Visitor

1.10.11

rifdi #37 : Cameraboy


Ko tengok anak aku.tak agak2 kan minat dia?

Gitu la rifdi.eh,kalau ada masa jenguk la http://rifdistouch.tumblr.com/

Tu seme keje dia la.

30.9.11

Raya lagi ke?


Gambar teaser je ni.tu yg teruk sgt kualiti.haha.

Ok.Since petang semalam aku dan staf lain dah sibuk kat surau utk prepare buat nasi beriani dan lauk.yeah.ptg ni ada jamuan raya peringkat daerah yg mana semua jabatan tlibat.

Aku awal awal dh bgtau aku memang taknak join majlis.aku cuma nak tolong masak dan duduk blakang tabir.fedup.

so,ptg ni aku duduk umah diam2.nani bru lepas call bgtau ada Erul AF9 perform.haha.dasat lah siap ada artis bagai.

Oh,ok.aku nk smbung siap packing ni.nak balik kuantan,bai!

29.9.11

Kipas-susah-mati dari Hong Kong!

kalau ber-blogwalking,naik cemuih aku tengok budak budak sekolah yang suka sangat layan K-pop.eh,bukan budak sekolah aje la.ramai je yang dah jadi mak budak pun minat sama.tapi aku tak ye.aku terkecuali.aku tak minat.

tapi untuk pengetahuan semua,aku adalah peminat kipas-susah-mati filem Hong Kong dan Japang.ewah.macam ada orang peduli.

secara tak sengajanya,aku memang dari kecik memang kipas sangat la dengan filem Hong Kong ni.kalau ikut zaman,dah tentu masa kecik hero feveret adalah Jackie Chan.ada sape tak kenal Jackie Chan ke?hah.ade yang makan penampar kang.nampak sangat menipunya.

lepas tu,wujud plak pelakon kungfu yang hebat macam Jet Li.yang ni pun kalau ada yang tak kenal aku rasa macam menyesalnya ada orang yang tak penah tahu pasal dia ni.

bila dah makin remaja,pelakon yang diminati bertambah tambah.genre filem pun dah tentu jadi makin sukakan komedi romantik.bukan lagi cerita aksi lagi berlagak ganas tunjuk macho aku pun terer kungfu dan kung tau juga.

aku paling sukakan heroin yang bernama Sammi Cheng, Cecilia Cheung, Miriam Yeung, Kelly Chen dan Gigi Leung.muka masing masing sangat comel pastu ada style la masing masing.paling aku suka sekali dah tentu Sammy Cheng sebab tu aku letak nama dia nombor 1 dalam list.

nak aku kenalkan satu satu ke?

Sammi Cheng
drama paling aku ingat Man's best Friend.Filem plak banyak macam
Needing You, Summer Holiday, Love On Diet, Fighting For Love, Marry
A Rich Man, Killing Me Tenderly, Magic Kitchen, The Lucky Guy,
Infernal Affairs, Good Times Bed Times, My Left Eye Sees Ghost,
arghhh..banyaknya yang best!

Cecilia Cheung's family - with Nicholas Tse
yang ni feverett!cantik sangat.dengan suara serak dia.
Filem best dh tentu Para Para Sakura, Everyday is Valentine, Cat & Mouse,
Lost In Time, Tokyo Raiders, Fantasia dan banyak lagi weh!

Miriam Yeung.muka dia macam Sammi Cheng tapi jaw dia lebar sket.
dia ni aku kurang ingat tajuk filem & drama.tapi aku ingat dia penah jadi
model untuk iklan Sugus.dia main skate masa tu.hehe
Kelly Chan
ini perempuan banyak cantik dan sangat gorgeous.filem dia yang hot
adalah Tokyo Raiders, Lavender,  It's A Wonderful Life, And I Hate You
So, dan err..tak ingat dah.
Gigi Leung.
dia ni aku minat jugak tapi aku paling tau dia la heroin cerita
Turn Left Turn Right.dia ni unik.

itu baru bab heroin.kalau nak list bab hero ni la yang aku lemah.aku taktau mana satu pilihan hati.eh.teruk benar.tapi ketara paling aku rasa berdebar-debar jantungku adalah bila menonton filem lakonan Takeshi Kaneshiro.aku rasa dari mula filem sampai habis pun aku jadi macam perempuan tak penah nampak jantan.encek ejang sendiri dah paham tahap kerakusan diri ini terhadap abang Aniki (nama pena beliau). T_T" lemah jantung tetibe.

Ya Allah.Ya Allah.hensemnya.rasa nak histeria sekejap.perkenalkan, ini
Takeshi Kaneshiro.
mula mula jatuh cinta pandang pertama masa dia berlakon filem Forever Friends.
pastu citer hot lain adalah Turn Left Turn Right, Lavender, No Sir, Mermaid Got Married,
Lost And Found, Tempting Heart, Young Policeman In Love, Trouble Maker..
dah.cukup.cukup.bagi kat orang lain plak.
jejaka lain plak yang mampu buat diri ini terlekat depan kaca tivi tapi tak dapat menandingi tahap kehisteriaan pada Kaneshiro adalah seperti :

Louis Khoo
ini pun bleh buat aku gilaaaa!! hensemnya la hai.macam muka Awal pun ada.
drama best adalah Man's Best Friend (dengan Sammi Cheng) & Burning Flame
filem best,banyak..antaranya Troublesome Night 1-6, All's Well End's Well,
Run Papa Run, Rob-B-Hood, Lost In Time, Fantasia, Love For All Season
dan banyak lagi.tak terlarat nak pikir.

Tony Leung Chiu-Wai
muka tak la hensem mana.dahla muka lebih kurang Stephen Chau tapi kalau
bab berlakon,pehh.memang feveret la.antara filem yang top Infernal Affair,
Fighting For Love, Tokyo Raiders, My Lucky Star, Healing Heart, &
Love Me Love My Money.cerita lain aku dah tak ingat!
yang lain lain tu hero biasa biasa feveret adalah macam Cheng EkinRichie Ren, Aaron Kwok, Andy Lau, Stephen Chau, Nicholas Tse, dan sape lagi ye?tengok.sampai tak terlarat nak gugel muka sorang sorang dah.punya la ramai hero dalam diri tak termasuk Che-Ei-Jang (baca : encek ejang).haha.vodo jugak lawakku ini.

ini baru kisah filem Hong Kong.tu pun dah semput.tanjat boboi!
pasni aku nak sambung plak dengan hero Japang.bleh kan?.

haha.tunggu aje la pasni ye.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

28.9.11

baru aku tahu

minggu ni,banyak menda aku baru tau.
  • aku baru tau lagu Dont Look Back In Anger dinyanyikan oleh Noel Gallagher,bukan Liam,adiknya.
  • kumpulan SMAP yang ada Kimutaku tu masih wujud rupanya.ceh.
oh abang takuya kimura!

dan beberapa fakta bagi menambah lagi ilmu pengetahuan anda semua :
  • Permainan snooker berasal dari negara India.
  • Perkataan ‘Karaoke’ berasal dari Jepun yang bermaksud ‘Orkestra Kosong’.
  • Perkataan ‘checkmate’ berasal dari bahasa parsi ‘shah mat’ yang bermaksud ‘raja dah mati’.
  • Kolonel Harald Sanders mendirikan Kentucky Fried Chicken (KFC) pada usia 66 tahun.
  • Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda………. walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.
hehe :)



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #15


# kurus
# miss budak sebelah aku ni.aldora yasmin.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

27.9.11

Klinik, Magnum & Oasis

keluar rehat dari office sangat awal hari ni sebab nak pergi klinik.bukan untuk baby's check up tapi pergi klinik private.mintak doktor tengokkan ape kena kulit mak budak ni.makin teruk gatal dan aku pun dah confuse,ini betul betul gatal ke atau hanya alahan since pregnant.habis segala sudut pelipat dan leher serta tangan mengalami masalah gatal melampau.asek nak menggaru je.kalau tempat lain tu aku redha lagi.tapi bila kat leher,rasa sengsara sangat nak nak time pakai tudung sebab berpeluh.habis tu,takkan aku kena freehair.haih.gile ape.sebab macam ni sampai nak tanggal tudung.nauzubillah.

kata doktor aku ada 3 problem pada kulit : eczema,  fungal infection, dan apemenda entah,aku dah tak ingat sebab dah hilang fokus.hehe.

maka,doktor telah bagikan aku segala macam ubat sapu untuk tempat yang berbeza serta sabun juga untuk tempat yang berbeza.sadis.aku kalau boleh taknak ubat sapu sebab leceh gile.sebelum ni aku selalu sapu econozin.efektif tapi leceh tu la.kalau dah sapu malam malam hari before tidur,pastu anak anak nak susu.dah kena basuh tangan dulu.lepas tu nak sapu ubat semula?ceh.jangan harap.

doktor pesan lepas ni,sapu ubat before tidur macam biasa.kalau anak nak susu,suruh abang buatkan.hehe.

bila aku keluar bilik doktor,aku cerita semula kat encek ejang dia cakap,nasib baik abang tak masuk sekali.kalau tak nahas doktor abang kerjakan.cewah.ganas sangat bunyinya kau!.encek ejang tu,kalau orang ajak bertumbuk,mana dia nak layannya.lain la kalau aku,orang ajak bertumbuk,aku on je.haha.

lepas ambik ubat,encek ejang pergi 7-E kat sebelah klinik.kata nak beli roti dan tuna dan yes!...kami beli ini.sebab masa tengok iklan aiskrim ni kat tivi masing masing mata nampak berkaca. T_T. oh magnum my lovely!


wah,sampai rumah makan dengan penuh kasih sayang sebab rasa sayangnya nak habiskan!!


model magnum tak berbayar
zoom untuk menggalakkan pertumpahan saliva ke atas keyboard korang semua

siap makan,sementara nak tunggu tidur,encek ejang kata hari ni nak tengok movie lain pulak.aku plak dah hilang ke toilet pastu tetibe dengar crowded bersorak sorai dengan sound effect yang macam kenal.

"oasis ke?".dari toilet.
"mana ada! ustaz akhil lahh!!".nampak benar mentipu.ustaz akhil dan crowded dan sound yang over giler tu??

elok aku keluar memang terus dengar suara Noel perform Wonderwall.
maka tengahari tadi kami tidur dihiburkan oleh konsert Oasis.
.Lullaby.

itu yang terlajak agaknya.nasib baik aku bangun jugak.kalau tak,mesti tak wujud entry ni petang ni!.hahah!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

50 lagu terbest ver #2

peh.siap ada siri kedua.siri pertama adalah pada 2 bulan lalu.sape taktau ada chance lagi nak cekidaut kat sini ye.jangan malu malu la.kalau malu sangat pegi baca dalam jamban.



untuk 50 bijik lagu seterusnya,adalah pilihan lagu dari album tanah air dan tanah seberang.mari kita baca bersama-sama secara berjemaah.

  1. Knocked Silly - OAG
  2. Name Of The Game - OAG
  3. Through My Window - Bunkface
  4. Aku & Kamu - Flop Poppy
  5. Read My Mind - Dead Mushroom
  6. Eyelashes - Juliet The Orange
  7. Kau Pergi Jua - Dayang Norfaizah
  8. Belaian Jiwa - Innuendo
  9. Kenangan - 4U2C
  10. Apa Saja - KRU
  11. Alhamdulillah - Yassin & Too Phat
  12. Jiwa Kelajuan - Hujan
  13. Andaiku Miliki Semalam - Search
  14. Seroka Seroja - Search
  15. Semalam Yang Hangat - Wings
  16. Lena Diulit Intan - Wings
  17. Intanku Kesepian - Wings
  18. Dia - Hattan & Wings
  19. Aku & Kenangan - Hattan
  20. Padang Lalang - Hattan
  21. Malam - Hattan
  22. Arca - Hattan
  23. Kenangan Bersamamu - Lefthanded
  24. Tiada Lagi Kidungmu - Lefthanded
  25. Doa Buat Kekasih - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim
  26. Nafisa - XPDC
  27. Semangat Yang Hilang - XPDC
  28. Jinbara - Patri
  29. Hadirnya Cinta - Gerhana Ska Cinta
  30. Mimpi - Gerhana Ska Cinta
  31. Dance Wid Me - Gerhana Ska Cinta
  32. Bintang - Root Rules
  33. Kamu Nggak Sendirian - Tipe X
  34. Melati,Aku Benci Kamu - Tipe X
  35. Dan - Sheila On 7
  36. Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7
  37. Seberapa Pantas - Sheila On 7
  38. Bukannya Aku Takut - TBK
  39. Jika - Melly Goeslow & Ari Lasso
  40. Cinta - Melly Goeslow & Kris Dayanti
  41. Tentang Seseorang - Anda
  42. Cinta Gila - Dewa
  43. Roman Picisan - Dewa
  44. Satu - Dewa
  45. Sesuatu Yang Indah - Padi
  46. Jujur - Radja
  47. Tulus - Radja
  48. Wahai Kau Cinta - Radja
  49. Tunggu Sekejap - P.Ramlee
  50. Jangan Tinggal Daku - P.Ramlee

woww.nak muntah aku listkan lagu kali ni.gigih jugak aku membuka fail track dalam henpon serta media player untuk kaji balik lagu apa lagi yang aku suka di Malaysia-Singapore-Indonesia ni.pehh.

semoga anda terhibur!

ceh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

26.9.11

dapat iPad 2 bijik!

eh.tetibe dah petang terlajak macam ni teringat mimpi malam tadi.

mimpi diri ini menerima 2 bijik iPad.sebijik office yang bagi dan sebijik lagi pemberian ikhlas dari TA department.wah.hebatkan mimpi tu?agak agak mimpi tu termakbul tak?

doa cepat cepat semoga mimpi tersebut dimakbulkan.Amin.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

typographical error

aku ada masalah hidup.

aku kerap typo dan paling kerap berlaku adalah di laman sosial terutama ketika ber-blog-ing dan ber-facebook-ing.

kalau di facebook,kadang kadang aku terpaksa copy balik ape aku tulis dan paste yang baru di ruang komen baru.pastu kena plak delete previous comment.kadang kadang tulis status pun dah macam tak ikhlas sebab dah siap type,sekali eh.silap eja.dah kena baiki balik ayat pastu jadi ayat macam tergantung atau ayat tak kena.

ada masa tu aku bagi komen type 'aritu' tapi jadi 'aroti' dan terus publish.member plak tengah online jugak terus hentam.'aroti'?
bertalu talu kata aku lapar.haha.kelakar.malu pun ada.tapi nasib baik jenis member kutuk gitu aku tak berasa hati.maka,tak sentap sangat la.

tapi bila typo time ber-blog-ing,kadang kadang aku rasa cam loser.aku ni memang jenis kencang tekan keyboard.kadang kadang member opis pun macam kagum sangat dengar aku ketuk keyboard sangat laju.macam wahh.hebat kau buat keje laju gitu.
padahal aku hanya ber-blog-ing.

bila aku siap type satu entry,aku check pastu terus publish gitu je.bila aku view balik entry aku,baru perasan mak aihh.banyaknya typo.macam budak tadika tekan keyboard laptop pun ada.kadang kadang nak tergelak pun ada .sebab ada yang aku tulis nak citer lain bantai tekan huruf lain.pernah jugak aku ter-publish satu perkataan yang aku rasa ramai tak perasan.

aku nak sebut 'sebutir' tapi aku tibai eja terbalik.aku letak 'r' kat 't' dan 't' di 'r'.
aku harap korang faham.aku tak sudi nak type semula.

kadang kadang naik gila aku bila terpaksa edit semula entry yang banyak gila salah eja.teruk sangat nak baca.kalau aku biarkan secara semulajadi,aku bimbang cerita yang aku nak sampai tu tak kesampaian.

bila aku edit plak aku rasa macam tadi la,rasa tak ikhlas.rasa bersalah pun ada.entah ape ape perasaan tu.kalau sebelum ni,aku kerap typo hanya di telefon ketika sms.kalau tak percaya boleh rujuk pada cik rozett aka rock!.

dia antara yang kerap menjadi mangsa typo aku.antara perkataan yang menjadi isu suatu masa dulu adalah 'readymade = readymix'.bukan aku confuse tau,tapi aku salah taip je.peh.jitu betul perasaan malu dalam jiwa tapi sebab aku rasa itu adalah salah satu kelemahan diri,aku redha.


O over K :
macam mana nak kurangkan kesilapan dalam menaip?
peh.rasa nak buang huruf L kat dahi ni.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

super comots

hari ahad iaitu semalam aku habiskan masa dengan makan sahaja.bukan memasak tahu.tapi makan nasi kenduri dan petangnya makan pizza di kedai pizza (?).

gile betul statement kat atas.dah tentu la pizza di Pizza Hut sebab di jerantut tiada Domino's Pizza.

ok.sebab lepas kenduri encek ejang boleh pulak singgah pasar raya semata mata nak beli tools dia.macam macam la,nak beli screw driver,cutter,plyer dan segala macam lagi,maka aku dan anak anak tunggu dalam kereta aje.malas nak turun jugak.kalau turun alamat pelbagai kenderaan ada dalam kereta aku nanti.antara contohnya maybe akan ada backhoe,atau tractor,atau mungkin ada lor sampah dan segala macam mainan yang entah menda menda pilihan rifdi.jadi sebab takdek keje dalam kereta,dan berbekalkan coklat M&M dalam beg sang ibu ini,maka ini lah hasilnya.

anak anak yang comot dan super comots!




meriah bukan?sampai rumah habis semua kena mandi semula,masuk bilik,pasang air-cond dan bagi susu.dodoi punya dodoi dengan aku sekali tido.cemerlangnya.

lepas bangun tidur,siap siap plak nak keluar makan pizza.bukan ape,sebab janji dengan makcik & pakcik (pengasuh) nak belanja makan pizza plus ada perempuan craving dari bulan puasa hari tu nakkan pizza.sape la tu agaknya ye?..haha.

muka baru bangun tido
O to the K :
gambar kat pizza takdek la wey.malas aku nak menge-shoot time makan.rugi.nanti tak menghayati makanan dengan baik.puii.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

25.9.11

The Proclaimers - I'm On My Way (OST Shrek)




I'm on my way from misery to happiness today
I'm on my way from misery to happiness today
I'm on my way to what I want from this world
And years from now you'll make it to the next world
And everything that you receive up yonder
Is what you gave to me the day I wandered

I took a right, I took a right turning yesterday
I took a right, I took a right turning yesterday
I took the road that brought me to your home town
I took the bus to streets that I could walk down
I walked the streets to find the one I'd looked for

I climbed the stair that led me to your front door

And now that I don't want for anything
I'd have Al Jolson sing "I'm sitting on top of the world"

I'll do my best, I'll do my best to do the best I can
I'll do my best, I'll do my best to do the best I can
To keep my feet from jumping from the ground dear
To keep my heart from jumping through my mouth dear
To keep the past, the past and not the present
To try and learn when you teach me a lesson

And now that I don't want for anything
I'd have Al Joison sing "I'm sitting on top of the world".


The Proclaimers


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...