Visitor

22.10.11

Ho ho holiday!


Entry last kata konon nk uplod video pelangi.sekali kuar entry anak jantan pose sexy!haha..

Yela.skali smalam xpegi opis sbb suami xbleh bgn,sakit kepala.pastu bila dh reda,terus dia ajak blik kuantan.eh,hari ni mmg ada di kuantan ye.

Esok ada family day jabatan di de rhu,balok smpi selasa.mggu dpn nk pegi rompin,adik ipar nk btunang.so,apelagi...terus amik cuti sminggu!

So,blog hnya akan ada quick update jela.fb plak cuti sminggu.bleh gitu?

21.10.11

keruh air di muara

masa mula mula aku menyewa kat rumah ni,kalau bukak air paip kat sinki,aku rasa macam minum air rebusan besi kalau berkumur.kalau hujan pulak memang stok air kelabu asap semua..kalau rasa nak minum air kosong ke suam ke,baik aku beli je air mineral kat seven eleven.

jadi,aku decided nak pakai water filter.yelah,masa tu dah pregnantkan rifdi,kena la pikir kesihatan anak.maka setelah dikaji,maka kami pun pakat beli water filter jenis tiap bulan kena maintain.so,pakai water filter murah aje la.tak pakai pun yang ribu riban ni.harap maaf la pada sapa sapa yang sedang mengempen MLM ye.

oh.paling aku nak ceritakan di sini adalah hasil penggunaannya ye.
maka,kalau aku tak tukar dalam masa 2 minggu,water filter ni akan berubah colour jadi macam ni.


keruh beb.keruh.
itu pun aku pakai water filter yang murah je.sebab dia murah,maka tiap bulan la maintain kena tukar filter.tak kisah la,janji air yang digunakan bersih senantiasa.cewah.

jadi dalam kisah ni,aku cuma nak sampaikan satu benda je.
apesal air kotor sangat ni?tak silap aku belajar dulu air akan jalani 7 kali saringan.macam ni je tahap 7 kali saringan tu?

pehh.nampak sangat air yang kita gunakan sekarang kotor!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

20.10.11

Pelangi 2 Lapis


Nampak tak pelangi tu ada 2?

Aku baru je snap dari dpn kompleks opis.terkejut!subhanallah!

Esok aku upload video plak okeh!

Nasihat Yang Susah Nak Aku Terima

aku bukan jenis orang yang suka dengar nasihat.series. *sambil buat muka series taknak senyum*

masa sekolah dulu,aktiviti paling aku tak suka adalah program motivasi.bagi la motivasi macam mana pun,aku tetap jadi macam aku sendiri.malas, moody dan ikut kepala sendiri.rasa nak study,aku study.rasa nak membungkang,aku bungkang je.tak payah banyak cerita.

masa sekolah dulu aku pernah attend satu program motivasi.tak silap masa tu aku nak ambik PMR.aku bayar tak sampai Rm100 untuk pergi motivasi dengan Dr. Shukri.pergi dengan kawan kawan.tapi hasil aku rasa aku tetap macam biasa.lebih seronok berkawan dan bermain dari motivasi diri.eh.ini bukan silap motivator tu okeh.ini adalah silap sendiri.jenis tak makan saman.

masa nak PMR jugak aku pergi tuisyen.biasa la beb,mesti lah dekat bandar.masa tu port plak depan Ocean (sekarang The Store) dan depan Kuantan Plaza (KP).heaven lah.masa tu aku,ray dan mie tengah ganas macam hape.kelas tak masuk pun,lepak kat Capcom (pusat game) KP je lebih.
satu hari tu cikgu call rumah aku tanya kenapa aku dah lama tak masuk kelas.kebetulan plak hari tu aku port sehabis baik kat Capcom.elok time balik dari KP,sekali..tadaa!amik.abah aku tunggu aku depan pusat tuisyen.abih kantoi!terus abah aku suruh berenti.belajar la kau sendiri kat rumah.padan muka.

oh tak.ingatkan dah serik.aku sambung balik main game setiap kali balik sekolah.tapi masuk situ takbleh pakai baju sekolah.sekali lagi kena tunggu time bawak baju PJ pulak.janji dapat main Road Runner, lumba motor dan Daytona sudah.macam takdek keje lain.sebab tu aku takdek pakwe.haha.*alasan tak munasabah langsung*

pada aku kalau tetibe aku nak sedar diri,nak berubah,aku akan berubah sekelip mata je.tak payah nak nasihat panjang panjang dan tak payah join mana mana program motivasi.semua tu atas diri kita sendiri.

hah.tengok.sudahnya panjang pulak intro pasal nasihat serta motivasi zaman sekolah.

sebenarnya aku cuma nak kongsi kisah hal nasihat dan motivasi yang aku terima di zaman tua ni plak.puihh.tua sangat la. -_-"

mari aku kongsikan beberapa nasihat dan motivasi yang aku terima tapi tak mampu diterima oleh aku.


Kisah 1
Aku kerap jugak la tuang keje sebelum ni.ada hari pagi masuk keje,ada masa petang je ada.ada masa hilang terus.tapi jarang la buat keje camtu.so,Kakak A jadi penasihat.

A : akak tau ejang tu jenis payah bangun pagi
Aku : hmm
A : kalau akak la,dah lama Abg A (suami dia) kena hamun.akak tak suka sebab dia akak lambat
Aku : hmm..

sebab aku tak bagi respon?sebab dia pun selalu lambat datang keje.setahu aku laki dia pun lambat bangun pagi!

Kisah 2
masa aku mula mula tau pregnantkan rifdi dulu,ada la akak akak yang prihatin kat opis ni datang nak nasihat dan bagi motivasi kat aku.antaranya,

jangan pakai tudung lilit lilit,nanti anak terbelit tali pusat.
jangan potong ikan,ayam dan daging masa mengandung.
jangan itu..jangan ini
-sekadar sebut beberapa perkara

terus terang,aku bukan nak menolak nasihat diorang ni.tapi tolong lah.fikir logik sikit.kalau tudung tak lilit,aku rasa rimas.kalau tak bleh potong ikan,ayam dan sebagainya tu camno aku nak masak?sudahnya aku tak peduli pun apa yang diorang cakap kat aku.aku lebih dengar cakap mak aku sebab pada aku pantang larang mak aku jauh lebih munasabah dari orang orang yang prihatin ni.

dan paling buat aku malas nak layan sebab tukang bagi petua dan pantang larang ni adalah orang yang tak bleh beranak! maaf cakap.bukan menghina tapi aku rasa ayat yang dia bagi aku ni tak kena la.sorry to say!
kalau tukang nasihat ada anak lebih dari 3,alhamdulillah..aku ikut dan dengar!

Kisah 3
Time dah ada anak,ada plak orang 'ajar' cara cara mendidik anak.dalam erti kata lain,ape yang kita buat kat anak semua salah.salah satu contoh terbaru aku,err.tak la baru sangat.ada la dalam sebulan lepas.masa kenduri kawen anak pekerja jkr,sorang akak yang kira rapat jugak la dengan aku,dukung haifa.dalam dok kata geram geram ke haifa,dok cium cium gomol gomol haifa,sekali dia tegur :

Kak B : ni apehal parut parut ni dee? sambil tunjuk tunjuk peha haifa yang gebus tu.
Aku : kesan nyamuk.
Kak B : ishh..kamu ni jangan memain.tak pasang ubat nyamuk ke?
Aku : pasang je.
Kak B : lain kali sembur dengan ridsect dulu sebelum bagi budak masuk dalam bilik.


aku dah rasa nak naik angin.encek ejang plak blah bawak rifdi gi tempat lain.start bosan.

Aku : haifa ni tidur dalam kelambu dah kak.agaknya time berbuai la tu. aku cover baik suara aku.
Kak B : takkan la tidur dalam kelambu pun kena gigit nyamuk!
Aku : laaa...dah nyamuk tu bukannya reti bahasa!
Kak B : ini mesti kena time kat rumah pengasuh yang jaga tu.eh,situ kan suspek denggi.ishh,jaga la anak elok elok dd.jangan memain!

lahh.aku dah malas nak bercakap.kang aku berbahasa memang tak reti nak tapis dah.takkan la aku sengaja biarkan anak aku kena gigit nyamuk.pastu nak salahkan pengasuh aku plak.grr..
bukannya aku nak deny apa dia kata,memang betul.tapi cara dia seolah olah aku ni macam pandang remeh je menjaga anak anak.hello!ini anak aku ye.aku tau la jaga anak aku.

Kisah 4
seorang sahabat datang rumah.masa tu rifdi masih kecik.tak silap tengah merangkak.tapi biasa la,kitakan dah ajar naik walker.

sahabat : eh.kenapa bagi rifdi naik walker?biarla dia belajar bangun sendiri dan berjalan sendiri.
aku : eh.ni mak aku yang suggest suruh naik walker.dah besarkan.lagipun badan dah keras
sahabat : mana boleh.budak budak ni kena ajarkan step by step.
aku : huh.

encek ejang pun dengar jugak.tunggu la kau ada anak esok.kata encek ejang.."biarlah,sahabat tu cikgu.dia lagi pandai dari kita."

kisah lama dah lepas.dia pun dah ada anak dan aku pun dah ada haifa.one fine day,kitorang pegi rumah dia dan kebetulan ada walker kat rumah dia.

aku : ada walker.(sambil pelik dalam hati).tumpangkan haifa pulak la.anak ko dah bleh berjalan?
sahabat : bagi la.eh,anak aku dah berjalan.dia tak merangkak pun
aku : eh..?kenapa?
sahabat : sebab naik walker la.dia terus berdiri dan berjalan.tak de merangkak merangkak ni.senang sket keje aku.

wakluuu.dulu kata biar budak belajar step by step!

Kisah 5
sahabat yang sama tadi.

sahabat : ko ajar anak ko tido buai ek?susah la..
aku : nak buat macam mana.dh dia susah nak tido kat rumah pengasuh,tu yang makcik letak dalam buai.baru la lama tidurnya.
sahabat : susah la nak travel.
aku : eh.senang je.kat rumah aku ngan rumah mak mertua aku pun takdek buai.tapi boleh jugak tidur.takdek hal la.
sahabat : aku malas ajar anak aku tidur buai.susahkan aku nanti nak pegi mana mana kena angkut buai.

lama tu.

aku : eh.anak ko tak tidur buai ke?senang tidur la ye? *pandai aku berbahasa*
sahabat : susah la dd!semua jenis nak tidur berdukung.kena pangku pangku ke hulu hilir sampai dia tido.
aku : dalam hati... (peh.nasihatkan kita kata susah nak gi travel.yang awak tu lagi menyusahkan diri sendiri!!!)

Kisah 6
dan semalam lagi satu kes nak nasihat tapi salah orang.dialog antara kakak tu dengan aku.

kakak tu : bersalin baru ni rasa macam best sangat sebab anak akak fully breastfeed (bf).nurse kat hospital bagi support setiap masa.
aku : biasa la kan,kat hospital memang diorang galakkan bf.okay la tu.
kakak tu : awak nanti bf baby tau.rugi kalau tak bf kan anak sendiri.
aku : insya Allah.haifa aritu tu pn alhamdulillah,nak jugak bf tapi tambah jugak susu formula.yela,dia ni kuat sungguh menyusu.
kakak tu : anak lelaki lagi kuat menyusu laa. (kebetulan dia baru dapat anak lelaki.before this dia pun dah ada anak lelaki sorang.maknanya,kedua dua anaknya adalah lelaki.)
aku : pengalaman saya setakat ni,perempuan ni la kuat menyusu.dengan kuat makannya.
kakak tu : takkk.anak lelaki lagi kuat menyusu.

la.aku rasa aku kata ini pengalaman aku.dahla nasihat kemain lagi.macam anak dia lagi ramai dari aku.

pehh.

Hah.tu la pasal aku ni jenis payah sangat nak dengar nasihat atau motivasi.bukan aku nak kata aku tak suka terima nasihat, ada hal betul, boleh terima dek akal, tukang menasihat plak seorang yang melalui pengalaman sendiri, nasihat yang kena pada tempatnya..aku terima.

macam tu jugak motivasi.tak payah la nak paksa aku ni supaya sedar, jangan buat itu ini, jadi orang macam ni macam ni, sebab aku rasa buat habis air liur je.

aku ni pun sebelum ni teruk jugak sangat rasa akhlaknya,tapi sebab dah semakin membesar,semakin melalui segala perit jerih,alhamdulillah aku berupaya jadi macam sekarang.bukan sebab orang lain tapi sebab atas kesedaran diri sendiri jugak.nasihat suami,kawan baik,mak abah tetapaku terima okay.

dan paling penting,aku cuba sangat nak amalkan ni..

"nasihatkan orang atas pengalaman sendiri.bukan sebab dengar cakap orang!"



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Natalie Imbruglia - Wishing I Was There

lagu ni memang buat wa rindu zaman skolah teknik dulu.lagu ni biasanya wa dengar time lepak kat dewan makan; hari Ahad bersamaan jam 10 pagi tahun 1998.sebab masa ni kitorang semua kena duduk tunggu semua prefect buat inspection dari bilik ke bilik sebab pastu bila dah siap,bilik terbersih dan terkotor biasanya diumumkan.bilik wa biasanya jadi bilik terkotor.alahh..ape adehal..


kehkehkeh






Take your hand
and place it in my pocket
flick your eyes back in their sockets
put those thoughts away
sometimes they're much too loud

I'll take a breath
and cradle your sweet head
should've stayed at home in bed
put that face away
I'm melting for you

I know, I get cold
cause I cant leave things well alone
understand I'm accident prone

me, I get free
every night the mood is mine

but when the morning comes
don't say you love me
don't say you need me
I really don't think that's fair
boy I'm not so dumb
but when you leave me
I'll be wishing I, wishing I, wishing I was there

I dreamt
about another girl in bed with you
you just laughed and smiled
denied the proof
we're fine till I think of a problem

I wish it made sense
like a joke that no one gets
it's a life without regret
I want to feel that way, forever and ever

[chorus]

rambut ni la  penah jadi ikutan aweks dulu2

٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

19.10.11

Nirvana - Come As You Are

R.I.P. Kurt!



Come as you are, as you were
As I want you to be
As a friend, as a friend
As an old enemy

Take your time, hurry up
The choice is yours, don't be late
Take a rest as a friend
As an old

Memoria, memoria
Memoria, memoria

Come doused in mud, soaked in bleach
As I want you to be
As a trend, as a friend

Memoria, memoria
Memoria, memoria

And I swear that I don't have a gun
No I don't have a gun
No I don't have a gun

Memoria, memoria
Memoria, memoria
(No I don't have a gun)

And I swear that I don't have a gun
No I don't have a gun
No I don't have a gun
No I don't have a gun
No I don't have a gun

Memoria, memoria



full of memories tau lagu dan video ni.rindu pada arwah abang long yang banyak mempengaruhi life music aku.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #18




#ohHaifa



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

18.10.11

Wanita Hamil

source : facebook



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

sentimental value

semalam panjang lebar aku membebel pasal bilik aku kat rumah kena renovate dengan abah aku kan.

ok.kisahnya,masa aku balik tu aku tengok barang barang dalam bilik aku abis kena angkut keluar.almari masa kawen tu tak pasal pasal jadi hiasan ruang tamu.dan meja solek juga.tak pasal pasal jadi penyambut tetamu kat depan tu.nasib baik semua berkeadaan baik lagi.kalau tak,malu muka je kalau orang tau tu perabot bilik i.

sempat jugak la tangan gatal ni menggodek segala barang yang terkeluar tu.dan paling best penemuan yang aku dapat adalah ini!..haha.siap bawak balik ke jerantut lagi kaww.


gambarajah di atas adalah sebentuk buku lagu kepunyaan saya.-_-"

hehe.gigih betul zaman dulu.siap bleh buat satu buku lagu lagi.dengan buat cover sendiri, pastu siap bleh lukis goku lagi.tengok betul betul dah macam cover dvd plak dah.punya la kreatif dan takdek keje.masa tu konsep adalah 'music in my book'.peh.jangan memain.


cover adalah mereka yang awesome seperti Oasis, Kurt Cobain, Blur, Limp Bizkit, Linkin Park, No Doubt, Green Day, Eminem, Alicia Keys & Foo Fighters.kucing pun ada?haih.

lagu lagu dalam tu jangan cerita la.kebanyakan adalah lirik lagu Oasis, Green Day, Cake, Radiohead, No Doubt blablabla..ramai gile lah.lagu oldies seperti Oh Carol, One Way Ticket, The Young Ones pun ada!pehh.rajinnya la aku masa ni.

aku tak sure aku start ada buku ni zaman bila.seingat aku la,rasanya masa form 4 - form 5 la kot.tapi ni second version sebab buku pertama aku kena rampas dengan warden garang tapi comeynyaaaa iaitu cikgu marlini.haha.memang sadis kalau diingatkan.

tapi yang paling best sebab gigih betul menulis handwriting.ohsem betul!

Radiohead - No Surprises

series rasa nak nangis dalam hujan bila bukak buku ni.tengok balik tulisan rasa macam pehh.smartnya kau.tak seperti sekarang.macam tulisan kaki!

paling rasa nak menitis airmata bila tulisan dia ni pun ada!

Guns N Roses - Estranged
by Rozaini Ali!
cool lah!
rasa nak balik semula zaman dulu.
if i can turn back time lahh.heh!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

17.10.11

double cheese burger

baru baru ni balik kuantan.tapi sadis sekali sebab tak dapat nak bermalam kat rumah mak sebab bilik aku dah kena pecah dengan encik jaafar!sampai hati. -_-"

ewah.orang dah tolong tukarkan lantai lagi banyak bicara ye.lantai bilik aku dan lantai bilik adik (bilik sebelah) kisahnya dah kena makan dengan anai anai.tapi sebab raya baru baru ni adik aku dah berjaya memecahkan sebahagian lantai,maka abah aku dengan sedaya upaya lah me-renovate bilik kami.dengarnya abah nak ambik alih bilik tu plak sebab dia nak besarkan bilik tu.aku dan keluarga pulak kena pindah bilik abah.alah.sedihnya plak sebab aku dah bermastautin kat bilik tu dari tingkatan 1.dari zaman anak dara lagi you!sampai hilang dara pun kat situ.auww.sumpah gedik statement ni.

balik baru baru ni tengokla kesan riwayat bilik aku tu.rifdi pulak siap nangis sebab tengok bilik dia membesar dah takdek!aku plak dengan sengaja bagitau rifdi bilik dah pecah.terus dia sebak.letih plak atok abah pujuk kata atok buat bilik baru ye!..haha.cute betul anak jantan aku tu.

eh.bukan nak cerita pasal bilik kena pecah ye.saje je intro lebih tu.sebenarnya aku balik baru ni sebab sepupu encek ejang kawen.so,ahad semalam lepas kenduri boleh plak encek ejang bawak kami kami ni ke Megamall.ada hajat nak makan burger McDonalds plak.wah.kemain.gembira hati bukan kepalang.tapi bila sampai.pehh..panjang giler barisan.aku rasa macam nak balik je tapi sebab bukan senang nak jejak McD,maka aku tabahkan jugak hati.hampir setengah jam jugak aku ngan anak anak duduk tunggu meals.

akhirnya makanan sampai.tunggu sahabat lama pulak.katanya nak datang jumpa aku dan anak anak.
sementara tu,sempat la aku ni menangkap gambar anak anak.eh.kenapa menangkap?

bukan merakam ke?

makan kentanggg

abang nak menunjuk mainan baru letewww

kemain pandai buat muka nakal. -_-"

eksen betul

masih tak habis habis dengan kentanggg

dapat jumpa member lama memang sronok.eh.ke aku je yang rasa camtu?haha.
walaupun skejap,tapi rasa bermakna.

so,apex.thanx la sebab datang jugak ko jumpa aku ngan anak anak.insya Allah,kalau takde masalah aku pegi kenduri ko kat Bentong nanti okay!.kemain lagi haifa dapat berdukung dengan ko.macam dapat berdukung dengan artis!.haha.

eh.tajuk entry memang takdek kena mengena dengan cerita di atas ye.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...