Visitor

9.9.11

raya ini tahun

tak habis habis lagi bab raya.

tahun ni memang hari hari aku beraya.yes.dengan bawak 2 handbag paling mahal di dunia berjenama norhaflan rifdi dan norhaifa rafissa,kehadiran raya tahun ni memang sangat dimurahkan rezeki.

tahu tak?untuk tahun ni,aku dan encek ejang menghabiskan kira kira rm500++ untuk anak anak sahaja.untuk anak anak sahaja?yes.macam tu la kira kiranya.untuk suami aku habiskan hampir rm200++ dan untuk diri sendiri pun tak sampai rm200++ jugak.balance duit bonus tahun ni adalah untuk kuih raya dan persiapan raya,termasuk duit angpau raya.hehe.

banyak ini pun dah main 200++
tak kisah.janji semua dapat pakai pakaian baru.

raya pertama
pagi biasa la kat rumah mak aku.bila orang balik solat sunat,maka berhimpun la kitorang beramai ramai tunggu time nak bermaaf-maafan.time ni time budak budak dapat duit raya.atok mak dengan atok abah pun dapat jugak :)

siap bermaafan,sessi fotografi plak.tahun ni aku dah standby tripod siap siap.tak payah adik aku ejas letak kamera tinggi tinggi atas meja la,atas magazine la.pastu tahun ni spoil sebab kitorang tak dapat berfotogedik kat vespa abah.tengah berfotoshooting,member member abah lalu naik motor,mengganggu gugat konsentrasi abah.terus abah start motor dan pergi beraya.sadis betul.

siap bergambar,aku siap siap nak balik rumah mertua plak.ala,tak jauh pun.15 minit sampai aje pun.hehe.kak ina pun dah mula gerak ke Pekan,rumah mak mertua dia.abang ngah dengan nasrul plak stay aje la kat rumah.haha.

raya pertama aritu dapat la beraya kat rumah kawan kawan encek ejang.pegi umah acik,ada nasi dagang.pastu janji dengan mak abah & adik beradik aku,kitorang beraya rumah mak sedara aku belah abah : rumah Cu di tanah putih & rumah makteh norma di galing.kalau bernasib baik pegi umah ayah De di semambu.pastu balik rumah semula.pastu malam raya family makteh norma balas balik serang beraya ke rumah aku anak beranak pulak.alah.camtu la aktiviti tiap tiap tahun.dah baca.

raya kedua
balik kampung mak plak di kg.awah,temerloh.biasa memang konvoi la 4 bijik kereta ke sana.biasanya aktiviti berlarutan sampai ke petang.pastu balik rumah mak semula.

raya ketiga
tunggu jugak ayah ngan mak (encek ejang) call ajak balik kampung kat cherok paloh,kuantan tapi takdek plak.maka,beraya la kitorang ke rumah bff encek ejang.pegi rumah napi & alang.balik rumah MIL,pastu dah nak tengah malam baru balik rumah mak.

raya keempat
tetibe mak kata malam ni nak buat open house.wah.hebat.dari pagi kak ina sibuk prepare bahan untuk menu utama open house.pagi sampai petang mak tak habis habis call orang,sedara mara invite untuk majlis malam ni.dan ramai yang bagi jawapan negatif.takdek kat rumah,ada hal..mak macam sedih tapi takpe mak.dont worry.ramai lagi orang yang akan datang malam ni.jangan risau bebeh.

menu adalah nasi lemak dan soto.lain lain adalah kuih raya,nasi impit & kuah kacang,puding etc etc.air plak sirap special yang dibuat last minute oleh encek ejang.pehh.susah payah dia buat air.tak cukup gula (padahal aku tak jumpa mak letak gula kat mana),so dia naik basikal pergi kedai depan.tapi memang terbaik lah.abah kata air tak manis sangat.siap ada letak limau sunquick.sape buat ni?sampai macam tu abah tanya.

start dari maghrib,orang dah ramai kat rumah.jam 11 lebih,makanan dah lesap,habis.ramai lagi yang datang pastu tapi hidang kuih raya aje le.tu la,kan aku dah cakap kat mak.ramai lagi orang akan datang rumah.dont worry lah!last,anak anak aku tido nak dekat pukul 1 pagi.pastu masing masing pakat pakat pengsan!

raya kelima
sebab malam tadi takdek sape sempat makan soto,so hari ni ulang tayang masak soto.hehe.
pastu aku plak time to pack balik permatang badak (rumah MIL).balik sana,sedara mara belah sana plak datang serbu.yeahh.raya raya dan raya lagi.

raya keenam
sape kata last day?aku still lagi kat kuantan ape.hehe.tapi dah start sakit tekak.hidung dah berair..

raya ketujuh
beraya di klinik.hehe.sejam lebih duduk kat klinik saje.doktor siap bagi mc lagi untuk esok supaya aku dapat rest.selsema sampai segala urat belikat sakit,memang rest la ubatnya.siap dapat ubat dan vitamin,singgah rumah mak & abah.amik baju dan bekalan makanan yang mak sediakan dan chauu!kami balik ke jerantut untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

no more raya!

eh.sape kata?nextweek opis aku buat majlis raya.siap nak buat bbq lagi.next nextweek plak ada raya bersama jabatan lagi.haaaa.meriahkan raya tahun ni??.


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

RAYA 2011.

gambar raya 2011.raya pertama jela.hehe.

layankan aje la.





































dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

7.9.11

hari hari raya :)

hari ni baru dapat berblogging dengan penuh cemerlang,gemilang dan terbilang.yes! im back to work setelah lama bercuti.hari isnin memang dah termasuk dalam application bercuti dan semalam pulak sebab dapat MC.bukan saje saje mintak buat muka belas kasihan dekat doktor okay.takpun.tapi doktor bagi hari isnin aritu sebab mak buyung ni batuk selsema sampai sakit segala urat belikat.dia bagi MC suruh rest,tapi semalam rasa macam eh,bila masa aku nak rest ni?sebab ada anak anak kesayangan depan mata.so,sorang ibu mana bleh rest.kena amik tahu tu.

oi,panjang pulak membebel.hari ni sebab first day masuk keje after cuti raya,maka pagi pagi agak kelam kabut la.siapkan beg anak anak,angkut itu ini.last last depan office baru perasan botol air tertinggal,dan paling pentinggggg..yes.memory card camera yang full dengan gambar raya aje.peh.frust betul.

tanpa ragu ragu,terus sms my dear sister bagitau aisey..tertinggal plak memory card.
ape lagi,terus kena marah la.haha.insya Allah,esok la plak.kalau ingat ye.

so,tadi dah belek belek fb,tengok my sister dah pun upload gambar raya dari camera Lumix dia.so,mana yang ada la kan.aku upload plak kat sini.so,ini hanya sebagai pre-raya la ye.gambar full esok,insya Allah.

sukanya pic ni! :)

mak & abah yang loving forever 

opocot.cis,kacau daun betul budak belakang tu.

kuruskan saya? -me with yuyu & dhiya

eh eh.yuna datang beraya kat rumah laaa!!
kak ina & dhiya

kakak-ku dan emak-ku

yuna dan yuda.
kihkihkih.

adorable cousins.
dhiya & yuyu

nakal cousins.
aqeef & hilman

photographer tersibuk di kala raya.

yuyu & atok mak

comeykan?comeykan?

family potrait.
rifdi memang suka buat spoil!

atok mak & atok abah with cucu cucu

mak memang tercantik!

abah tak sabar nak pegi beraya.
sedang berfotografi pun dah start motor nak beraya.

nasrul,abah & abang wadi (BIL).
abah paling cool.

avril lavigne datang beraya pada hari kedua,


diulangi,ini hanya gambar pre sahaja.full picture akan diupload esok,atau soon,atau soon..hehe.

dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...