Visitor

11.2.11

rifdi #24 : cameraboy

bangun je dari tidur,tetibe..


boleh dipolish ni
(^_^)


notakukukaki :
pendekkan entry kali ni?ye.sebab hari ni hari jumaat.office hour yang terhad dan petang ni dah tak masuk office (kot).pengasuh mintak suruh kitorang amik awal anak anak,diorang ada hal lain petang ni. 


dush!

10.2.11

kegilaan #1 : kasut

haa.korang ada hobi tak?aku,kalau orang tanya aku suka bagi jawapan stereotype iaitu 'membaca'.padahal aku suka baca komik ngan majalah hiburan aje.paling hebat pun novel.bacaan harian aku pulak adalah belog.eh,boleh ke?boleh la kan?bahan bacaan la tu kan?kan?


ok.citer hari ni adalah hobi sebenar aku adalah mengumpul.tak kira la apemenda,aku memang suka mengumpul barang.tapi takkan aku nak tulis hobi mengumpul ni dalam sebarang borang wawancara atau resume.eh,resume mana ada tanya apa hobi kau.tipu betul.agak agak la nak cong pun!


antara barang yang aku suka kumpul adalah mug,paper bag,sapu tangan souvenier orang kawen,tag barang mahal2 kalau aku beli..dan macam macam lagi.tapi arini aku bukan nak tunjuk koleksi barang barang di atas ye.arini aku nak tunjuk koleksi kasut yang aku kumpul sekarang.nak tengok?jom rock and roll!

eh,apesal aku cakap camtu ye?


heels (la konon) & wedges
kiri ke kanan : wedges Leno, heels Alfio Raldo, heels Sembonia (hantaran kawen ni) dan wedges Vern's.


ini kasut kasut kerja time pakai baju kurung atau dress atau baju sopan santun.heels yang konon konon heels purata hanyalah setinggi 1/2" sahaja sebab aku takkan pakai yang tinggi tinggi amat.aku adalah bekas OKU hehe sebab masa student dulu aku penah pakai tongkat gi kelas sebab eksiden.sejak itu,aku tak bleh pakai kasut tinggi tinggi,nanti kaki aku cramp pastu macam macam perangai dan perbuatan pelik akan terjadi.sebelum aku jalan kaki ayam dan kasut berada di tangan,baik aku amik langkah safety first dengan pakai kasut yang tidak menyusahkan.pasni aku ingat nak tambah lagi satu sebab kasut kasut ni dah tak berapa selesa pada aku (ceh!).kena beli lagi la ni.


segala kasut i di wardrobe
okeh.yang ni plak segala macam kasut yang aku ada.tadi ada member lalu lalang kat blakang meja masa aku sibuk edit pun dah ada tanya,ehh,dd nak jual ke ni?berapa harga?saiz apa? jawapannya adalah,ehh.no no no.ni kasut dd la bro,bukan nak let go.huhu.


dulu buat berjalan je kasut ni.pastu tetibe jadi kasut masuk site
kiri ke kanan : hush puppies, polo club


kasut minah scoot satu masa dulu.heh.sekarang dh lunyai bawak gi piling.heh.
converse all star


ini plak kasut bawak masuk site.hehe.yang berdua kat atas tu aku pakai kalau kena naik opis dulu.kalau yang converse ni memang pakai terus desyum ke site.tak formal kan.kang selekeh plak masuk opis.ilang la keayuan aku.heh.


kasut sukan yang tak berapa nak aktif
kiri ke kanan : power, leno, everlast


hah.yang ni plak kasut sukan atau dikenali sebagai sport shoe.walaupun aku ini tak berapa nak bersukan tapi kasut tu wajibul kena ada.fyi,kasut power tu langsung tak pernah guna.aku beli sejurus selepas berkahwin,konon nak berjogging ngan encek ejang.sekali aku termengandung,maka sampai sekarang la aku masih belum guna ye.masih dara kasut itu.hehe.kasut leno tu plak encek ejang belikan.auww.sangat ganas hadiahnya ye.itu pun aku baru pakai bebaru ni.sebab ada lawan pentaque antara jabatan.yang everlast tu aku beli bundle je *tak mampu nak beli yang ori* aku beli masa bujangan dulu sebab nak main paintball punya pasal.beli sama ngan encek ejang.oh,romantika di amor betul.muahaha.


jalan jalan santai santai
atas kiri ke kanan : lupa jenama sandal ni.beli kat Tangs pavilion, sandal leno
bawah kiri ke kanan : beli kat the Store Parade Kuantan, Crocs


yang ni aku pakai wat santai santai je.jalan jalan beli barang dapur ke.biasanya aku pakai selipar jepun tapi selipar jepun sudah jahanam.pastu takdek masa nak carik selipar baru yang cun cun.so,ini adalah antara kasut dan selipar 'cantik' yang aku pakai buat jalan jalan santai santai.


kasut terrrr-best
levi's dan beli di Pavillion BB.


yang ni adalaha kasut ter-best buat aku.sebab yang ni memang favorite sepanjang masa.masih cantik dan terkawal.masih boleh letak di atas kerusi.tengok,sangat dimanjakan bukan?


okeh.sampai di sini saja ruangan koleksi dan hobi i kali ni.akan datang aku nak buat ruangan gini lagi la.best pulak.rasa macam dalam paper je.*yela.kita blogger baru,tak sampai kuota lagi nak kuar paper cenggitu*.hehe.


dush!

9.2.11

semalam yang hangat

damn.marah betul aku tengahari semalam.aku gi site,ada coring test dengan lab.yang bengangnya main cont sendiri tak datang turun padang.dah la tu,test kantoi plak tak ikut spek.aku dah agak jadi gitu sebab main cont tipu tipu aku lagi.diorang kelat buat hardstanding tak letak crusher run dan binder.diorang terus letak wearing je.ada ke?ehh,citer macam ramai yang paham aje.ceh.


result test adalah hardstanding tak cukup tebal.sepatutnya kena 100mm.buat 3 point,yang 1 point udah kantoi.


nak tengok jelas tolong klik.boleh?


jangan kata aku tak buat keje.diorang premix dah la tak bagitau langsung bila.plak tu,premix tu adalah time aku sarat pregnant tunggu masa dulu rupanya.cis bedebah kau.maka,boss aku cakap takpe.bukan susah,buat keje tak cukup syarat maka bayaran bagi kerja membina hardstand adalah dikurangkan mengikut harga.terima kasih.




bengang berada di sana,aku pulang ke opis,buang tebiat bersama rakan tidak sebaya di pejabat.saksikan persembahan kami bersama.dan..err,kebetulan aku balik opis diorang sedang asyik shopping shawl & tudung yang aku bawak pagi tu.hehe ;)


ini kaksu.dia sedang pregnant.
(^_^)

sedang cuba pashmina baru beliau

cantik tak?cantik tak?

susah jugak nak yakinkan akak akak bahawa
pashmina ni sebenarnya labuh dan tertutup
kat belakang

puan cc yang merangkap mak sedara pupu
belah mak ai :)

satu satunya anak dara di opis.
tapi not available ye plis.

ini mak dara yang taknak sadar diri bersama trademark beliau

siap test tudung kat bilik fail lagi.
taknak orang luar nampak.kan tak manis.huhuh.

puan cc ni tak abih abih ngan wallet dia

tokei la paling sibuk sekali kat situ

tengok kulit ai yang cantik berjeragat baru balik site meh!

lagi percubaan pashmina
polka polka

cantik la kak.tak rugi kalau beli.potpetpotpet.
[tokei tak abih lagi mengecong akak ni suruh
beli]

ada yang berminat dengan pashmina di atas?
yeahh..jangan lupa visit blogshop ai di http://stallChantek2.blogspot.com
ada macam macam jenis shawl/pashmina/tudung di situ.

lalalalalala...


pas lunch dengan encek ejang tadi,aku masih tak abis lagi mem-fotogedik.hehe.pertama kali dalam sejarah aku amik gambar bersama encek ejang dalam kereta.poyo bukan?


ailebiu
aku sangat tak paham kenapa encek ejang senyum begitu.

dush!

8.2.11

on the road

sejak kebelakangan ini,aku sangat aktif berkecimpung dalam fotografi.yeahh.ayat macam orang nak siapkan karangan 400 patah perkataan.


ini adalah secebis fotografi menggunakan kamera cap goh meh buatan Nokia Eseries.berlakunya perlakuan nakal ini adalah ketika on the way balik dari kuantan ke jerantut.jangan tanya kenapa aku jadi sesengal ini.


encek driver yang tekun memandu.
jangan laju laju ye.babap kang.

co-pilot yang pantang nampak segala jentera berat
di jalanraya

yang ni memang heroin sepanjang masa

aa..comel tak?comel tak?

masing masing sangat comel :)

tak abih lagi

menambah kepadatan memori henpon lagi

dan lagi..


akhir sekali,hero tido dengan nyenyaknya..


dush!

kenangan mengusik jiwa (XPDC - Teman)

pepagi dah sentap.apa taknya,tetibe mp3 dalam keter (yg baru didownload) pasang lagu teman by xpdc.nasib aku tak menangis berhiba.kau orang taktau,lagu ni sangat tacing walaupun pada orang lain lagu ni rock giler.


sebabnya?


haaa..sila rujuk gambar di bawah.




time ni jamuan kolej.aku karok ngan rock lagu teman.rasanya aku dah letak gambar ni dulu dalam entry ni.huhu..sedih kejap.rindu korang la beb!!



Teman - XPDC

Suatu petang yang damai
Kau ku lihat menanti seorang teman
Teman yang takkan datang
Engkauku perhatikan
Setia lagi apalagi yang dinanti
Teman yang tak akan datang
Biarku pujuk kemari
Hati yang sedang pilu
Kau genggamlah tanganku
Aku bawa kau pergi
Syurga bukan satu hala
Aku masih di sini
Setelah sekian lama
Kau memendam dendam
Kekasihku
Tidak datang setelah berjanji
Aku pun sudah merasakannya
Kita bagaikan suatu arah yang menanti sendirian
Walau dalam hujan lebat
Ku nanti nanti nanti nanti, sendiri lagi
Suatu warna yang gelap
Dahulu hidup penuh
Dengan keseorangan
Seorang lagi teman
Setelah sekian lama kau memendam dendam ( 4X )


notakukukaki : wuwuu..sedih giler.aku tacing ni wehh..
dush!

7.2.11

cuti silamat hali laye

lama bercuti,maka lama juga aku tak mengupdate belog wahai sayangku.*tetibe berdrama*


di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya cina ye kepada semua chinese yang hensem (sahaja) seperti takeshi kaneshiro,louis khoo tin lok,aaron kwok,nicholas tse,daniel wu dan happy chinese new year pada kak sammi cheng,mariam yeung dan didi jak pa.eh,macam nama aku je.


cuti baru ni cam biasa ai balik kampung di kuantan dan perabihkan beras masa dengan famili tercinta.aktiviti pertama di rumah setelah sampai adalah pergi menshoppingkan stok shawl baru untuk customer (wacehh..macam ramai kau my customer) hiyahhh.pastu tetiba kan..nampak plak pin tudung yang kiut kiut,memang aku dah order awal awal suruh budak tu buatkan untuk aku.aku nak sebanyak 50 bijikk!!amik kau.siapkan duit je.muahaha.


pastukan,sabtu tu ai kena balik jerantut sebab banyak giler jemputan kawen kawan kawan yang ai kena pergi.maka,sabtu tu kena la gerak balik.dah ahad duduk lepak kat umah siap goyang kaki goyang perut sume.


dahla.ai lapar.ada opismate bawak fun fries plak.nak gi makan jap sambil bergossip.sebelum blah,ai ada gambar nak tunjuk.gambar anak dara yang dah makin besar dan makin menawan.aaaa..cenyum cikit dik!


tumbuk nak?

semakin membesar bagai johan

close up okeh!



*notakukukaki :


1. charger laptop i rosak teruk.sian saya tak dapat mengapdet belog time cuti cuti malaysia
2. perasan tak penulis sedang mengalami gangguan jiwa?ini dapat dikesan dari penggunaan bahasa diri yang kerap berubah rubah.maafkan penulis.



dush!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...