Visitor

14.10.11

homesweethome #3

rabu baru ni,lepas ambik budak budak terus pergi round tengok rumah in future.lama dah hadap rumah tu.aritu lalu takdek ape ape keje baru pun.so,kelmarin masa lalu tengok rumah sedang bina pagar.hoyehh!


tak sabar la nak tunggu siap!
dah semangat beno ni nak pilih kithen cabinet,interior deco..semalam pun dah pegi taklimat cat Jotun.lagiiii la tambah semangat.haha.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

12.10.11

blog kegemaran saya ialah ...

berblogwalking memang hobi aku di tempat kerja.bestkan sebab dapat berjalan time kerja?tak payah kuar jalan jauh jauh pun,tapi duduk dan baca berjam-jam.memang sakit kepala dan badan la lepas tu.hahah.

okay.tak semua blog aku suka singgah.ada jenis blog juga.kriteria penting dalam satu blog yang paling aku suka adalah suasana yang sangat clean & tak sakit bijik mata aku memandang.blog yang aku suka kebiasaannya menggunakan background putih atau hitam dan guna font yang tak sakit hati kalau membacanya.

manakala blog yang suka pakai colour background yang terang macam merah menyala atau guna font berwarna warni aidilfitri serta widget bergerak gerak memang buatkan aku rasa nak blah awal awal.blog yang ada lagu juga kadang kadang buat perut tetibe jadi kecut sebab pesen aku bukak blog banyak banyak,pastu bila tetibe kuar lagu yang kuat macam petir terus macam eh.sape dia yang bunyi ni?mana satu nak pangkah ni?.

gabra siot.

aku suka blog yang sempoi dan kelakar.bahasa tak payah nak formal sangat.nanti aku ingat aku baca buku sejarah sekolah menengah pulak.tertido pulak depan pc. T_T.

aku ada banyak kategori blog yang aku suka.antaranya :
  • blog berbahasa English.ada yang tak fully in English jugak tapi blog diorang ni mampu menambah ilmu pada orang yang tak pandai macam aku ni.antara blog yang aku suka baca adalah Hannah Johary (dia sangat bermotivasi okay), Xuriana (ada anak 3 tapi tetap gorgeous), Ajjah (si cantik yang kreatif), Ida Yezid ( tak sure dia ni arkitek ke designer.tapi cantik), Maria Elena (of course!dia sangat peliks) ..
  • blog misteri.heh.blog ni lebih kepada blog yang ada cerita best,tapi tak publish muka sangat.nak tau penulisnya sape pun susah.kalau ada gambar muka sendiri pn bleh kira la.tapi kalau bab bercerita,memang layan habih la.antara blog yang aku baca adalah blog my best buddy rock, pastu blog Aksi Jari, Deya Zainal, Jebon (anak mat nor), Tina ..
  • blog orang cantik.hahah.yang ni alasan memang tak kuat tapi aku suka sangat tengok cara dan gaya mereka.blog yang ni banyak sangat kat side bar aku ni.kalau link kan satu satu harus pening kepala nanti.
maybe ada jugak blog blog feveret yang aku tertinggal.biasa la beb.bukan semua bleh aku ingat serentak. biasa kalau entry camni aku kena duduk diam diam buat research satu persatu.pastu lepas publish entry aku pegi toilet dan muntah.haha.tipu betul.tak.biasanya aku cuma duduk termenung.pening kepala.

series.aku dah pening kepala ni.kena makan pisang goreng panas ni.

blah!blah!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

chaos

mata dah semakin membentuk mata panda.

hoi.saya dd.bukan mata je panda,saya juga berbadan panda.

mana taknya (bukan merungut),dah masuk 4 malam haifa tidur tak lena dalam baby cot.tido pukul 10pm dalam buai,pastu angkut dalam baby cot.jam 12am nanti mesti bangun nangis.ribakan haifa dan sumbat susu,pastu selamat tidur kembali.masuk balik dalam baby cot,jam 2am mesti bangun balik.nangis nangis takpun bangun berdiri dari dalam baby cot tu dan nak sentuh aku.buat susu lagi dan tidurkan macam tadi.ulang balik cerita yang sama dan tak sampai 2 jam lagi dia akan bangun semula.percaya la.

kadang kadang bangun jam 6am tu,memang aku angkut sekali haifa masuk bilik iron.hah,temankan la ibu kau yang sememeh ni iron baju.dia pulak dah galak semacam dapat segala bear,toys sebab temankan aku dalam  bilik tu.bila aku mandi,dia pun senang lenang tengok tv7.layan hi-5!
hahah.

itu kisah haifa.belum lagi kisah rifdi.
rifdi pulak peel-nya suka tidur after 11am.tak kisah sangat sebab dia before this memang tak banyak karenah.hal dia,bawak segala jentera dia atas katil,takpun one of jentera tu,layan dvd cartoon dia,mintak 'shou' (susu) dan baring atas katil.bosan nanti dia turun kacau aku,ajak bukak 'etop' (laptop).kalau aku rajin,aku bukak aku layan game dengan dia.kalau aku busy nak lipat kain bagai aku pun kuar ugutan "ibu banyak keje la rifdi.nanti ibu kurung dalam bilik hijau (bilik iron) nak?".terus dia say "no! no!" pastu blah sambung tengok cartoon balik.pastu tido sendiri.kadang kadang dia panggil aku ajak tido sebelah dia.okay.yang ni aku suka tapi abah dia plak tak suka sebab sorang sorang tengok tivi. -_-"

itu kebiasaannya la.

tapi sekarang ni kalau haifa menangis pepagi buta tu,rifdi pun dah terikut bangun jugak.dahla tido lambat,pastu bangun pulak.adeh.sedang susukan haifa,rifdi nangis nakkan susu jugak.abahnya la yang bangun buatkan susu.makanya,the two of them were all cranky setiap kali bangun tido.chaos pepagi buta!hadoii.

yang aku tak tahan sebab badan aku sakit sangat sebab asek bangun-tido-bangun-tido tu la.memang kalau ikutkan badan aku ni tak cukup rest!tapi takkan nak biarkan anak anak melalak je.kena la menjalankan tugas macam biasa.encek ejang pun takde la buat tak tahu.dia pun turut serta dalam tragedi di kala pagi ni.kebetulan pulak 2 minggu ni kitorang sibuk dengan audit yang tak henti henti.maka,no more tidur siang weh!nak harapkan tido malam,memang tolak campur tolak,dapat 2 jam je yang betul betul rest!pheww.

muka aku pun dah rasa macam wujud anasir anasir jahat macam jerawat batu bata.kulit dah tak sepersis model dah.mata pun dah wujud lingkaran gelap aka mata panda.kena pakai garnier macam lisa surihani la.eh.tetibe je.

oh.dan pasal haifa tu kan.setelah 4 pagi aku dan encek ejang mengalami keadaan di mana tidurmu tidurku hanyalah sementara ni,rupanya baru hari ni aku dapat kesan ape sebab dia tak bleh tido dengan lena.aku agak aje la kan sebab aku kan ibu dia.aku rasa dia sangat cranky tu adalah disebabkan ...

selsema akibat perubahan bulan!

yeah.maybe la sebab pagi tadi kerap terbersin sampai berbelon belon hingus keluar dari hidung.kasihan betul.bersememeh muka anak gadisku itu jadinya.sudah la abangnya pun sekarang ni setiap pagi dah bersememeh macam tu,sekarang adiknya pulak.peh.

betapa tak cranky super double trouble ke?

chaos.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #17



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

11.10.11

Buah Kiwi Menyihatkan Anda & Kandungan

eh.kebetulan pregnant kali ni aku suka sangat makan buah kiwi.hehe.



Buah Kiwi Menyihatkan Anda & Kandungan

Salah satu perkara paling menyeronokkan ketika hamil ialah menikmati makanan lazat semahu-mahunya tanpa rasa bersalah dengan pertambahan kalori yang diambil.
Walau bagaimanapun, harus diingat! Nikmat daripada semua makanan tersebut harus disertai dengan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan.
Ketahuilah! 3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan oleh bayi.
Cara paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap bagi bakal ibu seperti anda.
Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

1. Kekalkan Sistem Imuniti
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.
Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.
Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.
Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.
Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya.


2. Tinggi asid folik
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.
Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.
Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.
Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.


3. Mengurangkan Sembelit
Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.
Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.


4. Tidur nyenyak
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.
Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.


5. Merendahkan Tekanan Darah
Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.
Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran Januari 2011 di pasaran.
Untuk Langganan : Karangkraf Mall



sumber : dari sini!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

november akan datang

hari ni haifa genap 11 bulan.
28hb ni pulak rifdi genap 35 bulan (2tahun 11 bulan).

maka bulan november depan anak anak semua akan sambut birthday pada bulan yang sama.maksudnya?
ye.saya teringin nak celebrate birthday anak anak dengan buat makan makan.

dah dua kali rifdi sambut birthday kat rumah mak di kuantan.mula mula 1st birthday rifdi dulu kitorang keluar pegi hadap Secret Recipe,pastu bawak balik kek,sambut dengan family aku.


second time,aku sedang pantangkan haifa 17 hari.encek ejang pegi sendiri Secret Recipe beli kek coklat Indulgence.tu pun siap aku tulis nama kek.encek ejang takut salah beli.

more pictures : klik here

so,aku pikir untuk celebrate birthday yang ke3 tahun ni,aku macam nak buat majlis sikit la.insya Allah la kalau ada rezeki ke.teringin jugak nak buat makan makan dan paling penting nak ajak pengasuh dia yang sangat besar jasanya membesarkan dia selama hampir 3 tahun ni.eh.dah besar anak ibu ni kan?dah siap nak dapat lagi sorang adik plak dah!

harap harapnya menjadi la niat aku ni.so,aku kena prepare sebaik mungkin la kalau jadi nak buat kan.dua orang satu majlis.huh.mencabar jugak.doa doa semoga terkabul la niat aku okay.

◕‿◕




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

sedih

mana tak sedih rasa.pagi pagi sampai opis,bukak email baca berita macam ni.air mata aku ni dah la murah sejak sejak jadi ibu ni.rasa nak pegi hentak hentak kepala bapak budak ni dengan jack pile.

rasa macam mana pegi sahsiah diri bapak budak ni?
mana pegi nilai nilai murni seorang bapak?
bapak jenis apa ni?

korang baca la sendiri.mood aku betul betul mati time ni.


From: Rosnita
Sent: Saturday, 8 October, 2011 1:41 PM
Subject: Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari


Bayi 23 Hari Diliwat Bapa

Isteri Dalam Pantang, Bapa Liwat Bayi 23 Hari

KUALA LUMPUR  -  Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itulangsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semula di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – The MalaysiaInsider.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

10.10.11

Oasis - Stand By Me



Made a meal and threw it up on Sunday I've -
Gotta lot of things to learn
Said I would and I'll be leaving one day -
Before my heart starts to burn

(Bridge)
So what's the matter with you?
Sing me something new... don't you know
The cold and wind and rain don't know
They only seem to come and go away

Times are hard when things have got no meaning
I've found a key upon the floor
Maybe you and I will not believe in the things we find
Behind the door

(Chorus)
Stand by me - nobody knows the way it's gonna be
Stand by me - nobody knows the way it's gonna be
Stand by me - nobody knows the way it's gonna be

If you're leaving will you take me with you
I'm tired of talking on my phone
There is one thing I can never give you
My heart can never be your home 




aku cuba nak post lagu ni antara esok,lusa,atau one day yang takdek entry langsung.tapi dah tak tertahan sebab aku sangat suka lagu ni.lagu ni adalah dari album Be Here Now.

lagipun semalam masa aku basuh pinggan lepas lunch,aku tibai nyanyi lagu ni sesedap rasa dan sekuat hati.agaknya dalam hati suamiku encek ejang berkata; 'sabo aje la'.yang best sebab ada part rifdi datang dapur tepuk tangan dan kata sesuatu.haha.aku tak paham sama ada dia kata sedap atau shut up!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Hero Japan

dalam entry lepas,aku penah bagitau yang betapa aku adalah kipas-susah-mati filem & drama series dari hong kong dan jepun.

sebab nak menunjuk betapa minatnya aku pada mereka ni,sebentar lagi aku nak menunjuk si dia,si dia dan si dia .eh,ada lagi si dia, si dia tu..si dia..yang sangat aku gerami eh gemari dan listkan pulak drama series lakonan mereka mereka yang aku gerami oh no! gemari itewww.

paling aku gerami eh gemari lagi (tak habis habis nak geram ye) ikut ranking.wahh.curlass kau jah! :

Takenouchi Yutaka
(pengsan 40 hari tengok wajah beliau)
Drama lakonan beliau yang aku tak bleh lupa adalah seperti :

  • With Love (1998) : drama jepun pertama yang aku tonton sepenuh hati.aku ingat dia guna nick name Hatta san dan nama awek dalam tu 'Teru Teru Bozu' san.hehe.eh,lagu intro dia pun aku rasa terngiang ngiang lagi kt cuping telinga ni.
  • Long Vacation (1996) : watak utama adalah Takuya Kimura.dia hero tak hero sangat la.
  • Beach Boys (1997) : cerita dia dan Takeshi Sorimachi.aku siap ada dvd lagi tewww.
  • Shotgun Marriage (2001)
Takuya Kimura
(aku penah buat entry pendek pasal dia kat sini)
Yang ni dramanya sungguh banyak antaranya seperti :
  • Long Vacation (1996) : citer ni pun antara citer jepun terawal yang aku tengok.lagu dia best gak kalau tak siap.
  • Beautiful Life (2000) : dalam ni Kimutaku memang sangat stylo sebab dia hairstylist.tak bleh lupa time dia mekapkan mayat awek dia.huhu.sedih.
  • Hero (2001) : yang ni aku ingatingat lupa dah citernya. (-_-)"
  • Good Luck!! (2003) : pilot hensem!
  • Pride (2004) : kisah pemain ice hockey.err..hai halu hensem!

Takashi Sorimachi
yang smart dowhh!
Dia ni jenis pak lawak sket.watak dia biasanya lebih kepada gila gila.tapi tak gila ok!antara drama series feveret dia :

  • Great Teacher Onizuka (1998) : ini dah tentu semua orang tahu.ntah berapa kali tayang kat tivi dah citer ni tapi tetap follow dvd sebab dalam tivi banyak adegan kena potong!GTO kartun pun aku ada okayy!!
  • Beach Boys (1997)
  • Over Time (1999) : lelaki dan perempuan bleh jadi kawan baik ke?..hehe.tangkap cintan jugak akhirnya.(ngata ke diri sendiri)
Filem beliau plak adalah :
---------------------------------------------------------------
ok.itu je hero yang ku kenali dan hero yang ku minati.
tapi aku rasa macam banyak lagi drama series yang aku follow dan best la kalau dilayan.berbeza sangat dengan drama dari korea.aku langsung tak bleh blah melainkan Autumn In My Heart & Winter Sonata sahaja.

ish.tetibe rasa macam nak layan semula citer dari japang ni. :)




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Jessica Michibata

semalam tak pasal pasal dengan diri ini melayan F1 Japanese Grand Prix.yela,dah nama pun melipat kain depan tivi time anak anak tido,bapaknya plak macam takde channel yang seswai untuk ibu mengandung.maka ibunya pun macam best je tengok F1.kebetulan tengok diorang dah lap ke 53.maka pemenangnya adalah Jenson Button walaupun kalau ikutkan dia kalah dengan Sebastian Vettel.

eleh.macam aku heran.sekali masa dia tunjuk muka muka penyokong tetibe;

"pehh.memang lawa gile awek Button ni".kata encek ejang.okay.part ni memang standard la setiap kali tengok tivi.laki aku memang pantang nampak awek bukan Melayu yang lawa gile.bila aku fokus kat tivi,2-3 kali aku takl berjaya tengok awek Button.

sekali,dia tunjuk lagi.memang lawa lahh!bukan takat laki aku je kecur liur tengok,dengan bini dia sekali terasa macam oh demm pempuan!ko memang lawa sial!



tengok,tak senonoh betul aku.siap gugel lagi wajahnya.siap aku dah kata kat encek ejang,konpem akanku gugel sape namanya.

nama dia Jessica Michibata.muka memang neutral habis.tak payah mekap pun dah rasa macam lawa gile.kalau la aku lawa gini,pehhh.tapi versi berhijab la ye.kang kalau seksi begini aku rasa memang sosial la aku jadinya.haha :)

patut la lawa beno,dia ni model dan lahir kacukan Spanish-Italian-Japanese.
aku plak kacukan Jawa-Cina-Minang aje.sebab tu muka begini.*dah kemain mengarutnya aku*



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...