28.4.11

Today


Hai!arini nampaknya halfday di ofis sebab petang dah banyak hal kat luar.lepas tu,sibuksibuk nak kemas dan packing barang pulak.yeah!today is the day.kami nak pulang ke kampung halaman.

Kuantan!!kami rindu kamuu!

P/s : mak abah & mak ayah,rumah anda akan diserangg!

Bahaya Fesyen Di Jalan Raya


BERGAYA dengan tumit tinggi mungkin tampak elegan, namun ia juga boleh mengundang bahaya apabila memandu.
BERGAYA dengan tumit tinggi mungkin tampak elegan, namun ia juga boleh mengundang bahaya apabila memandu.
Fesyen dedahkan individu kepada risiko kemalangan 

BERFESYEN kerana mahu tampil anggun dan menawan. Tidak mengira usia, kedudukan dan kerjaya, setiap wanita sememangnya memiliki sekurang-kurangnya satu barangan fesyen kegemaran.
Namun, dalam mengejar aliran gaya semasa, tanpa sedar sebenarnya satu daripada barangan terkini dimiliki mungkin meletakkan diri anda dalam situasi risiko berdepan kemalangan jalan raya.
Kajian dijalankan di United Kingdom mendapati, lebih daripada 11.5 juta wanita seolah-olah mengumpan diri sendiri dan orang lain untuk terbabit kemalangan jika mengenakan kasut yang tidak bersesuaian ketika memandu. 

Data diperoleh daripada sebuah syarikat insuran mendapati, empat daripada lima pemandu wanita mengakui memandu dengan stilettos (kasut bertali tumit tinggi) bukan hanya menyukarkan pemanduan, malah boleh menyebabkan berlaku bencana lebih buruk. 

Kajian sama juga menunjukkan, pemakaian sandal flip flop dan bertali juga menyukarkan pengawalan kenderaan, yang mana 11.5 juta daripada 14.3 juta pemandu wanita berdepan risiko kemalangan hanya kerana selipar Jepun. 

Walaupun kutipan data dilakukan di luar negara, situasi yang digelar sebagai bahaya, berpunca daripada fesyen itu boleh berlaku di mana saja, termasuk di negara ini. 
Malah, dengan kebangkitan dan kepesatan industri fesyen tempatan, tidak mustahil, angka wanita tempatan yang berbuat demikian ketika memandu juga tinggi. 

Ramai cuba menafikan wujudnya situasi bahaya atas faktor keselesaan dan gaya, tapi jika dirujuk kepada kajian dilakukan syarikat insurans Sheilas' Wheels ke atas 750 wanita, seramai 75 daripadanya mengakui terbabit atau nyaris kemalangan kerana kasut disarung tercabut atau tersangkut pada pedal. 

Manakala 25 peratus lagi mengatakan mereka tidak akan teragak-agak menukar kasut tatkala mula melangkah ke dalam kereta walaupun sedar, sepatu yang disarung tidak selamat dengan kebanyakan daripada mereka memilih sandal flip flop atau selipar Jepun. 

Itu hanya satu iaitu kasut, tapi percayakah anda jika ada kajian yang membuktikan bahawa pemakaian cermin mata gelap berbingkai besar yang anda anggap sebagai pelindung silau matahari ketika memandu itu juga adalah ‘fashion hazard’ atau bahaya di dalam berfesyen. 

Ray Massey menulis, 12 juta wanita yang obses mengenakan cermin mata hitam mengurangkan had penglihatan mereka terhadap jalan raya terutama dengan pemakaian cermin mata berbingkai lebar dengan cermin berwarna gelap atau merah jambu. 

Ia memang ‘must have item’ (barangan wajib milik) malah digayakan selebriti terkenal seperti Paris Hilton dan Victoria Beckham tapi pengendalian kenderaan membabitkan keselamatan nyawa dan adalah tidak berbaloi jika bergadai nyawa hanya kerana ingin sentiasa tampil cantik bergaya. 

Bagi yang ragu dengan pemilihan cermin mata sesuai, selain daripada dua ciri dinyatakan, anda boleh menganggap cermin mata gelap yang lain juga tidak sesuai dikenakan tatkala memandu. Gaya aviator berbingkai bentuk bulat dan tipis serta lensa antipantulan berwarna coklat neutral atau kelabu. 

Tidak lengkap jika menyentuh koleksi fesyen tanpa menyebut mengenai persalinan beragam bentuk dan material kerana pastinya ia juga tidak terkecuali menjadi antara jenis bahaya di dalam berfesyen. 

Baju berhud yang mempunyai tali di leher bersama seluar sendat menjadi kegemaran gadis yang membonceng motosikal dan jika diperhatikan, tali jika berpintal boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

Belum lagi dikira gelagat segelintir pemandu terutama wanita yang suka menyarung jaket secara terbalik semata-mata ingin menjaga kecantikan kulit daripada dipanah terik mentari. 

Terkini, dalam kegilaan fesyen Muslimah, gelagat mereka bergaya memang menakutkan terutama dengan lilitan selendang panjang yang tidak kemas ala Hana Tajima dikhuatiri mengehadkan pandangan apabila memandu. 

Justeru, bagi mengelakkan gangguan ketika memandu, wanita perlu lebih berhati-hati bermula daripada langkah pertama iaitu mula memegang stering. Penumpang juga perlu ingat, bukan hanya pemandu yang boleh menjadi punca gangguan, anda juga berpotensi menjadi punca. 



WWD memperkasa wanita 

PERNAHKAH anda terdengar orang berkata, kenapa perempuan itu bawa kereta besar? Dia tak mahir memandu. Atau tengok kemalangan tadi tak? Saya pasti, mesti pemandu perempuan jadi penyebab! 

Mengikis persepsi negatif khalayak terutama lelaki terhadap kemampuan wanita ketika memandu di jalan raya pastinya sesuatu yang sukar tapi ia bukan mustahil. 

Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng, berkata dia percaya kecekapan atau kemahiran yang ada pada seorang pemandu bukan bersandarkan kepada gender semata-mata. 

“Di Goodyear, kami yakin, kecekapan itu perlu selari dengan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan alatan atau dalam kata lain, anda mengenali kenderaan anda. 

“Ini kerana, situasi kini tidak hanya memperlihatkan lelaki yang mendominasi pemanduan kerana wanita juga selain turut memainkan peranan sebagai isteri, ibu, suri rumah, ketua dan juga chauffeur (pemandu kereta mewah). 

“Semakin ramai mencari rezeki melalui pemanduan, memiliki kenderaan sendiri dan kita melihat ada perubahan dalam dinamik gender, yang mana wanita mulai mengambil alih banyak peranan lelaki sebelum ini,” katanya ketika berucap pada perasmian bengkel Women with Drive, di sini, baru-baru ini. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Melinda Ngew dan barisan selebriti yang menyokong, Sarimah Ibrahim, Xandria Ooi serta Bernie Chan. 

Bengkel Women with Drive dengan kerjasama AAM dilancarkan julung kalinya di negara ini berikutan maklum balas positif daripada wanita di Australia, China, India, Indonesia dan Filipina melalui pelbagai aktiviti dianjurkan. 

“Ia dicetuskan sebagai program khidmat komuniti untuk wanita dan dikendalikan pakar penjagaan kereta Goodyear bersama misi untuk menyediakan wanita dengan keyakinan dan pengetahuan bagi memastikan kenderaan mereka selamat serta sentiasa berada dalam keadaan baik sekali gus mengelakkan kemalangan. 

“Bagi wanita yang berminat, nantikan bengkel pertama kami pada Mei ini dan pelajari kemahiran dikongsi dalam pemanduan,” katanya. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman www.goodyear.com.my. 

Sementara itu, AAM juga turut melancarkan kad keahlian Elite Femme khusus bagi pemandu wanita. Selain keistimewaan asas keahlian AAM, kad Elite Femme menyediakan nilai tambah kepada wanita, termasuk menyediakan kemudahan penginapan jika terbabit kemalangan, perlindungan jika diragut dan pelbagai kelebihan lain. 

INFO 

Bahaya fesyen di jalan raya
 




  • Cermin mata hitam 
    Ia mungkin tampak cantik apabila digayakan tapi pemakaian cermin mata dempak boleh mengehadkan pandangan malah titik hitam juga lebih besar. 





  • Kasut tumit tinggi 
    Menghalang pergerakan kaki terutama apabila berdepan situasi kecemasan. 





  • Gincu 
    Walaupun penampilan itu penting, JANGAN sesekali mengenakan mekap ketika memandu kerana ia boleh mengalih tumpuan terhadap pemanduan. 





  • Selendang 
    Jika ia diperbuat daripada material lembut seperti sutera, ia mungkin berterbangan atau tersangkut di cermin tingkap sehingga menghalang pandangan. 



  • {source}


    ツdush!
    hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

    Bruno Mars - Grenade

    sebab Nabil perform lagu ni masa Maharaja Lawak minggu ke-3,tak pasal pasal aku minat lagu ni tau wahai Bruno Mars.maka,tolong berterima kasih pada Nabil oh yeahhh..




    The Lyrics :


    Easy come, easy go
    That's just how you live, oh
    Take, take, take it all,
    But you never give
    Should of known you was trouble from the first kiss,
    Why were they open?
    Gave you all I had
    And you tossed it in the trash
    You tossed it in the trash, you did
    To give me all your love is all I ever asked,
    Cause what you don't understand is
    I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
    Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
    I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
    You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
    Oh, oh
    I would go through all this pain,
    Take a bullet straight through my brain,
    Yes, I would die for ya baby;
    But you won't do the same

    No, no, no, no
    Black, black, black and blue beat me till I'm numb
    Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
    Mad woman, bad woman,
    That's just what you are, yeah,
    You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
    Gave you all I had
    And you tossed it in the trash

    You tossed it in the trash, yes you did
    To give me all your love is all I ever asked
    Cause what you don't understand is
    I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
    Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
    I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
    You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
    Oh, oh
    I would go through all this pain,
    Take a bullet straight through my brain,
    Yes, I would die for ya baby;
    But you won't do the same

    If my body was on fire, ooh
    You’ d watch me burn down in flames
    You said you loved me you're a liar
    Cause you never, ever, ever did baby...
    But darling I’ll still catch a grenade for ya
    Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
    I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
    You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
    Oh, oh
    I would go through all this pain,
    Take a bullet straight through my brain,
    Yes, I would die for ya baby;
    But you won't do the same.
    No, you won’t do the same,
    You wouldn’t do the same,
    Ooh, you’ll never do the same,
    No, no, no, no


    ok.yang ni pulak versi Najwa Latif.eh,best gak suara beliau ye??





    ツdush!
    hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

    27.4.11

    rifdi #30 : perkara pasal rifdi yang anda patut tahu.

    perkara pasal rifdi yang korang patut tahu.
    kalau nak tahu lah.heh (^^)


    #1

    #2

    #3

    #4
    # kaki game
    peh.letih nak melayan kalau dia nampak laptop.kalau tak nampak pun dia akan buat isyarat tangan nak main game 'GoldMiner'.takpun buat buat makan 'aum.aum' untuk game "Plants Vs Zombies'.masalahnya,bukan dia yang main.ibu dan abah ni la yang kena main.dia nak tengok je.phfftttt..


    plants vs zombies
    goldminer

    # kipas-susah-mati jentera berat
    asal nampak escavator/backhoe/bulldozer dan seangkatan,semua dia panggil 'Fo' / 'Sho'.ikut sedap mulut dia la.selagi dia tak puas hati tengok jentera jentera dan segala machinery ni,jangan gerakkan kereta blah dari tempat tu.kalau tak,memang sampai ke rumah anda akan mendengar tangisan ntah-hape-hape dia.kebanyakan barang mainan dia adalah berupa jentera berat.


    # hantu dvd
    kalau dah pasang dvd ultraman,tetibe dia teringin nak tengok toy story.pastu citer tak sempat habis,dah tak senang duduk nak tengok ultraman balik.kalau rak dvd rumah tu,memang dia akan belek satu satu,apelagi dvd dia tak tengok.asal nampak hero pegang pistol,memang confirm citer tu dia suruh pasang.antara cerita yang jadi mangsa adalah shooter,matrix,B12..pehhh.kadang kadang aku sendiri takut nak bagi dia tengok.ganas weh.


    hiyahhh.
    # suka bukak peti ais
    tengah tengah rilex tengok tivi/dvd,tetibe berlari pegi bukak peti ais.macam macam la dia tilik.jap nak air sejuk,kejap nak air batu,nak makan itu ini.nampak sos cili pun menangis nangis ingatkan bungkus coklat.sekali tu,dia masuk bilik bawak tempat bekas telur.aku macam..."haihhhh..abih la telur dalam peti".sekali tengok,amik.4 bijik telur elok pecah berderai atas lantai.faedahnya,jangan tanya la.merah betis kiri kanan.


    # kaki sepah
    kuantiti barang mainan dah melebihi tahap bakul kain tak berlipat lagi.konon letak dalam bilik dia,biar bersepah dalam bilik dia je.hmm..itu angan angan palsu mak dia je.segala lori,backhoe,bear..dia heret ke ruang tamu sekali.kadang kadang naik menyampah mengemas.encek ejang kata biarkan jela.kang kemas pun bersepah jugek.arghhhh..


    # banyak menangis dari bercakap
    fine.memang dia lambat bercakap.sebab tu dia rather nangis kalau nak ape ape.memalam kadang terbangun,menangis meraung raung.ingatkan nak susu ke ape,nak selimut je.pastu kat rumah pun,menangis tertonggeng tonggeng ingatkan kenapa.rupanya mainan dia tuuuu lepas ke bawah katil la,apemenda la.ishh..kadang kadang aku sound jugak, "bercakap la rifdi.taklah ibu asek kena teka je awak nak menda".sabo.sabo.


    ******
    ooo.tak semuanya yang negatif.biasala kan,bebudak baru nak membesar.sebenarnya banyak perkara bagus dia ni yang patut korang tahu.


    ******


    # caring
    kalau aku dan encek ejang nak makan,dia la yang jaga adik."rifdi,jaga adik.ibu ngan abah nak makan".dia akan jawab, "haa.".kalau aku nak buat keje rumah pun,aku pesan kat dia jaga adik pun dia jawab "haa" jugak.pastu sambil sambil makan/buat ape ape keje pun,aku pantau.tengok dia tetap duduk sebelah adik.bagi Giraffe kat adik,bagi mainan adik..harapnya macam tu la dia ngan adik sampai bila bila.


    sweet :)
    # ringan tulang
    "rifdi,tolong ibu amik botol susu adik".dia carik,dia bagi.
    "rifdi,ibu penat.jom tolong ibu lipat kain".(aku memain je).dia datang amik kain.pastu gulung gulung konon lipat.
    "rifdi,pijak belakang abah.abah sakit belakang".dia datang naik atas belakang.
    heh.alhamdulillah.sejuk perut ibu ngandung.


    # paham cakap walaupun kadang kadang out jugak
    kalau aku dan encek ejang menilai rifdi ni nakal,tapi orang lain semua kata "baik budak rifdi ni".sebab ape tau.sebab anak orang lain lagi ganas dan buas berbanding dia.rifdi kalau kita cakap,"jangan bukak pagar atau jangan keluar rumah",memang dia tetap duduk senyap,main kawasan sekitar dan takkan berani keluar selagi kita tak bagi.comel bukan?
    harapnya sampai bila bila la dia camni.


    # independent
    dia lebih suka makan sendiri dari makan bersuap.cuma ada masa dia teringin nak makan ape kita makan,baru la aku suapkan untuk dia.kalau tengok dia main barang mainan dia pun,korang akan tengok style dia yang main sorang sorang.pastu kecik kecik dulu pun,kalau aku nak masak ke ape ke,aku bukak je tivi,dia layan la tivi tu.kira senang jugakla menjaganya


    # pandai amik hati
    nak marah ni,darah dah naik sampai kat kening,ada masa dia tetibe datang "syhhhh",sambil tangan kat bibir.suruh kita diam la tu.kadang kadang dia amik tangan kita,dia cium tangan.pastu,kadang kadang angin baik nak bawak dia round taman,kita tanya je "anak ibu angkat tangan!".dia angkat tangan.cube kalau time kita tak bawak ke mana mana,tanya la macam tu.dia bo-layan je.hahak.


    ******
    sebenarnya banyak lagi perangai yang dia selalu buat.tapi semua yang aku tulis ni adalah common datang dari hati.bukan nak puji atau kutuk anak,tapi itulah pasal rifdi yanh aku nak share.


    walaupun masih tak dapat bercakap dengan sempurna,tapi pada aku,alhamdulillah.dia boleh faham segala apa yang kita cakapkan.bijak dan ingatan dia sangat tajam.kalau korang janji dengan dia,dia akan ingat.pastu jalan yang dia lalu pun dia boleh ingat.betul.aku tak tipu.


    oh lupe.dan aku wujudkan entry ni special untuk orang yang suka kata rifdi lambat bercakap,lambat berjalan,blablabla..pada aku,alhamdulillah.budak budak ni pun manusia jugak.ada kelebihan ada kekurangan masing masing.paling penting,rezeki masing masing.ingat tu..


    {source} google & hakcipta sendiri

    ツdush!
    hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

    Watson Member Card

    aritu aku ada publish entry sekadar nak bertanya sape pandai buat sticky post,tapi takdek yang mengaku.takpelah.aku dah kecik ati. (~~)".


    ****


    eh.perasan tak aku tukar design blog kesayangan ni?tak perasan?la.nampak sangat blog aku ni orang tak ramai singgah.siap tak perasan pulak.haihh.merajuk lagi la nampaknya. T__T


    heh.ok.cut the crap.aku nak sharing is caring sket pasal aku baru je buat member card untuk Watson.eh?mengada betul dd ni.itu pun nak menunjuk.hehe.


    sape dah buat member card Watson angkat tangan?sape yang takdek lagi tak payah la kecik ati sebab tak dapat angkat tangan.aku cuma nak tanya je.eh,kau yang angkat tangan tu turunkan la tangan tu.tak payah la nak menunjuk sangat macam aku ni.haha.


    ok.2 minggu lepas aku pergi Watson.punya la lama aku qada' nak ke situ since eyeliner aku dah habis.kebetulan jugak Johnson Body Lotion dah abih,tu yang macam jakun je nak masuk Watson.tengah nak bayar,terperasan ada promotion untuk buat member card.bayar je la RM12,tapi untuk seumur hidup.banyak jugak benefitnya.


    so,ada ke yang berminat nak join?cara-cara sangat mudah.memula cakap je kat awek/balak kat cashier tu nak buat member card.nanti dia bagi passport ni.


    dah bayar dapat passport
    dalam passport ni ada member card ye.korang kena register sendiri melalui http://www.watsons.com.my/web/my/home.


    jangan risau.dalam passport ni dah lengkap dengan kad,dengan buku camne nak register dan voucher untuk korang beli barang kat Watson dengan harga murah.


    ini kad ai :8)
    ni manual book.eh,macam betul je aku ni.
    dalam tu ada voucher supaya korang dapat beli barang dengan harga lebih murah dari biasa.
    macam macam ada...


    sila terkesima tengok harga yang ditawarkan

    cita cita sebenar nak beli yang ni.sekali jadi penakut nak try.
    takpe la..ai beli yang biasa ai pakai jela..
    ok.kalau berminat bleh terus serang Watson berhampiran.
    babai. :)


    ツdush!
    hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

    26.4.11

    akibat bermain masak masak tanpa kawalan ibu bapa di dapur

    oh.hari semalam berlagak sangat tunjuk pancake kan?
    sebenarnya ada cerita di sebalik pembikinan pancake tersebut.


    biasanya,kalau buat pancake,aku bancuh tepung dengan susu segar dulu.
    pastu baru masukkan telur sebijik,garam,gula,soda bikarbonat dan krim tartar.
    last,panaskan mentega atas senduk dan tuang dalam bancuhan pancake.


    lepas tuang mentega cair panas panas,dengan hebatnya senduk tu bleh kena tangan.
    apelagi...kaw kaw la terjerit manja kat dapur
    "auwwww.."


    kelmarin ok lagi.
    semalam pun tahan lagi la.


    tapi hari ni...


    1#scar

    2#scar
    ini pun gambar tak clear.kalau korang tengok jarak dekat,memang nampak parut berbentuk hemisfera.pehhh.


    aku tunjuk kat rifdi,aku cakap kat dia "sian ibu.tangan ibu sakit."
    pastu dia datang amik tangan aku dan tiup..fuh.fuh.gaya macam aku selalu buat kat dia kalau dia jatuh ke,terantuk ke..
    alahaii..sweet tau!


    moral of the story ::
    jangan main main dengan menda panas kat dapur.berlagak hebat konon.ptuihhhh..(marah diri sendiri)


    ツdush!
    hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

    branded stuff & bundle

    merujuk kepada post aku di fb baru baru ni.


    taknampakplisklikoyeahhh
    ok.malas nak cerita panjang.
    baru baru ni aku tengok la safiyyah kat tv9.biasala,ada rina salleh kan.haha.topik baru baru ni adalah pasal branded stuff.


    teringat terus aku nak buat entry pasal barang barang branded ni.actually,aku bukanlah pemakai/pengguna brand yang mahal nak mampuih.cukuplah yang aku termampu.


    nak kata dari kecik taklah kan.tapi masa aku meningkat dewasa,abah aku dah pupuk dan didik minat membeli ke arah barang yang berjenama tapi harga yang agak affordable.abah aku peminat setia Levi's,Camel,Lee & Dockers.yang biasa biasa yang lain aku dah tak ingat.hehe.


    ingat lagi,dulu dulu nak raya abah akan bagi duit rm200 sorang untuk beli seluar/baju/kasut.baju kurung semua dah siap ni.so,pandai pandaila aku 3 beradik iaitu kak ina dan nasrul beli barang.biasanya abah bawak kami ke Levi's.time tu aku dah skolah menengah.maka biasanya jeans kami semua memang dari levi's.time tu harga taklah gilababi macam sekarang.rm120 dah dapat cutting cun cun dah weh.baju t-shirt biasanya kitorang beli dari brand sport macam nike,puma atau adidas.kalau nak banyak pergi Ocean (sekarang dah jadi the Store kat area Pasar Besar Kuantan),beli la baju Diadora ke,line 7 ke..tapi time tu brand sport memang kira best dah.


    superlow adalah feveret choice


    pastu bila dah wujud megamall,banyak dah brand yang aku kenal macam Giordano,U2..ala.fesyen pun masa tu dah berubah.dah mula gatal gatal nak ber-cardigan,lebih stylo,dengan seluar dockers..haha.tapi walau camne pun,seluar levis's adalah terbaik.aku memang tak ngam pakai seluar lain.maybe cutting dia kot.time tu aku kurus kering weh.so,bila pakai jeans levi's punggung tetap nampak cantik.taklah nampak leper (pipih) je.hehe.


    dan kasut pulak memang aku masih kekal dengan converse,line 7,hush puppies & Polo Club.entah kenapa suka sangat brand ni.tahan lama kot.haha.


    kasut sekolah ai satu masa dulu
    bila dah lama makin besar,makin meningkat usia,macam macam brand aku pakai.kemeja pun nak G2000,Padini,American Authentic,Mickey,..macam macam la.paling takbleh blah,rasa paling koman time tu adalah baju yang beli kat Factory Outlet.eh,jangan memain.baju sini pun mahal mahal jugak ape.


    dah keje.kena la beli heels la (konon).pakai vincci,carlo rino,sembonia (feverett)..jarang la aku beli selipar/sandal ni sebab aku tak minat pakai.aku lebih prefer palm atau kasut bertutup.hee..aritu ada opismate tanya,kalau kat kuantan aku beli kasut kat mana?
    pastu bleh plak sorang lagi opismate jawabkan untuk aku,katanya jangan tanya la dd beli kasut kat mana.dia tak masuk kedai kasut murah murah.aku pun tetibe je..watdehel budak ni bleh cakap camtu kat aku.aku bukan memilih barang murah ke mahal ke.tapi aku pilih kualiti.beli murah tahan sebulan ape barang derrr..tak ke rabak poket aku nak beli kasut tetiap bulan?


    minyak wangi,barang mekap pun.semua nak yang hebat.bukan hebat sangat macam SKII,clinique,..tapi cukupla aku pakai produk Bodyshop,Nivea,Maybelinne,Silky Girl..eh.sampai sekarang tau aku masih kekal dengan brand ni.tak berani derr tukar tukar produk.
    kalau ada vending machine gini kan bagus..
    ok.sedang berklimaks (opss) dengan branded stuff tu tetibe, aku terjumpa bundle dan aku buang masa banyak sangat kat situ.omg.rupanya banyak giler baju branded kat bundle ye?


    start dari tu la,aku mula gile bundle.bayangkan la,kalau aku duduk bundle,aku bleh habiskan rm100 dengan banyak giler baju-seluar-cardigan branded.kau nak jenama ape,Zara,MNG,padini memang berlambak la,giordano,u2,..blablabla.pehh.kalau pandai carik memang kau akan dapat baju yang superb macam baru beli dari Pavillion lahh!*wah ayat orang excited.kemain lagi.


    bundle.memang kena rajin pilih.
    kalau aku gi opis dengan baju baru,mesti ada yang tegur.cantik la baju.kalau aku jawab,bundle je kak.rm5.pastu mesti macam.."mak aihh.len kali kalau jumpa baju cantik gini beli untuk akak ye".
    yang aku taktahan,bila borak ade plak kata ehh,akak tak pakai baju bundle.taknak aku baju bundle.entah baju orang mati ke,orang eksiden ke..aku taktau.


    pulak.


    aritu aku beli handbag bundle kaler pink rm5,bising pulak kata suruh carikkan.sampai berkali kali tanya,lawanya.biar betul dd..


    ishh.ishh.ishhh.


    ok.itu semua kisah dulu.sekarang baju aku ikut suka je.asal nampak cantik,murah,aku beli.maybe sebab dah keje,aku kena ada banyak baju.bagi aku,lantaklah baju murah ke,kalau pandai gayakan semua tetap nampak cantik.lagipun maybe sebab aku pun dah banyak beli baju online.so,brand semua tu aku dah tak heran.janji kuantiti banyak.lagipun,sekarang nak beli baju branded pun susah.apetaknya,nak beli nanti mesti terpikir,ehh.baik beli baju anak.so,biarlah dulu.hehe.


    pastu kasut pun dah bertukar.tak dapat nak beli kasut kat butik cam dulu dah.sekarang aku lebih suka beli kasut dari brand yang pakai katalog.hehe.aku pakai kasut Leno je wehh.sebab kat jerantut mana ada butik kasut.yang ada pun macam Vern's.aku tak minat sebab kualiti memang tak bagus.pakai 2-3bulan,tapak dah haus.kebanyakannya problem kat tumit dan mudah koyak.
    ehh.kenapa ada jay leno kat sini?
    maka,apa kena mengena dengan post fb seperti di atas?


    ok.yang ni aku tetap tak bleh blah.mentang mentang la aku suka beli barang bundle kan.sampaikan ada masa aku pakai baju baru.ada jugak mulut tak manis tanya,bundle jugak ke?
    'hoi kak.kau ingat aku ni tak mampu nak beli baju fresh dari butik ke??'
    tapi eh,aku bercakap dalam hati tu.aku tak berani nak meng-hoi-hoi kat orang pun.hehe.aku sekadar kata,
    'taklah.takkan la semua barang saya nak beli bundle.baju kurung saya ni mak saya beli kain kat nagoya tau.'
    eh.lagi over aku menjawab guna mulut dari guna hati rupanya.


    kesimpulan kat sini,baju branded ke,baju bundle ke..bagi aku,sape yang mampu,silakan dengan minat anda.aku paham dengan keinginan masing masing nak pakai barang branded.
    biasa la beb.kepuasan tu.nak nak kalau kita kerja.bila dapat duit mula rasa nak beli barang yang betul betul puas hati.


    blazer Sawat.bundle je beb.
    mungkin zaman aku dah berlalu.aku dah jadi mak budak.so,aku kira duit duit tu better aku belikan menda menda berfaedah untuk anak anak.lagipun aku dah nak masuk rumah baru.banyak nak pakai duit.aku dah tak pikir sangat barang branded ni.ikutkan nafsu memang aku nak je pakai macam dulu dulu,yelah.kita pernah merasa.tapi bila difikirkan balik,biarlah.cukuplah aku dah rasa semua tu.


    tengoklah.kot ada rezeki nanti,nak jugak sekali sekala membeli kan?err.seluar levi's pun rasanya dah nak dekat 2 taun tak beli yang baru.hehe :)

    ツdush!
    hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

    POPULAR POST