Visitor

4.11.10

november


ehh..dah masuk bulan seblas ye?
maknanya bulan ni la aku akan deliver dan bulan ni jugak Rifdi jadi anak bujang berusia 2 taun ye?..

waaaa..bijak pandai abah dan ibunya membuat perancangan dalam berkeluarga.wahah!
maknanya pasni dan pasni serta pasni memang birthday anak anak akan dibuat sekali serentak dan bererti ibu dan abah tak perlu mengeluarkan budget yang banyak untuk membuat birthday atau surprised party atau membeli kek atau membuat jamu makan untuk meriahkan birthday anak anaknya nanti.hah.pandainya... hahah.
ciss..dasar kedekut!

ok.menceritakan aku akan deliver ni..agak berdegup kencang jugak la jantung ni kan kalau asek memikir..ehh,kali ni bersalin camne plak?memang tepat 12hb ke baby nak kuar?..err..seram.seram.maka,tolong jangan pikir ye dd.

petang ni aku akan pulang ke kuantan,insya Allah.terus amik cuti sampai khamis depan 11hb sebab doktor dh bagi surat admit masuk wad suruh masuk date tu.maka,insya Allah..seperti yang dirancangkan aku akan bersalin di HTAA,Kuantan..macam abang dia jugak.semalam doktor scan,masih tak pasti gender baby tapi aku suke sangat sebab baby sihat alhamdulillah dalam rahim ibu ni.ouchhh..sangat tacing.rasa nak mengalir airmata bila pikir ada baby dalam ni.OMG!..itulah,Allah sangat Maha Pemurah kerana bagi aku peluang merasai nikmat jadi sorang ibu ni.

baby i yang pemalu nak tunjuk anunya.wiwitt!

so,after this aku akan cube mengupdate blog di umah sebab kalo aku dh duduk umah ni memang liat sket la kan dapat chance nak mngarut dalam blog nih.kalo dok opis lain..hehe.nampak sangat mencurik tulang ikan di kala kerja.dah macam kucing.hoh.

notakukukaki : 
psstt..doakan kami yang terbaik ek.semoga kami selamat hendaknya.
pastu..ehh,birthday rifdi akan dibuat time aku berpantang la ni ye?
alaaa..tak bleh nak belasah kek secret recipe la nampaknyaaaa...waaaaa

dush!

3.11.10

revenge



motif gambar?

+

+

+

+

+

tengok la,pas pantang nanti akan aku serang butik Levi's!!!
akan ku kembalikan kelangsingan seperti sebelum kawen.
pastiii!!

ekeceli,
aku giler rindu nak pakai jeans.
hoh!



dush!

2.11.10

rifdi #17 : gitaris terhebat

lastweek punya kisah.

rifdi dapat gitar baru.abah dia beli kat batu caves.okehh,bukan kat gua buddha tu ye.tapi kat kedai secondhand sana.aritu kitorang gi before raya puasa.memang dah nampak,tapi malas la nak belikan.tetibe baru ni abah dia gi sana,dan terbukak pintu ati nak beli.

maka,malam tu anak bujang aku tu asek berkepit je ngan gitar.dan ibu serta abah ni la kena melayan beliau.kena paksa okeh!
ibu dah la ngantok mata.

bapak gitar ngan anak gitar

kamera henpon.maka pic agak kabur ye tuan puan.

testing.testing.

okeh.cord R ada tak abah?

semua kena paksa main gitar together gether


dan fyi, malam tu rifdi tido kol 2am.
memang rasa nak bagi tendangan tanpa bayang pun ada.

dush!

1.11.10

resepi pancake

nampak tak ni?






maka,terliur tak?
tiba-tiba terasa nak belajar buat pancake.


dari mana datangnya idea ini?
....
oo,sebab aku tengok iklan McD - breakfast punye.
nak beli memang tak dapek la pasal kt sini takdek McD.
kalau balik kuantan pun,takdek keje aku nak gi McD pepagi hari semata mata nak makan pancake.


so,aku dah search resepi.dan aku rasa aku jumpa resepi yang paling mudah dan rasa cam memang mudah lah!


nak share?..jom!
aku pun amik dari sini.hehe..
tQ ye tuan tanah.


Bahan:

Bahan A
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca

Cream Tartar 1 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu 1 cawan (aku guna susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak. Jangan salahkan resipi ni!

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Aku suka whipped cream. Yummmy!

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.


-
-
-
-
ok.terus rasa nak balik umah pegi buat sekarang je.


dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...