Visitor

26.3.11

Hotcake punya pasal


Pagi yang hebat bila encek ejang ajak breakfast di tc.yey..bleh pekena breakfast box set beh ni!

Maka,start 8.30am bermula la saat aku perlu mandikan 3 susuk tubuh tmasuk aku sndiri.encek ejang takla.dah besar panjang,mandi sendiri okay!!

Cut the crap.sampai MCD tc,punya ramai manusia.aku taktau plak ramai yang kepingin hotcakes macam aku.agak rasa jugak kepala lutut dah ketaq gile time beratur sebab tak makan pagi dulu tadi.hotcakes punya pasal!

For crying out loud,aku masih tetap di situ.gagah mendukung rifdi,dan encek ejang dukung haifa.20 minit habis camtu je.sekali...

Waiter tu pusingkan papan iklan.tanda dah abis time breakfast.woo.time tu memang sentap gila.kali ke dua wo terkena camni.

Last,aku ajak encek ejang balik,makan kat rasamas.at least aku ada gov coupun.huh.

Hotcakes punya pasal!

Craving?tak dah.


updated by Sony Ericsson Z610i

25.3.11

⊙_⊙


Nampak sangat takdek keje..

updated via sony ericsson z610i

Away


Aku dah balik kuantan ni.jumaat amik cuti.lama tak balik sebab takde modal.hukhuk T_T

Ni dah bergaji,baru la dapat balik.haha.. *suka tutup mulut.

24.3.11

taknak tulis tajuk

agak kronik juga bila seseorang ni dah
start gile camwhore.

tak,sebenarnya ia lebih terarah kepada pembelajaran
mengasah bakat untuk menjadi seorang photoshooter yang lebih kreatif.

oh tak,tak.sebenarnya ia berbaur perbuatan 
poyo dan perasan syok sendiri 
dan hasilnya,
nah!

aku harap sape sape yang terbukak blog ni
tidak muntah serta merta.

:)

gigih aku mengedit dan mengresize gambar yang tersimpan dalam memori card camera aku ni.
teheeee...

 









gambar diedit menggunakan Picasa.


hey :: entry buang masa!

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

23.3.11

haifa #7 : anak gadis camwhore

saje nak bagi letih tengok gambar hari ni
:)















ntah kenapa tangan aku hari tu agak ketar.
abih segala gambar bergegar.
heh.padan muka.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

english melayu

*baru sudah habis mesyuarat KIK di pejabat.


baru baru ni di opis.


opismate : dd, kalau principal dalam bahasa melayu apa yek?.*oh,aku memang selalu jadi rujukan melayu-english-melayu.bajet teror tapi hancur jugak*
aku : pengetua.


tapi opismate ni tak puas hati.dia tunjuk buku kehadiran mesyuarat pulak.


opismate : errr..principal untuk satu companylah.nak kata manager bukan.camne yek dd?
aku : (sambil tonyoh tonyoh spek tanda innocent yang amat) tulis aje la prinsipal.tukar c pada s.
opismate : eh,boleh ye dd?
aku : eh.tak salah rasanya sebab kan banyak bahasa inggeris dah dimelayukan.lagipun,rasanya tak payah la pening kepala sangat.dah la nak buat minit mesyuarat tu kan? 
opismate : (angguk)
aku : hah.lagi pening kang.buat aje lah.


hah.perasan tak?
sebenarnya,banyak lagi perkataan inggeris yang dah dimelayukan.contoh lain aku boleh bagi :


effect - efek
prestige - prestij
conclusion - konklusi
image - imej
comment - komen
option - opsyen
photo - foto
destination - destinasi
meditation - meditasi
organisation - organisasi
business - bisnes
farmacy - farmasi


eh.banyaklah.kalau aku nak listkan kang konpem berlambak. panjang pulak blog aku kali ni. so,korang dah perasan kan?


maka,aku rasa tak salah la isu prinsipal tu kann?




hey :: hahah.teringat aku kat status rock (kot).dialog antara aku,rock & zura.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

22.3.11

rifdi #29 : anak aku bercakap

rifdi anak sulung aku tu dah nak masuk 2 tahun 4 bulan minggu depan.
tapi masalah besarnya dia masih gagal bercakap dengan sempurna.
ada beberapa perkataan dia dah boleh sebut macam "nah", "dah", "nak", "abah"..
yang lain semua guna bahasa isyarat dia je.


contoh :

  • kalau dia nak susu,dia akan carik botol susu pastu tunjuk depan aku or encek ejang sambil cakap "nakkkkk!"
  • kalau dia suruh bukak tv,nak tengok kartun,dia akan pergi kat tv dan cakap "nakkkk!"

ok.cukuplah contoh yang aku bagi.


dia kalau teruja dia akan panggil "abah!abah!" untuk tunjukkan keterujaan dia pada abah dia.terbaru,dia nak tunjuk keterujaan dia,dia panggil "abah!abah!"
eh?aku rasa abah dia takdek.
dia panggil lagi."abah!abah!"


makin lama makin kuat.makin marahlah bunyinya.
bila aku pandang,lah..rupanya dia panggil aku lah!
siap lambai lambai tangan lagi suruh aku tengok tv,ada gambar backhoe dan escavator.
"abah!abah!".


ok,fine.sampai hari ni,dia tetap panggil aku abah.kadang kadang sampai konfius taktau dia panggil sape,aku ke abah dia?..heh.


hey :: baru pandai cakap sikit tu pun dah penat aku nak melayan.pandai bercakap esok??


dahlah kuat ngamuk.grrrr...nasib baik comel :)
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

kamera lomo

effect lomo fisheye






percaya atau tidak,gambar kat atas ni semua gambar hasil dari kamera bukan digital yang aku search dari google.


baru baru ni aku ter-tengok Nona.iye.wajib untuk aku tekankan perkataan ter tu sebab bukan senang aku dapat peluang tengok rancangan gini,nak pulak tengok tibi di rumah.sebab kalau encek suami ada/bangun tido,konpem aku takdek chance langsung la melayan tibi melainkan rancangan tu kitorang sama sama minat.

okeh.dalam Nona tu ada dia tunjukkan minat sorang pempuan ni pada kamera lomo.aku yang sangat giler bab fotografi ni terus jadi kagum,interested,selokpokkong dan sebagainya terus menerus mencari dan amik tau pasal kamera lomo ni.memang kagum la kan sebab kamera yang digunapakai memang comey comey seperti barang permainan kanak kanak aje.tapi hasil superb!!..tak main lah edit edit ni.ape yang kuar semua hasil kreatif giler babi penggunanya.

tengoklah hasil kat atas tu.dan korang tengok lah hasilnya.memang hebat lah!!semuanya datang dari kamera lomo seperti di bawah ni..







yap.maybe aku agak lewat mengenali kamera lomo ni.tapi sebab aku sangat teruja weekend ni dengan kamera lomo,maka aku pilih la menda ni sebagai entry aku pagi ni.giler wehh,rasa nak beli jugak kamera gini sebijik.tapi memang kelas la kan.walaupun tak digital,walaupun tak analog,walaupun pakai filem aje tapi aku rasa hasil memang superbb!! *ye joyah,dah dua kali kau repeat ayat yang sama*.tapi paling penting kamera gini memang lebih cool laa kann..


korang rasa?


dan baru aku tau,kalau kat indon kamera ni dah lama diorang guna.dan un-sangka-rable la sebab antara penggunanya adalah Dian Sastrowordoyo.auwww...


naktau lagi banyakkkk pasal kamera lomo..sila la ke http://www.lomokids.com/


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

21.3.11

Program Mesra Rakyat 2011


Event dari 9.30 pagi sampai sekarang, 2.12 petang..

Segala masalah rakyat daerah ni diperdengarkan.kau nak jabatan mana,semua kena hentam.

Aku start pening.lapar lagi.pehh..lambatnya nak balikkk..

20.3.11

Sunday morning


Yeah!selamat pagi semua.pagi pagi camni,buat keje umah sambil layan mix.fm memang terbaik lah!!

Mood baik je walaupun rifdi conteng kerusi.bleh siap nyanyi je lap hasil karya beliau.

Syabas mix.fm!
Anda mampu membuatkan ibu singa ini baik baik saje di pagi ahad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...