27.12.10

theraphy terbaekk

sebelum gi klinik untuk re-check kandungan gula dalam darah after delivered.takdek keje.yang jadi mangsa adalah mak dan abah.tak pasal pasal kena jadi photographer.


tapi yang bagus adalah mereka nak belajar guna kamera gedabak besau tuh.dslr aku yang aku dok bebelkan aritu lahh.dan juga,mereka berdua sangat bersabar melayan dua orang anak dara mereka nih.layannn..


muka mintak cium penampar


blur dan mak sangat tak puas hati
please makk..captured cantekcantek ye
tugas diambik alih oleh abah
yeah.abah sudah bijak menguasai kamera dslr 

enough.enough.tolong la gi klinik cepattt
pas amik darah,aku balik semula ke umah.tunggu kol 10.30am,baru bleh gi semula.pas amik darah kali kedua,baru aku ngan kakak aku gerak ke East Cost Mall.hajat kakak aku nak redeem voucher Padini beliau.dalam kepala dia takdek menda lain nak sambar melainkan kemeja yang diidam idamkan.


sampai je..wohh.aku dah panas bila nampak the Bodyshop.sambil sambil berborak ngan member aku aka promiter situ,sadar tak sadar diri je aku terbeli perfume terbaru bernama Dreams Unlimited.cehh.


tak cukup panas lagi.aku ke foc.hamikk..dalam nih aku dah shopping 3 helai t-shirt garage.ok.yang ni memang faveret.memang faverettt..makkk!!.rasa nak jerit jerit je time pilih baju sendiri.lama giler tak shopping seburuk nih.
tak cukup lagi,aku sambar plak sehelai romper long sleeves Carters untuk haifa berserta dengan legging gambar katak kat bontot.haihh.comey giler.aku memang nak sangat beli dari dulu lagi.makkk.makkk.giler lagi aku time nih.


pastu pastu..eh cop.aku terjumpa plak sorang blogger yang aku follow keje kat sini.nama dia sha.eh,peramah betul aku sebab tetibe tegor dia kan.agaknya dia ingat aku ni stalker ke ape kan.ehh,aku ingatkan orangnya kecik and petite.tapi rupanya tinggi dan friendly.cantik plak tu.hehe.


pastu kan,aku pegi plak Padini.kan kakak aku nak sambar kemeja.carikcarik,kata dia kemeja yang dia usha tu dah takdek.puas pulak dia round carik barang lain untuk dibelibelahkan.aku yang takdek keje ni pun mula buat perangai.
curik amik gmbar.


pas angkat-letak-angkat-letak.belinya tak.


tester.akak aku tak belibelah langsung tadi
..tapi aku plak yang sambar lagi selai baju Padini.ngeee..
giler ah.shopping tak ingat.sampai bleh abaikan perut kosong yang kebuluran.sampai ilang pertimbangan.bestnya bila berduit dan bershopping.dan bergambar manja bersama kakak.pehh,memang theraphy terbaekk.ever.


sampai umah,baru teringat lupa nak beli susu anak.ceh.



dush!

kamera i

sebelum melepaskan perasaan,aku nak bagitau aku baru habis pantang.hehe.dan lagi satu menda aku nak citer,err...sila baca dengan nada skema ye.

"alhamdulillah,majlis cukur jambul anak pempuan aku,Norhaifa Rafissa telah berjalan dengan lancar pada sabtu bebaru ni,25 disember iaitu hari ke 44 beliau.pada yang tak dijemput,sori ler..majlis tak dibuat besar besaran pun.cuma sedara mara terdekat dan orang kampung je yang ada.hukhuk..jangan sedih hati ye.ada pun cuma ada bacaan dari geng marhaban mak aku pada belah pagi,pastu buat doa selamat dan tahlil untuk arwah abang sulung aku yang telah pergi 10 taun dulu pas zohor oleh geng surau.tu je la..kengkawan pun aku tak ajak.huhu..maafkan saya ye.harap maklum." (--)" 

sambil buat muka kesian.oloh olohh..

eh.kau tanyakan gambar?*tetiba je tukar nada

hah.ni baru edisi melepaskan perasaan.
sebenarnya,semenjak dua menjak ni.aku sangat bengang tahap dewa naga bila kamera dslr aku tu buat taik.dah la aritu dia ilang pedoman sebab kalau amik gambar jadi senget benget.aku tau la aku ni tak profesional,itu memang pengakuan ikhlas la kan.*sambil buat gaya muka bengang bengang cam remi ishak.tapi kalau setiap kali aku letak diam diam atas tripod/meja/buku/katil dan segala yang sama dengan,siap bagi center lagik,tapi bila snap hasil foto amat menyedihkan.sobs sobs.aku rasa kalau orang pro tengok pun dia akan kata ehh,anak sulung ko ke yang amik gambar ni?cehh..memang cam harem.eh,harem tu fesyen seluar.bukan bukan.macam HARAM!..grrr..

terbaru.kamera aku tu setiap kali aku try upload gambar dalam laptop-bukan-apple gua ni memang failed la.memula dia kuar la malware?malware?..ntahapeharamjadah laaa.giler rasa nak maki.lalu dengan lantas aku blocked segala menda tu,pastu tak pasal pasal segala gambar yang nak diupload tu ilang.lohh..apehal lu?.aku bajet memori card lahh.ada orang guna pinjam kamera pastu upload gambar tak reti nak scan dulu.pehh..patut la photographer charge ratus ratus kalau berkhidmat.sekali terjadi menda gini,tak ke rasa nak hempas natang gedabak ni?orang pakai kamera besar,ko nak pakai jugak.dah la pinjam harta orang,tak jaga bebaik pulak.aku charge sewa kang ko kata aku berkira pulakk.hah..last last tengok.bila aku tanya ko guna camne,ko diammmmm je.buat macam takdek masalah pape.dah la cover lense tu pun jahanammm ko buat.kat kedai pun kalo beli menda camtu pun dah rm50 tauuu.pehh..

sekarang nih,kamera tu bleh lagi guna.cuma aku tak dapat nak upload gmbar sepantas dulu je.kalau tak,aku rasa gambar aku amik gambar pat minit tadi dah berlambak dah dalam fb ngan blog nih.sekarang,kalau aku amik gambar,aku kena upload dulu dalam laptop abah aku pakai kabel.pastu kena save dalam pen drive,pastu transfer plak ke laptop aku.kalau laptop abah aku tu ada depan mata takpe jugak.ni kakak aku plak guna,bawak balik ke umah dia.dah tu?..den nak buek camno?

aku dah tanya kedai,nampak gaya memang kena antar gi servis.takpe,nanti kalau kamera aku dah diservis,itu tandanya aku tengah banyak duit.pastu terang terang aku nak jadik manusia paling kedekut bila ada orang nak pakai kamera aku.jawapan terbaek aku time tu..noweyy mannn.mana bleh pinjam tanpa wang.ye,aku mau jadi sejahat ah long.bukan aku taknak tolong,tapi aku memang kedekut.huwahuwahuwa..

dah tu,kena upload gambar dalam kamera henpon jelaa.henpon lak cap ayam dengan tagline kok kok kokkk.ko kan?

tengokk nih??..tu pun berpeluh ketiak ngan pelipat kaki asek mengedit je.ceh.

door gift untuk guest majlis cukur jambul

notakukukaki : gambar lain kena tunggu next time.yang ada dalam henpon cuma gambar ni je.kualiti memang tak memuaskan langsung.rasa macam takdek nafsu.huh.


dush!

21.12.10

ada aku kisah ngan kisah aku? ye,aku kisah..

Quack Quick Updates untuk beberapa hari ni.ohh,agak menyampah membacanya ye sebab nampak macam aku busy giler sejak beranak dua ni.

kisah pertama

ini kalau orang tua tua over 70years baca memang kena baling ngan penyapu la aku ni.since sabtu baru ni,aku dapat aktiviti baru dalam pantang iaitu kuar berjalan.masa tu aku dalam 37 hari lagi.yang meng-suggest-kan aktiviti ini adalah mak aku.mak aku ajak aku gi umah makteh aku kat galing.kata dia,jom la jalan kuar.memeruk dalam umah je.lgpun kata mak aku,aku dah pantang sebulan lebih,dah takdek hal.plak tu pantang zaman sekarang.zaman dah moden,berubat pun dah moden.baiakkk,aku pun mula la ikut mak aku.kuar petang dah senja,balik pulak elok time azan isyak.esoknya plak,aku kuar time yang sama,dan balik lewat sket.kali kedua ni aku balik umah mertua aku.mak mertua aku pun rock jugakk.yang tak rock cuma jiran mak aku la.takpe la.janji aku takdek pape.alhamdulillah..dan seterusnya,lusanya pun aku kuar lagi.tapi kali ni aku terus kuar shopping lagi.muahahaha.

kisah kedua

hari ke 39 aku pantang; finally berjaya jugak aku menyambar baby stroller dan baby cot untuk haifa.syabas kepada diri sendiri.pas amik MyKid haifa kat jpn,encek ejang bawak aku gi ecm.wahh..giler best.rasa nak berlari masuk setiap kedai dalam tu tapi aku sabar banyak banyak.tapi aku beli barang haifa tu bukan la kt ecm.kat situ aku cuma window shopping je.ape kelas aku beli barang kt situ.expensive giler.wohh..aku tak mampu wohh.stroller Maclaren dah ada potongan pun 700++ lagi.haihhh.
lantas aku beli barang barang tu kat tunas manja baby world kt Transit Air Putih.semua barang aku dapat rm400++ je.macam macam aku beli walaupun cap Oh Dear saje.ok la tu.bukan aku nak pakai sampai keturunan ke 7 pun.

kisah ketiga

ok bebeh.arini hari ke 40 i pantang.pepagi dah berurut,otak pun dah cergas.fyi la kan,since aku bawak haifa gi khatan aritu,aku dah tak pantang beria la.aku dah start tak pakai kain batik 24 jam.pehh,lega rasa.ngalahkan mak aku plak.mak aku pakai suar je kt umah.pastu stokin pn dah tak pakai melainkan ari ujan dan benar benar sejuk je.lagi..barut pn dah tak pakai sebab aku gantikan dengan girdle.lebih grip dan lebih simple aku rasa.yang aku still jaga adalah amalan pemakanan,kerja bertungku.minum air akar kayu dan mandi air panas.jamu dan makjun tu bestfren aku la time nih.hoho..tak sabar beb nak tunggu ahad nih.merdeka beb.merdeka.

notakukukaki : haihhh.aku rasa tadi macam aku tulis quick update je.tapi tetap panjang ye?..wakaka

dush!

19.12.10

rifdi #19 : 2nd birthday

itu hari aku ada tulis entry pasal beday rifdi.sila tekan sini kalau taktau.
benci la ko tak amik tau.huh!

masa tu aku sangkakan kabel kamera gedabak aku tu buat sengal.tapi apekejadahnya kabel lak yang problem ek.tak penah pulak aku dengar kabel masuk virus.ceh.
dan setelah ku amat amati,sebenarnya yang sengal adalah antara memori card kamera tu takpun laptop aku ni yang dah block segala virus yang wujud dalam memori card tu.aku try test cucuk kabel pada laptop abah aku,baru la segala gambar berjaya diupload.ceh.bangang betul rasa (6_6) dan baru aku tau sebenarnya yang sengal time ni adalah aku.

maka,arini baru la aku bleh letak gambar gambar time celebrate beday rifdi yang dah jadik abang ni.walaupun kategori lambat tapi aku tetap nak letak.baru puas ati dan paru paru ni.heh.puasssss..

kek cam biasa ~chocolate indulgence by secret recipe~

ehh.beday boy nyorotnyorot

nak api! nak api!

orang api datang mengulurkannya

1..2..3..puhhh..puhh..prooott.opss.

nak potong pun kena amik gambar dulu ye.

motonggg...
ini kak Ya merangkap baby'sister' rifdi.kak Ya paling best lahh!


yang baju ijau tu antara kanak kanak yang hadir.hehe.


hot grandma bersama cucu beliau yang ke tujuh

woot woot.selebret beday abang sampai takmau layan saye ye.
haipp..nangis kuatkuat kangg!

amikk..dah kena susukan saye jugak.muahahah.
dah saye gelak jahat.

ini tangan sape.ce teka?

saye dah kenyang makan kek.
burpp..burpppp
dush!

18.12.10

Yuna - Gelora Jiwa

lagu asal : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

*how sweet.lagu lama yang diberi nafas baru.memang best.aku memula dengar lagu ni time tribute ni pun dah jatuh cinta dan segera bertanyakan lagu ni pada mak aku.malam tu,antara yang aku suka sangat adalah lagu Tunggu Sekejap nyanyian Noh Hujan.best wohh.dahla lagu faverite aku.nasib baik dia tak spoilkan lagu tu.hoho.okeh,sape tak penah dengar lagu ni,silakan dengar.*




Lirik ::
Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dada ku yang remaja
Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dada ku yang remaja


dush!

16.12.10

haifa #1 : khatan & jalan jalan time pantang.

lamanya tak mengupdate belog kacak ini. (^-^) huh huh.giler riak.

ada pun arini genap hari ke tiga ploh pat aku berpantang.dan amat menyukacitakan sebab hari ni aku berjaya jugak bawak haifa ke klinik untuk tujuan berkhatan.bleh ek aku terlupa nak khatankan dia masa bawak dia gi check up sebulan isnin bebaru ni.huh huh.encek hubby pun membebel bebel ringan kat telinga ni sebab asek asek alasannya lupe je.ehh,betul la.orang lupe laa..takkan la orang sengaja nak lupe.opss..opss.kena tapis dialog suami isteri.mana bleh citer kat orang.opsss...zrotttt.oh,itu bunyi mulut kena zip.

eh,banyak plak membebel.takdek,tadi gi klinik syed badaruddin depan umah je.rupanya situ pn bleh berkhatan gak rupanya.beria betul kakak aku bermekap bagai,ingatkan nak ke klinik kat area bandar.aku pun tak kurang la kan nak memakai.eh,buruk sangat rupa kalau pakai kain batik je keluar bandar.sori la,sesempoi sempoi aku pun,xdek la main belasah je kuar umah.muahaha.masuk klinik,doktor panggil..aku bawak haifa yang tengah tido tu.pastu masa doktor pegang pegang,dia dah uh ah uh ah.aku bajet sure meraung punya ni.elok je kena tutt,eh,dia bleh sambung tido.waa..caya la.bagus anak ibu ni.kiut ~ sangat terharu. T___T

ni gambar gedik haifa ngan ibu dia.ehh,nampak tak haifa menggedik?






siap je misi khatan,aku anta haifa balik umah.pastu aku ngan kakak aku gi carik barang barang door gift untuk guest masa majlis cukur jambul nanti.wah,giler bagus.siap gi shopping time pantang lagi.wakaka,takpe.janji berkasut sebab taknak tersepak or tersampuk apa apa kat kaki.kata orang tua,jangan sambil terkena ibu jari kaki,nanti tumpah darah.aku pun taktau camne jadi kalau tumpah darah,so kalau nak tau jangan tanya aku.tanya orang tua.

antara menda aku beli tadi adalah paper bag yang sangat kiut,ada gambar tedi bear lagi.pastu untuk bahan bahan dan ramuan dalam adalah puding cup yang kiut kiut tu,pastu lollipop dan lilin berbentuk selipar jopon.eh,tak lupe jugak barang bunga telur.wo,itu pun dah berabis nak dekat rm200.sila jangan terkejut ye.belum bab makan lagi.hahaha..tak kisah la.janji majlis sukur jambul haifa akan berjalan dengan sempurna.insya Allah.aku pun nak online sopping ni.nak carik baju haifa.kuikui...

dush!

8.12.10

panggilan hangit dari hudhud & rock

menyampah pulak aku tengok gambar jari ibu ke atas ala ala macam ramai sgt nk like kat entry sebelum ni.memang kena delete lah pasni.cih.

ok.arini kisahnya pepagi ada budak tertipu ngan status di fb i.eh,menyampah pulak nak ber-ai-ai.dah la tadi koya  macam ramai like entry aku kan.pastu terasa cam artis plak nak ber-ai-yu-ai-yu.cih sekali lagi.

kisahnya,budak rock terbaca entry aku.dia ingatkan aku dah nak balik jerantut jemaat ni dan terus duduk sana macam taknak balik balik kuantan dah.aku pun dengan jahat dan kejamnya balas sms berbaur ancaman bagitau yang aku nak balik sebab dia tak datang datang mai melawat baby fifa (baca : baby haifa).pastu aku masuk bilik layankan fb sampai tak layan sms yang masuk.dalam ati aku,mesti rock ni.padan muka dia.muahahaha.aku gelak sambil buat muka ala ala jack sparrow.

tetibe henpon aku menyanyi nyanyi You're really lovely,Underneath it all,You want to love me,Underneath it all,I'm really lucky,Underneath it all,You're really lovely..opss.okehh.okehh.sudah sudah la tu.nanti tak abis plak citer aku arini.
tengok..eh eh.hudhud?..

rupanya hudhud aka udang aka wawa ini nak datang umah aku ngan rock aka zezet.auwww..satu umah tak mandi pagi lagi ni.amik!aku nak kenakan orang,tapi aku dah terkena balik.padan muka aku plak.pastu,bila aku mencanangkan kt umat dalam umah aku tu ada tetamu datang jap lagi,terus cergas masing masing pegi mandi termasuk lah anak kecik aku tu.siap mandi sendiri lagi.gile betul!gile sangat sebab nampak sangat aku sedang mentipu.."mazmumah la sifat ko ni dd.."

tengah aku siap siap dan pakai barut,mereka pun sampai.oh ohh..malu plak tak siap lagi.bila aku turun ke dapur,tengok mereka mereka sedang cantik menunggu aku kat kusi.dan,pastu..maka bermula la sesi temuduga-temuramah-temumesra-temugambar antara kami yang amat suka bercerita.tapi,eh..udang.ko memang pendiam ke?aku rasa macam ko kurang berkata kata.ke rock tu yang tak berenti bercakap?ke aku?..ehh..sape yang banyak sangat cakap ni?

kalau nak tengok kisah sebenar dan gambar gambar kami,sila la ke sini.
eh,bagus aku aku mempromote ye.haha.

cukup kol 12,rock dah nak balik.konpius jap aku,aku sedang berjumpa dengan cindarella ke?hishh..sebab masa jeles ngan aku,diorang pun pulang.rasa skejap sangat dpt jumpa.tak puas lagi nak berkongsi citer.huahuahua.

weh,aku rindu la kat korang seme wahai sahabat handai.syahdu plak ni.



korang,datang la lagi.bleh borak sakan lagi.hehe

dush!

the Cardigan - Lovefool

ehh..walaupun ni lagu lama yakni time tu aku masih skolah menengah tapi aku suka bangat lagu ini.rasa nak berjoget joget je.



Dear, I fear we're facing a problem 
you love me no longer, I know 
and maybe there is nothing that I can do 
to make you do

Mama tells me I shouldn't bother 
that I ought to stick to another man 
a man that surely deserves me 
but I think you do! 

So I cry, I pray and I beg 

Love me love me 
say that you love me 
fool me fool me 
go on and fool me 
love me love me 
pretend that you love me 
leave me leave me 
just say that you need me 
Love me love me 
say that you love me 
leave me leave me 
just say that you need me 
I can't care 'bout anything but you... 

Lately I have desperately pondered, 
spent my nights awake and I wonder 
what I could have done in another way 
to make you stay 
Reason will not lead to solution 
I will end up lost in confusion 
I don't care if you really care 
as long as you don't go 





dush!

6.12.10

UlangTahun Ke-62

siapa yang sambut ulangtahun ke 62 tu?
siapa yang wujud di dunia ni taun 1948 tu?
naktau ke?
meh aku bagi clue.

beliau adalah orang yang paling best di dunia.
beliau adalah idola aku.
beliau jugak orang yang paling aku sayang.
beliau adalah orang yang paling bersabar dengan karenah aku.
beliau adalah orang yang bersusah payah, bertarung nyawa melahirkan aku.
beliau adalah tak lain dan tak bukan,
mak aku.

untuk mak,ida ucapkan

PUAN HAJJAH MARBIAH BINTI HAJI KASIM,

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 62.
SEMOGA MAK SENTIASA DILINDUNGI ALLAH S.W.T, SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI, SENTIASA DIBERKATI KEHIDUPANNYA DAN SEMOGA KASIH SAYANG KITA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT.
IDA SAYANG SANGAT KAT MAK.
MUWAHHH.MUWAHHH.

2006.diri ini masih dara.opss.sensitif ayat itu.

2006.saya masih single mingle. :)

2010.sudah berkahwin.dan mengandung kali kedua.ya..dua.

dush!

3.12.10

kangen

tetibe teringat zaman dating dating dulu.sebelum kelahiran kedua dua anak itu.
ohh..ohhhh..


ini kes belek belek pix dalam lappy.lantas menimbulkan rasa kangen dalam diri pada orang yang amat aku hormati.


pstt...jiwang sket tak bleh ke?jeless..



gambar skima kat putrajaya


first time ngedate kat genting highland


ngedate kat bukit tinggi


bukit tinggi

tukar tempat.gi genting highland plak


taun petama sambut beday as husband n wife.time pregnantkn rifdi nih

janji akan dikota.pehh


padehal esok encek ejang dah nak balik sini dah.giler jiwang ko nih.hahaha




dush!

1.12.10

"kaki i dah kurusss.."

hari ni cukup 20 hari berpantang.
ehh..baru 20 hari ke?rasa macam dah lama giler aku duduk kat umah mak.oo,okeh.maybe sebab aku bercuti seminggu awal.hehe..


dah masuk 20 hari ni,perubahan paling best adalah sebab berat aku dah cecah 50kg.opss..nampak sangat aku sedang mentipu.sebenarnya,berat aku dari 81kg dah turun ke 65kg.ehh,best sangat dah tu rasa.tapi kalo bleh nak lagi turun la kann..of course la sebab kalo bleh nak cutting cam zaman anak dara dulu.ohh ohh..


nak amik gambar body sendiri dah tentu tak akan la ye tuan puan hadirin hadiran sekalian.maka,dengan ini aku nak tayang gambar kaki yang dah kurus.ehh,ada ke bagi gambar kaki?..hahah.hodoh betul perangai mak budak ni.tapi itu la salah satu bukti yang bleh aku bagi buat masa ni.


opss,sebelum tayangan kaki perdana ni.saje la kan nak maklum,sebelum aku deliver aritu,aku siap berinai jari jemari kaki lagi.sebab aku rasa macam kaki aku dah demokdemok,sangat tak menarik perhatian.dah la berparut sebab gatal akibat allergic-tak-tau-sebab-hape..hohoh.siap masa kat labour room,nurse ngan doktor tego lagi.."cantik kaki.sempat berinai lagi.."


wakawaka..malu i tau puan doktor.jangan la puji cenggitu.auww..


sebelum : berat 81kg

selepas : berat dah 65kg
wahh..berbeza bukan??..
hahah.macam iklan slimworld plak aku arini.hahahhaihhh..


dush!

POPULAR POST