Visitor

16.9.11

Selamat Hari Malaysia 2011


"...orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke..kita orang Malaysia kan ?"
                                                                                                       - from the movie, 'Mekanik", 1983-



Wishing All Malaysians,
"Selamat Hari Malaysia"
16 September 2011
May we  live in peace and harmony...


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

15.9.11

random

source : Camera Nokia E63 2MP
aje.








sambil sambil menunggu encik suami bersiap untuk pegi keje tengahari petang tadi,sempat la buat keje yang sangat berguna untuk diri sendiri.selain buat sneak yang awesome iaitu epal hijau potong + mayonis + serbuk asam boi,aku juga berjaya menambah isi memory card henpon cap ayam ini

ok.last but not least.



-  cermin tingkap kereta jadi mangsa




dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

wishlist

kalau ikutkan hati,rasa macam banyak betul wishlist dalam hidup sekarang ni.nak itu nak ini.tapi bila dikaji dan diselidiki sebaik baiknya,antara wishlist terhangat yang aku nak buat masa ni adalah seperti (ehem.suara serak plak tetibe) :

1# ada rumah yang boleh dihias macam kediaman mat saleh.ada laundry,ada kitchen,ada laman rumah yang best..pehh.rumah actually dah beli tapi lambat lagi nak siap.sabar la wahai diri sendiri.

2# ada bisnes sendiri.kurang kurang ada butik tudung sendiri.yang nak sekali adalah buat part time fotographing & edit gambar.takpun jadi event planner ke.janji melibatkan kerja yang memerlukan kreativiti

3# ada kereta sendiri.tapi bukan masa terdekat ni la sebab sedar diri tak mampu mana

4# travel luar negara dengan family.bila bila masa.dapat gi singapore pun dah rasa puas hati la.

5# nak pakai gadget yang terbaru je.dslr baru,tab baru,henpon tercanggih..kira taknak kalah la.

6# nak hantar anak anak masuk kelas muzik.err..tetibe.

7# paling penting,ada duit setiap masa.tak payah pening pening bila tengah bulan ke hujung bulan ke.nak beli apa apa pun tak kisah.tak payah nak budget budget.kira kalau shopping banyak mana pun duit tak habis lagi.

8# nak jadi seorang yang sangat terer bab memasak.

9# jadi seorang wife dan ibu tanpa perasaan negatif sedikit pun.apa yang suami dan anak mintak,semuanya okay je.no problem!takdek marah marah dan takdek rungutan sedikit pun.

10# nak balas jasa mak abah sehabis boleh!

sakit perut pulak.banyak sangat makan kuih raya la ni.




dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

14.9.11

akulah perempuan itu..

hidup sorang mak yang bekerja dan isteri yang setia ni sangat mencabar dari hari ke hari.bila masa baru balik keje,pastu amik anak,pastu nak masak,pastu nak kena buat keje rumah dalam masa serentak,ko akan paham apa maksudnya supermak.


bukan supermak macam nasha aziz tu.takpun.itu mak yang ada kuasa super power.


ini mak plak yang perlu layankan kehendak anak beranak dan keluarga.


so,malam tadi ada majlis jamuan raya bagi jabatan aku kat laman worksyop.maka,malam tadi memang meriah la masing masing bawak keluarga.macam macam pesen pun ada.ada yang pakai baju raya,ada yang pakai baju tak raya.macam aku,aku pakai baju setengah raya.maksudnya skirt je yang raya,yang lain baju pakai hari hari biasa.


aku datang dah lambat.tu pun mintak tolong driver ambikkan aku ngan haifa naik kereta jabatan.rifdi dengan abah dia dah pergi awal awal naik motor sebab encek ejang incharge bahagian air minuman.so,kena la pergi awal.


so,bila time balik,dah tentu aku balik dulu dengan anak anak,tapi kali ni tumpang kereta driver tadi bersama family dia.dalam kereta,rifdi dah tanya.."ma..abah ne?"


aku sambil main main jawab la.."laaa.abah dah kena tinggal.padan muka abah".
elok je aku cakap camtu,rifdi dah nangis.
"abahhh..abahhh".


alamakk.aku salah jawab daaa.
driver yang memang kamceng ngan aku ni pun cover balik, "abah ada kat belakang tu bawak motor.nampakk?"


rifdi nangis lagi. "abahhh..".


memang seru abah dia aje la sepanjang perjalanan tu.sampai rumah pun rifdi masih menangis panggil abah dia.


sambil sambil aku siapkan haifa untuk tidur,cabut baju dia,lap badan dia,salin baju dan diaper,buat susu dan letak dalam buai untuk hisap susu,rifdi masih menangis panggil abah dia.


masa aku paksakan jugak rifdi suruh cabut baju,basuh kaki,basuh muka tu pun rifdi masih nangis panggil abah dia.ikutkan dia taknak buat apa apa pun.kecuali nak abah dia je.


aku siapkan jugak.paksakan jugak kalau tak,memang lambat lagi la kalau tunggu abah dia balik.sambil sambil dia nangis tu jugak aku pasang dvd 'Elmo's : Preschool is cool' favorite dia.pastu blah ke dapur buat susu dia plak.sambil tu dia masih nangis lagi.


macam biasa,time rifdi menyusu aku baring sebelah dia siap berblanket (memang rutin nak tido camtu).akhirnya dia tidur jugak.haifa memang dah lama lelap sendiri dalam buai.


tetibe rifdi duduk."abah abahh".pastu nangis.ah sudah.taknak berenti lagi budak ni.aku pun pujuk pujuk suruh baring.tepuk tepuk,dia tidur balik.


pastu macam biasa la,aku bangun sebab nak tutup tv,nak angkat haifa masuk baby cot,pastu kemas dapur,tutup lampu depan apa semua.pastu nak baring dekat rifdi,baru je nak tarik comforter tetibe dia nangis lagi sambil panggil abah dia (lagi).pehhh.tepuk tepuk,sambil baca lagi ayatul Qursi,rifdi tidur balik.


dalam pada tu,aku capai hp terus sms encek ejang ;


rifdi ni dh 2x tbangun tido mnangis nakkan abah dia.setakat ni syg larat lg,
syg xkisah sgt kalau abg balik lewat sket sbb mngemas pemenda semua.
tp klu perut ni masuk 7-9 bulan sok klu dia buat prangai gini time abg xdek,
syg xtau la syg jd camne.mnangis jugak rasanya.


tak balas pun.tapi agak agak dalam setengah jam pastu tetibe aku sedar encek ejang ada depan aku,kejutkan aku.ok,dah sampai rumah la tu.terus aku citer balik pasal rifdi dari dalam kereta Long sampai last terjaga.pastu,aku bantai sambung tidur balik.hehe.


dipendekkan cerita,aku rasa kadang kadang spoiled gak aku ni kalau bab jaga budak.nak nak bila dalam keadaan macam ni.bukan aku nak mengeluh penat.takpun.tapi aku rasa dalam keadaan camni,paling aku tak suka adalah marahkan anak anak.biasa la tu bila anak ni carik abah dia,sebab dia dahla tak jumpa seharian hari kerja.pastu bila malam pun tak jumpa lagi,dia akan ada satu perasaan ehh,mana abah aku ni?


aku ni kalau sebelum ni bleh dikatakan garang jugak dengan rifdi,siap berhanger bagai jugak la walaupun tak buat.tapi sekarang ni,nak ambikkan hanger untuk encek ejang buat gertak rifdi pun malas.ada time encek ejang tetibe datang baran dia sakitkan rifdi cepat cepat aku jarakkan diorang anak beranak.nak marah suami tak boleh,nanti jadi perang besar plak.serius aku kata ni.dalam buku Dunia Suami tulisan Roha Hassan pun ada bagitau jangan tegur suami walaupun diorang buat salah.ini akan buat ego diorang tercabar.


biar diorang faham sendiri kenapa kita buat macam tu.bukan sebab kita nak pujuk anak.jangan sekali kali bila suami marah anak,kita jadi tukang pujuk anak.nanti anak tu fikir okay,pasni dah tau kalau kena marah dengan abah,ibu akan jadi backup kita.tujuan kita jarakkan diorang cuma taknak anak disakiti.ingat,sayang anak tangan-tangankan,bukan sakit-sakitkan.


dan aku rasa sangat logik bila sorang perempuan selaku isteri dan ibu kepada anak anak agar sentiasa bersabar menghadapi segala cabaran mendatang.walaupun tak hebat mana,tapi aku tetap kagum dengan sifat sabar seorang perempuan itu.curlass kan?


eh.
motif aku tulis entry ni?
aku pun taktau kenapa.hahaha.tapi aku rasa ni first time aku tulis bab parenting gini kot.okay ke?ke nampak macam poyos je?pastu niat aku bukan nak bukak pekung ke apa pasal keluarga tapi aku hanya nak share macam mana perasaan aku sebagai seorang ibu beranak 2 err..insya Allah 3 di ketika ini.hehe.peace yawww!


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Tag #8 : CREEP

..TAG!


yeahh.lama gila tak jawab TAG.so,kali ni tag datang dari rock penglipur yang lara.
camne nak buat?


kacang je.mengikut pesanan pengeTAG ni :



- Mudah je.. Mula-mula bukak music player (sumber : kompute, PC, iPod etc). Shuffle music player then sambil dengar lagu jawab semua soalan, dan jawapan adalah berdasarkan tajuk lagu yang didengar. Letak sekali nama penyanyi. Habis jawab satu soalan, tekan next song.

Pastikan jawapan terakhir diambil sebagai TAJUK untuk post nih!

Senang bukan?... Tak payah nak memikir sangat.




Berbekalkan Windows Media Player PC opis,aku pun mulakan tugasan.

1. If someone says, “Is this okay?”, you say?
Sk8ter Boy - Avril Lavigne  (mesti someone yang tanya aku tu rasa aku hebat main skate.hahah)


2. How would you describe yourself?
Aku Takkan Bersuara - Nike Ardilla (kihkih..tetibe bagi jawapan macam retiss - no komen)


3. What do you like in a guy/girl?
How You Remind Me - Nickelback (macam best jugak la jawapan ni kan?hahah.Like lahh)


4. How do you feel today?
You Know Im No Good - Amy Winehouse (err..vice versa.aku ni baik la.hehe.)


5. What is your life's purpose?
Andai - Gigi (tak best betul.semuanya 'andai'an)


6. What's your motto?
Dreams - The Corrs (tadi 'andai'.sekarang 'mimpi'.aku kuat berangan sangat ke?)


7. What do your friends think of you?
The Middle - Jimmy Eat World (betul la tu.wasatiah.hehh!)


8. What do you think of your parents?
I Miss U - Blink 182 (yeahhh! tepat sangat sangat sangatt)


9. What do you think about very often?
Don't Phunk With My Heart - Black Eyed Peas (wahh!kelas kau jahhh!!..)


10. What is 2 + 2?
Hapus Aku (English Version) - Nidji (sama macam rock.cikgu math aku pasti menyesal amik aku jadi anak murid dia)


11. What do you think of your best friends?
Intuition - Jewel (pehh..power la)


12. What do you think of the person you like?
Rich Girl - Gwen Stefanie (pehh..perempuan mana plak yang aku like ni...)


13. What is your life story?
Crawling - Linkin' Park (hahah.ingat aku haifa ke ape nak crawling crawling time ni)


14. What do you want to be when you grow up?
Running - No Doubt (ingat nak jadi atlet gamaknya.zaman skolah dulu bleh la sebab masih ringan lagi.sekarang nak berjalan pun semput! hahah.)


15. What do you think of when you see the person that you like?
Bring Me To Life - Evanescene (mak aihhh..wild gile!)


16. What will you dance at your wedding?
Semua Itu Bohong - Gigi (yela.memang aku tak dance pun.gila ape.)

17. What will they play at your funeral?
Smells Like Teen Spirit - Nirvana (ya Ampun!)


18. What is your biggest fear?
Love Is Only A Feeling - The Darkness (errr..inikah yang dipanggil lovefobia?err.tak kena la.saya adalah pencinta suami.hehe.)


19. What is your biggest secret?
Aku Dan Dirimu - Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari (...heheh.hehehe.*gelak miang*)


20. What will you post this as?
Creep - Radiohead (terbaek lahh!)





*****
dan akhir kata TAG ini telah terkena pada (drumrolls please) jengjengjengggg :


ala.sapa sapa je la yang nak ambik ek.


sebab mangsa TAG aku biasanya kalian berdua je (rockudhang).


dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #13

*style senyum my kids*



dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

12.9.11

Pulau Redang

10 & 11 September baru ni di Pulau Redang.


otw dari jeti Shahbandar,K.Terengganu

kak ina bersama dhiya & hilman.

sukanya gambar ni :)

ini model iklan aiskrim magnolia :)

pasangan yang best giler.
dengar cerita abah ada ramai peminat kat redang.
hehe :)

rilek nampak encik jakpa!

eh?..macam tak caya awak berdua dapat kamceng sebegini.

atok mak dan...err..sape ni?dhiya ke?

kalau dlm fb ada member yang kata macam adik beradik.
tak pasti sama ada nak kata mak nampak muda atau kak ina
yang nampak tua.heheh.heheh.

eleh.(nada jeles)

amboi mak.siap pose lagi masa nak gi snorkeling.

mr.abah yang kekal hot dan cool.
eh..hot ke cool ni?

maybe ini la chalet yang diorang lepak

duta Redang Lagoon

anak beranak

ewahh.buat buat tido plak.

abah & dhiya main monkey zooloo

sebelum balik.kat mana mana pun bleh pose

..eh.mana gambar aku? mana?
yeahh.ini adalah pengembaraan (baca : trip) mak & abah serta pengikut setia iaitu kak ina dan anak anak sahaja.aku takdek kaitan pun dalam cerita ni.saje nak publish gambar mereka kat sini.hehe.
dan aku amik gambar ni pun dari FB kakak aku.hehe.

aku teringin jugak nak pergi.next time la.kena tunggu time baby in my womb keluar dulu,pastu bagi besar sikit,pastu cukup duit,hidup senang lenang,aku akan pergi lagi,insya Allah.dulu masa honeymoon aku dah pegi.tu yang teringin lagi nak pegi tu.hehe.





dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Yuna, Mira(Tilu) , Liyana Fizi ,Najwa - Itulah Sayang ( Tribute P.Ramlee)





Lirik :


Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
(repeat)
Itulah sayang

setelah sekian lama nak tau sangat sape yang nyanyikan semula lagu ni,finally hari ni terbuka hati nak search.haha.memang best la wahai ladies!
dush!
kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...