Visitor

15.7.11

hari ini hari jumaat

ohye.nampaknya hari ni aku off sebab ada program jabatan.


tengahari ni staf wanita yang berkeupayaan tinggi seperti aku kena iring datin untuk pergi ke kuala tahan dan buat aktiviti sket la di Taman Negara di kala dato' pergi solat jumaat.maybe sampai petang.dan maybe lewat la waktu pulang ke rumah.


bijak kan sebab suka betul buat aktiviti hari jumaat.


dan buat pulak hari yang sepatutnya aku balik ke kampung sebab malam ni mak aku buat kenduri sempena menyambut Ramadhan di rumah?
malangnya,hari ni sesiapa pun tidak dibenarkan amik cuti.
malangnya,nampak sangat aku tak dapat nak makan kenduri.


kalau kau?ape perasaan?
pfftt..


gedabak muka poyo.peh.

oh ye.4 taun dulu aku bertunang dengan encek ejang pada tarikh hari ni tau.
hari ini dalam sejarah!


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

14.7.11

budak pandai

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 
  
Satu hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan 
  
 "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". 
  
 Takde sape jawab. Ada sorang budak laki kat belakang Aminah tu  jahat sikit. 
  
 Dia cocok bontot Aminah dengan jarum, Aminah pun menjerit "MAK!!" 
  
 Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betul. 
  
 Aminah sambung tido balik. 
  
 Ustazah tanya lagi soalan. 
  
 "Sape pencipta alam dan segalanya?" 
  
 Budak tu cocok lagi ngan jarum, Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" 
  
 Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betul. 
  
 Aminah sambung tido balik. 
  
 Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. 
  
 "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum  tidur?" 
  
 Budak tu cocok lagi. 
  
 Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata 
  
 "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!" 
  
 Ustazah tu terus pengsan.





huahuahua :)
dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Blur - Tender



Tender is the night
lying by your side.
Tender is the touch
of someone that you love to much.
Tender is the day
the demons go away.
Lord, I need to find
someone who can heal my mind.

Come on, come on, come on
get through it.
Come on, come on, come on
love's the greatest thing.
Come on, come on, come on
get through it.
Come on, come on, come on
love's the greatest thing, that we have,
I'm waiting for that feeling,waiting for that feeling,
waiting for that feeling to come...
Oh my baby, oh my baby

Tender is the ghost
The ghost I love the most.
Hiding from the sun
waiting for the night to come.
Tender is my heart
it's screwing up my life.
Lord, I need to find
someone who can heal my mind...

Tender is the night
lying by your side.
Tender is the touch
of someone that you love to much.
Tender is my heart
it's screwing up my life.
Lord, I need to find
someone who can heal my mind...

Oh my baby, oh my baby
Heal me, heal me 



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

breakfast di opis

semalam sedang breakfast bersama opismate,tetibe yakin diri je masing masing nak ajak bawak potluck besok (baca : hari ni).maka riuh la masing masing kata nak buat gulai ayam tempoyak la,itu la ini la.aku plak..tsk.tskk. T_T memikir lagi ni..
so,dengan kocek kering kontang memikir apa laa yang aku nak bawak untuk dimakan bersama yek?


sampai ke malam hari.aku masih takdapat nak berfikir dengan baik.nak bawak apa?kalau tanya encek ejang dia kata bawak tupperware kosong je.oh,bagusnya suggestion suami saya.itu maksudnya,bawaklah makanan lebih ke rumah.mulianya.


pagi tadi,haifa bangun pukul 5.00 nak susu.biasa bangun 5.45,tapi hari ni awal plak.lepas susukan dia,aku bantai tido.pastu bangun jam 6.30 terkial kial nak gosok baju,solat,pastu termenung depan fridge.ada telur je.


aku pun amik bawang,potong dadu,pastu letak daun bawang,pastu pecah telur 3 bijik.tambah garam dan buat 2 set.heh.ada jugak menu sendiri.


pastu sergah lagi fridge,jumpa plak ikan kering (bulu ayam) 2 plastik.aku goreng plak kaw kawa.biar satu taman aku bau ikan kering pagi pagi.muahahaha..*gelak iblis korin nampak*


hasilnya :
ada jugak lauk untuk pot luck di opis arini.eh,jangan tak caya..inilah menu terlicin tanpa ganti hari ni.sebab kebetulan apa yang aku bawak jadi penambah 'kick'.mana tak abis kena sental!
sampai 2 round masak nasik kat opis.


nampak lauk yang banyakkkkk ni?
ye.aku menyumbangkan 2 jenis sahaja.
para wanita yang bersusah payah membanting tenaga menghidangkan lauk pauk


tenaga pemakan.
gambar kena gelap bagi melindungi tahap gelojoh masing masing
see?
meriahkan?
nextweek buat lagi kot.untuk menyambut Ramadhan plak.


makan lagi.yey.aku suka.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

13.7.11

Quiche Sayur Sayuran

sesuai untuk anak anak makan ni tau :)


Masa Penyediaan
45 Minit
Saiz Hidangan
3 Orang
Mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada anak adalah satu cara berkesan untuk mengelakkan mereka rasa bosan untuk makan. Kepada anda yang habis idea untuk menyediakan hidangan berzat untuk anak, cubalah resipi yang kaya dengan khasiat ini.
BAHAN-BAHAN :


Kulit pai :
60 gm marjerin
1 biji telur
170 gm tepung serba guna

Inti :
3 biji telur
100 ml-150 ml susu segar
Garam secukup rasa
100 gm sayur campur
50 gm keju parut

CARA MEMASAK
1. Mula-mula anda perlulah menyediakan kulit pai. Untuk membuat kulit pai anda perlu
mengaulkan tepung serba guna, marjerin dan telur bersama-sama.

2. Setelah mencampurkan kesemua bahan tadi, uli sehingga sebati. Kemudian, ambil
adunan dan tekankannya ke dalam tin pai dan ketepikan.

3. Setelah siap kulit pai, anda perlu pula menyediakan intinya. Untuk inti, prosesnya
dimulakan dengan memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Kemudian, ketepikan.

4. Langkah seterusnya ialah ambil kulit pai yang telah siap dimasukkan ke dalam tin pai
dan taburkan sayur campur dan keju parut ke dalamnya.

5. Kemudian, secara perlahan-lahan tuangkan bancuhan susu dan telur yang telah disediakan tadi ke atasnya.

6. Langkah berikutnya ialah panaskan ketuhar pada suhu 180ºC.

7. Setelah ketuhar panas, masukkan pai dan bakar selama 30 minit atau sehingga pai
bertukar menjadi berwarna kuning keemasan.

8. Apabila pai sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.


sumber : {Majalah Pa&Ma)

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

switch off your handphone please!

nak belajar pasal adab tak?


haha.aku pun bukan la bagus sangat bab adab adab ni.tapi macam ni la,aku straight to the point aje lah.aku sebenarnya cukup tensi dengan sikap manusia yang suka sangat on henpon time :

  • mesyuarat
  • perhimpunan
  • ceramah / tazkirah / taklimat
  • tempat tempat yang tak sesuai cth : masjid, surau, hospital etc
ye beb.aku cukup marah kalau time kita tengah syok dan kusyuk dengar semua yang tersenarai di atas,tetibe ada plak bunyi bunyi henpon.kalau setakat bunyi ringtone yang biasa biasa aku bleh lagi terima (kot) tapi kalau bunyi ringtone lagu yang takdek cut langsung takpun bunyi bunyian yang macam macam 'macammmm' tu..pastu bleh plak owner henpon tu :
  • bleh buat bodo je bila henpon sendiri berbunyi.dahla bunyi henpon tu macam cilanat.bunyi monyet bersahut-sahutan dalam utan (versi sahut menyahut taknak habis),bunyi lagu tekno macam tarian cina diskang.konon malu nak angkat letewww.
  • angkat henpon pastu jawab kuat kuat.eh,tukang bagi ceramah tu pun bleh dapat tangkap ko tengah bincang pasal apa.hey,ingat orang sekeliling ni nak dengar sangat conversation kau tuh?
  • jawab henpon pastu macam tak boleh nak stop.bercakap makin lama makin kuat dan makin mengada ngada nak nak kalau melibatkan hal saham,jual beli serta meniaga."apa?..tak cukup lagi 8 juta?".pffttt..
  • bleh berbalas balas mesej plak tanpa silentkan henpon tu.dahla message alert bunyi kambing mengembek,pontianak mengilai.aduh.annoying tahu!
kadang kadang kan,bila menda ni terjadi aku rasa macam nak bangun dari kerusi dan sound orang tu;

"kau sorang jeke ada henpon?ke kau ni baru beli henponnn??" 

berserta membuat lagak gaya umpama seekor raksaksa nak makan atromen dengan berseleranya.yes,macam tu la perumpamaan yang boleh korang bayangkan macam mana punya marahnya aku pada mereka yang langsung tak pandai respek orang sekeliling atau sebarang majlis.

apa,susah sangat ke nak off henpon?kalau betul pun sedang busy,pastu taknak off henpon,kita ada pilihan sendiri beb.pilih je sama ada korang nak :
  • silentkan henpon.
  • jawab call kat luar dari tempat mesyuarat/taklimat/ceramah/tazkirah/etc
  • jawab dengan perlahan (bagi yang nak bagitau call jap lagi, nanti aku call semula, or etc)
kita boleh atasi hal ni.bukan tak bleh.
aku pun bukan nak marah sangat sebab kadang kadang kita pun terlupa nak silentkan henpon ni kalau tetibe je kena panggil masuk meeting ape semua.tapi beringatlah.paling common pun amalkan.amal untuk sentiasa alert dengan henpon sendiri.

tujuan aku buat entry ni pun bukan nak kata aku ni beradab sangat,tapi at least aku nak share la pada orang kat luar sana yang suka sangat on-kan volume henpon time mesyuarat serta majlis berkaitan.


jangan lupa beli lada kecik 50 bijik ye bang!!!!


tolong la.respek la sesama manusia.kadang kadang kita kena fikir jugak,

kalau kita tak pandai respek orang, macam mana orang nak respek kita?

renung renungkan dan selamat beramal!

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Greenday - Redundant

one of my favorite song ever.



We're living in repetition
Content in the same old stick again
Now the routine's turning to contention
Like a production line going over and over and over, 

roller coaster

Now I cannot speak, I lost my voice
I'm speechless and redundant 
'Cause I love you's not enough
I'm lost for words

Choreographed and lack of passion
Prototypes of what we were
Went full circle 'til I'm nauseous
Taken for granted now
Now I waste it, faked it, ate it, now i hate it

Now I cannot speak, I lost my voice
I'm speechless and redundant

'Cause I love you's not enough
I'm lost for words



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Wordless Wednesday #7


rindu rumah makkkk..!!!

*ini kakak gua punya pasal.dia yang upload gambar terbaru rumah abah kat fb
dan ini vespa abah yang baru dicat.agaknya sempena raya kott.haha*


opss.ada lagi 1 WORDLESS WEDNESDAY #7



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

12.7.11

haifa #11 : tips bila bayi baru tumbuh gigi

dua tiga hari ni haifa kuat sangat merengek time tidur malam.kadang kadang sampai 4-5 kali aku kena bangun jenguk dia dalam cot,amik dia dukung pastu tengok dia tidur semula,aku letak balik dalam cot dia.


biasa dia cuma bangun sekali je jam 5.45 pagi (lebih kurang).itu pun sebab nak susu.bila dah kenyang,dia tidur balik.tapi kali ni memang aku rasa terganggu sikit la tidur aku dan dia.aku plak sejak sahih pregnant lagi ni dah mula rasa penat sikit.ala,biasa la..tengah awal awal ni memang camtu kan.nanti dah masuk 4-5 bulan okay la balik hormon ni.


pelik jugak.kenapa dengan budak ni?sebelum tu memang badan dia panas,tapi cepat cepat aku bagi dia makan paracetamol.alhamdulillah,dia dah okay pastu tapi masalahnya kuat merengek pulak.puas jugak aku belek belek haifa.pastu tetibe aku perasan,aah la..ni mesti nak tumbuh gigi atas sebab semalam baru aku perasan gigi atas haifa dah mula nak tumbuh.aku agak tu la sebab dia merengek rengek je time tidur.masa tumbuh gigi bawah aritu pun camni la,tapi taklah sampai setiap malam merengek.


berbeza dengan rifdi,gigi dia tumbuh tanpa sebarang masalah.yang masalahnya cuma dia jadi kuat menggigit.huhi.ala,anak jantan memang macam tu.takdek masalah.


ini gigi baby tau.
bukan gigi korang.

so,sebab aku pun baru tau kenapa haifa asek merengek je,maka aku pun dengan hati yang suci murni try la google,apa yang aku perlu buat bila anaknya tumbuh gigi.yela,asek bagi teether aje.nak jugak carik inisiatif lain.eh,haifa ada 3 teether tau dak?


olo comeynya teether.kalau gini aku pun nak gigit gigit jugak..ngeee
dan akhirnya,aku jumpa ini.


sumber : {majalah Pa&Ma}



Gigi pertama si kecil
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa  gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.
Kebanyakan bayi  mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.


Reaksi 
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi

1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri  jika ia tercekik.

2.Jika  gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar  dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.
Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku
Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.







heyyy ::
semoga gigi haifa cantik macam gigi abang dia.
sebab gigi abang dia cantik macam gigi ibu dia.eh?
hehe (+_+)"



dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

dinner paling sempoii

aku ni kadang kadang ada masa tak bleh blah jugak makan nasik malam malam.
nak nak kalau dah breakfast ngan lunch makan nasik.sebab perut aku ikut pelan pemakanan ntah-seimbang-ke-tak.hehe.pandai pandai aku je.tapi memang aku tak makan la nasik sampai 3x sehari.kena la pandai pandai trained,nanti takut karbohidrat terlampau banyak dalam badan.kalau jenis rajin bersenam dan exercise takpe,ini tak.lepas makan duduk.lepas makan berdiri setempat.mana maunyaaa??


so,kalau hari tu pagi dan tengahari dah belasah nasik,malam kena carik idea nak masak apa.cewah,konon karbohidrat banyak la,lemak banyak laa..tapi malam tetap makan berkabohidrat jugak,cuma beza tak makan nasik je.wakaka.


so malam tadi,selera encek ejang dia nak makan roti canai cecah sambal bilis.
balik keje terus singgah kedai runcit beli barang barang.roti canai segera ok.hahaha.
tapi masak harus hebat macam di kedai.


roti ni kalau masak jangan letak minyak banyak.kalau boleh biar masak kering kering basah atas non-sticky pan.wah,tetibe nak speaking tapi taktau betul ke salah.


sambal bilis tu masak macam biasa la.ikan bilis dan kentang.kalau ada petai tu,peh.pehh. 






pekena plak dengan nescafe o ais.pehh.hebat kau!..

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

11.7.11

50 lagu terbest



hey!hey!happy monday morning semua.
cewah,tetibe hari ni start dengan mood yang sangat happy.ada apa apa keww?


haha.malas nak cerita la.okay,hari ni tetibe nak share lagu lagu favorite aku sepanjang zaman.
korang ada lagu yang korang memang sangat sangat suka tak?maksud aku favorite song(s)??




ala,ala.jangan nak tipu.mesti ada punya.okay,just for sharing la kann.
sini aku listkan 50 lagu yang kalau aku ter-dengar mesti nak pergi kuatkan volume atau dengar berulang-ulangkali walaupun orang sekeliling dah muntah-muntah-jemu-asek-lagu-tu je adalah (so far & tak ikut turutan) :

  1. Running - No Doubt
  2. Bathwater - No Doubt
  3. Don't Speak - No Doubt
  4. Stand By Me - Oasis
  5. Bittersweet Symphony - The Verve
  6. The Drugs Don't Work - The Verve
  7. One Way Ticket - Neil Sedaka
  8. Shiver - Coldplay
  9. Yellow - Coldplay
  10. Unintended - Muse
  11. Muscle Museum - Muse
  12. Can't Take My Eyes Off You - Muse
  13. Creep - Radiohead
  14. No Surprises - Radiohead
  15. Dealova - Once
  16. Side - Travis
  17. Baby One More Time - Travis
  18. Scar Tissue - RHCP
  19. Coffee & TV - Blur
  20. Tender - Blur
  21. The Way - Fastball
  22. Redundant - Greenday
  23. Time Of Your Life - Greenday
  24. Misery - Greenday
  25. Push - Matchbox 20
  26. Bent - Matchbox 20
  27. Killing Me Softly - The Fugees
  28. Cats In The Cradle - Ugly Kid Joe
  29. Smells Like Teen Spirit - Nirvana
  30. Four To The Floor - Starsailor
  31. Family Potrait - Pink
  32. Lovefool - The Cardigans
  33. Kiss Me - Sixpence None The Richer
  34. Psycho - System Of A Down
  35. Semi Charmed Final Life - Third Eye Blind
  36. I Don't Want To Miss A Thing - Aerosmith
  37. More Than Words - Extreme
  38. Baby Can I Hold You Tonight - Boyzone
  39. Truly, Madly, Deeply - Savage Garden
  40. 2 Become 1 - Spice Girl
  41. Stan - Eminem & Dido
  42. Could I Have A Kiss Forever - Enrique Iglesias & Whitney Houston
  43. 03 Bonnie & Clyde - Jay Z & Beyonce Knowles
  44. I Drive Myself Crazy - N'Sync
  45. This I Promise You - N'Sync
  46. Everybody - Backstreet Boys
  47. Back For Good - Take That
  48. Until The Time Is Through - Five
  49. One Sweet Day - Mariah Carey & Boys II Men
  50. Aku Masih Di Sini - XPDC

alahh..rasa baru 50.banyakkkk lagi tapi letih la weh aku nak senaraikan,dan letihh la korang nak baca.bukan dapat faedah pun,ye dak?sekadar nak sharing is caring aje punnn..


oh.yang no.50 tu aku kena jugak masukkan sebab aku nak jugak letak wakil lagu Melayu kita.kalau ada masa aku masukkan lagi 50 senarai lagu,untuk masa akan datang.ha,best tak siap ada buat siri sambungan pulak?macham bagus.haha.


ha,korang ada yang sama minat dengan aku ke?bleh la kongsi kongsi.
alaa..kalau kongsi bukan mati pun.


"LU KONGSI,LU TALAK MATI" laaa..haiyya.!


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...