Visitor

12.8.11

Cara Mudah Untuk Mengetahui Muka Surat Bagi Juzuk Dalam Al-Quran


Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2


benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk


kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat


sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap


huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah


sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita


dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.Jom sama2 kita belajar...






Contoh 1


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:


5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8


Letakkan no 2 selepas jawapan.


Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82


Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.


Menarikkan?




Contoh 2


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:


10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 


2 jadi 9 x 2 = 18


Letakkan no 2 selepas jawapan.


Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182




Contoh 3


Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:


23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44


Letakkan no 2 selepas jawapan.


Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442






Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. 


Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2


mendapat pahala... Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 



{sumber : email}

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

kosong

pagi Jumaat.

aku taktau apesal 2 malam kebelakangan ni aku betul betul tak larat bawak badan sendiri.paling dasat,2 malam berturut turut perut aku kosong balik lepas berbuka.segala apa yang aku telan time berbuka,semua keluar balik.asek muntah je.takkan night sickness?..errr..agak agak ada ke istilah tu?

sahur tadi pun dah macam tu.elok je makan nasi goreng dengan aman dan sentosa,basuh pinggan..pastu aku rasa nak tidur la kejap.badan letih rasa.tapi elok time aku bangun nak mandi,tak menyempat sampai ke tandas,*err..agak kotor ye ceritanya ni.*bersembur sembur muntah keluar dari mulut.pehh.apesal la ni?apesal?

sekarang ni aku dah tersandar kat kerusi opis,aku dah mula rasa menggigil.encek ejang dah pesan semalam,kalau tak larat tak payah puasa.puasa bukan untuk sakitkan diri.
aku jawab.tengok keadaan la.sayangnya nak ponteng puasa.nak ganti tu yang malas sebenarnya..wuwuwu

kalau keadaan terus-terusan macam ni,habih la susut berat aku.ni pun dah susut 3 kg.eh,kalau aku tak pregnant mungkin berita ni membanggakan.tapi tengah bawak budak..camno?risau gak.

huh.perut kosong!!!


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

11.8.11

kereta abah

tetibe on the way pegi office petang ni rindu kat kereta wagon abah. kereta tu baru lagi kena angkat naik lori besi buruk kat rumah kuantan. sedihnya. rindu pulak :,(


yeah.camni la kereta abah tu.sebijik!
sumber : google


dulu dulu, masa kitorang ada 5 beradik (abang sulung dah meninggal 10 tahun lepas) lagi, kalau time nak balik kampung mak kat Kampung Awah, Temerloh (dulu bawah jajahan Temerloh,bukan Maran macam sekarang) atau nak travel long distance, kereta tu la yang banyak berjasa. sebelum tu abah pakai Volkswagen. alah,kalau dulu dulu masuk je mana mana kampung budak budak suka sorak sorak 

"kereta katak! kereta katak!"

eh,kurang kurang bapak aku ada kereta,bapak kau ada?..ha.amek kau. tapi aku tak pernah la cakap camtu. biasanya aku nangis. haha. bodo betul.


kereta pertama keluarga aku.tapi
beetle abah aku kaler merah beb.lagi cantikk.
sumber : google


kalau naik kereta wagon tu, aku selalu kena duduk belakang sekali. yela, abanglong, abangah ngan kakak aku dah tentu kat passenger seat. adik aku atas riba mak aku. takpun gilir gilir la dengan abang atau kakak aku.


aku plak, ko tau kat mana? ha, kat bonet kereta yang lapang giler tu. situ la port terbaik aku. siap bleh baring baring lagi. kalau time nak balik kampung / travel, barang barang memang penuh tapi tetap ada port untuk aku yakni bertilam dan berbantal sakan la kat belakang. bestnya.


masa tu plak abah selalu pasang kaset kumpulan Kembara. takpun Sweet Charity. lagi la rasa macam terbuai buai dek perasaan kalau duduk belakang tu.


kereta ni ibarat macam darah daging family kitorang plak. pernah sekali hilang dalam tahun 1990, memang sedih la. patah kaki masa tu. merata abah carik. dengarnya sampai kat muadzam shah. orang nampak kat shell sana. lepas tu, hilang entah ke mana mana.


satu hari tu, kebetulan tadika adik aku ada sukaneka kat pantai balok. kitorang semua pergi la ke sana, tetibe ada orang datang kat abah kata jumpa kereta abah kat rumah orang. bergegas abah dengan kawan kawan dia pergi kat rumah orang tu dan series, memang itu kereta abah. tuan rumah tu bagitau, dia sedar kereta ni ada kat rumah dia pagi tu sebab kereta dia plak kena curik. check semula rupanya kereta abah tu dah takdek minyak. agaknya sebab tu la pencurik tu stop kat situ pastu curik kereta lain plak.


abah aku cerita, dalam kereta abah tu penuh dengan picagari dan alat alat seorang drug addict. maknanya pencurik tu seorang doktor yang tak pro la. kira lepas jumpa dan ambik kereta tu, abah cuci dan bersihkan balik semua, cat baru tapi tetap colour putih.


lepas pada tu,memang lama la kereta ni berjasa pada keluarga aku.


dalam taun 2000 kot, abah tetibe beli kereta Proton Saga dari kawan dia. mungkin abah teringin nak pakai kereta baru. dah lama pakai, abah tukar enjin kereta Proton tu pada enjin Mitsubishi, convert enjin 1.6.elok je keluar bengkel hari tu, malam tu adik aku nak hantar kawan kawan dia balik rumah, kereta tu accident dan total lost. sedih gile family aku masa tu. nasib baik adik aku takdek apa apa. orang kata adik aku bawak laju tapi pastu hentam pokok dekat jalan masuk rumah aku. macam pelik je kat kawasan kampung camtu dapat bawak laju tapi adik aku kata masa dia bawak tu tetibe jalan gelap, itu yang hentam pokok terus. entah la.


pastu abah beli Wira Aeroback. tak silap aku dia beli dengan kawan dia jugak. lama jugak pakai, pastu abah aku beli lagi kereta Wira pulak dengan sepupu aku. abah memang la, pantang dengar orang terdekat nak jual kereta. last sekali, abah beli kereta Dutson lama, buat kereta basahan untuk kerja dia, kerja kontrak. kerja baiki paip rumah orang, keje buat rumah orang, baiki itu ini..


dan sekarang kat rumah kuantan tinggal kereta Wira dengan Dutson lama tu je. Wira Aeroback abah jual kat adik aku yang keje Puncak Alam, dia suruh sambung bayar je. kereta wagon tu plak baru lagi kena angkut dengan lori besi buruk. mak aku siap snap gambar lagi masa kena angkut tu. sedihnya rasa sebab kereta tu la paling banyak bagi kenangan kat kitorang satu family. pehh.


eh, aku penah hampir kena langgar dengan mak aku sebab kereta tu la wey. mak aku nak masuk parking, aku plak bertenggek kat tangga porch. sekali mak aku tertekan pedal minyak, terus hentam tangga. nasib baik aku sempat lari, kalau tak hancur berkecai macam tangga tu jugak. pehh.


series.tetibe rindu sangat kereta wagon tu.nak raya pulak tu.


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

10.8.11

9 Ramadhan

alhamdulillah,hari ni dah 10 hari Ramadhan kita berpuasa.tapi eh,aku baru 9 hari puasa.ni kes kena minum air gula aritu la.hadoyaiii..


semalam 9 Ramadhan,setelah berhari hari puas menapau menapai lauk pauk dan juadah dari param,akhirnya semalam aku ke dapur jua.ewah.kembali ke tempat asal.balik keje lepas menapau kuih sebentuk,aku terus berperang di dapur dengan semangat sekali.


mari saksikan apakah menu yang sedia terhidang di dapur setelah berkorban hampir sejam di depan dapur gas?


jengjengjeng*sound effect harus hebat macam la kekdah memasak sehebat chef wantutri.


| ikan bado (sejenis ikan sungai) | daging masak kunyit |
| pulut panggang | kangkung goreng belacan |


ni semua adalah request dari tekak encek ejang.yang request dari tekak aku belum sampai masa lagi.entah bila.pftttt..


dan ini adalah main menu yang dipinta pinta oleh encek ejang.sebab mood aku baik,aku siap bagi resepi lagi kat korang.muahahaha.


Daging Masak Kunyit




Bahan : 

  • 1/2 kg daging batang pinang yang siap direbus,dipotong dan dimarinate dengan kunyit,garam dan 4 ulas bawang putih
  • Sebijik bawang besar yang dimayang sesedap mata memandang
  • 4 biji lada kecil yang diketuk
Cara :
  • Goreng daging sehingga garing.Angkat.
  • Tumis bawang besar dan lada sehingga bau wangi
  • Masukkan daging yang siap digoreng.Tambahkan serbuk kunyit untuk menambahkan lagi warna dan rasa.Angkat.
  • Siap dihidang


Senang je kan?kalau nak tambah dengan kacang panjang pun boleh tapi sebab dalam peti takdek stok,so aku tak letak la.hehe.

okay cik rock.anda boleh buat juadah ini lebih sedap dari yang i buat tau!


heyyy ::
komen encek ejang. : "rasa cukup.sedap.tapi..daging liat.kenapa?"
(cisss..aku sibuk merebus daging tengahari tu dia kata mana ada orang rebus lama lama.tido la dulu.grrr...tu la,degil)





dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #10


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

9.8.11

nuffnang

err..saya ada masalah sikit.dah lama berlaku tapi hari ni nak tanya.


kenapa account nuffnangg aku takleh bukak ek?
kalau dah berjaya bukak,loading bapak la lama.rasa kalau bukak hari ni,minggu depan la kot dapat tengok buffered earning berapa.


camno eh?susah hati ni tak tengok earning yang tak sampai lima hinggit tu!



dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

8.8.11

Checkup


Mogtt : 8.30am.
Dalam erti kata lain,kena minum air gula.

Dan dalam erti kata lebih lain,nampak sgt tak (boleh) puasa.

10.30am nanti baru bleh tau result.

Taktau apa result.aku dah termuntahkan balik air gula tu.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...