Visitor

13.11.10

my new born baby princess

hoho..alhamdulillah.semuanya berjalan .lancar.

khamis 11-11-2010 baru ni, aku gi HTAA Kuantan.kononnya nak admit wad sebab doktor dari Klinik Kesihatan Jerantut dah keluarkan surat suruh bersalin gak 12-11-2010.suppose baby dah cukup 40minggu,so doktor taknak la ada masalah.aku pun gi la ke HTAA dengan ditemankan encek ejang,mak ngan rifdi.time tu dah nak masuk kol 11pg,perut lak lapar giler.pagi tu aku sempat makan jemput pisang 2 ketoi je.

masa tu aku gi kat Wad Bersalin Berisiko Rendah.just untuk check up.sekali jam 12.30tghari tu,doktor check tengok jalan dah terbukak 4cm.aku pn cam konpius pn ada.yelah,sakit pun tak.dah la datang situ pakai melawa semacam.orang lain dh berkain batik,tggu masa je gaya.siap siap check,aku antara orang terawal kena angkut ke labour room.

masa aku masuk tu aku tengok jam dah pukul 2 ptg.

duduk dalam tu,terasa kecut perut pun ada sebab sampai 3-4 orang doktor datang check kedudukan kepala baby.pastu diorang tak puas ati sebab baby sangatlah besar.doktor sempat jugak la pesan kat aku,kalau sakit bagitau.dan kalau bleh jangan teran lagi.

jam 3ptg aku dh start sakit.macam macam ayat aku baca.ayat Kursi,surah 4 Qul,ayat permudahkan segala urusan,doa makan,ehh..tu tipu.baca selawat,mengucap 2 kalimah syahadah..alhamdulillah.segala doa dan ayat tu aku dapat ingat dan baca dengan baik.sebab aku malu kalau aku banyak menjerit atau mengeluh.sakitnya YA ALLAH,hanya Tuhan yang tahu.3.30 tu aku dh rasa macam sakit sangat.nurse ngan doktor yang tadi kata jangan teran tu seme kata ok..sila teran sekarang sebab diorang kata aku sangat terseksa.baby sangat besar ok..dengan kuasa Allah S.W.T..sekuat hati aku meneran..akhirnya kol 4ptg keluarla baby yang seberat 3.7kg tu dari rahim ibu yang sangat lemah ni..pastu aku dengar nurse jerit.."pink!pink!".

oooo..alhamdulillah.baby girl rupanya.diorang seme letak baby atas perut,suruh aku pegang untuk sentuhan pertama..alahaiiii..comelnya.SUBHANALLAH..

pastu cam biasa la,kena jahit dulu mana bahagian yang dah terkoyak tu.time tu pun azab jugak.sakitnya..aduhh.nasib la pastu dapat bekalan segelas air milo.memang kpenatan abis.segala tenaga all out!..pehh.lama jugak la aku duduk dalam tu.pas Maghrib baru aku dapat masuk wad.fuhh..lega rasa.baby pn alhamdulillah,xdek masalah.so,dapat la bermalam bersama malam tu.teringat jugak kat Rifdi tapi mungkin sebab dah ada peneman yang sorang ni,maka ilangla rasa rindu tu..

Jumaat.dalam kol 3.30ptg,akhirnya aku dapat jugak discharge.ohh,alhamdulillah..lega hati dapat balik umah mak.dapat jumpa encek ejang,rifdi,mak ,abah..wahhh...leganya.harap pasni semua berjalan dengan lancar.baby pun pandai breastfeed..so far,aku sangat bersyukur time ni.semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kami sekeluarga hendaknya.Amin.

oppss..lupe.selamat berpantang untuk diri sendiri!
dAN selamat berpantang 101hari untuk encek suami yang amat disayangi dan dihormati..encek ejang!






dush!

9.11.10

nak masuk wad dah

okeh.2 hari lagi before kena admit masuk wad HTAA.itu pn kalo arini atau esok aku tak sakit sakit lagi laaa.

huhuh.tak sabar rasa nak tengok wajah orang baru ni.dalam masa yang sama,sedih la plak kan nak tinggalkan hero hero yang selalu buat badan aku ni penat setiap masa ni.rindu woo,walaupun suka buat wife dan ibu ni penat tapi sebenanrnya aku suka.kalau diorang takdek mula la rasa macam bosan je.rasa cam aku idup dalam blues pun ada.

ni plak nak tinggalkan kedua duanya sebab aku nk gi check in kat htaa.

camne la rupa rifdi bila bersiap pakai baju pilihan abah dia.camne la rifdi yang makin kuat merajuk ni tau ibu dia tak tido seblah dia malam malam?..alaa..sedih la plak. :,(

no..no..no..

aku kena jugak kuatkan semangat.aku pegi harapnya tak lama.aku pegi pun bukan encek ejang tak datang melawat yek.cuma rifdi laa.mesti tak dapat jumpa punya sebab kids kan tak bleh masuk wad.alaahhh..cian betul.

barang barang buat masa skarang,aku dh siap prepare beg untuk aku yang terkandung kain batik 2 helai,t-shirt 3 helai,maternity pad,brg2 peribadi..lalala dan jugak barang baby iaitu benda yg sama,baju,diapers,blanket,muttons,wet tissues,..

barang barang lain akan diupdate mengikut kadar hari berada di wad dan keadaan..hohoh


maka,buat masa ni tu jela kot.yang lain aku akan update lagi kisahnya dari masa ke semasa.
perut pun dah terasa kejang,better stop dulu.len kali gua sambung lagi..cauuuuu!








dush!

8.11.10

pizza hut yang outtt!!

ini kisah lastweek ye.
merujuk kes dalam fb jumaat lepas..cewahh.macam besar je kes kan?
kes aku tak puas ati ngan Pizza Hut Kuantan Parade.kalo ikutkan aku malas la nk burukkan keadaan,nak nak time aku dah ujung ujung musim pregnant ni.huhhu..

tp bengang siot.bile ape yang kita order,dah abis stock time kita sedang menunggu.lama plak tu dah menunggu..
pastu dia suruh jugak kita tukar pada menda lain.aku plak yang tak-terpikir-nak-makan-menda-lain ni takdek idea.gitu jugak encek ejang.pastu kena paksa beli meatball.bile kata taknak dia kata kena jugak sebab nanti diorang pnya account akan shot.ok,sebab aku ni kategori manusia yang paham masalah orang,maka setuju jela mak ni kan?

tak lama tu,nak dekat seploh minit waitress datang lagi,tanya.."kak..nak meatball ke chickenball?"
haihhh..pulakkk.."kenapanya?"
..."just nak tanya.."
"tadi dah suggest meat kan?" tengok dia senyap aku sambung lagi.. "cancel jela.."
"tak bleh sebab tengah masak"
"dah masak kenapa nak tanya lagi..". aku tengok awek tu senyap lagi.
encek ejang pun dah buat muka time tu.aku beralah je laa.."okehh.meat jelaaaa"

giler.dinner malam tu memang aku ngan encek ejang hangin je.rasa nak komplen kat manager.

aku pun sambil2 makan,laju je tangan ni snap pic situasi kat situ.memang rasa nak lempang  lempang setiap staf kat situ.

siap makan...encek ejang pun gi kaunter.tengok,shift manager bernama herman ada.okehh..bleh komplen la aku ni..pikir aku sendiri.elok je turn encek ejang nak bayar,dengan muka penuh eksen encik manager tu pun servis dengan baekkk punya.."meja awak??"
cissss..manager pun 2x5x2x14+3456-50% jugakkk.

"awakkk?" sampai arini aku masih tak puas ati bila satu restoran yang amat gah namanya guna kata ganti diri 'awak'.bukan encik ke?

cissss..
memula amik gambar rifdi bagi sejuk ati

pastu amik gambar mereka yang disayangi ini bagi lembutkan ati
pastu opss!.nampak cik mazliza yg paksa tukar meal lalu



mamat trainee yang jadi tugu negara sepanjang masa aku kat pizza hut
encek ejang amik soup sendiri je sebelum order.selowww service.
awek sebelah tengah tensen sebab takdek lgsung org pizza dtg layan
cik tipah,cik leha,cik minah sibuk bergosip dari bekerja

see? sumpah.ni la first time aku buat entry yang sangat keji iaitu mengutuk dan mengkomplen sesebuah agensi.cukup la.pleasee!!


dush!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...