Visitor

20.8.10

rifdi #11 : kantoi tak puasa!



opsss!
kantoi makan la plakk.
ngehngehngeh


dush!

19.8.10

8 Ramadhan

semalam menu berbuka adalah paling simple.

8 Ramadhan

Menu :
1. Nasik putih (memang menu wajib ohh..)
2. Ikan kerisi sumbat (sumbat lada la wehh)
3. Ayam goreng
4. Kobis masak kicap
5. Kuih karipap 6 ketul RM2
6. Air Soya Yeo's + cincau Yeo's
7. Tauhu fa
8. Bubur lambuk

haih??..kata simple?
tak..sebenarnya yg item 7 & 8 tu makan pas kol 10.hehe.
item 1-4 tu plak menu utamanya..tu pn masak sndiri.boring le asek kedai je.

gambar memang takdek.sebab malas nak memotoshoot time dh ketar lutut nk berbuka.giler laparnya semalam.yang ada cuma gambar budak comot ni makan tauhu fa.dia berebut ngan abah dia.





okeh.okeh.
dush!

18.8.10

i am a Muslim

*i got it from my inbox.
just for sharing with u peeps!










I AM A  MUSLIM AND I AM NOT TERRORIST.
WHATEVER IT IS, IT IS THE TRUTH
dush!

17.8.10

4 - 5 - 6 Ramadhan

haii..kita bertemu lagi dalam rancangannn...
"upacara makan berbuka.."

ye.macam takdek entry lain nak buat selain dari tunjuk menunjuk gambar menu berbuka puasa.selain dari niat nak menunjuk diri ini rajin memasak tanggal 4 Ramadhan lalu, aku turut berniat nak melelehkan air liur pembaca blog ini ye.betapa jahatnya niat suci ini =:p (imej setan bertanduk)

baiklah.untuk tidak membuang masa,mari kita review..menu apakah cik mek molek ni sediakan.

4 Ramadhan

Menu:
1. Kuih pembuka selera : tauhu sumbat
2. Nasik ayam
3. Air : sunquick

ehh..itu je?bunyi macam masak berbelas lauk terhidang di atas meja.
kalau begitu, teruskan lagi usaha anda untuk tengok gambar gambar di bawah.

sila scroll ke bawah.kalau mouse takdek scroll,tekan je arrow ke bawah kat keyboard tu.kalau keyboard takdek,klik je pada arrow kat tepi sidebar belah kanan tu.kalau takdek jugakk..hah! lu pikir la sendiriii!!!


bukti sedang menggoreng tauhu dan merebus ayam

tauhu sumbat sudah siap

ayam dan ulam juga sudah siap.
turut menyusul adalah sambal dan kicap

tadaaaa..
hasil memerap kat dapur selama sejam setengah


5 Ramadhan

disebabkan faktor elektrik takdok kat umah,air batu mencair,lauk pn sadisss je..
so,kami tapau jela kat bazaar Ramadhan.

Menu :
1. Nasik (of coz la.mentanak pakai periuk dapur gas.terasa macam zaman purba)
2. Ikan paeh patin (sape taktau??..ikan patin ni bakar dengan tempoyak dalam daun kunyit & daun pisang.pehhh..rasa nak balik jilat bungkus paeh tu)
3. Rebung masak lomak (den tak makan.jang yo yg makan.peberet dio tuh)
4. Tempe goreng paru
5. Kuih muih (wajib kena ada sebab aku tak pandai terkam nasik teruss kalau berbuka)
6. Air kelapa muda sebanyak 2 bungkus.

6 Ramadhan

ejang malas nak cakap banyak.terus dia memandu ke bazaar Ramadhan.
maka menu berbuka aritu adalah :

Menu :
1. Sup daging + perut
2. Sotong goreng pedas + peria
3. Ayam percik 3 ketul
4. Kuih muih
5. nasik putih (balik umah masak laaa)
6. air bandung (wife terliurkan air bandung.maka hasben buatkan.tengok kat bazaar seme kaler pucat lesi *kata hasben)

maka, itulah menu saya untuk 3 arini.arini pnya menu tak pikir lagi.rasa macam nak goreng kuey tiow je.kuey tiow saya sangat sedap.pagi tadi dah goreng masa sahur. :)
so,terasa macam nak makan lagi sebab pagi tadi masak sikit.masak banyak nak buat ape.membazir.so,bila masak sikit..kuantiti adalah sikit dan kena bahagi dua ngan encek ejang la kan?..kita utamakan hasben jadi..kuantiti yang masuk perut saya adalah sikit.maka,saya rasa saya nak makan banyak banyak malam ni.
*ohh..lupe,esok kena buat BSP.kena makan ikut sukatan la plak arini.cistt..

okey semua penontonnn.cukup sampai di sini ye.semoga kita berjumpa lagi di hari lain,waktu lain tapi di tempat yang sama akan datang.babaiiiiiiii....*tangan lambai ala ala paknil

notakukukaki :
1. penulis sedang tekanan dengan kerja.harap maklum.
2. juadah di bazaar Ramadhan dibeli hanya dengan mereka yang dipercayai sahaja iaitu dalam erti kata lain, gerai di mana kedai yang biasa jadi port tempat makan harian SAHAJA.
3. ...ngantuk tau.masih tak cukup tidur.nanti kulit tak cantik mula jadi susah ati. cehh* 

dush!

16.8.10

entry menunjuk makanan

perut baru sihat.tu pn ada lagi sisa sisa mau memulas tapi tak jadi.
err..takut plak terconfuse dengan memulas mau bersalin.huh. (--")
*sape taktau tolong baca entry ni sampai ke akhir ye*

ehh..silap topik.aku bukan nak citer pasal kepulasan di perut,tapi nak bukak citer pasal menu berbuka pose.taknak cakap taip panjang panjang..stakat nak menunjuk je ye.

29 Syaaban.
*Sehari sebelum 1 Ramadhan

kami 3 branak perabihkan stok durian.melampau banyaknya kt umah wohh..

ehh..amik gambar sendiri ye :)

;pp sebokkk

abah mengajar anaknya makan durian
*sila abaikan latar belakang dapur umah ai ye :)

abah tipu.kata bagi seme makan.
last last dia sorang je yang makan

tengok.sampai berlunjur kaki.
huh :,(

1 Ramadhan

first day yang flat.encek ejang kena gi kuantan.
so,aku yang tak larat ni hanya mampu suruh dia tapau lauk je.
aku kat umah just masak nasik ngan rebus kerang.
sesampai encek ejang ke rumah..ehh..ehhh..*sambil buat muka gedik*
"abang...bestnya,timekasehhh"..sambil lari lari anak kucin tompok bawak masuk sekotak donat Big Apple.
sampai terlupa nak angkut barang barang lain..heheh maafkan saya kerana over
eksaited ;p

haihh..orang tak azan lagi dia dah rembat satu

saya puasa ni
pecaya laa.. :)

last piece yang sangat sayangggg dilahapkan

2 Ramadhan

banyak plak keje kat opis.nak masak tak sempat.
maka,ke Bazar Ramadhan jela arini.
dan menunya adalah :

nasi minyak, murtabak kuah kari favorite, laksam dan kuih muih

kesan dan akibat :
food poisoning pada 3 Ramadhan.
punca :
ayam pedas tu.encek ejang makan seketul ayam pn dah rasai kehebatannya.
inikan plak aku yang belasah 2 ketul ayam.
so,dua kali ganda mengalami cerry berry dan muntah muntah.

3 Ramadhan

akibat tragedi yang berlaku, aku masak sendirik walaupun tak larat aritu.
berbekalkan MC, aku gagahkan masak ikan masak kicap,
kacang buncis udang, sambal tempoyak, sambal bilis...grrrr..
tak kisah la janji perut aku selamat..!

*sori le yek..takdek attachment*

pasni akan ada entry juadah berbuka.
silakan tak jemu membaca.hahah.


notakukukaki : berhati hati membeli juadah di Bazaar Ramadhan yek :)
dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...