Visitor

24.11.11

rifdi #39 : si comel rifdi

siapa tahu macam mana nak sembuhkan 'kayap'?
aku tak sure betul ke rifdi kena kayap.tapi bila dengar haji yang mengubat rifdi tu kata ini adalah kayap,aku sangatlah risau.ibu mana yang tak risau ye?


masa mula-mula jadi.


selepas berubat kali pertama.
alhamdulillah.semakin kering luka tu.


gambar terbaru.pagi tadi.
selepas berubat kali kedua.yang putih-putih tu adalah bedak sejuk.
alhamdulillah,dah makin kering.

tapi yang merisaukan diri ibunya ni,bila pengasuh baru call suruh beli pokok sagu belanda untuk buat ubat rifdi sebab katanya dekat muka memang la dah surut lukanya tu,tapi sekarang ni yang kat dalam diaper pulak.

jadi mintak tolong sape-sape kalau tau lagi ubat untuk sembuhkan kayap rifdi ni.tak sanggup dah tengok anak yang tersayang kena macam ni.

oh.sebelum blah,ini adalah hasil tangan rifdi pagi tadi sementara tunggu transport nak pegi keje.nampak sangat ibu dan anak takde keje kan?dan ini pun adalah gambar yang telah dipilih tahap ke'cun'annya.serta telah diedit.semoga anak ibu cepat baik.kalau tak camne nak celebrate beday rifdi next monday?


kawan kawan,doakan rifdi cepat sembuh ye.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Tips Berpakaian Bagi Ibu Mengandung

ewah.entry kali ni macam la gua ni fashionista sangat.macam la pakai awesome giler padahal selebet jugak.piap.piap.eh.kenapa ada sound effect macam tu?

orite.sebenarnya nawaitu cuma nak share sebab ramai sahabat yang mintak pendapat camne nak sesuaikan baju dan pakai time preggie serta kat mana nak carik baju preggie macam yang aku pakai.lagi pulak pagi tadi encek ejang cerita ada sahabat tanya,'orang rumah aku tanya incas dd (baca : incharge dd -panggilan untuk aku) tu beli baju dengan seluar mengandung kat mana?semua dia pakai nampak cantik'.

owhh.segannya bila ada orang tegur camtu kan? rasa owhh..saya terharu.bila boleh saya belanja minum petang? -_-".

ops.banyak pulak mengarutnya.bila nak sharenya ni?mari kita mulakan share ya kawan kawan :

1)  beli baju oversized.tapi jangan beli yang bakal menampakkan korang gemuk tapi beli baju yang still ada cutting.elakkan beli baju berbelang,nanti mula orang kata korang gemuk padahal bukan gemuk tapi berisi!paling penting,beli baju yang boleh selesakan korang semua.Tips penting : beli baju yang boleh dipakai ketika kurus juga.sekarangkan trend baju oversized pakai dengan belt.tak rugi kan?

2) beli maxi / dress yang betul-betul ngam atau yang labuh.kalau boleh,time beli tu ukur betul-betul ketinggian korang serta kalau boleh try dulu sebab nak elakkan baju yang korang pakai tu akan jadi singkat dan senteng.err..please la.aku paling tak suka tengok preggie mom yang bertudung pakai maxi / dress senteng.alahaii..nampak macam selekeh gile nak nak kalau preggie mom tu bekerja.fuh,memang takde personaliti menarik.

3)  kalau dah terbeli maxi / dress senteng tu,jangan la taknak pakai pulak.kan dah membazir.apa kata untuk cover balik,korang gayakan maxi / dress tu bersama legging.automatik korang akan nampak lebih stylo dan paling penting,cover balik keting dan betis korang yang dah terdedah tu.haha.ops,jangan pulak pakai legging dengan blouse yang separas peha dan lutut tu.sangat tak cantik okay!

4)  tempah baju ketika preggie.tak kira la nak buat baju kurung ke,baju kebaya ke asalkan baju tu hanya dipakai ketika preggie sebab dah tentu saiz dia lebih besar dari biasa!kalau nak kreatif,tempah maternity dress dan design ikut selera dan selesa korang semua.

5)  perlu bijak mix & match.contoh : beli aje sleeveless yang labuh dan besar banyak-banyak dan beli cardigan yang murah-murah banyak-banyak jugak.nanti sleeveless tu boleh dipakai dengan cardigan.gayakan pulak dengan seluar atau skirt.hah.kan dah banyak dan macam macam gaya kat situ.

6)  gayakan tudung yang sesuai.tak kira la korang pakai shawl ke,pashmina ke,syria ke,instant ke,paling penting pakai tudung yang sesuai dan sepadan.jangan la pakai tudung sesedap rasa je.ni tak,kadang aku tengok gaya preggie mom time check-up kt klinik,aduyaii..rasa macam akak ni keje opis *tutttt* tapi apesal time preggie nampak macam bibik plak?

7)  make-up dan berhias.yes,aku pun bukan la kaki mekap ke ape.tapi at least,jangan biarkan muka plain tanpa mekap.ini tak,mentang mentang la preggie mom,jadi mari kita biarkan muka pucat.haihh!elok elok baru 5 bulan pregnant,dah orang ingatkan kau dah tunggu masa nak bersalin.

8)  pakai kasut / selipar yang sesuai.jangan nak main sarung selipar ikut suka hati korang je.kalau macam aku,aku memang tak suka pakai selipar kalau pergi kerja.walaupun pregnant,aku lebih suka sarung flat.sebab pada aku,jangan ambil mudah bab kasut / selipar ni.kasut pun mainkan peranan penting!

9) pakai perhiasan yang sesuai.ini kalau korang jenis suka berhias la.tak kisah la perhiasan macam mana.ada orang suka pakai brooch janggut yang labuh labuh tu kat tudung.yang ni aku rasa tak sesuai la bagi ibu mengandung.rasa semak je.kalau orang macam aku plak,aku suka berhias dengan gelang gelang.bukan gelang emas yep (aku tak suka barang emas),tapi gelang yang kalau pakai nampak sikit cantik dan berhias lengan ni.tu je.

10) untuk dapatkan baju baju cantik dan menarik,korang boleh je survey kat mana mana kedai.tak payah pergi kedai mahal pun takpe,kalau nampak baju berkenan dan sesuai,korang beli je dan bleh mix & match macam yang aku bagitau tadi.macam aku,aku selesa dengan baju dari Scarlet,iaitu kat Jusco.seluar kat situ semua cantik cantik.cutting pun sesuai dengan diri sendiri.masa pregnantkan rifdi aku beli kat Jusco IOI Puchong.masa haifa pulak aku borong kat Jusco One Utama.oih,rupanya kat situ lagi banyak choice.

oh ye.kalau tak larat nak berjalan bershopping wahai mak buyong sekalian,korang boleh juga try beli online kat sini :


dan banyak lagi la.try la google.kalau kena gaya yang korang suka,apa salahnya mencuba.alah,bukan untuk orang lain.untuk korang jugak kan?

time pregnantkan rifdi (26 weeks).haha.
selekeh gile time ni.

dress from Scarlet,
Jusco One Utama

okay.itu je yang aku nak share.sape yang rasa aku takla pakai cun mana tu,tak payah baca pun takpe.
saya tak kisahhh..


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

23.11.11

Wordless Wednesday #22


# my cousin,ani dan nasha aziz.
saya jelesssss!!!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

22.11.11

Blood Type

Did You Know? 

Blood type and Rh
How many people have it?
O +
40 %
O -
7 %
A +
34 %
A -
6 %
B +
8 %
B -
1 %
AB +
3 %
AB -
1 %

 

Does Your Blood Type Reveal Your Personality?
   
According to a Japanese institute that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. 
How do you rate?
  
TYPE O

You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.

TYPE A

You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.

TYPE B

You're a rugged individualist, who's str aightforwa rd and likes to do things your own way.  Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

TYPE AB

Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.



MOST IMPORTANT INFO NOW:
 
You Can Receive
If Your Type Is
O-
O+
B-
B+
A-
A+
AB-
AB+
AB+
YES
YES
YES
YES
YES
YES
YES
YES
AB-
YES

YES

YES
YES


A+
YES
YES


YES
YES


A-
YES



YES



B+
YES
YES
YES
YES




B-
YES

YES





O+
YES
YES






O-
YES










# mine is O+.
anda kena tahu tu!hehe.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

21.11.11

chaotic

lastweek dan weekend memang very hectic dan ribut! sampai taktau nak mulakan story macam mana.peh.ok.tarik nafas dalam-dalam.i try to make it as quick update!

1) memula encek ejang kena pergi kursus di KL sampai 2 malam kat sana dan anak-anak kitorang hantar pada pengasuh sebab driver yang selalu tolong ambil dan hantarkan kitorang pergi kursus sekali.so,sebab taknak susahkan orang lain pulak kena amik-hantar anak aku,kitorang terpaksa decide camtu.bayangkan selama ni aku duduk dalam rumah dengan keadaan yang sangat meriah tetibe kena duduk diam selama 2 malam?.peh.memang mencabar.sangat lonely.

2) rifdi ada problem dengan kulit since aku kat kuantan hari tu.muka dia jadi macam berkudis-kudis.setiap sehari mesti ada tambah satu.mula-mula tumbuh dekat leher,lepas tu atas hidung,pipi kiri,pipi kanan dan kening.so,aku dengan encek ejang bawak la pergi jumpa sorang haji ni untuk berubat dan buat air tawar.yelah,semua atas kuasa Allah.dia cuma jadi tempat ikhtiar kita je.haji tu kata rifdi ni macam kena kayap.maka,aku pun kena la jaga pantang rifdi sebab dia kena berpantang telur,ayam,dan seafood.so,can u imagine,camne kan budak sedang rifdi tu nak berpantang makan ayam?

tak pasal pasal rambut rifdi kena potong sebab rimas tengok
dia menggaru.

3) lepas tau rifdi kena pantang,esoknya terus pergi Tunas Manja.beli barang dapur.oh,actually just nak beli Huggies haifa yang dah hampir habis dan beli susu budak-budak.tapi bila dah masuk dalam tu,of course la bertambah-tambah barang yang dibeli.so,weekend kali ni dapat la memasak.menu memang simple habis tapi sangat la yummy!lunch hari sabtu tapau je.malam baru start masak daging bakar & ikan cencaru kuah asam.ahad plak masak lauk ni,buat stok makan sampai ke malam!

sup ikan tenggiri (encek ejang yang masak), ayam goreng kunyit,
ulam salad & sambal bawang (7 bijik lada aku tibai hari tu)

4) haifa pulak demam.tambah pulak dengan cirit birit sampaikan punggung dia habis merah melecet dan menelas.memang seksa.setiap kali nak basuh mesti dia menangis menjerit-jerit like we all nak dera dia plak.haihh.aku dah sapu cream,encek ejang pulak sapu minyak..tapi still jadi macam tu.aku suspect haifa ni demam nak berjalan la sebab malam tadi riuh dia berjalan terkedek-kedek sampai ke toilet!tengah malam plak tu.memang bravo lah!

5) baby cot haifa dah hampir rosak teruk.jahitan dah terbetas,tinggal nak putus je.pagi tadi,masa haifa menangis nak susu (dia nangis sambil sebut air! air!),aku buka la kelambu dia.tengok,nampak kaki je,eh mana kepala dianya?rupanya dia dah terperlus ke dalam.terbalik! cepat je aku kejutkan encek ejang suruh tarik haifa keluar.kesian sungguh!nampak gayanya malam ni kena la tidur bersesakan atas katil queen aku tuh.oihh..sadisnya.

okaylah.more updates later.ada keje mahu dibuat.
choww!

bye everybody!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

rifdi #38 : hobi baru rifdi

punca utama adalah abah dia.asal rifdi mengamuk je mesti pujuk bagi main PS!selama ni PS tu ada kat rumah mak kat kuantan tapi sebab adik encek ejang nak SPM maka PS kena bawak balik ke jerantut.

dan sudahnya sekarang PS tu kena sorok.dasat tak?..





oh ye.mesti ramai yang tanya kenapa muka rifdi tu kan?
next entry aku cerita okehh!..


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

aku dan kulit

{ tajuk takde kena mengena dengan lagu Isi Atau Kulit (Search) }

aku memang mengalami masalah kulit dari zaman kanak kanak lagi.since kecik,aku dah biasa pergi klinik pakar dan jumpa dengan doktor pakar di HTAA.ingat lagi,nama doktor tu Doktor Haslina.eleh.sebab nama doktor tu sama nama kakak aku,sebab tu aku mampu ingat dengan baik.tu je.haha.tapi doktor tu memang baik.bercakap pun takde la nak tengking tengking ke hape.masa tu aku ingat,aku dalam darjah 3.aku selalu dapat pelepasan dari doktor untuk tak hadir ke sekolah sebab ada appoinment doktor.masa tu paling aku kerap alami masalah adalah pada tangan.masa tu kat tangan aku penuh dengan gatal gatal yang ada letup letup berair tu.haihh.kalau diingatkan memang rasa agak annoying jugak la kan.tapi nak buat camne,aku dapat sakit camtu.nak kata aku main kotor,memang tak lah sebab bak kata mak aku,aku laaaaa anak yang paling pembersih sekali.mana nak main kotor kotor,main pasir,lecak lecak ni..huish.

sampai ke besar,kalau gatal gatal ke alahan ke..memang pada aku menda tu elehh..takde menda la.sapu je Econozine,hilang dan lenyap la segala gatal tu.tapi part paling pelik,aku allergic dengan habuk simen.hah.dahtu aku ni sesuai keje menda agaknya?dah terang terang aku ni perempuan teknikal civil engineering.haihh.

okeh.intro panjang macam nak buat karangan BM upsr.

untuk badan

disebabkan aku masih mengalami masalah kulit sampai ke tua dewasa,maka aku pun mencarik la produk produk yang efektif untuk kulit.memula aku try krim serta lotion.aku dah guna pelbagai jenis krim dan lotion untuk me-mosturize-kan kulit,tapi semua gagal menjalankan tugas dengan baik.

sekarang ni pulak,aku mengalami allergic masa pregnant,habis kulit aku jadi kering kontang macam padang pasir.habis jugak kulit jadi gatal,merah dan berkuping kuping kat tangan.malu jugak rasa bila ada yang tegur tapi nak buat camne.takkan aku nak keluar rumah pakai sarung tangan?.hoh.buang tebiat apa dd ni?

dan akhirnya,to be frankly,aku dah selamat order Virgin Coconut Oil (VCO) keluaran Catalyst dengan SheilaAmir House.itupun sebab aku dapat tau VCO ni sesuai  untuk orang yang ada masalah kulit dan lagi plak produk ni sesuai untuk preggie mom.dan untuk menunjukkan betapa jujurnya diri ini,aku dah mulakan memakan 2 bijik softgel since last 2 weeks.
nak kata perubahan,so far untuk kulit aku tak rasa apa apa pun lagi.semacam lagi gatal pada setiap pelipat dan tangan.tapi kalau bab makan,aku rasa aku dah tak kerap lapar.rasa kenyang je.series!bila aku mentioned pada Sheila tokey VCO tu,memang ada comment dari pelanggan lain yang bagitau memang produk ni bagus untuk dieting.maka,sesapa yang teringin nak berdiet bleh la try produk ni okeh.

ewah.tetibe jadi promoter plak kat sini ye.

cilok dari SheilaAmir House.
nak baca kebaikan VCO boleh klik je kat sini (KEBAIKAN VCO)

kalau bab hilangkan stretch mark plak,aku rasa aku penah mentioned dalam ENTRY INI dan INI.aku pengguna Palmer's okehh!ada sahabat baru ni tanya camne nak hilangkan stretch mark kat perut after delivered.dia kata dia dah try berbotol-botol Bio Oil tapi takde hasil.so,aku pun suggested la pakai cocoa butter tu.so far,dia takde lagi bagi respon apa apa.aku andaikan,dah menjadi la tu!..hehe.

untuk muka

yang ni bab kelakar.muka tak siap camni pun sibuk nak tayang produk yang digunakan lagi.peh.tapi sebab memang saje takdek keje,jadi aku turut nak berterus terang okay.

asalnya,aku ni bukan jenis perempuan yang tepek bedak di muka.dulu di kala zaman jahiliah,kalau nak gi sekolah,nak pergi merewang kat bandar,i takde istilah ber-mekap mekap ni.paling hensem pun aku tepek bedak bayi je.tu pun sebab nak harum muka bak bunga mekar di taman.ceh.mana macho orang macam aku ni pakai mekap.

tapi bila dah masuk poli,dah jadi student,dah kena praktikal kat tempat panas,maka aku terpaksa berjimak berjinak dengan produk muka bagi mengekalkan kelembapan beliau. -_-"

produk pertama aku pakai Eversoft.full set siap ada cleanser,toner,mosturizer dan err..ape ye?haha.tak ingat tapi memang tak best lah.rasa macam sama je muka ni.macam kertas pasir.

lama lama,bila dah makin kerap keluar masuk Watson aku try plak Nivea.yang ni memang bleh tahan.memang aku kekal pakai sampai sekarang.memang best la.kalau rasa korang tengok muka aku cun serta bersih serta cantik,maybe kesan pakai produk Nivea la tu.tapi aku cuma pakai cleanser dan mosturizer cream je.cream tu pun semata-mata pakai sebab jadi alas bedak.tu pun jugak aku pakai sebab dah kerja tempat ber-aircond.kulit muka jadi kering sekering-keringnya.brrr..

dari deodorant sampai ke cleanser sampai ke mosturizer,semua nak nivea.

lepas tu,bila dah umur meningkat kepada 29 ni,tetibe terbuka hati nak tukar produk.sekarang ni aku sedang dalam proses menggunakan Olay Total Effects.sebab aku tukar adalah kerana nak masuk 3 series dah ni.kena la carik produk yang insya Allah mampu menegangkan kulit muka.tak payah la tegang sangat macam kak Nita,cukup la yang seadanya.setakat ni aku dah 4-5 kali ganti cleanser dah.cream plak baru sedang cuba yang paket kecik.nak tengok le dulu,sesuai dengan muka ke tak.tapi so far aku pakai ni alhamdulillah la.masih anjal lagi kulit.hehe :)


maka,hasil penggunaan segala produk di atas setakat ini adalah ini :


bersih seperti di bayi.hehe :)


#okay.tetibe rasa macam nak muntah baca entry hari ni sendiri. 


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...