Visitor

6.5.11

aku dan shawl/pashmina

aku tau ramai dah tau aku ni penjual-tudung online/jalanan.hahah.ayat jalanan tak bleh blah okay.dan basically,aku memang jual tudung jenis shawl & pashmina.sepanjang masa.aku penah je jual syria dan tudung jenis awning atau sekarang orang panggil tudung express.


bebaru ni,cam biasa aku bawak la stock baru ke opis.biasa la,ada opismate request mintak bawak ke opis.cam biasa,angkut stock sebeg macam makcik makcik jual barang dari rumah ke rumah.setakat kena perli "kak,jurujual tak dibenarkan masuk opis" dan apekejadah lagi aku tak heran.biasak la tu,gua kan spesis manusia hati kering.bisnes memang kena manusia jiwa kontang cam aku.ceh.padehal bila terasa hati mula melimpah airmata.menangis.


time geng geng ni pilih pilih dan tengok stock aku bawak tu,macam macam la komen keluar."asek bawak selendang je.bawak la tudung cam kitorang ni (tudung express)".
aku bukan tak pernah bawak.dulu dulu ade je aku bawak.seingat aku time tu tengah sarat pregnantkan haifa.memang licin habih la tudung jenis tu.bayar biasa la,tunggu gaji.ada jugak yang bayar cash tapi tak ramai la.aku tak kisah pun.adat la meniaga.dengan kengkawan plak tu.


kadang kadang tu,ada yang request pasni mintak belikan tudung color ni la,tu la..pastu nak saiz L la.aku tak kisah.aku suruh kakak aku carikkan.bila aku beli,bawak ke opis yang 3 tingkat tu dengan bawak kandungan dalam perut lagi..naik atas.diorang kata, "ala..taknak kaler ni..nak yang lembut lagi" takpun yang beli saiz L tu "saiz kena dah.tapi dah ada tudung kaler ni"..pffftttt.ok.aku sentap jugak.rasa nak bagitau je "nak order bukan bukan,sila la ke kedai berdekatan..".eh.jahat mulut.dahla tengah membawak budak.


sedih jugak.tapi ape nak buat.itu adat meniaga.nak nak yang jenis macam aku ni la.kecil-kecilan dan baru nak mula.


tu kisah peel bukan bukan.tapi tu bukanlah perkara yang aku nak highligtkan kat sini.*hehe.


yang aku nak cerita kat sini,ada aritu yang tanya tak susah ke pakai tudung panjang pegi keje.tak teruk ke pagi pagi nak kena lilit selendang tu?
letih jugak aku nak menjawab sebab pada aku aku lebih selesa pakai shawl/pashmina.pastu pada aku pakai shawl/pashmina ni sangat senang.memula nak pakai dulu rasa macam noob jugak tapi dah lama lama,jadi mahir tahu.practice make perfect kan...


apesal tak pakai tudung express je.kan lebih mudah.
hmmm.dulu masa aku pas pantangkan rifdi aku pernah je pakai tudung awning.masa tu konon konon nak macam Ekin mawi tu la.eh,abis pantang hari ke-45 tu aku bawak scoot gi Kuantan Parade,beli tudung gitu.pegi keje semua puji,eh cantiknya.macam ekin.mana tak bangga.pulak tu datang opis badan dah selim melim.lagi menjadi jadi orang panggil aku ekin.


tapi tak lama jugak aku perasan ekin.bila aku pakai spek aku rasa muka aku macam makcik.pehh.tetibe hati sentap sendiri.terus teringin nak pakai shawl dan aku cuba,eh cun plak.elok plak masa tu yuna tengah in.maka,aku jadi perasan yuna plak dah.


lama lama,aku sendiri dah yakin gila pakai shawl/pashmina.sekarang plak style pakai sepah sepah atau macam tak siap,lagi la aku suka sebab tak-payah-nak-kemas-sangat kan.lebih mudah.tapi tu la,kat jerantut style ni tak famous amos lagi.bila aku pakai gini,maka ramai la yang menegur dan antara dialog yang aku terima adalah ,
nape awak ni dd.tengah pakai tudung man (encek ejang) start kereta ke?".


pulakkk.
paling tak bleh blah ada pulak opismet yang mintak aku tolong kemaskan pemakaian shawl,rimas katanya.haihhhh.


tapi lantak la.masing masing punya pendapat.aku dulu pun katanya tak minat tudung sepah sepah ni.tapi lama lama rasa cam style plak.ahah! n_n


aku penah jugak pakai syria.pade aku,better aku pakai syria dari tudung awning.tapi lately,aku dah tak pakai sangat syria.entah kenapa,terasa macam makcik makcik jugak.haihh.dasar tak sedar diri aku ni ape?.


dah.malas aku nak mengomel panjang.panjang sangat nanti aku terasa macam aku ni makcik makcik je.
haihhh?


korang compare la mana lebih sesuai dengan muka aku?








kehkehkeh :)

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Aku menari dengan Gangster Sebab aku fikir aku hebat

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak .
untuk me-releasekan TENSION



i) Pilih bulan kelahiran anda:


Januari - Aku cinta

Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah

April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:


1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

contoh jawapan : Aku menari dengan Gangster Sebab aku fikir aku hebat
*tu ikut tarikh lahir aku .
korang plakk ?



dah mintak izin dengan wawailham {http://wawailham.blogspot.com/}
jom ramai ramai pakat cube oh yeahhh.


heyy :: 
sebenarnya,gangster yang menari dengan aku tu adalah Mael Lambung.Rozi Tiger aka baby jangan jelesss..

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

5.5.11

StallChantekChantek



haa.mau shawl & pashmina seperti ini?


yes.
ada stok baru.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

@ Kuantan lagi

pepagi buta bangun untuk sesi fotografi bersama stock shawl & pashmina tercinta.sekali baru perasan dalam memory card kamera beso aku tu bersepah lagi gambar masa kat kuantan bebaru ni.sebelum aku edit gambar stock,meh sini aku tepek gambar aktiviti rifdi & sepupu sepapat kat umah.


aktiviti adalah ber-shuffle ikut suka hati.
yang best sebab sekali dengan lagu tu.lagu Flo ke hape ntah.aku taktau sangat lagu anak anak mudamudi sekarang ni.hehe.


yang penting jangan geleng geleng kepala.
ishh..ishhh..ishhh..
(sambil geleng geleng kepala)


tertonggeng tonggeng, terpusing pusing

azeem dan skill tari beliau

hoi anak.ape ko buek kaek situ?

rifdi sedang belajar belajar

finally..join the group

ehh.tetibe tukar mainan.main barang mekap mak andam plak dahh

suka sangat la tu.mulut dah kena lumur ngan lipstick

bertuah betul sensorang.rifdi jugak jadi model.

model.senyum please.
*grrrrr...

belasah lagi.macam takdek menda nak main dah

penuh barang mekap mak andam ni

future mak andam yang tomboy.baju kancing sampai atas.
tak paham aku.

"enough.enough.rosak mekap cik eenaa nanti."
haa.mak andam dah kemas kemas sambil bising bising senyum senyum

eh?sempat lagi?

hilman & haifa.
aku memang pakar bab amik gambar bergegar ni.tu namanya parkinson style.


no komen.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

4.5.11

@ Kuantan

gambar sepanjang aku berada di Kuantan since 29 april 2011 - 3 may 2011.
but really tired to type this time.letak gambar ajela.bleh kan?

.talking pictures.
.ehh?.

28 april - on the way to Kuantan
mood : happy :)

memain yek

tengok.happy kan?

amboiii..happy sangat la gayanya

tapi haifa tak happy.kenape?

sebab haifa ngantok.naik je keta terus..tido.zzz

29 april - Pizza Hut, ECMall
mood : jua happy.tapi petang mood dah out of coverage.
DiGi la punya pasal.

saye suke makan soup of the day

aumm..

yes.i am lefthanded-handsome-boy.

haifa tengok je orang makan

isap susu aje laaaa

last last..tido!

yes.tido lagi.

err..apehal gambar jadi camni?..aaa.takut.takut.

abih poyo dah ni.dah la abang.bawak la keter tu.

30 april - Rasamas, Megamall
mood : happy sebab nak carik tempat makan.
lapar.mak abah takdek kat rumah.hukhuk.

abah dia order spageti.dia plak yang belasah.
sepinggan lak tu.

kak dhiya nak makan nasik.sian dia lapo.mak sedara malas masak.
hikhik. (--*)

makan kenyang kenyang ye.
senang hati ibu tengok rifdi makan.

"adik nak jugakkkk"..
eh.adik nak makan ape tu?

ohh.nak roaster chop rupanya.
err...meleleh plak rasa. (^^)"

 

 ok.hari selanjutnya dah takdek gambar bercakap.
maka,entry sampai di sini sahaja.
sekian,terima kasih.

*pehh.apa motif tetibe letak gambar payung?*
*adakah sebab 'sediakan payung sebelum hujan?*
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

i not follow u anymore!

hari ni,selepas 5 hari tak masuk keje,
tetibe otak jadi jammed.cramp.stuck.


nak buat menda ye?


memula bukak internet.yes.nampaknya sekarang sumber internet hanya di ofis.
dan tetibe ada idea.mula la aku nak berblog.membincangkan isu yang menyakiti hati sendiri iaitu kisah broadband.


okay.nak bukak citer.


sebelum ni aku adalah pengguna DiGi internet iaitu pakai PostPaid.aku selalunya ada gak terbabas nak bayar bulan bulan.biasa la,orang banyak tanggungan.hehe.dulu dulu,rock la mangsa keadaan.mintak dia pergi tolong bayar,pastu aku bayarla balik hutang tu.pastu bro zahari kat opis,pakai cimbclick.pastu,masa nak cuti bersalin pregnantkan haifa,aku pun aktifkan la cimbclick sendiri.senang nak bayar bill,nak uruskan blogshop tudung i tu,pastu nak shopping online lagi..opss.kantoi pulak.


so,pastu aku dapat la bayar bil broadband dengan senang hati.sekali,aku tukar plak bank untuk gaji ke Bank Islam,konon nak sama sama buat akaun baru ngan encek ejang la.dah cimbclick takdek sumber kewangan.lagi plak,akaun tu aku guna untuk bisnes.so,malas nak guna duit dalam tu.tu semua modal untuk bisnes je.maka,bill pun tak settle.


broadband aku start tak bleh guna masuk bulan ke-3 aku tak bayar.nak bayar mesti tertangguh tangguh.sampai dapat surat warning 1,ke-2,blabla..


lastlast tak tahan,aku bawak pegi DiGi Center,Megamall Kuantan.aku bayar semua bill yang dah rm200++,dan terus terminate.pastu sebab nak try plak promosi baru yang rm38 macam dalam iklan naik basikal memalam buta tu,aku register baru.senang hati sebab dapat pakej baru,aku pun try la kat rumah pastu.


balik tu try,tak lepas.call Digi Helpline.semua takdek respon.katanya pegawai bertugas masih sibuk.esok aku cuba lagi.masih tak bleh connect.call plak Helpline lagi,pegawai masih sibuk.petang sebab dah hangin giler,bawak ke DiGi Center semula.dia charge modem aku rosak.padehal aku try simcard Celcom aku tadi bebas je aku ber'fb bagai.last last dia check dalam opis,dia kata semua dah okay.balik boleh terus guna.


balik tu aku try lagi.eh?mana yang okaynya?..grr..hangin gila lagi.try call Helpline,okay.kali ni dapat.tu pun lepas tunggu operator membebel iklan yang langsung tak beri kemudahan kat aku,blablabla..cakap kejap je ngan pegawai bertugas,dia kata nak sambungkan talian ke department lain..aku tunggu..tunggu..sabar..tunggu..sabar..sekali kebabommm!
kepala aku dah meletup.aku off henpon.***i betul!


membazir bill aku je!


semalam,sebelum balik jerantut,aku pergi semula DiGi Center,aku terminate terus simcard broadband.lantak la rugi rm30 pun.janji hati aku tenang.dah la.aku serik nak pakai broadband.ada jugak aku letgo je pasni.menyusahkan.


hey ::
nak pasang internet talian tetap pulak.mana yang okay agaknya..phewwww.

i dah taknak follow u. :,(

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Back to basic


Orite.setelah 4 hari bercuti di rumah mak,oh tak.setelah sambung menjadi 5 hari di rumah akibat perlu menghadiri seminar di HQ kuantan,finally..

Aku & family pulang ke jerantut.banyak gile cabaran derr.dah on the way sampai kat gambang,baru terìngat kad astro rumah kitorang tertinggal dalam dekoder rumah mak.patah balik.

Pastu sepanjang perjalanan after tuang minyak kat 'cengkerang',kereta plak jadi semput.survive betul.dalam kepala hotak gua ni takde pikir lain dah.kereta tunda.ciss..

Sampai maran,makan..rifdi pulak memberak.gile kantoi bau najis sembelit.pehh..

Paling best,hujan all on the way.

At last..

Alhamdulillah.sampai jugak aku kat rumah dengan selamatnya.yey! B-)

Esok keje.huh.

1.5.11

Cuti Cuti Malaysia


Woot woot!

Ok.kami masih berlintas langsung dari kuantan,bukan dari jomheboh tapi dari rumah maksaya.hehe.

Internet masih belum ok.digi buat perangai ntahapaapa,call helpline dari pagi ke malam semua pegawai busy-lah-sangat.pehh..

Maka terapi terbaik untuk mempositifkan diri adalah keluar dan makan!

Dan nampaknya terapi 70% berkesan.yang paling buat hati ibu gembira adalah sebab anak bujang nak makan.kalu tak,asek makan susu dan menda menda remeh je.huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...