Visitor

13.1.11

fashion disaster?

aku bukan anti-fashion.bukan dan bukan.


sebenarnya,dari dulu hingga kini aku memang sukakan kelainan dalam berpakaian.tapi bila tiba saat ini,yeahh.kenapa tetiba hari ni aku giler membuat underlined di bawah.ye,underlined..

sambung balik..tiba saat ni aku jadi stuck dengan segala fesyen yang giler pada mata aku.bukan pada mata mereka yang masih giler dengan fesyen.tapi pada mata aku.
hoihh!kenapa suka ulang ulang ayat banyak kali dan tunggang terbalik ni?annoying sungguh!


aku memang suka shawl.pastu suka kat pashmina.pastu dah terjerat dengan shawl/pashmina yang macam macam fesyen.kalo tengok kat pasaran,dah ada yang berenda,yang berumba ramba,yang berbijik bijik,yang berkedut kedut,yang berbatu batabatu,yang ber-macam macam lahh.aku yang menjual shawl pun pening.eh.eh.tu takpe lagi.


sekali sekarang ni giler fesyen mix+match plak.eh,bukan.mix+match tu cantik di mata.tapi mix tapi tak match.perasan tak?perasan tak?? *sambil buat muka orang excited nak ngumpat.
kalau tak perasan,rajin rajin la berblogwalking ke blog blog fashionista nih.kalau nak lagi rajin,sila la google fesyen yang katanya sangat up-to-date sekarang nih.style hijab.


contoh aku nak bagi paling senang adalah Yuna.dulu Yuna sangat simple.aku sukaaaa.dia hanya pakai kemeja or tops yang sangat tak sakitkan mata memandang.dengan jacket/cardigans,pakai jeans/legging,pakai shawl..pehh.cool.
tapi sekarang dia cuba membuat kelainan dengan pakai macam macam.nasib baik dia lawa.tetap nampak cantik.cam dalam AJL bebaru ni,cantik.tapi terasa macam dah tak cool cam dulu.yeahhh.jujur aku cakap nih.


mana yang cantik,memang lah cantik.
biasa la tu..cantik kena puji,buruk kena maki
tapi bila yang kurang cantik,pakai plak style libanglibu gitu.pehh.rasa nak kutuk je.


bebaru ni aku berjalan jalan kat blog sorang yang suka fesyen ni.aku rasa nak hamun je.mana taknya..outfit yang dia pakai tu dah cantik dh.tapi dimixkan pulak dengan baju kat luar yang macam baju dalam orang tua zaman lampau.siap renda renda lagi.rasa annoying giler.dahla pakai tudung cantikcantik,fesyen plak macam menghina perempuan.adoii..letih aku tengok orang nak berfesyen ni.


dahla,aku taknak kutuk sangat.cuma terfikir,jangan la kerana nak sangat berfesyen,anda jadi mangsa fesyen.ingat tu.


yeah.maybe aku kolot.takpun mungkin faktor peningkatan usia.kan?


tapi aku tetap suka orang cantik ni.namanya hana tajima-simpson.dia la yang perkenalkan fesyen ini.tapi dia pakai pelikpelik gini dia cantik kan?dan aku rasa dia pakai takla sakit mata aku tengok.heh :)







cantikkan?
...orangnya tu yang cantik.


dush!

rifdi #23 : bila dah jadi abang

wowo.main fesbuk ibu.

kantoi.malu lah tu.

hehe :)


sejak dah jadi abang nih,aku suka benar perangai rifdi.
walaupun 'mungkin' ada sedikit jeles tapi dia tak buat perangai pelik pelik.
takdek plak dia sakitkan adik dia.setakat ni la..
tapi harapnya sampai bilabila la dia tak buat camtu,iyek?


biasanya,kalau adik dia nangis dalam cot,dia akan pujuk.dia berdiri kat katil kitorang dan jenguk adik.pastu sambil tunjuk tunjuk la kat aku ke,kat abah dia ke,atau sape sape la yang tengah ada kat situ.macam dia kata,

 "..tu ibu buat susu."
 "..tu,abah datang.."
 "..tu mainan.tu almari.tu kipas"

or watever lahh.tapi kebanyakannya memang dia akan tunjuk tunjuk ape yang ada kat sekeliling.comel je.


kalau aku nak tukar diaper adik,dia pun cepat je baring sebelah adik dia.nak tukar jugakk.takpe la.layan abang dulu.ehh,kalau tak.susah giler nak tukarkan diaper rifdi.sampai aku kena beli diaper jenis pants.sampai kena main kejar kejar.ehh,untung betul ada adik ni yek.pandai kau ajar abang jadi bersopan santun.tapi jangan sampai kau yang ajar abang bercakap sudah sebab adik memang peramah.umur tak sampai 2 bulan aritu kemain lagi ajak orang berborak.abang plak semua main tunjuk dengan tangan.taknak langsung bercakap.mulut cuma tau cakap nak,dah,mak,abah,adik,tok je.ibu pun bunyi hujung je.buu..buu..
pastu kekadang terlepas jugak dia..ejuk=sejuk,doza=bulldozer,wawang=bawang,..ntahmendamenda lagi la.ok la tu dari tak berbunyi langsung.


oo.lagi satu.kalau nak gi mana mana kena bawak adik ye.tak bleh tinggal.aritu aku mintak encek ejang pegi tapau makan malam bawak dia.ehh,dia marah sambil pegang adik.konon nak angkat..rupanya suruh ikut jugakk.naktaknak kena la aku ikut.dengan baju tidurnya.nasib la aku ni stok duk umah melawa macam nak gi dating.hehe.biasak la.depan laki haruslah kena cun cun.


yang best,sekali tu dia suruh adik dia sekali tengok kartun2 dia kat tv.pehh..bagus betul.ntahapeape yang dia cakap pun aku tak paham.tapi aku rasa dia selalu citer balik pasal kartun tu kat adik dia la.agaknya la.haha.


yang penting,memang dia suka duduk kat adik dia.whatever la.jangan sakitkan haifa sudahh ye cayangg..


kamceng kau

kamceng sampai aku naik risau

drama King, prince & princess.heh. :)

 dush!

12.1.11

rifdi #22 : copycat

trademark berfoto saya sudah dicuri,
tolong!tolong!

sudah ada peng-copycat yang bakal menggantikan saya dalam berfoto.
sumpah!
yang buatkan saya marah sebab orang tu guna trademark saya tapi dia lebih comel.lebih kiut.lebih geram.rasa nak gigit gigit jari dia.

geram sungguhh.ishhh.
nak tengok?

ni dia.hamikkk..


serupa takk??



dush!

11.1.11

masuk kerja

hari dah cukup 60.
maka,aku dah kena masuk keje.


masuk keje semalam dah petang.pukul 2.30.
pagi tu kena bawak baby haifa ngan rifdi ke klinik.biasak la,check bulanan.
baby haifa kena cucuk kat peha.pas nangis stakat buat syarat,dia tido balik.cool je dia.macam mak dia jugak.heh.


masuk keje..nak borak pn takdek orang.sebab orang yang ada seme stok busy cam menda je.so,aku?


kejenya cuma goyang punggung lagi takat ni.
camni la gayanya..






tapi aku tak gemokk..
aku dah kurus. :)


dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...