Visitor

28.1.11

panda yang macho

damn.pepagi jemaat bawak mata panda ni ke opis.
aku tersangat mengantuk.

kelmarin aku tidur pukul 5.30pagi (kot!) pasal tak bleh tido dalam bilik.anak anak seme dah tido,so kol 2 lebih tu ingat lepas siap segala tugas harian cam basuh-angkat-jemur-gosok-lipat kain tu bleh la tido kan kan kann.tapi bila masuk bilik,peluk peluk rifdi..haishhh,mata takmau jugak tido.rasanya dah siap salam peluk cium dah ngan si suami.biasalah,dah terbiasa gitu.kalau tak buat biasanya tak bleh tido.tapi kali ni lain macam.


aku rasa nak dekat 10kali aku mimpi menda yang sama.berulang ulang.mimpi aku bangun tido,gi salam ngan si suami,pastu aku sedar.pastu mimpi aku bangun tido lagi,gi salam ngan si suami lagi,pastu aku sedar lagi.pastu mimpi aku..ops.dah dah.tak payah nak ulang ulang sebanyak 10kali.annoying tau tak?ok.paham...Dan last last,aku bangun jugak gi kat si suami dan ngadu kat beliau sesungguhnya aku tak bleh tido.dia suruh aku baring seblah dia atas sofa (opps.bukan 18sx ehh) teman dia layan dvd armageddon.tengah layan tu tetibe ..eh,baru aku bleh tido tau.magik bukan?sebab aku sedar sedar si suami kejut kata haifa udah nangis mintak susu.woo..jauh ngan ibu rupanya.


bangun bagi susu terus siap siap gi keje plak.


balik keje semalam (rutin biasa) punch card kol 5.30ptg.gi shopping barang dapur sket,pastu amik anak anak,sampai umah jam 7petang jugak.pasang tivi citer tiramisu dan terus masuk dapur masak-kemas-buat-segala apa yang patut sebagai sorang isteri yang muslimah,mandi jam 9malam dan terus siap untuk dinner.selesai tu tidokan haifa dulu.kalau bleh rifdi sekali tapi dia tu susah sket.ada masa tido awal,ada masa lambat.ikut suka hati je.pastu macam kelmarin jugak (dah aku bagitau tadi,rutin biasa.<--kena highlight ni),basuh-angkat-jemur-gosok-lipat kain.tolak tambah segala keje lain maka pukul 2 baru masuk tido.


tapi pagi tadi memang sedikit terganggu la tido sebab rifdi takdek keje lain melainkan ngigau nangis meraung mengamuk menyepak segala tak hengatt punya sebanyak 3 kali waktu bekerja tido.hatrik pada jam 3pagi-4.30pagi-5.50pagi..entah kenapa la agaknya ye.encek ejang plak kalau dah time tido tu memang tak bleh blah la tidonya.dia bangun pun bawak rifdi keluar dari bilik kol 4.30 tu,aku plak gi toilet jap.time tu aku dah dengar rifdi nangis lagi kuat dari tadi.pastu aku kuar toilet tengok haih!pintu bilik dah tertutup tapi bunyi rifdi kat ruang tamu.aku tengok,ceh!..kena tinggal kat luar rupanya.sian anak aku.aku pun dukung dukung la,usap usap sket,sakit jugak la kena pelempang dan penendang anak teruna aku tu tapi biasa la beb.mak beb.kena la pandai mainkan peranan beb.last last tido dengan air mata je budak tu..bawak masuk bilik,tido jap..nangis lagi.ishh..ngigau benda la budak ni.tu la last ngigaunya.time tu aku terus la tak tido pasal susukan haifa jap,pastu kemas kemas umah dan terus bersiap gi keje.kejut encek ejang pun habis semangat dah pagi tadi.dia tanya jugak kat aku "tak ngantuk ke?abang ngantuk ni" tapi dia dah siap bangun masa tu.


"tak ah.biasa je..".gilerlah.pretend gila babi macam orang tido cukup 8 jam je aku.padahal kepala dah senak rasa.tapi sebab nak tunjuk aku hebat,aku buat buat muka macho jela.


ni pun dah nak pukul 11pagi.kejap lagi balik lah.jumaat kan.
memang aku nak tido jugak time orang solat jumaat nih.nak claim tido.muahahaha.
kalau sedar ada la aku kat opis petang ni.


saya dd.macho bukan?
dush!

27.1.11

badan gua naik plak dah ke?

breakfast dengan encek ejang lagi pagi tadi.

kedai biasa kitorang pegi ramai orang.biasak,baru pas gaji derr.carik tempat lain.pun sama penuh.carik lagi,dah jumpa tapi parking plak susah.takdek.so,next please!
carik lagi sampai jumpa kedai nasik kerabu.memang paling glamer lah kalau kat jerantut ni.


aku mintak nasik separuh,telur masin dan daging bakar.aku cakap kat encek ejang,
"haisshh..2 hari ni breakfast nasik plak dahh"


"ntah.badan dah naik semula dah tu"


woshh.sentap jap.tolak nasik konon konon merajuk tapi tak jadi.Tuhan marah membazir bukan?cepat cepat aku makan.


pasni kena cover semula ah.laki dah berbunyik tu.
muahahaha.







psstt.. :: aku dah terperasan sebenarnya sebab kalau naik tangga dah mula terasa mengah.padahal aritu aku siap bleh buat gimnastik lagi kalau naik opis. (--)".penipu.giler.

kalau aku kurus gini bleh ke?rock tu.
dush!

26.1.11

cuci mata

penat mata berblogwalking.eh,itu bukan kaki ke penat kalau walking?

mana tak penat,arini aku jamu mata aku dengan awek awek cun dalam dunia blog nih.kebanyakan awekawek yang aku tengok semua muka stok comelcomel cam babydoll.gile ah.rasa nak nangis.kenapa korang sangat comel?..dahla comel,blog diorang sangat menghiburkan.takdek lah poyo tak tentu pasal..plak tu jangan citer ah.kalau dlm blog masing masing semua ada gambar fotoshoot ala ala model.eh,memang dasat lah! (kenapa terpakai tagline nadzmi raja lawak5 ni?) dan baru la aku perasan,sebenarnya kecomelan mereka ni boleh tarik ramai pembaca dan follower.maka,kalau gitu aku kena mekap tebal serta kena pakai comel comel cam diorang ah pasni.pastu kena carik agen atau kedai yang memerlukan model untuk peragakan baju diorang.konpem ramai peminat.ehh,ada tak sape sape yang nak ambik saya jadi model?tolonglahh,tolonglahh..teringin sangat nih.plisssss!!ceh.gedik giler.


sudah la dd.kau dah tua.(--)"


takde la wey.lagipun wa berblogging bukan nak kumpul follower atau peminat pun.wa camni la kan.memang jenis suka bercakap,merepek,merapu,mengumpat dan segala macam hal lagi kan.wa tak la carik publisiti kan.wa kalau tulis,wa suka tulis ikut perasaan wa je.kalau lu orang suka wa suka.kalau lu tak suka wa bleh buat ape derr.wa pun bukan dapat duit lu orang pun derr.duit nuffnang pun wa tak dapat derr.wa ada 50sen je.so,wa tak bleh la nak print screen-citer-segala-bagai pasal duit nuffnang pun macam orang lu orang.wa blogger cikai je derr.wa tak mampu nak jadi blogger hebat macam lu orang.


eh,apa aku merepek ni?dahla.aku sebenarnya nak tayang muka dan aktiviti anak aku je.tapi lain lak yang aku carutkan.dah,aku nak makan limau plak.semalam ada orang hantar limau 8 kotak.arini kat opis tinggal 4 kotak jer.giler la diorang ni bleh bawak balik plak limau sekotak sorang.tak cirit ke?


*************


rifdi
kalau nak ajak mandi kena pujuk bawak segala mainan.
tapi kalau dah mandi bapak susah nak sudah.

chawan pun dia bawak?

dun worry.gambar tak lucah langsung.

nak mandi punya pasal beb.
*************


haifa
pantang nampak camera,dah tau sudut mana nak pandang.
mak kau ajar ye? (--)"

tepek tisu sebab sedu.tapi tak lama pasal abang dia
memang tak suka la adik dia kena tepek bagai kat muka

tengok.pandai sangat camwhoring.biasa ni.


dush!

rejuvenate : my new haircut

finally with new haircut.
pehh..pagi pagi buta bleh terspeaking pulak.camtu la dia.automatik sokmo.atau dalam kata lain,memang dah terbiasa pagi pagi speaking.kejut rifdi pun "wake up rifdi.wake up."
oh yeah.memang agak mengada bunyinya.ehh,no-no-no.cuma teringin nak improve english skill je walaupun cuma tu je ayat yang aku tau.


baiklah.itu bukan cerita utama.cerita sebenar adalah di perenggan seterusnya.


aku dah lama nakkkkkk sangat potong rambut.(ayat biar bagi nampak terlalu teruja berkehendakkan sesuatu).tapi encek ejang agak keberatan nak benarkan kejadian tu berlaku sebab katanya muka aku tak sesuai berambut pendek.apetah lagi kerana kuantiti rambut yang sedikit di samping struktur rambut yang agak curly murly ye tuan puan.


tapi lastweek hubby tercinta tersayang dan segala ter-ter-ter tu dah bagi greenlight.katanya potonglah.senang sket masa nak susukan anak.oh yeah.aku suka sangat.semalam,dapat je gaji memang macam orang hilang akal terus suruh encek ejang hantar ke saloon.sepetang tu la aku bertapa dalam saloon tu,membiarkan rambut ini digunting dan direbondingkan sesedap nafsu.dan akhirnya tadaaa....


google la wey


ehh.itu bukan aku.itu dira abu zahar.tapi begitulah hasil dari pertapaan petang semalam.aku memang sengaja buat rambut camni sebab simple tapi cute.err..maksud aku rambut tu nampak cute.sampaikan rifdi senyap tengok aku berubah wajah.yang bapaknya tak habis habis.."rifdi.ni sape?ni sape?" sambil tunjuk tunjuk kat aku.


lega wehh.terasa muda remaja.muahaha.
rejuvenate myself.


komen encek ejang : dah macam muka orang cina-korea-jepun-thailand dah.


amboihh mak.banyak betul macamnya ye.


apepun,aku memang suka rambut ini.




psstt.. :: rock.aku sedang koya dira ni.muahaha.

dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...