitan..ikut suke la ape ko nk buat janji smpi tengah hari,CONFIRM kena balik sbb dh nk balik kampung..HOWYEA!!



maka dengan ini,aku Hasnidar Jaafar aka dD nk cakap kt korg:


1. Mintak maaf di atas segala salah silap yang telah berlangsung secara sekelip mata kat korg.korg tau kan,aku ni mmg suke cakap banyak,cakap lepas,cakap wat org sakit hati,cakap suke hati,cakap suka2 tp buat org trasa hati,..dan sangat2 aku mintak maaf dengan segala yang berkaitan kata2.


2. Mintak maaf dengan segala salah laku,perilaku tak bersopan,perilaku lagak manja tapi tak menjadi,salah langkah terlanggar korg (body contact terlebih),tu seme tak sengaja.kalau tertampar tu pn mmg tak sengaja..tau jela kan aku ni bercakap tangan kaki seme sama laju dgn mulut


3. Mintak halal segala makan minum mana aku teramik,termengecek lebih,terbagi kt korg ..seme tu adalah atas dasar kita sangat rapat dan aku pikir tak salah kita berkongsi kan?


4. Dan ape yang pasti,Syawal yang bakal menjelang ni.aku menjemput sahabat2 yang masih dalam ingatan aku datang le beraya ke rumah.Dan pastikan inform awal2 bagi mengelakkan traffic sama ada dari segi jalan,parking atau janji dengan aku sndiri.


5. (Ayat basic ni..)


   SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
   MAAF ZAHIR & BATIN


   Dari : dDhAsNidAr n KELUARGA


16.9.09

tetibe je..

Tak Mungkin Kerana Sayang by:Alyah


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Korus)

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Ulang korus)



kenape aku tetibe je?
psl bebaru ni seseorg yg dh lama ilang dlm idop aku kembali menerobos minda dan jiwa aku.kembalinya dia sementara hanya utk mengucapkan maaf dan jutaan rasa bersalah di atas kesalahannya suatu masa dulu.walaupun keterlukaan rasa hati aku ni ttp ade,tapi sebenarnya aku dah lama maafkan dia.jodoh kami tak panjang..
 
 
aku tujukan lagu ni khas untuk dia.
pada aku; CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU.
dan aku sangat gembira dengan kehidupan aku sekarang bersama hubby yang sgt aku sayang buat selamanya..

15.9.09

Kek batik jawa aka kek biskut meri

Atas permintaan sahabat aku supaya aku post the Secret Recipe bagi juadah yang dinamakan seperti di atas, aku dgn bangganya sekali lagi nk letak recipenya dalam ni.


*untuk pengetahuan,biskut meri dia atas xde kena mengena dgn auntie meri atau makcik mariam ye..sekian,mekaseyy! :)







Bahan

5 bijik telur

1 tin susu pekat manis

1 sudu teh isin vanilla

3 - 4 sudu besar Milo

Serbuk Koko (pilihan aku Van Houten)

Coklat Emulco (ada jual di supermarket / hypermarket / kedai jual brg kek). Kuantiti terpulang pada korang. Janji sesedap rasa, bukan sesedap ati..ok?

1/2 drp 250g buttercup

1 paket biskut marie @  biskut tiger marie



Method

So, nak buat dia senang sangat sangat.

Step A

Biskut boleh la dipatah-patahkan dulu kepada dua bahagian. Bukan apa, senang untuk uruskan masa masak nanti. Ketepikan dulu biskut tu

Step B

  1. Sediakan bekas untuk buatkan adunan bahagian 
  2. Pecahkan telur dan pukul hingga kembang dalam bekas tadi
  3. Masukkan susu setin dan kacau sampai letih
  4. Masukkan esen vanilla
  5. Agak agak dah sebati, tambahkan milo, serbuk koko & last skali coklat emulco. 
  6. Jangan takut tau klu tengok adunan tu berketul ketul. Korang teruskan je kacau tanpa putus asa sampailah adunan tersebut sebati. ok fine. sebenarnya lebih senang kalau korang ada mixer takpun guna je blender.
  7. Tinggalkan dulu seketika hasil bancuhan tadi
Step C
  1. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 drp 250g buttercup sehingga cair
  2. Masukkan bancuhan coklat yg kita buat tadi (step B). Kacau sampai agak agak dah nak pekat,
  3. Masukkan plak biskut yang dah dipatah-patahkan tadi (Step A)
  4. Kacau biar sampai sebati betul, biar bancuhan tadi serap masuk betul ke dalam biskut
  5. Sediakan bekas / loyang yang korang dah sapu majerin sket
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan padatkan adunan untuk mampatkan lagi bagi padu kebabom
  7. Letak dlm peti ais dan biarkan semalaman.
  8. Esoknya korang dah boleh siap potong & makan..makan sejuk, memang aummm!



selamat mencuba ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...