Visitor

16.10.10

my BB







haaa....
saspen tak.saspen tak.
ngehngehngeh..

ini gambar rifdi masa baby 2 taun dulu.newborn.
yapp..memang dia baby jaundice.kitorang kena duduk wad about a week.sedih giler sebab time tu aku tak bleh nak jaga badan dan berpantang dengan sempurna.mandi air sejuk, makan makanan hospital yang time tu main-belasah-aje..dan paling sedih,time beday mak aku plak tu!..owhhh..sadisnya.
tapi tu cuma dugaan sementara.alhamdulillah..pastu kitorang dapat kuar dan rifdi membesar tanpa sebarang problem.alhamdulillah...

hope this year aku bersalin senormal masa bersalinkan rifdi dulu.insya Allah.

notakukukaki : motif? sebenarnya aku tak sabar sabar nak deliver.huhu..

dush!

15.10.10

rifdi #15 : makan angin petang





nampak sangat gambar takdek motif.cuma aritu snap gambar kasut rifdi untuk menunjuk kat papa angkat dia iaitu napi,bff encek ejang.


sebab motif masa tu nak bagitau kat napi, kasut ni rifdi yang pilih sendiri.kasut adidas sebelum ni yang dia belikan tu dah kecit dan tak muat.rifdi siap suh aku bukakkan kasut dia lagi,pastu dia tunjuk kaki dia sakit..masa tu baru aku paham. "owhhh...kasut dia dah ketat la bang.dia nak kasut baru la tu..."


hahah.pandai kau ye anak.main sindir ibu nampakkk!

dush!

13.10.10

Kekanda Adinda – Monoloque dan Atilia



Lirik Lagu 8 Bulan
credit
Verse_1
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..
Chorus_1:
(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Verse _2:
(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,
Chorus_2
(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Bridge:
(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?
Verse-3
(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Chorus_3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
coda*
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!


 ♪   ♪
pernah dengar lagu ni?hahah.baru aku search tadi tau.sebab first time aku dengar lagu ni aku sangat bereaksi negatif.
"owhh..sengalnya lagu ni.."


tapi lama lama dengar terasa cam kiut pulak lagu ni.tau plak Loque Butterfingers yang nyanyi.hahah.


cuma wonder why shidi ishak taknak nyanyi sendiri lagu ni ye?..nak jugak dengar.i kan peminat dia..ngehngehngeh :)


 ♪   ♪ ♪   ♪


dush!

12.10.10

Baby Nad, Rock & Sifat Pelupa

Ahad bebaru ni aku dan rock berjaya menunaikan tanggungjawab baekk punya.kitorg sebenarnya ada planning yang sangat suci murni, iaitu nak lawat geng ketat kami,nadia fadzleen aka nad yang baru dapat baby.excited sangat sorang sorang nak melawat baby nih..!

pas balik dari kenduri kawen atau dengan maksudnya memenuhi jemputan makan tengahari oleh sahabat aku & encek ejang iaitu faiz aka paang sebab kakak dia kawen,sementara tunggu rock sampai umah & rifdi plak tido untuk charge tenaganya,aku ngan ejang pun melayan dvd dragon ball Z.

sambil2 membelasah kuih raya yang masih banyak dalam balang bekas kuih,kitorang pun gelak gelak la layankan kartun faveret dari zaman student poli dulu lagi.*pehh..nmpak sgt kitorang ni tak matang matang lagi.kihkih

tak lama tu aku terima sms "aku rasa,aku dah kat dpn umah ko.."
memang ye.rock dah sampai dengan jayanya dengan sekali penerangan je.bagus budak rock ni.budak bijak.bleh masuk rancangan I Was Smarter Than 5th Grader.ehh,ke salah rancangan aku ni?

ok.berbalik pada kisah sepatutnya.

pas aku menjamu rock ngan jamu mak dara.ehh..mana ada.aku takdek pun beli jamu camtu.aku jamu rock ngan kuih raya jugak la walaupun dah masuk bulan Zulkaedah.agak agak dah siap anak-laki-bini,kami pun gerak ramai ramai ke umah nad dengan menaiki Myvi rock.ehh..ada plak tetamu yang bawak ke umah orang?hahah.nasib ko la rock.

dan berpandukan arahan dari Nani sebagai tukang-tunjuk-arah..kami pun gerak ke umah Nad.dlm perjalanan..aku terlupa panduan.ehh..silap arah la.aku pun dah confuse mana kiri mana kanan.

setelah sesat sekali,aku berjaya jugak jumpa umah nad.tengok anak dia yang bernama RAYYAN NAFIDZ.geram je aku tengok baby macam tu..tak sabarnya nak delivered!..uhuh..
aku kalo dah jumpa sahabat macam rock,plus plak jumpa nad..memang jenis taknak stop bercakap walau seminit.ada je menda nak citer.sian gak tengok encek ejang yang kena layan rifdi yang tak bleh dok diam tu.tapi tu la,terima la seadanya wife abang ni ye.memang kuat bercakap.heheh. :)

..lama berborak,pastu mintak izin nak balik la ni.kononnya rock dah nak balik.tak berani balik gelap gelap.tapi aku plak bawak rock gi makan nasik lemak mie kat area TF.dah duduk situ memang sedap la kan.borak sambil makan.ibarat macam 8 taun tak jumpa kitorang nih.agak agak azan Maghrib dah abih,baru la kitorang gerak balik.tu pun rock kena anta aku-anak-laki dulu baru bleh balik.

pas anta aku balik,rock terus balik ke umah mak ayah dia kat temerloh.aku pun menjalani kehidupan cam biasa la.tapi aku rasa macam ada benda lagi yang tak kena.apa dia ek?

setelah diamati,baru aku perasan..aku ngan rock yang excited giler melawat nad tadi..sorang pun tak terpikir nak amik gambar baby nad.bercakap je lebih.cehh!..silap betul.kalo tak dah tentu entry kali ni ada gambar baby nad.takpun konpem gambar baby kiut tu tercampak kat fb siap tagged nama nad..

aku kesal betul.tu la..dah tak pasal pasal laki aku kata aku kuat bercakap.
"len kali kurangkan bercakap.dah la asek bercakap menda lepas je."
hohohhh..!
.
.
.
.
frust.
aku terlupa betullll!!!!

dush!

Jamuan Raya JKR Jerantut 2010

pada minggu lalu,..ehh.ni nape tibe2 macam nak buat karangan bahasa malaysia darjah 4 plak ni?sila kembali pada asal ye puan dD.


ok.lastweek opis kitorang wat jamuan raya besau-besauan sempena hari raya.*err..motif ayat?

ntah baper kali jamuan ntah.tapi kali ni kitorg buat betul2 last raya yang jatuh hari jemaat bersamaan 29 syawal 1431 @ 08-10-2010.maka ari khamis sebelum tu masing masing dah busy body dah untuk prepare jamuan esok ari.kali ni aku tak dapat join jadi makcik bedah dan konco konconya mengupas kulit bawang,potong bahan bahan masakan,memblender segala bahan bahan kerana kemampuan diri yang sangat rendah.aku hanya mampu dok opis tolong jawab tepon.turun surau pun jap je..jadi tukang tengok.sedih bukan? :,(
percaya laaa..sedih tu hanya lakonan.


ok.sebab rasa mcm tak sabar sabar nak tunjuk gambar,aku rasa better korang tengok sndiri kemeriahan preparation jamuan tu.aku gi siang tu je,malam tak dapat join.hanya encek ejang yang menghadirkan diri.sila la tengok.sila..sila..


lemang pun buat sendiri.tak main la tempah tempah ni

busy kan encek ejang i ni? busy makan aje.

ok.boss hanya perlu memantau sambil bersandar ye

itu baru malam preparation.kita tengok plak pada hari kemeriahan.


tempat makan VIP



sebelum jamuan ada tazkirah dulu

muslimat yang hadir

dept DJ yang bertugas.tak habih habih karok diorang nih

mulakan tugas ye cik puan semua.baju spesel utk jamuan ni.

opss.nampak sangat mak buyong ni rajin bukan dibuat buat

mula sedar diri ini diperhatikan.eheh..malu la i.dah la baju tak ikut tema

ececeh.buat muka malu malu sebab gambar berdua.
encek ejang masih tak abih abih bergambar time makan

encek boss [berbaju pinky] dan para tetamu VIP.

jamuan makan pekerja dan keluarga

sporting betul masing masing sebab pakai baju ghaye

ye..sila layan diri sendiri

meja VIP yang tak putus putus dengan tetamu

eh.sibuk betul mak buyong kat blakang tu.asek bertugas je.

penghujung jamuan.bahagian mari-menapau-pulang-lauk-lauk

sesi mengumpat sampai tertido.




akibat dari kerajinan diri sendiri,petang tu aku tak mampu bangun dari perbaringan atas katil.sakit giler badan aku wohh.amik kau.orang suh ko rest,ko sibuk jugak nak served para VIP dan tetamu..*please la,ayat nak tunjuk rajin
haaa..amik kau!
dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...