Visitor

2.7.11

mirror mirror on the wall

perempuan (macam aku) memang suka cermin.


aku memang since budak sekolah dulu pantang nampak cermin.cermin kereta ke,cermin tingkap sliding ke,cermin tandas ke,atau segala barang yang bersifat mampu memantulkan imej muka sendiri,memang aku suka.aku sangat suka sebab bila nampak cermin tetibe perangai jadi tidak ketentuan hala,terus pegi dan bela bela rambut (dulu), bela bela cap/topi/snowcap (dulu dulu jugak) serta mekap tudung (dulu kini dan selamanya)..pfffttt.


memang camtu.secara automatik nampak cermin,mesti laju je nak bela segala apa atas kepala.muka aku tak heran sangat sebab aku dah tau,mekap camne pun muka aku tetap cantiks.wau,termasuk bakul terangkat sendiri pulak.


ada masa sampai pergi kat cermin kereta orang,repair tudung tengok mak aihh!ada tuan kereta rupanya.maka berlalulah aku dengan saki baki muka-tak-tahan-nak-cover-malu dah!


okay.fine.itu kepantangan aku kalau nampak cermin.


tapi sekarang ni,cermin bukan sahaja menjadi mangsa kepada perasaan cantiks dan membela apa sahaja di kepala,tetapi menjadi mangsa sebagai ejen studio mengambil gambar.


kita tengok saje gambar gambar di bawah.semuanya mangsa gambar syok sendiri di hadapan cermin.aku sedar perbuatan ini amatlah annoying (-.-)" tapi entahlah..aku taktau sampai bila aku akan terus begini.dah ada anak dua pun masih berkeadaan yang sama.hish.parah.parah.


psttt..gambar di bawah semua taknak clear.pakai henpon cikai aje punnnn..








-gambar last memang takbleh blah.siap posing gitu lagi.eii..


ini baru sikit.kalau aku kumpulkan dari zaman mula pakai henpon berkamera,aku rasa sampai gambar terakhir korang muntah air la.tak sangka rupanya poyo aku ni ye.muahaha.


tapi tak kisah la.itukan best theraphy.hehe.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

1.7.11

Transformers 3 : Dark Of The Moon

semalam follow encek ejang ke KL atas sebab tuntutan kerja.kerja dia,bukan kerja aku.haha.
ikut plan nak survey henpon untuk diri sendiri sebab tetibe sony gua tu taknak langsung hidup.dah charge penuh penuh dah,tapi taknak jugak hidup.agaknya dah tiba ajalnya.maka,aku pun amik langkah bijak dengan "nak ikutttt" encek ejang.untung dapat jugak beli csl i68 idaman gua tu.pehh.


pendek cerita,sebab ke KL atas urusan kerja,maka aku yang niat asalnya nak beli henpon murah tu frust gak la sebab langsung takdek peluang nak ke Lowyat ke,sungai wang ke..sebab banyak urusan kerja,maka tempat yang dapat kitorang pegi berfoya-foya hanyalah di Wangsa Walk.sempat gak la gi survey henpon tapi apakan daya,2 kiosk CSL yang aku pergi semua kata model yang aku nak tu dah lama habis pastu dah takdek stock.what the ....?


tapi takpe la heyy,pasni encek ejang kata nak tengok kat kuantan plak.hehe. (--)"


eh,tapi bukan aku nak citer pasal henpon kat sini okay.aku nak citer semalam aku berjaya tengok Transformer 3 : Dark Of The Moon.


aku bagi 4.5/5 bintang.tapi encek ejang kata best lagi Transformers 2 : Revenge Of The Fallen dulu.errr...


tapi takpe la.janji pada aku best.


kali ni ada watak Sentinel Prime, asalnya aku ingatkan dia geng Autobots (geng baik) tapi rupanya jahat sebab awal awal cerita dia telah dijumpai oleh Decepticons.kiranya Sentinel Prime ni gilakuasa pun ada sebab last tu bleh plak bergaduh dengan Megatron sebab Megatron kena hasut dek awek cun Sam Witwicky (hero) kata "habih la kuasa ko pasni kalau Sentinel jadi ketua korang."


aku nak citer panjang pun malas sebab aku rasa better korang pergi tengok sendiri.kali ni watak robot terlampau banyak sebab Sentinel Prime hidupkan teras untuk tarik Cybertron (tempat asal transformers) ke bumi.so,banyak la robot kat mukabumi sampaikan masa adegan kejar mengejar antara Decepticons ngan Autobots aku tak bleh bezakan mana satu geng jahat ngan geng baik.wuwuwu..(--)'


pendek kata,cerita memang best.yang tak bestnya encek ejang sampai tak kenal Megatron sebab dia kata apesal jadi truck?bukan Megatron dulu jeep ke?..haih.dia pun konfius.aku lagi laaa..hehe.


Megatron.bila jadi robot siap ada kain buruk atas kepala.hahahaihh.
okay.sape yang tak tengok lagi silakan berlari ke panggung sekarang.aku rasa kalau dapat tengok 3D pun lagi best ape sebab mesti efek lagi hebat.kan?kan?tapi sebab aku tak terer english,maka aku pun layan 2D jela.paham sikit.muahahah!






dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

30.6.11

boredom

what should you do when u're waiting for someone?
it must be a bo-ring time right?

and you know what i did yesterday while waiting encek ejang bersiap siap nak pergi kerja?
it's quite boring tahu!







yes.by that time,
camwhoring was the best theraphy.
LOL.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

29.6.11

raya ke?

balik Kuantan,kalau turn balik rumah mak,macam biasa jumpa anak anak sedara.bila berkumpul ketujuh-tujuh cucu mak abah tu,memang rumah tetibe jadi meriah macam esok nak raya.


kadang kadang konpius jap,dahla akak aku tu suka buat kuih muih kek dan segala jenis makanan..eh,betul la.esok raya.


budak budak pun dah kemas rumah apa.konpem..esok raya.


kakak posing,adik siap sliding..pehh

tu yang baju merah tu..bapak tekunnya membasuh

orang lain alasan je nak membasuh porch,tapi yang baju merah tu..
memang semangat.

gigih betul

senyum cover plak

no komen la.kang kata puji anak sendiri lak..(T.T)

^_^

dari dalam rumah


sudah main air,siap mandi..main dalam bilik atok plak.duduk dalam air-cond.pandai betul korang kan budak budak??


eh,si kecik tu pun join sekali?

tujuh cucu mak ngan abah

apehal kepala anak anak aku yang gegar sangat ni?
nampak sangat tak duduk diam.

atok mak dah datang..abih la korang kena marah.
haifa takkk..
aku plak,keje time kat rumah asyik jadi fotografer je.buat kuih tart buah & nenas pun,aku jugak yang snapkan gambar.


nampak sangat berbakat bukan?..okay.sebab takdek sape nak amik gambar aku,aku hadiahkan untuk diri sendiri satu pose versi ibu beranak dua.silakan jamu mata dan jamu tekak.


raya ke tak ke..macam tu la rumah mak bila cucu-cucunya ada!
rindu plak kat mak ngan abah.hehe.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Wordless Wednesday #5

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

28.6.11

campak!

jumaat hari tu aku balik kuantan.sampai rumah MIL,elok je Maharaja Lawak final start.pehh..nasib baik sempat.


masa tu aku cakap kat encek ejang,
"ishhh..teruknya ruam adik (haifa).tebal hah..".sambil aku tunjuk muka ngan leher haifa.
encek ejang buat donno je.
malam tu haifa merengek-rengek je time tido.pastu mengamuk sampai pusing katil.


esok pagi aku baru perasan,ehh...apehal makin teruk ruam ni.terus aku pergi kat bapak mertua aku.
"ayah..ni ruam ke campak ni?"
ayah tengok pastu kata, "campak la ni.cepat carik air kelapa"..aduiii..siannya.
pastu terus aku pikir,spot umah bapak aku la.umah bapak aku ada pokok kelapa.fresh lagi.


petang tu,sebelum balik ke rumah,sempat lagi aku ke Megamall,settlekan bil tepon.pastu makan sebelum pulang sebab lapar gila.pastu mula la sampai umah mak malam.takdek la nak kait kelapa malam malam hari.


ahad tu seharian plak encek ejang kena angkut barang sebab abang dia pindah rumah.takdek lagi la peluang nak suruh dia kait kelapa muda.aku malas nak mintak abah aku kaitkan,..tinggi woo..kesian aku tengok nanti.


lastly,campak haifa surut sendiri je.yang kelakar abah aku siap suapkan air kelapa tak berapa nak muda kat haifa.sampai ternganga-nganga anak aku tu nak lagi air kelapa..tapi syukur jugak,on the way balik Jerantut semalam,encek ejang dapat jugak buah kelapa sebijik RM2.dahla orang tu taknak jual mula mula tu..haisshh.kedekut betul.


takpela.janji haifa dah sihat semula.alhamdulillah..








dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...