Visitor

21.1.11

bermesraan sesama sendiri

auw.tajuk tak bleh blah.


cerita berdialog lagi


arini baru berpeluang berbual dengan staff baru di pejabat.dah seminggu dia masuk opis.dia kerani kewangan,perempuan,baru umur 24 tahun,dah kawen dan ada anak sorang.


aku : tukar sini sebab ikut suami ye?
dia : ye kak dd
aku : suami keje mana?
dia : masjid
aku : masjid? (diam) keje ape tu?
dia : imam la kak dd!
aku : ........


kenapa takdek orang yang citer kat aku?ishh.dah aku malu.
tu la akibat kalau orang masuk opis,ko dok ngadap belog je.tak mesra langsung.




dush!

surat layang

ingat lagi masa form 3 dulu.tiap kali cikgu bm merangkap guru penyelia petang masuk je,mesti aku saspen.bukan saspen time dia mengajar,tapi time dia nak keluar kelas.sebab kadang kadang,bila kami dah ucap 

"terima kasih cikgu",

mesti dia akan panggil "hasnidar,masuk bilik saya".

pastu mesti jantung aku berdebar sehabis laju.dalam perjalanan mengekor bontot cikgu tu ke bilik dia tu plak mulut aku dah terkumat kamit baca zikir munajat dan segala doa yang aku ingat.doa penerang hati,ayat kursi..pehh.pehh..dalam kepala plak beratus persoalan wujud.aku buat apa tadi.silap ape plak kali ni.sape plak repot.


"saya dengar awak mencarut plak kali ni."

aku pandang cikgu.kosong.

"awak carutkan pengawas kelas awak sendiri"


*senyap*



"awak mengaku awak salah?"

"mengaku cikgu!"

"awak perlu minta maaf dengan dia"

"kenapa?"

cikgu dah angkat rotan.ini la yang aku tak suka.keadilan.

patutnya ciktu tu tanya kenapa aku carutkan pempuan tu.dah la tergedik gedik malukan aku.kuat mereport pulak tu.dasar ... ciss.


"prapppp..."

pedih siot.aku redha.

takpe.aku mintak maaf secara tak ikhlas dengan dia depan mata cikgu.


-------------------------------------

hari tu kelas bm lagi.kali ni lagi best.

"hasnidar,rohida,jamiatul,afzan..masuk bilik saya".

hamik kau!satu geng aku kena panggil.


dalam bilik cikgu tu dah ada sorang lagi sahabat sedang berdiri menunggu.juga sorang prefect skolah.


"kamu tau kamu buat kesilapan apa?"

kitorang diam.
cikgu tu keluarkan satu kertas yang aku tak kenal tapi geng geng aku kenal.
SURAT LAYANG!


time tu,kitorang semua kena rotan sedas sorang.
keluar dari bilik cikgu tu,baru aku tau,geng2 aku ni siap buat surat layang pada prefect yang carik pasal dengan aku tu.hahaha!!


korang memang baik.aku tetap kenang jasa korang tu.
muahahaha.




psstt... :: jangan amalkan keje gini ye.buruk padahnya.

gambar hiasan yg takdek kena mengena.
sumber dari sini
dush!

20.1.11

Aizat - Susun Silang Kata (OST Tiramisu)

entry ke-4 aku arini.
cukuplah.yang last ye.
sebab ni pun kemas kemas nak balik.nak layan tiramisu.


bukan tiramisu ni lahhh.ishh.
menaikkan nafsu ghairah aku je.

tiramisu ni lahhh.


citer ni lawak bebeh.aku tengok since dalam pantang aritu.tengok la sape pelakon.ada amani yang kiut miut dan pierre andre yang selambe badak kalau berlakon.malas nak cakap banyak.korang layan la lirik lagu aizat ni.ost citer ni.


Aizat - Susun Silang Kata

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)


dush!

ツdush!

8.30am-punch card-tulis entry baru-gi breakfast


10.30am-naik opis-tulis entry-blogwalking-hasben call ajak balik/lunch


2.30pm-naik opis-blogwalking-ada idea-tulis entry lagi


5.30pm-hasben call ajak balik-punch card.


++++++


*dd,surat suruh kontraktor repair tangki bocor dah siap belum?
*oppss..lupe.esok la TA yek








dush!

Tag #5 : aku memang suka jawab tag ni

tag ni aku dapat di blog anak mat nor.aku ambik sebab last entry tu dia tag orang yang ada masa lapang.aku rasa aku sangat lapang macam lapangan terbang.maka aku ambik.aku dah lama nak ambik tapi aku terlupa.tapi kali ni rock dah tolong ingatkan aku di entry beliau.maka,aku dah tak lupa lagi.baiklah.dengan rasa lapang giler aku pun jawab tag itu.
(tolong baca dengan nada budak darjah 2 baru dapat buat ayat pakai full stop)


Mari.

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.


I am :
dd-tank
sebenarnya aku tipu.gambar first pada google images adalah gambar lucah lesbo.aku nak letak tapi gambar tu loading lama nak mampus.agaknya sebab aku pakai line opis.
heh.

I really want to go to :
singapore
eh,aku ingatkan kalo search kuar gambar patung singa pancut air tu.takpun gambar pempuan pakai bikini kat pantai sentosa ke.tapi tak kuar.bodo betul.

My favourite place :
my home sweet home
gambar katun klasik.bleh la.tapi aku lagi suka gambar kartun selepas gambar ni.comey dowhh.

My favourite thing :
selipar jepun
aku sangat suka.sebab mudah.dan simple.dan senang.tapi stylo.dem cun.

My favourite drink :
orange juice
jawapan yang konsovertif.tapi sangat berkhasiat bukan?

My favourite food :
aku suka makan macam macam.takdek spesifikasi.
cehh..mentang mentang keje jkr.

My favourite colour :
red is merah
tapi kenapa lada?..kenapa bukan red warrior?

I was born in :
rumah mak abah
tapi ni bukan rumah diorang.rumah mak abah aku rumah papan okehh.

I live in :
jerantut
tempat aku mencari rezeki di kala ini

My school/college :
tadika kemas paya besar, kuantan
tempat pertama aku dapat pendidikan.
ehh..jap.jap.aku pelik kenapa kuar gambar budak skolah ni.

My favourite story :
alice in wonderland
wowwwwwwwwwwwwwwwww!!
okeh.mata aku dah bersih.

My hobby :
memasak
hobi yang ajaib bukan?

I want to be :

millionaire
tetiba je kuar dalam kepala hotak aku time nih.
biasa la,time sesakkkk..




Dannnn..
aku juga nak tag semua orang yang ada banyak masa lapang.



*damn.dua jam aku hadap menda ni.muahaha.


dush!

haifa #4 : sudah pandai hisap jari

haiyy!my name is haifa.
haifa kalau celik mata bangun tidur takdek nangis nangis nih.yang dia tau merengek rengek manja je.kalau ibu or abah dia datang jenguk dia akan hadiahkan senyuman paling manis.kelakar.sengih sengih nampak gigi gusi.


kalau abang dia datang,abang dia akan bukakan kelambu.pastu goyang goyangkan baby cot.agaknya abang dia ingat adik bleh bangun lompat terjun dari cot.ohh..bukan macam dia rupanya.tapi aku tak pasti sama ada dia sengih nampak gusi tak kat abang dia.


tapi sekarang aku dah taktau haifa bangun bila sebab dia dah tak merengek.tau tau aku jenguk tengok dia dah sedap giler hisap jari macam baru lepas makan kfc.awal dowhh pandai isap jari tangan.tapi aku tak kisah.aku kisah kalau dia dah pandai isap ibu jari kaki je.aku tak sedia lagi nak pregnant lagi buat masa ni untuk bagi adik kat haifa.tapi kalau 'buat' ye aku dah sedia.muahahaha *gelak evil* pangggggg!! peh.dapat pelempang sendiri sebab buat lawak lucah pepagi sejuk gini.


boring + lapar


mana ibu.lapar dah ni.

arghh.tak bleh tunggu.aku ngap jari dulu.
slurrpppp..

dush!

19.1.11

citer budak tadika

pagi tadi pada pukul 7.30 am.
time aku bermekap mekap nak gi keje.


sambil bukak pintu bagi angin pagi masuk,terdengar budak kecik umah jiran sebelah berborak.umur masing masing dalam 5-6 taun jugak la.diorang tengah tunggu van pegi taska.diorang tu kawan je kot.


aku taktau citer asal.tapi topik tu yang best.


budak 1 : betul la.mak saya yang suruh
budak 2 : okay
budak 1 : nanti dah besar terus bleh masuk 'u'
budak 2 : 'u' tu ape?
budak 1 : 'u' tu pun taktau?
budak 2 : mana saya tau.
budak 1 : 'u' tu tempat belajar bila dah besar.dia macam sekolah tapi orang besar belajar kat situ laa
budak 2 : 'u' tu dekat mana?
budak 1 : entah.saya pun taktau.mak saya yang suruh belajar rajin rajin.biar masuk 'u'
budak 2 : habis tu mak awak sekarang belajar kat 'u' ke?
budak 1 : eh tak ah.mak saya kan cikgu.
budak 2 : nape mak awak suruh awak belajar kat 'u' tapi mak awak jadi cikgu?
budak 1 : entah..


aku tak tau ape sudah cerita tu sebab pastu van taska dia datang.aku plak yang tengah tepek bedak ni dah tak tahan gelak sorang.


bagus ceritanya.berpandangan jauh.cuma aku tak paham apa motif aku teringat citer diorang pepagi ni..



dulu dulu sebelum baligh aku nak sangat belajar kat u ni.
universiti al-azhar.
dush!

18.1.11

makan makan di workshop jkr jerantut.

wahh..makan di workshop ye.tak sangka aku.ingatkan workshop ni tempat repair transport je.huahuahua.


aku taknak letak muka orang lain.aku nak letak muka aku anak beranak je.aku marah ni sebab pakai kamera aku tapi gambar orang lain je banyak.memory card sony aku tu full sampai nak muntah.ceh.


anak sape dia nih.ngan rambut perangnya..

merenyam tak kira tempat.
tetibe macam huntchback.ohh..

kacak betul anak dara aku nih

aku tak risau sebab abangnya memang menjaga adik sepanjang masa.
budak lain langsung tak berani datang kacau adik. :)


hari tu firstday la aku kuar ke tempat awam di jerantut selepas delivered.
kebetulan malam tu department workshop & stor buat makan malam bersama keluarga,so aku kena la participate.bini incharge besau dowhhh..kena la amik ati.takkan nak menyombong plak.actually,aku dah kenal family2 workers sini.dah macam sedara mara dah.


dan malam tu banyak ayat tak bleh blah yang aku dapat.korang baca pasni jangan muntah plak ye.ahakss..aku dah susun ikut susunan dari ayat terbaekkk sampai kurang baek ni.


1. "ehh.kak dd pegi slim world ke?" - pehh,yang ni la paling tak bley blahh.ayat jujur sorang anak cc.


2. "dd.ehh,ko kenapa kurus sangat ni?ko pantang sangat ke?" - kurus sangattt??..ahhh.rasa nak collapse kat situ jugak.


3. budak sambil bisik kat mak dia "ibu.cik dd dah kurus kan?" - aku sengih lebarrrrrrr..harusss


4. "dah slim semula dh awak.bleh makan malam lagi ke?" - ape tak makannya kakkk..makan.cuma kena kawal nafsu serakah jelaaa..


5. "makcik! (ini driver sorang ni memang panggil aku camni).makan banyak sikit.muka dah kurus sangat.tak lawa" - tak lawa ke derrr??


6. ini ayat gampang sebenarnya.tapi aku nak letak jugakk. " encas (baca : incharge) nampak kurus dah.jangan bulan depan gemuk balik" - oh yeahh.kau tak sayang mulut ye?


okeh.itu la sepatah dua puluh kata untuk tengah hari ini.sekian,terima kasih.


dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...