Visitor

17.6.10

aku dan tugas tugas berat mata memandang

sape kata keje gomen ni keje goyang kaki?
sape cakap gitu memang nk kena penampar jepun orang jepun.aku orang melayu pandai makan pulut panggang je =) ok.mungkin sbb pagi tadi aku makan kuih ni.tu yang merapu kuasa dua.

kat opis aku sekarang masing-masing bz bee.banyak giler aktiviti musim ni.
selain dari opis kena mulakan sistem 5S (ini sistem datang dari negara jepun - oraitt,jepun lagi).segala gala kat opis kena tagged.ingatkan kat facebook ngan blog je ada tag tag ni.rupanya kat opis pun ada.tempat letak pensil pun kena tagged 'pensil'.lampu, almari, meja, pc, printer, suis lampu, cpu, speaker, telefon, kerusi, meja, tiang *ok..cukup cukup* semua nak kena tagged seolah-olah orang yang datang taktau semua menda tu dipanggil ngan nama lampu, almari, meja, pc, printer, suis lampu, cpu, speaker, telefon, kerusi, meja, tiang *ok..cukup cukup lagi*

tak cukup ngan sistem baru, kami geng geng teknikal plak wajib join group KIK (dulu dikenali sebagai KMK).apemenda KIK tu?
itu adalah shortform utk Kumpulan Inovasi Dan Kreatif.yang ni plak bertujuan utk buat group dan create satu kaedah baru yang bleh bantu melaksanakan tugas bahagian teknikal dengan lebih mudah.contoh opis ktorg ni, ktorang mencipta satu alatan untuk membina longkang V type 2.apemenda tu?
hah,xpayah la korang tau.ni semua kena masuk bertanding.aku takut nanti ada orang tiru..bahaya!~*Urusan Kerajaan*

aku sbg setiausaha yang comel comel ni kena la siapkan paperwork & minit mesyuarat.everyweek kena buat group meeting.baru baru ni,atas permintaan encek hubby (ehh..korang taktau ek dia pun satu opis ngan aku?..hekhek.dia pn kena masuk group jugak)..dia suruh testing alat yg ktorang create tu kat tapak.maka ari esoknya yakni bersamaan minggu lepas,kitorg pun beramai ramai mencari longkang yang seswai bagu tujuan temuramah testing.ahah..malas nk cakap banyak.ni la antara foto foto yang diambil.dan dalam gambar ni korang akan perasaan beberapa perkara penting. sebelum tu, sila jamu mata.

encek encek sekalian sibuk. puan puan lak main main

puan puan yang jadi tukang tengok pemerhati

masih lagi dengan tugas masing masing

sila tekun ye ;)

sempat lagi mengumpat dengan hebatnya

ehh..siap bergambar utk kaver album lagi

pose sebelum balik

ok.perkara perkara yang aku nak sampaikan :

1. encek hubby xdek dalam gambar sebab dia gi kuantan.
(dia yang request,dia yang takdek.baguss)
2. perasan tak?..aku sekadar jadi pemeriah gambar je.hahah.
siap pandang kamera setiap kali kamera menghala ke diri ini.
hahah.sah camera junkies!

dush!

16.6.10

pronunciation yang sangat mendebarkan

copy paste dari citer yang jadi koleksi dalam kotak mail aku.stakat untuk berkongsi citer nih..

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.
Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak gua hilang la..” - Apan berbisik perlahan.

Gua punya la terperanjat! “Mak lu hilang?, bila hilang?” - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tak jumpa”.

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

“Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:

“Dalam sinki pantri.”

Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.

...*^~)^@&*&##^%$#$%$#........!!!

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam! Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara





notakukukaki : jangankan penulis citer asal, aku pn bleh pecahkan satu opis kalo dapat berita gempak camni pagi pagi hari!
len kali nak berspeaking biar cakap terang2..kalau tak reti,tolong berbahasa melayu! cakap je CAWAN!

14.6.10

rifdi #7 : penangan air tangan ibu

entry title memang xbleh blahhh!!..hahah

lama betul aku berpencen di dapur.tapi semalam setelah lama tak memasak makanan heavy, aku pn mencemar duli menggoreng mee utk dinner kami tiga beranak.
nak makan pn kna tunggu half-time *kan musim world cup skarang nih*.encek ejang mana bleh miss any part kalau ada game nih..so,time makan mmg best.nak nak kalo tengok rifdi makan.sampai kena tanggal baju.
hihih ;)



*gambar memang tak cun sebab pakai henpon cam yg 2MP jer*

tengok,makan sampai gigit garpu.pnya la sedap masakan ibu ni.muahaha!
anak ngan abah sama je.kalau makan makanan ibu masak,memang makan bertambah tambah.
ohh..kesian plak rasa.rasa bersalah tau sebab jarang dapat memasak ni..hukhuk
padahal buat mi goreng biasa je.cuma biasa la,menu i ni spesel.ada udang,ayam,tauhu,tauge,fishball..& semestinya disaluti dengan telur.huh..sebungkus mee ni kitorg 3 branak je bleh settle. =)

dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...