Visitor

1.4.11

3 Doa 3 Cinta

malam tadi aku berpeluang melayan sebuah filem dari Indonesia berjudul '3 Doa 3 Cinta'.wahh.ayat spm kau!


yang buat aku sangat seksaited adalah sebab pelakon dia Nicholas Saputra & Dian Sastera Sastrowordoyo.siap aku sms rock lagi tanya mana tau dia penah tengok ke citer ni.yang pasti aku tertengok iklan,nampak ceritanya agak Islamik dan nampak best je.


sebab anak anak dan bapak dah tido,aku pun bermaharajalela la tengok citer ni sampai habis!..*walaupun ada gak part yang tertinggal sebab kejap kejap haifa merengek,kejap nak jemur kain,kejap goreng telur..heh.


bukan ada apa dengan cinta tau!
cerita ni berlatarbelakangkan bebudak sekolah pondok.ada 3 sahabat baik iaitu Huda (Nicholas), Rian & Syahid.pastu masing masing ada cerita cinta diorang sendiri.


Huda ni nak carik mak dia.so,dia mintak tolong dengan Dona Satelit (Dian) iaitu sorang penyanyi dangdut yang sexy mexy kat funfair.kelakar dowh,Huda ngan Rian siap fly pergi funfair.dahla pakai songkok & kopiah.pastu Huda ni fly pergi Jakarta nak jumpa mak dia.sekali bila dah sampai sana,baru dia tau mak dia dah mati.oh,lupe plak nak citer yang Huda ni murid favorite Kiyai kat pondok tu.siap Kiyai ni nak jodohkan Huda dengan anak dara dia lagi.hehe.tapi ending memang kawen ngan anak Kiyai pun.siap dia pulak yang jadi Kiyai kat pondok tu. 


alah tomei tomei :)
Rian pulak dalam cerita ni cintakan fotografi.dia dapat handycam dari mak dia,pastu terjumpa pulak dengan sorang pemain sinematografi *phew!betul ke eja ni? kat funfair dan nak ikut orang tu balik sebab nak mendalami dunia perfileman.yang bestnya masa mula mula dapat handycam tu,semua menda dia rekodkan termasuk men-skodeng awek kat celah lubang dinding.hahah.


Syahid plak kisahnya pasal kekeluargaan.dia datang dari keluarga yang susah.bapak dia plak sakit tenat kat hospital dan perlukan duit untuk operate.kebetulan ada omputih nak beli tanah sawah bapak dia.bapak dia memang suruh jual sebab nak tampung perbelanjaan operation,tapi omputih tu nak beli murah sangat.so,marahlah si Syahid ni dan dia pun jadi anti dan berdendam dengan omputih tu.maka terjadi la,video tak jadi yang dia rakam guna handycam Rian tadi,konon konon macam nak buat satu gerakan atau serangan kepada kaum Yahudi dan Nasrani.


chapter by chapter
klise citer ni adalah time handycam Rian kena rampas dengan polis dan 3 sahabat tadi ngan Kiyai habis sume masuk jail sebab diorang ingatkan orang orang yang wujud dalam tape dalam handycam tu semua pengganas.ini kes NYTC 11 Sept tu laaa...


ok.konklusinya,citer ni best.tak boring tengok.kalau korang layan,memang macam macam cerita lawak ada.siap ada kisah GAY lagi.yang ni memang aku tak sangka la.sian mamat yang tak semangat main kompang tu.dia la mangsanya.huhu.


cuma aku sedikit frust sebab aku ingatkan dalam citer ni Nicol & Dian jadi kapel ke.rupanya tak..


source : google.


hey :: hah.panjang lebar aku tulis sinopsis arini.hebat dok??




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

31.3.11

hari hari sebagai dd.hasnidar

*tajuk entry memang dasaaattt lah!


ada sorang opismate yang sedang preggie anak pertama tanya,
"kak dd.susah tak ada anak ni?"


err.gila complicated nak jawab.nak jawab camne ek?
"kalau pandai uruskan,insya Allah tak susah."


"cukup tidur tak?".tanya dia lagi.
"haha.since dah jadi suri rumah ni,memang tido tak pernah cukup wehh"


"sibuk tak??"
"hah.nak akak citerkan jadual keje?meh sini"


haha.nak tau citernya macam mana?meh sini aku kongsikan camne hebatnya life aku sekarang.biar aku kongsi pulak kat sini.yela,bak kata omputih, "sharing is caring"


pagi.dalam pukul 5.30 @ 6.00,biasanya haifa akan bangun mintak susu.dah kenyang dan dah tido semula,baru la aku gi membuang dan mandi.memang dah tebiat pepagi gitu.kata orang tua,petua taknak bagi perut buncit.tapi aku buncit jugak.ngahahaha!


pas siap solat Subuh,depends..ada masa terluang bleh la nak sapu sapu sampah ke,kemas umah sket ke,potong kuku ke.ha,elok dah pukul 7.00 aku start la bersiap siap nak gi keje.masa tu baru la kejut encek ejang.time tu la jugak baru aku pakai tudung,tenyeh bedak,eyeliner,lipstik,perfume apa sume.pastu tugas harian aku kena start keter,bukak pintu pagar,angkat beg rifdi & haifa,angkat rifdi dan baru la angkat haifa.encek ejang plak mudah aje.bangun-mandi-bersiap-masuk keta.


pukul 7.30 @ 8.00 (depends),baru la gerak.hantar budak budak ni ke rumah pengasuh (family angkat) yang jauhnya kira kira 4km dari rumah.apa nak buat.rumah mak angkat sejauh tu.hehe.pastu aku breakfast dulu ngan encek ejang.depends jugak.kalau ada meeting,terus jela ke opis.
duduk opis,buat keje cam biasa.time kena gi site kena la turun site.
kalau time siapkan payment or dokumentasi,hadaplah sampai sudah.
tapi kalau time takdek keje,camni lah.hadap la blog sesedap rasa.tapi agak agak la jugak ye. 
-_-"


tengahari,kalau tak balik umah,aku lunch jela ngan encek ejang kat kedai.pastu masuk keje balik.


petang 5.30 baru balik sebab working hour aku 8.30-5.30.pastu amik budak budak.amik plak bukan jenis amik terus bawak balik rumah.tapi duduk lepak dulu kat rumah pengasuh sebab kadang kadang budak ni ada yang tido la,ada yang baru mandi la (sebab baru bangun tido)..agak agak aku sampai rumah dalam pukul 6.30-7.00 jugak la biasanya.


sampai je rumah,letak haifa dalam baby cot.rifdi plak pasang la kartun favorite dia.pastu encek ejang la yang melayan budak budak ni.aku time tu la bergegas ke dapur nak basuh kain baju,angkat kain,memasak dan buat segala keje rumah.sambil sambil tu curik curik masa la solat Maghrib.dah siap memasak baru la dapat mandi dengan tenang dan baru la boleh makan.


siap makan,baru la aku spend time ngan anak anak.mana yang nak susu,aku buat susu.mana yang nak tido,aku tidokan.encek ejang pulak time tu dah hadap tv.biarkan la dia dengan dunia dia.lepas haifa tido,baru la aku bleh bangun sambung buat keje.rifdi aku tak kisah sangat sebab dia pandai berdikari sendiri.nak main ke,nak tengok kartun ke..kadang kadang tu tido pun sendiri je.janji apa yang dia nak,kita kena layan.lagipun kalau rifdi tak tido,dia la yang temankan aku iron baju untuk kerja esok.sebab mainan dia semua dalam bilik iron (bilik kedua).


siap iron baju,baru la pergi jemur kain pulak.siap jemur,baru la dapat tengok tv.tu pun sambil lipat kain.hehe :)


tapi tu la.masa buat keje umah tu,curik curik masa jugak la kena layan encek ejang.kot nak nak minum air ke,nak roti bakar ke.kang sian dia kesunyian.wife asek sibok buat keje je.kang kuar lepak kat kedai mamak pastu balik lewat mula la berkerut dahi masam muka je.heheh. -_-" sabar aje laa..


siap melipat tu,baru la aku packing baju budak budak ni untuk bawak ke rumah pengasuh esok.standby awal la.esok tak lah terhegeh hegeh nak carik baju,pijamas,barut,stokin ape sume.


bila dah siap,baru rasa lega.tengok jam,ehh.dah pukul 1 .00 @ 2.00 pagi.nak tido pun kena tengok jugak.boleh tido ke tak.kang encek ejang tak benarkan..tak bleh jugak.haha.*censored*


kadang tu,nak tido pun tak dapat nak lena.macam satu hari tu,rifdi boleh plak bangun pukul 4.30pagi.kejut suruh bukak kartun Wall-E.pastu kena temankan pulak.elok jam 6.30pagi,time haifa jaga nak susu,dia tido pulak.aku plak kena terus bangun dan kerja seperti biasa.ibu jugak tak cukup tido.


sekali tu pulak,rifdi bangun menangis mengamuk pukul 2.00pagi marah sebab gatal-pastu-kena-tolong-garu,pas dia tido haifa plak menangis nak susu.time mata aku nak terlelap menangis balik si abangnya,selang seli pulak ngan adik.terkorban lagi tido aku.


macam pagi tadi plak,haifa batuk batuk.dengan badan panas.nafas dia berbunyi kuat sangat.sampai aku pulak menangis dukung dia.siap ajak encek ejang pergi emergency lagi.tapi sebab dia dah tertido dalam pelukan,kesian pulak.bila nak letak dalam cot,dia nangis lagi.tak selesa agaknya.tapi nasib baik dia still nak minum susu.kalau rifdi,memang dia taknak dah susu langsung.


last last aku jugak yang tido 2 jam.pehh.


dan lepas tu,macam biasa la.rutin harian lagi.
bangun 5.30 @ 6.00,buat susu kat haifa..dan camtu la jadual harian aku,tiap tiap hari.tiap tiap masa.


dan bila aku citer macam tu,opismate tadi macam oh-wow-takut-pulak-saya.
tapi bagi aku,tu semua normal la bagi wanita wanita berkerjaya.penat,letih,hamun,jemu,bosan..aku rasa dah takdek dah dalam kamus hidup aku.kadang kadang,terbit jugak perasaan tu,tapi cepat cepat beristighfar.positifkan diri.motivatekan diri.ini adalah pilihan kita.jangan menyesal dengan keputusan kita sendiri.bersyukur lah,kita sebenarnya dapat rasa satu daripada nikmat yang Allah bagi.lagipun,cuba kita pikir pulak..bayangkan kalau kita surirumah sepenuh masa.lagi penat kau tau takkkk.


aku bleh rasa kepenatan tu time weekend.pehhh.


tapi aku tetap bersyukur.at least encek ejang banyak membantu meringankan beban aku walaupun korang tak nampak tang mana yang dia ringankan tu.hehe.ada time dia yang buatkan air & memasak untuk aku tau.woww..!


google


hey :: 

  • entry bukan nak takutkan korang korang yang masih belum kawen.hehe :)
  • hamikkk.dah panjang giler entry aku kali ni.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

30.3.11

do you still remember them?










they're famous satu masa dulu.actually,it's not my genre.tapi sebab geng masa tu semua gilakan diorang kot.so,influenced okay.hahah.okay.meh sini aku bagi jawapan kalau tak ingat.
  1. Backstreet Boys : fav song banyak.paling best everybody & all i have to give.10,000 promises pn best.
  2. Boyzone : baby can i hold u, smile, love me for a reason, picture of you, everyday i love u, ....banyaknya
  3. N Sync : bleh pengsan kalau dgr tearin' up my heart, i drive myself crazy, this i promise u, it's gonna be me..hehe
  4. Savage Garden : killer song lah. truly,madly,deeply.suara daren hayes sangat buat saya cair.
  5. Spice Girl : awek awek britain.2 become 1, viva forever, wanna be, spice up your life..pehh.pehh..
  6. Take That : back for good, how deep is your love, it only takes a minute..hey!ada robbie william!
  7. Five : diorang ni memang bagus bab dancing.until the time is through, keep on moving, when the lights go out, if ya getting down
  8. 911 : dont make me wait.eh.tu jeke??
paling tak bleh blah sebab masa English Week kat skool dulu,aku n the gang bleh masuk singing contest.nyanyi lagu I'll Never Break Your Heart by Backstreet Boys.ahah.bayangkan..poyo giler aku berlakon guna intro Kevin "Baby I know your hurting
Right now you feel like you could never love again,Now all I ask is for a chance,To prove that I love you"


bahah!!


menang beb!! NOMBOR 2.siap amik piala time assembly lagi~!!



-->

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

kamera lomo (2)

Seni fotografi kamera analog







AGAK pelik bunyinya apabila mendengar masih terdapat penggemar fotografi menggunakan kamera analog tatkala dunia digital yang canggih menguasai pasaran dunia fotografi.
Pengendalian kamera analog bukan sahaja melecehkan kerana memerlukan kesabaran dan penelitian daripada penggemar fotografi malah, terpaksa memproses filem terlebih dahulu untuk melihat hasil karya rakaman mereka.
Bagaimanapun, cabaran tersebut yang menjadikan peranti itu begitu unik dan menarik di persada dunia seni fotografi sehingga ia masih diminati ke hari ini.
Salah seorang penggemar kamera analog, Lee Hong Sing, 31, sanggup membuka sebuah kedai kamera, Lokomotiv Checkpoint pada tahun 2010 di bandar Sunway, Selangor bersama rakannya semata-mata kerana minat mendalam terhadap seni fotografi analog.
“Walaupun terdapat banyak kamera digital di pasaran, kamera analog masih lagi diminati dan mempunyai peminat tersendiri di dalam dan luar negara malah, ia sudah menjadi seperti satu komuniti serta budaya terkini.
“Selain daripada meminati peranti ini, saya ingin mengekalkan legasi kamera analog kerana ada juga penggemar fotografi terutamanya mereka yang baru berkecimpung dalam bidang ini tidak pernah melihat kamera analog,” katanya kepada Kosmo!.
Mengimbas kembali gelagat seorang pelanggan muda yang mengunjungi kedainya, Hong Sing memberitahu, apabila melihat kamera analog pemuda tersebut menyangka ia adalah kamera baru.


KIRI: Penggunaan kamera polaroid lebih mudah kerana hasil rakaman dapat dilihat dengan pantaskanan dan KANAN MODEL kamera lomografi Diana F+ yang tampak klasik




Ujarnya, pemuda tersebut berfikiran sedemikian kerana tidak pernah melihat kamera analog yang menggunakan filem sebelum ini.
Senario tersebut telah membuatkan dia lebih bersemangat memberi pendedahan dan mengekalkan kamera analog itu.
Sambil membelek-belek model kamera lomografi Diana F+ yang kelihatan agak klasik dan trendy, dia memberitahu, kamera tersebut merupakan antara kamera analog yang menjadi pilihan penggemar fotografi kedainya.
Kamera lomografi atau Lomo adalah singkatan dari Leningradskoye Optiko Mechanichesckoye Obyedinenie (Penggabungan Mekanisme Optik Leningrad).
Kata Hong Sing, model kamera yang menggunakan negatif filem 120 tersebut menjadi pilihan pengguna kerana ia ringan, mudah dikendalikan dan mempunyai enam pilihan menukar lensa untuk merakam hasil karya mereka.
“Lomografi merupakan nama yang tidak asing dalam dunia fotografi analog kerana telah mengeluarkan beberapa model untuk dijadikan pilihan pengguna.
“Model kamera lomografi bukan sahaja mempunyai reka bentuk menarik tetapi, didatangkan dengan pelbagai warna menceriakan mengikuti trend terkini,” katanya yang meminati peranti tersebut sejak 10 tahun lalu.
Seleksi kamera analog


KAMERA lomografi model Oktomat.




Antara model yang terkenal termasuk Lomo LC-A+, Spinner 360, Oktomat, Horizon Kompakt dan banyak lagi.
Ujar Hong Sing, kelebihan kamera lomografi adalah ia dapat merealisasikan impian pengguna dalam menjelmakan hasil karya seni menarik dan mengujakan penggemar fotografi.
Sebagai contoh, katanya model Spinner 360 dapat merakam imej dalam perspektif baru kerana ia boleh berpusing sehingga 360 darjah.
“Pengguna yang ingin mencari kelainan dalam rakaman mereka model Supersampler adalah jawapannya kerana ia didatangkan bersama empat lensa.
“Ia dapat merakam imej secara jujukan untuk memberi panorama dan dimensi baru dalam imej dirakam pengguna,” ujarnya lagi.
Tambah Hong Sing, pengguna juga boleh memilih pelbagai negatif filem yang memberi efek menarik kepada hasil rakaman imej seperti 35 milimeter (mm) berwarna, 35 mm redscale, 120 hitam putih dan banyak lagi.
“Kita turut menjual pelbagai aksesori kamera analog untuk melengkapkan daya kreativiti pengguna yang ingin mencari kelainan dalam rakaman imej mereka.
“Dengan menggunakan kamera analog, pengguna dapat mempelajari teknik fotografi dan mempunyai keyakinan diri dalam merakam imej mereka kerana perlu teliti serta mempunyai perspektif dalam menghasilkan karya mereka,” ujarnya lagi.
Sementara itu Penyelia Lokomotiv Checkpoint, Kelvin Yap, 33, memberitahu, kedai tersebut turut menjual jenama lain seperti Superheadz, Fuji Film dan banyak lagi.


SEBUAH kamera analog yang klasik dari Rusia.




“Kamera jenama Fuji Film merupakan kamera polaroid yang mudah dikendalikan pengguna.
“Ia dapat memberi pilihan kepada pengguna merakam imej kenangan abadi mereka lebih mudah kerana dapat melihat hasil rakaman dengan pantas,” katanya.
Kelvin menambah, penggunaan kamera polaroid juga secara perlahan-lahan telah berkembang menjadi trend golongan muda hari ini.
Katanya lagi, kebanyakan kamera yang terdapat di kedai tersebut dijual pada harga berpatutan dan mampu dimiliki terutamanya golongan muda.
“Dalam pada itu, kamera analog yang terdapat di Lokomotiv Point didatangkan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Jepun, Hong Kong, Rusia, China dan banyak lagi,” ujarnya.
Ketika sedang rancak bercerita mengenai kamera analog, Kelvin membawa keluar beberapa buah kamera klasik yang didatangkan khas dari Rusia.
Hong Sing memberitahu kamera tersebut turut dijual kepada mereka yang meminati kamera klasik.
Katanya, dia mempunyai seorang rakan di Rusia yang akan membantu mencari kamera klasik tersebut.
“Pada kebiasaannya, saya akan memastikan kamera tersebut boleh beroperasi terlebih dahulu sebelum membelinya kerana pelanggan ingin menggunakannya.
“Kadangkala pelanggan akan membuat tempahan terlebih dahulu dan saya cuba mencari untuk mereka,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, Hong Sing memberitahu, dia akan menjadikan Lokomotiv Point sebagai lokasi penggemar fotografi berkumpul berkongsi pengalaman mereka menggunakan kamera analog.
Ia adalah satu usaha dalam memastikan kamera analog tidak akan terkubur buat selama-lamanya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm



credit to rozaini for the info.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

29.3.11

Radiohead - No Surprises




Lirik Lagu Radiohead {No Surprises}


A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal

You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent

This is my final fit, my final bellyache with

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises please

Such a pretty house, such a pretty garden

No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)







hey ::
entry ke3 la ni.tanda pecah mental untuk separuh hari.but now im fine.yey!




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

tumblr

sibuk sibuk bukak tumblr orang.
tetiba baru perasan,aku pun penah ada akaun tumblr jugak la.
haha.terasa bodoh kejap. '_'








tapi aku taktau apa aku nak buat ngan tumblr tu.heheh.
any idea?

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

bad stalker

semalam,tetiba dalam fb aku lepas geram.sebenarnya,aku dah nekad dalam diri.taknak tulis status melibatkan sesuatu yang negatif,maki hamun wtf semua.tapi semalam terlepas jugak.


klik lah.baca status aku je tau!
*print screen dari mailbox yahoo! aje lah*


bengang jugak bila encek ejang kena sound melibatkan bukan-pasal-kerja & 'aku' di tempat kerja.aku memang takkan cerita di sini,sebab melibatkan banyak pihak.


frankly speaking,aku tak kisah pun kalau kena 'bahan',tapi ingatlah.masing masing ada problem sendiri.perlu tahu dan faham masalah orang.


'what goes around comes around'
'terkena batang hidung sendiri baru tau'


for that stalker,well done!
anda berjaya memburukkan kami sekeluarga.




hey :: 
ingatkan zaman skolah je ada manusia perangai buruk yang suka jadi reporter cikgu.cih.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

28.3.11

kegilaan #5 : shawl & pashmina

sape datang umah aku,masuk bilik nombor 2 pasti akan terkejut beruk mat yeh.
sebab kat situ lah aku letak semua tudung & shawl aku.


mau tengok?


jengjengjeng.
*sound taknak kalah*






total semua shawl & pashmina aku adalah 43 helai.
tu belum campur dengan tudung syria.heh.berlambak lambak.
ada yang pakai 2-3 kali je.kadang kadang terasa gak nak let go.tapi ada ke yang nak?


sedangkan aku jual yang baru pun ada lagi stock.pehhh..




hey :: itulah aku,sorang perempuan.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

ke Bandung

eh?bukan aku ke Bandung lah.tapi mak dan abah aku.
hari ni diorang gerak ke sana dan insya Allah,sabtu sampai la Semenanjung Malaysia.
huh.jeles.asek diorang aje berjalan.dulu,lepas buat haji,diorang gi umrah pulak.tahun lepas Medan.pastu Beijing pulak.anaknya ni?..gi singapore pun tak lepas lagi.pegi pun zaman kecik taktau apa itu shopping lagi.haihh.


cerita emak


semalam masa kat umah mak,mak tanya anak cucu sambil pegang pen dan notebook beliau..


"hah.awak semua nak ape?"
masing masing sibuk la nak baju I  Bandung la,nak jersi la,nak kain pasang la..dalam list mak aku tu dah banyak pesanan kawan kawan dia rupanya.haha.tiba mak aku tanya encek ejang..


"awak nak ape?"
"...aaaaa,nak selamat pergi dan selamat pulang je"
"alhamdulillah.yang ni la paling bagus sekali" (sambil tepuk tepuk bahu encek ejang)


hadeh.sentap i tau.encek ejang terus buat muka aziz satar bangga.huh.


cerita abah


"abah nak pakai kamera ida ke?" tanya aku sambil bagi kamera dslr sony tu.
"taknak la.susah pakai kamera besar ni.baik pakai kamera abah je.bleh letak dalam beg"


okay.sebab hari tu abah aku kata kalau nak gi melancong dia nak pakai kamera dslr.baru hensem katanya.hehe.




hey :: semoga perjalanan mereka berjalan lancar pergi dan pulang.miss u both.




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

27.3.11

Raja Lawak 5 : Zizan feat Dina - Selamat Tinggal










Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini


Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan


Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi


Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini


Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini


Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)


Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal


Lirik Lagu Selamat Tinggal –Zizan dan Dina Nadzir 


sumber : youtubehttp://liriklagump4.blogspot.com/2011/02/lirik-lagu-selamat-tinggal-zizan-dan.html








hey ::

  • aku dah agak zizan sebagai rapper di sini.akhirnya,berjaya jugak aku membuktikan tekaan aku ni pada encek ejang.yey!
  • first time aku bubuh lagu rnb/rap kat blog ni wehh..haha



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...