Visitor

5.8.11

kenangan Ramadhan

hari ni dah hari ke-5 berpuasa.dan setakat ni alhamdulillah,sahur aku tak kantoi lagi.


weh.aku dari dulu memang suka bangun sahur.takde la nak kata aku 'suka' tapi lebih kepada lebih banyak bangun sahur dari tak bangun sahur.aku bukan jenis sayangkan mata ke tido ke.takpun.tapi kalau aku tak terbangun tu maknanya bukan sengaja la.atau lebih kepada 'lupa nak kunci jam'.


dan biasanya lepas sahur aku tak tido.series sebab aku rasa ruginya tido balik.hehe.dulu masa zaman single & available kat umah,pas sahur aku layankan dvd/vcd.eh,memula aku tengok Ada Apa Dengan Cinta? time lepas sahur la.adik aku yang bawak sebab time tu dia keje kat Merdeka Station (salah satu food court yang best kat kuantan satu masa dulu).


kalau zaman study plak,pas sahur la aku tibai siapkan homework,assignment dan segala keje yang berkaitan.aku ni kategori isomnia la dulu dulu.sekarang tak dah.sebab asal aku letak kepala je memang terus belayar.nak nak kalau time tidokan budak budak ni..memang aku join sekali.tapi pastu jam 11 atau lebih aku terbangun la,menemankan encek ejang tengok tv.kadang kadang kena la carik rambut gatal la.carik kelemumur la.aku botakkan baru tau.


dulu aku memang susah gile nak tido.sebab tu kepala asek sakit je manjang.pas balik skolah/kelas mesti terbongkang tido tak sedar diri sejam.pastu bangun tolong mak aku buat kuih sebab nak jual kat Pasar Ramadhan depan umah.mak aku tak la bergerai tapi tumpang kat gerai orang.kuih yang biasa aku buat popia ikan ngan kuah.mak aku buat karipap ngan kuih hijau yang bergulung tu.ntah hape nama aku pun tak ingat.tapi kalau jual alhamdulillah,habis jugak.


ketayap :hasil google


tu zaman dulu la kan.masa mak aku rajin lagi nak buat kuih dan main jual jual ni.


pengalaman sahur kena-bangun-sendiri adalah masa mula duduk jauh ngan family,time aku skolah teknik.duduk asrama.tapi masa tu cikgu bunyikan siren suruh bangun sahur.aku antara yang bangun la sebab aku perlu makan pagi walaupun aku tau,aku merasa kenyang dalam kadar waktu yang singkat je.perut aku ni sensitif sket kalau bab makan awal pagi ni.paling hebat dapat bertahan pun dalam kadar 2 jam.pastu perut dan sistem perkumuhan lain jadi amat peramah.sila fahami maksud frasa tersebut.


merasa la aku turun ke dewan makan dengan muka paling suci murni.yela.orang baru bangun tido..nak hadap plak orang ramai kat situ.paling tak bleh blah,aku ngan member bilik aku,ain pernah kena booo dengan budak laki dalam dewan makan time sahur sebab diorang ingat kitorang tunjuk 'fuck' dalam bas masa gi terawih sebelum tu.woo..memang rasa muka yang tengah suci murni tu kena simbah ngan asid.


dan kenangan paling best bersahur aku adalah masa skolah teknik jugak.time nak amik exam matrix.sahur megi!.actually aku bukan pemakan megi.tapi aku akan makan untuk bersosial.time ni yang tinggal ke-ramai-annya adalah datang dari sahabat sahabat sekelas dan satu geng.itu yang menjadi sangat sahur megi tu.antara geng yang wujud di situ adalah rozaini ali & norulhuda azharudin.


muka skima sorang sorang.nama payah nak tulis la.teka je.


time tu memang best woi.sebab dah bukan musim skolah,jadi perangai sorang sorang dah tak ikut law skolah.part paling best bila gi Param.jarak bukan dekat,jauhhhhh giler berjalan kaki.tapi semua no problem bagi kitorang.janji enjoy.juadah feveret dah tentu bubur lambuk berserta tauhu sumbat kuah kacang (kan rock?).auww.bersinar mata teringat tahu?


tapikan,masa aku duduk asrama tu jugak aku merasa ponteng puasa bukan sebab jadi sorang pempuan.heheh.kan aku dah kata,aku makan megi sebab nak bersosial je.penah aku balik kelas,masuk dorm,tengok roommate tengah hadap megi ramai ramai.ko bayangkan.ape perasaan ko bila keadaan jadi camtu?aku pun dengan yakin dan ikhlas berbuka puasa di tengahari remang semata mata nak join makan.buruk sungguh perangai.


tu belum lagi bab join makan dalam kelas.bawak gula gula,makan snek,jajan,minum air kotak balik buku.yang tak tahan antara yang buat keje terkutuk tu adalah budak baik yang lemah lembut dalam skolah.jadi bila aku yang agak err..brutal ni nampak,iman plak tak tebal mana,harus terasa macam eh,makan gula gula aje.bukan makan nasik depan orang ramai.jadi takkan kantoi la.hish.jangan la anak anak aku ikut perangai setan aku ni.huhu.


itu masa skolah.bila dah keje,jauh dari family ni,aku merasa la kunci jam sendiri bangun sahur.nak nak masa duduk rumah sewa.nasib baik aku dapat housemate yang jenis bangun sahur makan nasik jugak.kalau jenis sayang mata aku taktau la ape jadi dengan perut aku masa tu.makan tak semenggah mana.tapi pahala kena kutip.ewah.


eh.masa dulu rasa salute kat mak aku sebab bleh bangun pagi masak sahur untuk kitorang satu family.tapi sekarang aku dah salute kat diri sendiri sebab rupanya aku pun dah bleh buat macam mak aku.fuh.kagum kejap.belum lagi bab bangga diri ni.kalau tak abih la kurus puasa korang maki aku dalam hati.hehe.


sebelum jadi bini orang dulu,aku pun macam orang bujang lain.balik keje terus pegi Param carik juadah berbuka.dapat laksa/bihun sup/bihun kari,pastu kuih singgit dua & air pun dah kira alhamdulillah sangat.cukup la tu.kalau tak,aku tibai berbuka puasa kat kedai dengan encek ejang.pastu zaman zaman dulu ada gak main masak masak kat umah bujang encek ejang (hehe) tapi bawah pemantauan makcik seblah la.aku ngan housemate aku la selalu dijemput sebab konon konon kitorang ni hebat sangat la memasak kan?biasa aku masak nasik minyak yakni kena tanak nasik,kena buat ayam merah sekali dengan acar.housemate aku plak biasanya kena buat nasik ayam.bergantung pada hari la.yang geng jantan plak pegi la param beli kuih ke,beli air ke.tapi kalau encek ejang,dia relahati buatkan lai chee kang untuk juadah berbuka.heheh.


pastu kalau time kat kuantan,aku takkan lupa spend time berbuka puasa dengan kawan kawan.dengan BFF zaman tu,pastu dengan set set ppsc.peh.time ni la best sebab kebanyakan masa aku keje ppsc,aku selalu dapat invitation berbuka puasa kat hotel hotel.biasa la,keje dengan supplier.hotel mana nak kat kuantan tu.biasanya port adalah di hyatt,ms garden,swiss dan beberapa tempat lagi la.masa tu biasa aku akan invite salah sorang kamceng aku.sama ada una atau mas.atau kedua duanya sekali.memang best la kalau berkumpul 3 orang ni.banyak menda tak elok yang kitorang buat dari menda elok.haha.


itu una dan mas.dua dua dah ber-kahwin dan ber-anak.


so,sekarang bila dah kawen,ada rumahtangga sendiri,sahur kena masak.berbuka pun kena masak.sebab sekarang ni kebanyakan lauk kat param tak seikhlas dulu.kalau teringin nak makan daging,beli la kat param rm3.00..balik umah makan rasanya macam beli daging 50sen.yang lain bawang je lebih.kalau ke param pun sekarang,beli kuih ngan air je.kot teringin kang,beli la ayam madu ke,patin masak pais ke..kalau setakat yang beli 2-3 inggit tu,aku rasa baik aku masak sendiri je.tapi encek ejang la degil.dia beli jugak lauk pauk sebab kata dia,dia lebih suka aku masak nasik je.kalau masak sekali dengan lauk,jenuh telinga dengar aku membebel.heh.dah masak juadah berbuka dalam masa yang suntuk (sampai rumah jam 6.30 petang.berbuka 7.26 malam),mahunya mulut aku tak diam?dengan haifa yang langsung taknak duduk dalam walker dah sekarang,dengan rifdi yang kejap kejap suruh pasang dvd la,apemenda la..


tapi bersyukur la.walaupun kadang kadang nampak macam di luar kawalan,tapi aku bleh jugak siapkan keje.dan bukan setiap waktu jadi macam tu sebab biasanya terjadi time encek ejang mandi,solat atau tengah buat keje lain.biasanya dia la yang jaga budak budak tu.hehe.


eh,tetibe teringat pada mee bandung & lai chee kang airtangan encek ejang,biasanya aku petik je pasal ni,dia akan buatkan nak nak kalau puasa hari weekend.esok macam nak request lah!..haha.dia buat memang best woh.untung betul aku bersuamikan dia kan?kehkeh.ayat bodek.


setakat ni,ini la pengalaman puasa yang aku paling ngetop dalam minda dan hati.maknanya kalau tiap kali Ramadhan mesti teringat kisah kisah ni.time ni la kadang kadang rasa nak gelak pun ada bila teringat keje bodo aku.dan kadang kadang menangis teringat kawan kawan yang makin lama makin hilang dari pandangan.but FB kan ada...hehe.


sebab arini dah type entry panjang panjang,aku nak ucap terima kasih pada yang sudi baca.
dan sebelum tu,saje la kan nak tayang juadah berbuka hari kelmarin.hehe.


ikut putaran jam :
daging 50c bawang 2.50, pais patin, kuih keria (lagi),
sambal bilis tempoyak, masak lemak kobis & kulit tembikai


Masak lemak kobis & kulit tembikai tu je aku masak.yang lain encek ejang beli kat param ikut selera tekak dia.


pencuci mulut.mempelam dengan kuah rojak kakak aku buatkan.
haha.

eh?bila masa rifdi snap pun aku taktau

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

It's friday


Testo.testo.
Yeah.lama gila tak updet blog pakai sony ni.

Ni sony dh jadi kaler pink,kena la test plak.

Err..testo.testo..

Err..keypad keras gile.patah jari runcing gua.

4.8.11

Meet Uncle Hussain feat Hazama - Pokok



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


yauww.tetibe post lagu POKOK apehal?
lagu ni dah lama dalam draft.bleh tahan la lagu ni ye.kira bleh la nyanyi nyanyi sambil basuh periuk.Meet Uncle Hussain memang terbaik dalam Malaysia.Hazama ni plak aku prefer zaman dia nyanyi seblum jadi juara AF sebab ..err..entah!

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

3.8.11

budak budak yang tak puasa

malas nak ber-Wordless Wednesday sangat la.tadi dah post WW #9 dah pun.perjanjian dalam diri sendiri WW hanya dibenarkan sekali je dalam sehari / seminggu.jangan langgar janji.nanti jadi lembu sebab aku manusia.berpegang pada janji.kan?kan?


pastu sebab gambar banyak sangat,jadi kena la post semua gambar untuk rujukan dan tindakan pihak tuan.


merapu sangat aku petang petang puasa ni.layan jela kerajinan aku dan anak anak ber-photoshooting pagi semalam!













sudahla.nak pegi Param.

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Wordless Wednesday #9





gambar bawah memang buat semua orang rasa tak bleh blahhh..
muahahaha.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

2.8.11

video my kids.pehh.

norhaflan rifdi

video
intai abah solat maghrib

video
sila dengar bunyi dia buat buat tido.

norhaifa rafissa

video
haifa

video
haifa mem-babai-y..


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

Pertama Ramadhan

Salam 2 Ramadhan!

woww.hari ni mata memang hebat nak tertutup je.tak tido since jam 4.30 pagi tadi.kalau tido alamat membabaskan diri la tapi tak dapat nak lewat mana la kan.kalau dah 'alarm' haifa berbunyi tiap 6.30 pagi, pastu 7.30 konpem dah bising bising membebel bersiaran dari konti radio tak hot mana..memang tak dapat la nak merasa bangun tido tengah hari dah sekarang.

eh,semalam anda semua berbuka puasa dengan juadah apa ye?wah.tetibe macam dalam rancangan masakan di dapur bersama chef tu tri for ni kenapa?

semalam encek ejang suruh aku masak je untuk berbuka.dia nak ayam merah.wau!balik keje dah la lambat semalam.pastu singgah supermak supermarket sebab encek ejang nak beli perfume.dia memang tak pakai brand mahal ye.dari dulu dan selamanya sebab bagi dia kenapa nak beli mahal mahal.beli murah sudah.tapi berbotol botol..pehh.banyak gak tu.sama je.cuma bleh tukar tukar bau je.

dan sebab aku pun kena bau macam macam perfume semalam sampai rasa nak muntah,encek ejang offer nak belikan perfume kat aku.kebetulan aku memang dah takdek perfume.yela.pakai bodyshop,dkny.macam la kat bandar jerantut ni wujud sangat perfume brand camtu.kata encek ejang kat aku,tu la berlagak.bila perfume habis mula la taktau nak beli kat mana.balik kuantan time fulus tak meriah.pehh.padan muka aku.dah tak wangi.

so,dapat minyak wangi Silky Girl semalam pun dah rasa timekasih suamiku sebab mewangikan diriku semula.terasa diriku begitu berharga..
eh.tampar jugak pempuan ni kang.bukan masa nak poyo okay!

lepas membeli pewangi badan,kitorang pegi beli kuih seketul dua.abang dapat kuih keria (bukan donat ke?) dan aku dapat kuih tako.cukup la tu.pastu beli air soya.pehh.pehh.lapar tetibe.

siap beli,amik budak,sampai rumah jam 6.30 petang jugak.sampai je,terus berkejaran kat dapur sensorang.mulut plak membebel tak henti henti akibat peti sejuk senget sebab terlampau penuh dengan ayam mentah,ikan lagi.hey.ingat senang ke peti sejuk aku nak penuh camni?

tepat jam 7.20 petang..jengjengjeng..

ini la yang ditunggu tunggu oleh 2 perut
ayam masak merah!

ayam masak merah | kuih tako feveret i |
kuih keria feveret suami i | kobis masak air
alamak.sambal gesek + tempoyak tak masuk dalam gambar la.lupe.

pastu sebab tengok masa ada banyak lagi.terus masuk bilik tengok ape jadi dekat anak anak dan suami.

oo..tengah main gigit gigit tangan ngan abah.

ala.spoil betul gambar parkinson..ceh.

anak pempuan abah betul

baru aku perasan rifdi ikut sape senyum camni

cik haifa yang suka sengih sengih

tapi kalau orang ambik mesti nangis kuat kuat

inilah hero dalam rumah.siapa lagi kalau bukan rifdi.
eh.semalam baru abah dia kata gigi sebijik macam gigi ibu.hehe.
sekali jam dah 7.26..maka masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan ..blablabla.ehh,lupa nak hidang air kat encek ejang.berkerut kejap muka member tu.muahahaha.

berkerut la sangat kan.pastu makan kata taknak bertambah tapi aku tengok sampai lesap 3 ketul ayam sekali dengan pakej 'tolong-amik-nasik-tambah'..itu apa agaknya ye?

dan bukan senang nak dengar pujian dari suami sendiri.tetibe semalam berbunyi,
"sedapnya ayam masak merah.camni laa..".sambil tangan laju laju je suap nasik dalam mulut.peh.aku dah tau memang ayam merah aku kelasss sebab abah & mak aku pun selalu suruh aku buat dari zaman bujang lagi..kalau tak ayam merah,mesti tauhu masak pedas.memang kelass la.eh.sori.terangkat bakul naik lif plak.maafkan saya.

pastu harini update pasal makan mula perut dah buat hal.tetiba je..err..errr..


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

1.8.11

rifdi #33 : Norhaflan Rifdi vs Ali Syakieb

mak aku sibuk sibuk sms suruh tengok pelakon Ali Syakieb dalam Amanah Dalam Cinta.mak aku ni kalau ada cerita Christian Sugiono memang la.kalau nak terkencing pun rela tahankan demi nak tengok Christian Sugiono tu.


eh.mak aku suruh tengok Ali Syakieb kan?
kata mak aku,muka dia macam muka rifdi.aku pun tanya la balik mak aku.watak kanak kanak ke?


mak aku bantai jawab,tak la.dah besar tapi mak rasa gayanya la rifdi.


last last hari ni baru aku teringat,aku pun search la nama Ali Syakieb.dan inilah hasilnya.


ehemm..comel juga ye.hehe


muka macho tetibe.eh.ganasnya.takut.takut.

kembali comel :)

ini pun
oh lupe,ali syakieb ni adik kepada nabila syakieb.


nabila syakieb


kalau kakak dia ni aku kenal la.kitorang tadika sama sama kat Tabika Paya Besar dulu.hahaha.tolong la dd.lawak tak kelakar.sumpah perut lapa*.sebab tu terpaksa buat lawak macam tu.cis.


ohye.
..memikir kejap.series ke macam rifdi ni?hahaha.(++).comel la ye?hahaha.
poyo la mak rifdi ni..


gua lagi comel la beb.


dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?

sehari sebelum Ramadhan

Salam Ramadhan semua!
Semoga Ramadhan kali ni akan lebih sempurna ibadahnya dari Ramadhan yang lepas lepas.boleh?jangan berjanji dengan saya tapi berjanjilah dengan Allah S.W.T.


ewahh.mode ustazah pilihan kejap.berkobar kobar nak masuk Ustazah Pilihan tau,tapi syarat kantoi part umur! diorang nak perserta dari umur 18-25 sahaja.25 okehhh!..huhu.ewah.budget hebat kau dd.


oo,semalam petang hajatnya keluar nak pergi beli beras,beli bilis,beli barang barang dapur yang perlu ditimbang sahaja sebab hari gaji aritu dah pergi shopping,tapi sebab orang terlampau ramai kat bahagian barang dapur,terus rasa menyampah nak beratur panjang panjang nak timbang barang yang sorang sorang macam nak menjual kat kedai runcit je.terus sentap perasaan ni dan bayar barang barang yang tak payah kena timbang je aritu.


so,semalam hari nak membeli barang kat kedai runcit.mula mula ingat encek ejang pergi sorang la.kedai runcit je.kenapa mesti kena ikut.tapi pastu tetibe dalam kepala kesian plak kat anak anak,weekend ni tak bawak berjalan langsung,so terus ada idea nak mintak encek ejang bawak pegi makan frozen ice cream kat Snow Mart.cewah.padehal dari aritu teringin nak makan tapi takut nak suarakan kat si suami. (==)"


pastu masa keluar simpang terus encek ejang kata nak makan pizza hut.oh,mengidam rupanya.aku pun dengan manja dan mesranya ON saje.bab makan beb.rugi kalau menolak.


so semalam dengan pakaian paling selekeh aku dan anak anak masuk la ke pizza hut.tapi orang tetap pandang apa.oh,ingatkan diorang kagum tengok kitorang yang selekeh tapi osem tapi rupanya pandang sebab awal awal masuk pizza rifdi dah jerit "nak air!".okay anakku.jangan spoilkan mood abah okay!


order set Ramadhan.tapi series,memang tak best.mungkin aku penggemar Island Supreme kott tapi encek ejang pun makan setakat 3 slices je.tak laju lah.aku plak 2 slices je.pastu yang lain bawak balik.rifdi macam biasa la,penggemar tegar mushroom soup.haifa pun nampaknya dah menyerupai abangnya.hehe.asal aku dekat je ngan dia,ternganga nganga nak makan garlic bread + mushroom soup!


pas pegi pizza,aku suruh encek ejang singgah kedai ice cream tu.ramai sangat promote kata best.nak gak try kan.best ke tak.pegi beli perasa (ke perisa?) peanut.alahaii..tak best pun.tak kena la dengan selera.baik beli aiskrim mangkuk tu,best sangat dow..lagi osem.oh,agaknya sebab aiskrim jenis ni takdek lemak.non-fatting katanya.


peanut.aiskrim dia berparut.


eleh.dalam kata tak best tu abis jugak ape.yela,kalau bukan aku yang makan,sape lagi nak makan.haifa pun kejenya nak nganga je.suap banyak banyak baru tau.jangan nyesal dapat ibu macam aku sudah.haha.keji betul.mak sape ni?? (++)?


balik berjalan semalam semua dah macam nak tido.mandikan budak awal awal,pasang kartun Toy Story 3,sumbat susu..dua dua tido.senang hati ibu tau.ibu nak masak makan malam okay.abah dia projek kat belakang rumah.woit..projek halal tau.membersihkan halaman belakang rumah.semak samun sampai aku sendiri konpius itu lalang ke pokok kelapa.opps.kantoi sudah.


dah.orang kata bulan puasa jangan banyak sangat bercakap.tapi sekarang ni aku bukan bercakap,aku menaip.jadi,kurangkan menaip.eh,ape ni.jangan mengarut sangat boleh tak?tak habis lagi mengarut.dah.dah.cukup.


ohye,
selamat memikir juadah berbuka semua!

dush!
hey!kalau suka kenapa tak klik LIKE je?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...