Visitor

26.8.11

Selamat Hari Raya 1432

last keje di bulan Ramadhan 1432H.

maka,memang dengan sengaja la kan pasang lagu raya kuat kuat.memang dah niat dalam hati nak bagi semua orang dalam pejabat bertekanan tinggi untuk pulang beraya.hahaha.pehh.jahat betul nawaitu di bulan Ramadhan.

oh ye.sebab hari ni last aku hadap blog sebelum balik beraya,aku terus nak menyampaikan seribu dua patah kata.

ekhem.*bela baiki suara.

maka dengan ini,aku Hasnidar Jaafar aka dd nak cakap kat korang yang membaca :

1. Mintak maaf di atas segala salah silap yang telah berlangsung secara sekelip mata kat korang.korang tau kan,aku ni memang suke cakap banyak,cakap lepas,cakap buat orang sakit hati,cakap suke hati,cakap suka2 tapi buat orang trasa hati,..dan sangat2 aku mintak maaf dengan segala yang berkaitan kata2.

2. Mintak maaf dengan segala salah laku,perilaku tak bersopan,perilaku lagak manja tapi tak menjadi,salah langkah terlanggar korang (body contact terlebih),tu seme tak sengaja.kalau tertampar tu pun mmg tak sengaja..tau jela kan aku ni bercakap tangan kaki seme sama laju je dengan mulut

3. Mintak halal segala makan minum mana aku teramik,termengecek lebih,terbagi kt korang ..seme tu adalah atas dasar kita sangat rapat dan aku pikir tak salah kita berkongsi kan?

4. Dan ape yang pasti,Syawal yang bakal menjelang ni.aku menjemput sahabat2 yang masih dalam ingatan aku datang le beraya ke rumah.Dan pastikan inform awal2 bagi mengelakkan traffic sama ada dari segi jalan,parking atau janji dengan aku sndiri.

5. (Ayat basic ni..)



ehh.rasa macam dah terbaca kat sini je.hahaha.

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

25.8.11

turqoise vs mustard

setelah berhari hari buat buat muka meratap sedih depan encek suami tercinta akibat ketiadaan baju raya,tetibe..
err,situasi ni berlaku pada petang hari saat orang sibuk ke Param ye tuan tuan puan puan dan kereta sedang berdoyon doyon di jalan raya :

sang suami : nak pegi butik tu ke? (butik baju raya)
isteri berduka : takpe la.hujan hujan ni,kang lambat plak amik budak
sang suami : jom je la.bila lagi. (sambil terus belok ke kiri masuk simpang butik dan berenti parking baikkk punya belakang butik)
isteri berduka : (terus melompat bahagia)

akhirnya,masuk kedai terus nampak kaftan kaler turqoise yang sangat mengghairahkan sebab mampu menggiurkan aku.ape lagi,dah nampak yang berkenan so aku dengan rakusnya pegi test pastu tayang depan encek ejang.dia kata okay,eh apelagi.terus tak sabar la nak bayar.budak kat kedai tu plak siap tanya,ehh.akak pregnant ke?eh yela dik.ko ingat perut aku ni buncit saje ke?
eh.tipu,aku tak jawab macam tu la.haha.mesti la aku angguk aje.pastu time kat kaunter konon nak bayar tetibe encek ejang sound,skirt ni taknak?
ehh.cantik jugak.aku pun amik size besar sekali dan masuk lagi fitting room.eh.selesa.beli lagi.

baju?
eh.encek ejang ni dah bagi green light,aku pun ape lagi,macam mak datin la dalam kedai tu sebab budak ni tolong suai padankan baju,budak ni pilih baju ni,yang ni pilih baju ni..tapi semua aku tak berkenan,last last beli baju kaftan ngan skirt je.okay la tu.budak tu tanya plak,akak nak tudung tak.eh,akak pakai selendang.akak nak selendang tak?

emm,tak payah la dik.dia ni tokey tudung.chist.potong betul laki aku ni.haha.terus budak tu tekan mesin duit kira baju baju aku.hahah.

tapi perasaan bila dah ada baju raya ni lain la weh.series.macam budak baru dapat baju baru.rifdi dengan haifa pun tak se-selak aku.hehe.



jangan tertipu.baju baju ni semua aku pinjam kat google.heh.

heyyy ::
baju melayu encek ejang dengan rifdi colour mustard.aku plak turqoise.haifa gaun floral.
pehh..memang lari tema!

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

24.8.11

spaghetti & mushroom soup

eh.petang kelmarin kemain lagi excited nak balik rumah berbuka sebab encek ejang janji nak masakkan spaghetti untuk berbuka.tengahari tu kemain lagi beli barang kat supermarket.siap beli bekas kuih raya baru lagi.tapi sekali bila aku naik kereta je time dia fetch after keje.."pehh.ini bau pais tempoyak ni!"

ala sayang.sori le.abang lupa pagi tadi abang dah order paih talapia kat kak amsar *gerai feveret*.pastu abang terbeli plak asam pedas keladi dengan sambal sotong.tapi takpe,abang dah belikan sup cendawan dengan kuih tako kat sayang.masak nasik je la.air nes o ais ye!

ceh.baik betul cover perasaan.tapi takpe.esok pulak la masakkan spaghetti ye!

dan tiba la hari semalam,time aku dah siap pakai baju kurung nak pegi keje.

sayang..sakit kepala.tak bleh bangun.

err..camne ni?kuih yang orang order dah sampai opis,driver amik semalam kat rumah mak aku.aku nak pegi sendiri dia tak bagi plak.nampak gayanya kena tinggalkan pesanan aje la.so,semalam kiranya the whole day tak pegi keje,jadi housewife yang paling comel sekali kat rumah.

dah masuk jam 5.30 petang,maka standby la aku siapkan bahan nak buat spaghetti.first time ni.nasib baik kelmarin dah siap print resepi.hehe.aku amik resepi kat sini.

dah siap,excited kemain la nak snap gambar kan.sekali aku tertuang semua kuah atas semua spaghetti.alamak.aku taktau plak encek ejang suruh asingkan kuah.huhu.


nasib la kan.dah merasa spaghetti kurang kuah.takpe,aku dah merepair balik masa sahur pagi tadi.kebetulan pulak aku beli sos Prego tu sampai 2 tin.haha.oh yes.sahur spaghetti lagi.nasib baik dah terer sket dari semalam.

pastu special untuk rifdi,aku buatkan mushroom soup.spaghetti makan jugak.dasar budak western kan.



so,macam biasa,bagi 2 senduk dah habis dia jerit "NAKKK!!".
second round,okay.dah kenyang la tu.

sambil tengok Geng Mengaji,encek ejang cedokkan untuk diri sendiri,sekali rifdi amik lagi nak makan.dah habis,ulang semula "NAKKKK!!".
err..dah habis!nasib baik tak mengamuk sebab aku gantikan dengan biskut Cloud 9.hehe.

ini hasil snap oleh rifdi.banyakkan belajar anak!

oh yes.kepada mereka yang ragu ragu dengan Prego,please please please check status halal produk tersebut di sini. {JAKIM PAGE : HALAL MALAYSIA}

dan ini adalah keputusannya.

tak nampak? KLIK la.

heh.jangan was was sangat okay.makan mana bleh was was.kalau tak,jangan makan terus.

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #11


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

22.8.11

Hujan - Tunggu Sekejap (with chord)




Hujan - Tunggu Sekejap (Tribute P.Ramlee)

G/Cmaj7 G7 Amin7
Tunggu sekejap wahai kasih
Dm9 Dm9(+7) Dmin7
Kerana hujan masih renyai
Dm9
Tunggu sekejap
E7 E
Dalam pelukan asmara ku

C B7
Jangan bimbang
Bmaj7 Em9
Walaupun siang akan menjelma
D C#7
Malam ini
C# B#7 A7
Belum puas bercumbu dengan kau

A/Dmaj7 A7 Bmin7
Tunggu sekejap wahai kasih
Em9 Em9(+7) Emin7
Tunggulah sampai hujan teduh
Em9
Mari ku dendang
F#7 F#maj
Jangan mengenang orang jauh

( korus )

D C#7
Jangan pula
A7 C7 B7
Jangan tinggalkan daku sorang
Em9 F#min7
Tunggu sekejap kasih
Dmaj7
Tunggu



ini lagu memang dari dulu feveret.tengok Sarjan Hassan semata-mata nak dengar lagu ni je.
bila dengar semula lagu ni versi Noh Hujan baru baru ni, ulang tayang kat Astro Ria..terasa macam nak menangis.bestnya la lagu ni..

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

rifdi #34 : mainan rifdi

semalam hari ahad adalah hari mengemas rumah sempena raya.
cewah.tak mengemas mana sangat la kalau ada anak anak ni.setakat encek ejang sorang je yang mengemas,jadi takdek la aku rasa penat sangat melainkan penat mengejar rifdi yang banyak sangat mulutnya nakkan itu ini dalam bilik yang sedang dioperate oleh encek ejang.haifa tak bleh nak buat apa sangat la sebab dah ter-duduk dalam baby walker.kalau tak,mesti letih nak tangkap sorang budak,pastu tangkap sorang lagi..last last ikat dua dua budak hyper tu dekat tiang pagar rumah.haha.itu memang idea jahat seorang ibu.

aku just kemas kemas sikit guest room yang macam *heaven* tu.dengan mainan rifdi yang bersepah sepah overload dari bakul mainan,dengan lego yang berterabur tak jadi bangunan..ikan ikan kecik buat fishing, mini machineries, colour pencil, mini toys..yeahhh..rifdi memang banyak mainan.itulah akibat perbuatan suka menangis berguling di khalayak ramai nakkan mainan itu ini,itu ini...fuh.biar la rifdi sorang je yang macam tu.

adik adik yang lain please behave yourself okay.jangan buat perangai sebegitu macam abang.- pesanan ikhlas seorang ibu.*tarik nafas.

siap siap kemas,aku cakap kat rifdi.
okay,mainan besar dalam bakul ni. Angguk.
Lego dalam box ni.dah main,simpan. Angguk.
Yang kecik kecik camni dalam box ni.Jangan sepahkan kalau tak ibu buang bagi lori sampah. Angguk.

Dengar cakap ibu kan?Kalau tak dengar,ibu letak rifdi dalam plastik sampah,ibu kurung dalam bilik ni,nak?
- no,no.no.Anok!! (taknak).

hehe.so,semalam sebagai permulaan dia mintak nak main mainan kecik kecik dia.aku bagi.pastu dia kemas balik,nasib baik pandai.hehe.kena trained selalu ni,kalau tak nanti janji tinggal janji.bersepah sepah.

wonder why rifdi bleh terfikir nak create suasana camni?

siap nak letak batu batu putih buat hiasan tepi jalan
*sebab memang batu tu asal tepi jalan.dia nak sangat.

port bermain

see! mengada ngada

dalam bakul tu penuh mainan dia je.soft toys & segala machineries.
bok tutup kuning tu mainan Lego dia.

muka nakal sorang abang.hehe.bibir pun pecah.

post untuk semua.muah!
dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...