Visitor

12.3.11

haifa #5 : 4 bulan


Aku baru perasan,haifa dh pandai baring mengiring dan dah cuba cuba nak meniarap.

11.3.11

Akanku buangkan semuanya di sana


Peh.tajuk entry dgn attachment mmg takbley blah!langsung takde kesepakatan dan kemuafakatan.

Ok.arini aku nak ke kl.ada urusan keje di sana.dapat pulak kumpul keje skali dgn keje encek ejang.maka dptla ke sana bersama sama.

Dan kebetulan pulak hari ni segala kekeruhan konflik diri sudah berakhir,maka aku cuba untuk membawa segala perasaan mazmumah ni ke kl,dan aku nak tinggalkan semuanya di sana.sudah dan cukuplah ye dd!

Ok.dah otw dah ni.bai!

Mintak mintak dapat tgk Rango.hihi :)

10.3.11

hebat bertiup kencang

keje dah siap.masa utk berblogging.yehaaa!!


time rehat tadi sempat balik umah.tujuan dan matlamat adalah nak tidor seround.ini kes rifdi menangis ngigau kol 3.25pagi tadi.dah la nangis,nak ngan aku pulak.abah dia nak pujuk,dia taknak sebab malam tu kena rotan ngan abah dia.so,perasaan takut tu masih ada lagi.cian budak itu..~dah tak pasal pasal aku kena temankan dia layan antz,a bug's life ngan ants bully.takdan abih citer ke-3,dia baru tido.jam dah 5.30pagi.elok plak haifa nangis mintak susu.layankan adik pulak,tengok dah jam 5.50pagi.tak tido dah,terus buat keje umah,siap siap dan pegi keje.


cut the crap.


berbalik kisah rehat.pas kuar awal dari opis,terus gi tapau makanan.sampai umah,terus bukak sliding door selapang lapangnya sebab tetiba rasa nak bagi ventilation yang bagus untuk ruang tamu.pastu,tak sadar diri,aku ngan encek ejang terbongkang tido tak hengat ape..


tettt.tettt.bunyi alarm henpon.ceh,tipu pulak.bunyi alarm adalah lagu fool's garden.aku bangun,nak siap siapkan makan tengahari.tak makan lagi,kena tido duluuu.


sekali aku ke dapur,tengok banner Asmaul Husna kat dinding dah tergantung senget tidak seimbang,tupperware aiskrim wall's favorite kami sekeluarga yang dah kosong tercampak jauhhhh..eh.angin kuat ke tadi?aku teragak nak lari ke depan.sekali tengok..ah sudahhh!!
BANJIRR dah dalam rumah aku!!
kasut keje aku ngan encek ejang pulak tadi langsung tak bawak masuk,abis dah bertakung air.
karpet alas kaki pun abis basah tanpa belas kasihan.
langsir sliding door lagi laaa.takdek perikehujanan dah.memang lencun betul.
dah satu keje pulak aku kena mengemop-mengelap air yang bertakung.dalam hati aku abis la tikar buluh hadiah kaksu ni,memang basah tahap maksima.


mengemas dengan kelajuan maksima sebab perut dah berlagu rentak system of a down.bukan lagu toxicity tapi terus ke lagu morphin.takdek reti nak slow dah.


dalam hati,lain kali kalau nak tidor tak payah nak 'ventilation' umah sangat lah.sekali hujan berserta angin kencang dah dapat keje matematik tambahan time rehat.dah aku masuk keje 3.30petang!


hebat!


notakukukaki :: sekarang pahang tengah hujan hebat.ada tempat dah banjir pun!


ingat nak ponteng kerja layan hujan camni je tadi.
tapi sebab bakal pekerja cemerlang,tak jadi terus niat tu.
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

9.3.11

contest : makan paling comot

yey!ada masa kejap ni,aku nak try pulak contest dari blog akak comel ni, kak mas.






aku jumpa contest ni dari Bangku Kosong.yang menariknya sebab contest ni syarat dia kena letak gambar budak umur 2-6 tahun sahaja.nampak sangat kiyut okeh sume contestan sebab sume budak budak kannn.


dan sebab aku ada anak yang umur dah nak masuk 3 tahun,maka aku letak la gambar budak comot ini.hehe :)





hehe.comot ke tak,kita tengok result nanti.hehe.

dan ini aku copy dari blog kak mas :-

syarat-syarat yang sangat simple

(i) jadi follower blog ini dan blog bila gambar bercerita kerana semua senarai gambar peserta akan diletak di blog itu

(ii) sila letak banner di atas dan link kan terus ke entri ini

(iii) gambar yang dipertaruhkan mestilah kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun sahaja... tak kiralah anak sendiri ke, anak saudara ke anak orang lain ke, anak jiran sebelah ke janji kanak-kanak

(iv) link kan entri anda di ruangan komen entri ini

(v) nak kena tag kawan2 ke?? terpulang pada anda semua kalau nak ajak kawan2 lain join taglah tapi kalau tak nak pun takpe..

(vi) tarikh tutup penyertaan : 31 Mac 2010 tepat jam 11.59 mlm

(vii) hadiah akan diberikan kepada pemenang utama, first runner up dan second runner up sahaja... apa hadiahnye??

pemenang utama 

sepasang t-shirt couple tee
inilah adalah gambar contoh sahaja
t-shirt sebenar akan dibeli bila pemenang sudah diketahui

first runner up

perfume AVON - Butterfly

second runner up
voucher JUSCO bernilai RM20

selamat mencuba!!



ape lagi kawannn,sila cuba ye!
aku mau tag :


rock aka zezett
kak ainzuraini
mama liza hood
wawa azwa
ain khalid
udhang hudhud
dan sape2 yang berminat nak join,boleh terus klik di sini.




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

rifdi #27 : bila yang tersayang diambil orang...


hah! ni mengamuk apa kes ni??

mengamuk ngamuk

berguling guling

meraung raung









lahhhh..patutla.
adik dapat 'turtle' kesayangan abangg.
hahah!!
kalau nak tau citer lebih lanjut jom ke sini.



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

8.3.11

10 Perkara Annoying Dalam Facebook Bagi Puan dD

aku rasa la kan,anak anak muda yang celik IT sekarang ni sume ada facebook.jangan kata anak muda aje la,bapak tua,nenek tua pun ada jugak.


dan perasan atau tidak,kita semua akan jumpa beberapa perkara yang annoying time melusuri laman sosial tersebut.*peh ayat skima mengalahkan guru bahasa melayu.dan secara sedar atau tidak,kamu-kamu-dan kamu termasuk tuan badak badan ini juga turut terbuat menda yang annoying atau menjengkelkan dalam fb.ehh.aku buat jugak ye?hahah.


apakah perkara yang pada aku sangat annoying tersebut?





  • menulis status di fb macam tulis sajak - nampak macam kau puitis sangat,tapi sebenarnya lirik lagu.deyy,kalau rasa nak berkarya baik tulis dalam blog.at least,taklah menyampah sangat aku kalau bukak 'home', rasa nak terbeliak bijik mata aku tengok status kau yang panjang dan dilimpahi dengan komen komen 'sahabat sahabat' kau yang rata ratanya puji kau sangat hebat.ohhh..
  • tulis status guna shortform / bahasa 'w' - ko paham tak kalau dapat wall post tulis camni? "hey!akak at new now?itew na dtg umah akak laa". memula aku biarkan dulu.pastu tak sampai hati.nak sms aku taktau nombor dia.nak aku reply via wall tu kang malu pulak tak paham bahasa.last last aku message aje.o,rupanya dia tanya aku kat mana sekarang.dia nak datang rumah aku,nak pinjam buku.euwwwwwwww...
  • berbalas mesej sesama suami isteri walaupun duduk serumah - yang ni pun aku berbulu.pulak yang jenis nak ber-ailebiyu-yulebme.woitt,public ni bangang!kotye pun nak menunjuk kau org hubby-baby paling bahagia tak payah la sangat nak bagi orang lain muntah tatkala membaca status dan komen kau orang tu.dan kadang kadang yang tak bleh blah bila ada pulak kawan yang komen 'korang ni sweet sangat'.'korang ni romantika di amoy betul!'.eh,sepanjang encek ejang ada akaun fb ni,kalau aku tegur dia dalam fb,harammmm dia nak layan tau.sebab apa,dia kata kat aku 'tak ke nampak menjengkelkan?'.yelah.memang jengkel.
  • sehari 24 kali update status - aku tau korang pakai blackberry, iPhone, takpun android.boleh fourthsquare dengan menceritakan segala detik ape yang korang buat.aku bleh bagi contoh camni je. 10 jam lepas -'dah lama tak jumpa hubby.miss him so badly'. 9 jam lepas - 'hubby call ajak kuar dating.omg,bestnya'.8 jam lepas - 'tengah siap2 nak kuar dating ngan hubby'. 7 jam lepas - 'yeyy.hubby bawak gi tengok wayang citer kabi kushi kabi gam'. 6 jam lepas - 'hubby ajak clash.wuwuwu..'. argghhh!!!pening!pening!
  • ayat memang nak tunjuk kau high class - 'baru lepas makan cekodok di Palace of the Golden Horses'. takpun 'baju paling cikai aku pakai pun MNG'.goshh.aku tau hang kaya.janganla bikin sahabat handai korang yang lehebet ni meleleh airliuq!
  • bagi gift 'maya' kat semua member dalam friendlist - bukan tak menghargai.tapi kalau sehari dapat macam macam 'gift' yang tak wujud tu,peliss lah!bosan kau tau aku nak ignore-block sume menda tu.kalau menda tu wujud,aku tak la rasa annoying tau dak?
  • ajak orang join group atau LIKE page - kalau aku suka aku tak kisah.group kelas,alumni..gua takdak hal beb.tapi kalau menda yang bukan bukan macam kena LIKE page orang aku tak minat,what for?pastu kena plak ada yang ajak join group 'kami tak suka fasha sandha'.oh well.aku tak suka pun aku tak join group camtu.bodoh tau tak.ingat kita ni bagus sangat sampai nak buat persatuan menda menda tak berfaedah cenggitu?dosa dapat!
google
eh.macam yuna la pulak aku tengok.
  • ajak aku main game macam diorang - aku rasa nak dekat 3-4 kali jugak aku sound friends yang suka invite aku main game dalam fb.maafla.malas nak buat ayat ulangan, 'aku tak suka main game dalam fb sebab internet umah selow macam siput godang dan internet opis langsung kena block!'.hah,pueh hati?takpe.kalau aku nak main game,kat umah aku ada ps2.nak lawan?meh la.aku ok aje.
ni bukan ps2 aku.ini yang pakcik google punya.
  • kerja tag-mengetag dalam menda tak pasal - kalau member member tag aku dalam gambar yang aku wujud,ada,terlibat..i care.tapi kalau gambar tong gas pun nak tag aku,memang rasa nak makihamun je kat member tu.nak nak kalau yang ajak join MLM,skim cepat kaya,pastu shopping barang yang aku sendiri taktau..duhh!memang bengang rasanya. tapi sebab aku orang baikbaik,aku pesan je dalam status 'sila jangan tag saya kalau benda tak berkenaan'.akhirnya semua clear.tapi ada pulak yang memandai mandai tag aku kalau nak wish something.bila on fb tengok,notification punya la banyak.padahal aku tak kenal sape2 pun.last last,kalau aku dapat, aku remove tag je.heh!
  • sekali LIKE,notification berlambak - hah.yang ni pun melibatkan notification jugak.camni, kalau aku sukakan status seseorang tu,aku taktau nak komen ape,aku just klik LIKE je.pastu aku pun off fb.dua hari lepas tu,aku bukak fb,sekali tengok notification mak aihhh!!!berlinang airmata aku kerana sesal tak sudah klik LIKE.eh,korang paham tak?





omaigod.aku rasa cukup la setakat aku senaraikan top 10 ini.nanti kang ada plak yang sound suruh aku remove aje la akaun fb kalau dah sume menda tak betul je.aku cuma nak kongsi sebab ada jugak kawan yang sama dengan aku,rasa perkara perkara di atas sangat 'annoy'.

pada korang?wajar ke tak menda menda ni terjadi dalam fb?
aku menyampah!!sebab tu aku jarang online fb!hahah!

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

kegilaan #3 : kasut lagi

aritu aku kata aku nak beli kasut lagi kan?
nak menambahkan koleksi katanya kan?


hah.


terbaru aku beli lagi.


Polo lagi.rm119.90.
tapi ada less 50%.




heh.jangan kau jeles.
aku kan suka menunjuk.
hahaha. :)

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

7.3.11

rifdi #26 : unplugged by Rifdi feat Haifa

video


just nak share dengan kawankawan.
biasa la beb,cuti weekend,lepak ngan anak.so,ni la kejenya.
hayati dengan baik sebab korang akan dengar adik rifdi,haifa turut menyumbangkan suara bagi memantapkan lagi konsert abangnya.


sape tak paham lirik sila dapatkan di episode akan datang.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Majlis Maulidur Rasul 1432

hey!hari tu dah janji nak tepek gambar berbaris untuk Maulidul Rasul rite?
tapi sebab balik awal,maka dah mungkir janji.dah dapat satu dosa. :'( ouchh.
anyway,berbaris dalam 2km kot.dan semua jabatan terlibat.lepas berbaris terus kena dengar ceramah.

ok bebeh.lets cekidaut de potos!

group nasyid ke koir?

yang ni indie band.
jangan tanya kenapa aku pakai shawl kaler tak kena ok.

barisan para teruna muslimin

ibu & anak? tak patutttt...

ok.dah setat nak jadik sengal

mula menyengal

makin menjadi jadi

aku tak nak hipokrit.letak gambar hudoh sket

postur badan fail!
credit to bro zahari
lenggang mak limah
encek ejang bermain main di barisan belakang
macam gi beraya je diorang nih.
nak nak long
inilahhh barisan kita
yang sengal tu shahizan
langkah kanan ni

sempat lagi.pakcik pakcik teksi

time makan.tapi sempat nak bergedix
itu lubang idung ke lubang tandas?
tak sudah sudah
ceramah time! ok.tolong diam puan dd ye.


dush!

hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...