Visitor

19.8.11

makan

minggu yang hectic!


aku rindu sangat nak updet blog.tapi sebab hari rabu dah cuti,hari semalam sibuk dengan gotong royong berbuka puasa di surau,maka peluang atau bahasa antarabangsanya chance untuk mengupdet sangat tipis.apetah lagi bila henpon celcom tak bertopup.maka memang tak dapat la aku nak berquick updet bersama sony pink kesayangan.


pendekkan cerita yang dah basi dalam tong sampah okay.bleh tak?
saje nak menghiburkan mata anda semua.sekian,terima kasih.


15 Ramadhan


cekodok kurma


16 Ramadhan

paprik dari kekanda untuk adinda - chef ejang 




dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

16.8.11

butthurt yang propa

ehem.

dah petang pun.dah nak tamat office hour dah pun.aku baru nak update blog?haishh.
ok.petang semalam dan pagi tadi memang aku langsung tak jejakkan kaki kat office angkara 'butthurt'.ini betul betul punya 'butthurt' ni.memang memainkan perasaan sehabis boleh.

tapi sebab 'butthurt' ni la aku pegi bank,nak keluarkan duit.pastu cucuk tengok "WAHH!!".
alhamdulillah,duit yang digembar-gemburkan oleh PM dah masuk.rezeki betul.lepas beli barang untuk berbuka di mana encek ejang dah sibuk sibuk nak masak paprik hari ni *yess.bleh berehat!!*,pegi pasar basah,pergi supermarket beli huggies,susu,barang dapur,pegi klinik tetibe tersinggah Leno tempah sandal untuk preggie mum plus raya sebenarnya..pastu baru la pegi klinik.tungtangtungtang..habis dah rm250 aku!

sekejap je.esok lagi la.
esok pahang cuti,so encek ejang dah ajak pegi temerloh carik baju raya anak.malas plak nak ke KL sebab dah tau confirm dari nak pegi 4 jam jadi 8 jam.nak ke kuantan pun makan masa,maka temerloh la destinasinya.hah,dah carik baju raya budak,paham aje la.harga baju budak lagi mahal dari baju orang dewasa dowhh!tapi demi anak,wa tadak hal beb.takkan anak nak pakai baju bundle / taun lepas plak.mana bleh.

owhh.pasal 'butthurt' tu?
anggapla wa dah takde pape masalah.doktor check tadi.pastu scan baby terus.alhamdulillah,janji baby selamat,tu pun dah cukup.aku 'butthurt' ke,ape ke..dah dapat ubat.insya Allah,malam ni,esok,lusa, bleh recover balik.kalau baby yang ape ape hal?..takleh recover beb!


ok.sebelum blah dan makan paprik encek ejang buatkan untuk juadah berbuka puasa,aku nak ucapkan..

"Selamat bercuti untuk semua umat Islam *untuk negeri yang terlibat sahaja* sempena Hari Nuzul Quran. Semoga sentiasa mengingati keagungan Al-Quran dan jangan lupa menghayatinya terutamanya di bulan Ramadhan ini"


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

15.8.11

sahur kuey teow kungfu

entry itu hari aku dah story betapa aku lembik hilang tenaga semua.tapi alhamdulillah,puasa tetap tak kantoi.sebab aku pikir kalau aku tak puasa,nanti aku makan,makanan keluar balik.lapar dah satu hal,seksa badan plak rasa keluar masuk toilet.bleh krem kaki woo..

malam sabtu tu,aku berbuka nasik dagang bungkus je.tapi best woo..asek mengulang makan berulangkali dari iftar bawak ke moreh!
aku plak siang siang dah demand nak epal hijau dengan encek ejang.*tips : kalau diarrhea perlu makan epal hijau untuk melegakan kesakitan.series,sila try.sebab tu la ubat terbaik aku*

so,apabila sahur hari sabtu tiba,aku pun bangun jam 4.15am.macam biasa.hari ni encek ejang kata nak makan kuey teow.aku keluarkan bahan dengan muka tak berapa nak okay.lembik lagi rasa.padahal malam tu dah belasah nasi dagang entah berapa round.tetibe aku tengok encek ejang dah siap siap bawak turun kuali semua.eh?

"takpe.takpe.sahur ni biar abang masak.nak kuey teow kungfu?".

peh.aku rasa time tu mata kuyu garfield aku tetibe bersinar sinar.wooww.terus aku duduk siapkan bahan bahan nak masak.itupun apa yang encek ejang mintak la.kira pagi tu dia chef aku ni kuli batak jugak la.

tak lama lepas tengok satu satu keje yang dia buat,akhirnya...taraaaa!!
nasib baik lepas makan kitorang tak berkungfu.haiyyahhh.

baru siap.dah tak sabar sabar nak snap.

itu tangan si suami.
dah tak sabar sabar suruh aku snap dalam pinggan pulak

isi banyak ni je?dah tentu aku kena makan double round.hikhik
tak ketentuan hala la sape sape yang tertengok dan terbaca entry hari ni.perut aku dah berapa kali berbunyi padahal jam baru pukul 10.00am.ini adalah sebab pagi tadi sahur buat sambal bilis terletak banyak asam jawa.tak pasal pasal terpahit ever.tak habis nasik kedua-dua suami isteri.pehh.

oh,ada yang nak resepi kuey teow kungfu?
meh aku share sebab kan aku yang tukang sediakan bahan.haha.

Kuey Teow Kungfu

Bahan :

  • Sebungkus kuey teow *TIPS : jangan letak bungkusan dalam peti terutama bahagian ais,bahagian daging & bahagian sayur.nanti kuey teow akan melekat-payah-nak-lerai.hancur pulak time masak.kalau nak isi jugak dalam peti,sila letak dalam container/tupperware*
  • 4 ulas bawang putih & sebijik bawang merah yang ditumbuk
  • Ayam yang dipotong kecik2.terpulang nak berapa banyak
  • Baby corn.eh,yeke.ala,jagung kecik kecik tu.penting sebab ini la yang mempengaruhi rasa nanti.ikut suka nak banyak mana.
  • carrot yang dipotong halus.pun ikut selera nak banyak ke sikit ke.
  • 4 biji lada kecil yang diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air
  • 1 biji telur
Cara :
  • Panaskan kuali dan isi minyak secukupnya untuk menggoreng kuey teow.Agak agak dah masak,angkat dan isikan di dalam bekas pilihan.Ketepikan.
  • Panaskan kuali dan isi minyak untuk masak kuah kungfu.tumis bawang yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan ayam,babycorn & carrot.Tambah air.
  • Masukkan kiub ayam tadi dan perlahan-lahan masukkan bancuhan tepung jagung
  • Pecahkan telur dan gaul kuah tersebut
  • Masukkan lada kecil yang diketuk dan biarkan mendidih.
  • Masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Dah siap masak,tutup api.
  • Tuang kuah ke dalam bekas pilihan yang berisi kuey teow tadi.Siap dan boleh dimakan.


Apa lagi korang.cubalah!
Aku dah makan dan memang terbukti sedap.hehe.



dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...