Visitor

17.6.11

speak-it-right

mana aku tak hangin pagi jumaat ni.dahla meeting tak jadi,pastu ada pulak yang nak cerita pasal line internet yang selow..pastu bising bising..


"konek-syen takdek ni.konek-syen lembab!"


ceh.nak je aku cilikan mulut biadab tu.kau tau ajela orang marah,dah tentu kuat speakernya.


"konek-syen tak ok ni kak.selowww.tak bleh keluar resit"


"konek-syen itu ini..blablabla"..


eh,gila.suka plak aku menaip perkataan lucah pepagi jumaat ni.haha.




aku ni pun taklah pandai mana.kekadang failed jugak bila speaking.tapi,bila dengar orang sebut salah,kita dah tegur slow-slow..ehh,dia sebut lagi macam tu.annoying tahu!


itu baru satu perkara.ada lagi satu yang aku pernah tegur kat bebudak pejabat.


"dd,claim aritu kiu-ri (query) la.."
"kui-ri laa".aku betulkan balik.
"oh yeke.sori.."


selepas slepas tu pun memang macam tu lah lagi.
kui-ri.
hari hari macam tu.




kadang kadang rasa nak masuk sekolah balik tahu.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

16.6.11

update

siri tumbesaran anak anak gua.


norhaifa rafissa {haifa}


haifa dah pun 7 bulan.alhamdulillah.
gigi dah tumbuh 2 batang kat bawah.dah semakin lasak nampaknya.kalau dulu setakat berguling guling setempat tapi sekarang tidak lagi.nampaknya sekarang kalau kau letak kat depan tivi,alamat memang ke dapur dah dia mampu pergi.laju giler merayap meniarap..


makan jugak taknak kalah.kalau kau makan roti jangan harap dapat pegang sebelah tangan sambil meriba dia.dia akan tarik tangan kau sambil buat bunyi "ma ma ma mmmm".


paling tak bleh blah,dia dah makan kaki.
ouchhh..banyak spekulasi boleh kau andaikan sekarang ni.sabar.aku memang nak tambah tapi bukan waktu ni okay.bagi la ekonomi akan okay dari sekarang dulu.tapi...
kalau dah rezeki takkan ku tolak. *hehe.gelak toyol nakal.







tu belum lagi bila dia hadap cermin.pehhh.macam borak dengan kawan laa..



norhaflan rifdi {rifdi}

okay.abang pun taknak kalah la nak update jugak kisah kat sini.si abang ni baru je kena gunting rambut.dah pendek pun.dalam wordless wednesday bebaru ni pun dah letak muka berambut pendek.

yang lain lain bagi aku dia makin ok.makin aktif dan lasak.biasa la tu.paling aku suka sebab dia dah suka makan.tak payah nak risau sangat dia tak makan lagi arini.sekarang siang malam nak makan nasi dan ber-kicap.itu penting ada.maknanya kalau kicap habis kau kena cepat cepat berlari start enjin kereta dan pergi kedai!
okay.nampak sangat bukan aku yang beli kicap tu kan sebab aku kan tak drive kereta.haha.lawak biawak ape aku ni?

pastu bercakap pun dah bleh.walaupun sepatah dua tapi aku dah gembira sangat dah.ada la bunyi macam encing = kencing, fo = machineries macam bulldozer,backhoe,escavator..

ini FO terlatest rifdi.peh.bapak dia belikan.aku tak rajin nak belikan.
paling tak bleh blah,dia panggil aku 'MA'.
paling aku taktahan,kalau tanya dia "sape kentut ni?."
memang dia jawab "ma" la..hampeh.malu aku.

gambar lama.
tapi apa paling men-tensyen-kan aku bebaru ni bila rifdi dah makin taknak dengar cakap.peh.semalam boleh dia berjoget joget kat kepala aku & haifa padahal time tu haifa baru je nak tido.aku cubit cubit lengan dia suruh pergi depan dia bleh sambung pulak berjoget joget.itu bukan sound kali pertama okay,itu dah amaran kali ke seploh dah aku rasa suruh main kat luar.pastu aku suruh pulak dia baring-isap susu-tengok Barnyard-and pls tido!

tak jalan jugakk.

last aku dah tak larat nak marah dan cubit,aku tarik dia turun katil.berguling la menangis kat bilik.pastu encek ejang datang,suruh dia tido kat bilik second dan kurung dia.meraung raung la pulak dia dalam bilik tu sambil jerit jerit;

"abahhh..abahhhh..abahhhh".banyak banyak kali.

menangis jugak la aku time tu tapi aku malas nak layan.aku tidokan semula haifa.lama tu tak dengar dah suara rifdi.encek ejang pergi semula kat bilik.aku tanya encek ejang dia buat apa,katanya rifdi dah baring atas katil bilik second dan isap susu.sian pulak.kebetulan haifa dah tido,aku bawak dia baring atas katil aku.baru la dia nak tido,tapi sadis la weh.dia tido peluk aku..alalalala.tu la,taknak dengar cakap lagi.sebelum tido tu,aku baca ayat Kursi & surah 4 Qul dan tiup kat dahi rifdi.moga moga dia jadi anak yang soleh,bijak,tak nakal dan ditetapkan iman sentiasa.Amin.

biasa la.budak menakal.cuma kadang ibu dia penat dan tak larat nak layan.hehe.

{entry panjang giler..}

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

15.6.11

homesweethome

{cerita basi lagi}


sabtu baru ni, sebelum mak abah aku balik, sempat lagi la bawak diorang melawat rumah baru kitorang yang still dalam construction tu.


Alhamdulillah..dah siap pasang siling bagai..hehe.aku tambah hiasan siling dan tempat kipas ni dalam rm800++ jugak.nak cantik punya pasal kan.korang tengok jela hasil 800++ tu.pehhh.pehhh.


ini tempat kipas ye tuan puan

siling dah cantik :p

macam biasa, abah akan buat checking seluruh rumah
*abah aku kan tukang buat rumah yang
hensem dan owsem

bilik tengah
*tengok.kan abah aku dah panjang lebar buat penerangan

riang ria betul bebudak ni
huhu.tak sabar sabar nak tunggu rumah siap.tak silap aku taun depan baru bleh duduk.


cerita pasal rumah sebelum ni :
future homesweethome



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

bermandi manda di Lata Meraung

{cerita basi}


jumaat lepas, encek ejang bawak la mak abah aku dengan anak anak sedara pergi waterfall kat jerantut nih.tapi tak sampai la waterfall..kitorang main air sungai je.nak pergi waterfall leceh sebab kena tinggal kereta kat bawah dan kena jalan jauh lagi ke dalam.


tak payah nak cakap banyak la kan.korang layankan gambar ajela.okay,sebelum tu nak bagitau nama tempat ni Lata Meraung.mana la tau kan,ada yang teringin nak singgah terjun barang seketul dua ke time panas panas ginih..


rifdi plak memula meraung raung taknak mandi.sekali dah main air,sampai menggigil taknak naik..


haifa & atokmak

atok abah pemantau

suka sangat la korang

makteh tengok dari jauh je

apela yang rifdi suka sangat tu

"rifdi!..pandang ibu pastu senyum okayy!!"

menjirus kepala anaknya

best giler air wohh

clear.

Subhanallah.

kaki gua.tapi ikan taknak datang gigit macam kat spa pun.

korang nampak tak seluar merah kat belakang tu?..
yes.itu seluar hilman yang tercabut akibat kederasan air sungai

best.best.

gerakan mencari seluar hilman

"ateh!!..dah jumpaaa..!!"

dhiya thuraiya

anak beranak ni memang suka bab main air
okay.pertandingan menyelam pulak.
bapak budak dalam air.nampak tak?

atok dan cucu termuda

hehe

suka sangat la.biru dh rifdi tu

pose terkacak hilman

dhiya & rifdi

dhiya & rifdi

muka sadis.nak main air jugakkk

hikmat putaran air berlekuk.

menggigil dah tu woi

dhiya buat tarian berirama

last but not least,
bersama anakanda yang semakin nakal selepas mandi


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Wordless Wednesday #3



jawapan : 
budak tumbuh gigi dan budak kena gunting rambut

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

13.6.11

No Doubt - Dont Speak



The Lyrics :


You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening
As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
[- From :http://www.elyrics.net/read/n/no-doubt-lyrics/don_t-speak-lyrics.html -]

It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak,
don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la
Don't, Don't, uh-huh Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin' Hush, hush
don't tell me tell me cause it hurts
Hush, hush darlin' Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts





no doubt dengan aku memang tak bleh dipisahkan lagi.ntah,memang jiwa je rasa kalau dengar lagu lagu diorang.kalau ko nak pasang lagu dont speak ni sehari pun aku takkan muntah punya la.hebat giler penangan gwen kan?..




dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...