Visitor

25.1.10

Fatwa rokok haram di Pahang

kelmarin,sedang makan malam jam 8 kat kedai makan aka Kantin JKR Batu 1,Jerantut..
customer2 sekalian yg sedang syok melantak ni tibe2 dikejutkan dgn satu berita sensasi dari pembaca berita Buletin Utama
"Fatwa Rokok Haram Di Pahang".

haih,automatik masing2 start berhujah & berdebat.
riuh jugak la hubby & friends berbunyi time tuh..
biasa laa..perokok tegar,seboleh2nya nk menolak fatwa tu.
macam2 pendapat, macam2 suara
malas aku nk layankan.yela,aku bukan hisap rokok pun (ehh,pengakuan ikhlas ke ape ni?)
kira aku dengarkan je la ..dan sambil2 buat spekulasi sendiri
(nanti berbunyi kata aku sibuk plak!)

ada yg kata "rokok tu makruh je laa.." - dh tu xleh nk kurangkan ke?
"yg haram tu kalo memabukkan je laa" - kalo isap 8kotak sehari xmabuk ke?
"kalo rokok haram,shisha lagi la kena haramkan jugakk.." - haih,bukan ke sama je kejenya?isap sedut tiup isap sedut tiup..
hishh..byk lagi la hujah2 yg dikeluarkan..

 



 tp yg aku dapat tangkap satu menda yg sgt positif dr diorg..
err,actually ni pendapat husband aku sndri..
"kalo nak haramkan.nape kerajaan jual lagi?"

yg ni pendapat bernas.
pd aku,nape masih dijual lagi rokok2 tu,padahal kita dah tau..menda tu merbahaya pada kesihatan.
pastu,kerajaan hanya tau wat label kt rokok je.
diorg tepek plak gambar2 ngeri & sadis..
cth gambar kaki buruk,janin rosak,mcm2 lg la yg pada kononnya akan mengerikan perokok2 tegar ni tapi malang skali,gambar2 yg ditepek2 pada rokok tu cuma sekadar jadi hiasan,jadi bahan gurau.
cth : "bang,dunhill 14 satu.bg yg cap budak yek..haha"
ok..ok.lawak sangat la tu..

pastu rasanya dh kerap kali buat kempen.
Hari Tembakau, Hari Katakan Tidak Pada Rokok..
what for?
aku rasa masih sama je status perokok tegar ni..

harga naik pun.
haih,aku rasa masing2 xkisah pun.
ada yg positif,berenti rokok..bagus sgt la tu.mmg aku suka.
tp ada plak yg langsung tak amik peduli.katanya,
"tengah malam rokok habis,kalo RM50 sekotak pn kawan snggup beli!"
okeh,mmg tahap kaya sgt la tu.

jadi ape lagi yg patut kerajaan lakukan?
jangan tanya aku,aku keje kerajaan tp bukan bahagian rokok.
xnk la aku keje bahagian tu.
rela aku jd desperate housewife..dok umah 24/7.

ok.pada aku la,pendapat sorang pempuan yg TAK PERNAH merokok
(hoh,sudah2 la tunjuk kesucian mulut ko tu)..
haramkan penanaman tembakau.
cukup la.kerajaan pn,bakar je kilang tembakau,kilang rokok..
yg patut kita haramkan adalah :
HARAMKAN PEMBINAAN KILANG ROKOK.
abis citer..
hahahaha..

tp ape yg penting, (bukan kerjasama..benci dh aku asek dgr gitu je)
pada aku,
jgn suka sgt salahkan kerajaan; sebenarnya.
sebenarnya,salahkan diri sendiri.
dah tau keluar fatwa baru ni,jangan beli.itu yg terbaik.
dan jgn salahkan org lain,tp cuba perbaiki diri sendiri..
fikir positif.
kalo rasa badan akan gemuk biler berenti rokok (sbb bila xmerokok ni kejenya nk makan je),
biarkan.
sekurang2nya anda masih boleh menjalani kehidupan dengan beriadah.
kan lebih sihat tu.

paling penting jugak; bile xbeli rokok,duit banyakkkk sgt save.
at least bleh gak belikan susu anak,diapers,baju anak..
baju bini pn uol bleh belikan..hahakss!

dh la,jgn pening2 dgn fatwa terbaru ni.
berenti je,hati pun senang.
badan pn sihat.
(^_^)v
peace!!

notakukukaki : pada hubbyku yg tersayang, syg support abg utk kurangkan merokok.
bukan bagus pn..xmenyihatkan.lg bagus kalo abg dpt berenti cepat,kitorg ni dh xdaya nk sedut asap..huhu.
(fakta : org yg sedut asap rokok ni lagi bahaya nyawanya dr org yg hisap rokok.sayangi keluarga anda,ingatlah org tersayang..)




::dush!::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...