Visitor

2.12.11

selera yang semakin menggila!

dua tiga empat hari ni selera memang sangat besar.mentang-mentang baru dapat gaji,jadi perut pandai request makanan yang awesome setiap masa.

pagi nak nasi lemak ayam.bukan bihun macam hari-hari biasa.lunch time pulak demand nak marrybrown.semalam pulak nak masuk restoran asam pedas.sekali parking elok pulak depan kedai kek.dah tiba-tiba tekak mengada-ngada nak chocolate moist.tu belum tambah dengan donut rm1.00 sebijik yang kalau makcik makcik jual cuma rm1.00 3 bijik!

kemudian petang yang biasanya tak ke mana tiba-tiba nak singgah gerai yang jual pengat dan bubur pulak.dah satu kerja pulak pergi makan petang.malam nasib baik tak nampak apa-apa kedai kat area rumah.kalau tak,memang macam orang kebulur lagaknya.

@ marrybrown


nextweek monthly checkup.tetibe jadi gerun nak naik mesin penimbang.fuh.dahla selera sangat menggila time ni.next bila dah 34 minggu aku kena minum air gula pulak lagi.wow.sangat nervous lagi.tambah jadi nervous.

owh.baby sekarang pun dah nak masuk 8 months.preparation langsung tak buat langsung.biasa time gini aku dah siapkan beg untuk diri sendiri yang lengkap dengan kain batik,maternity pad,towel dan blablabla.dan untuk baby pun aku akan siapkan satu beg yang ada diaper,baju baru,blanket dan blablabla.

tapi series kali ni kenapa entah lembap sangat aku bertindak.nampaknya after mini party this sunday aku dah kena take note menda-menda ni semua.ahh.takut pulak tetibe.nervous.

ah.nervous betul.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

haifa #13 : yang genit Haifa

haifa dah satu tahun.dah boleh bertatih-tatih dah sikit-sikit.
datang rajin memang dia berjalan sendiri dengan bawak something kat tangan.tak kisah la pemenda janji ada something.agaknya dia rasa kalau pegang something tu rasa badan dah stabil.senang nak jalan.
tapi kalau datang 'superrajin',asal letak dia duduk je.taknak gerak-gerak.lepas tu,nangis ngada-ngada suruh dukung.badan dah sama berat bersih beras seploh kilo lagi mau mintak aku dukung.

macam-macam perangai dah minah ni.kalau bab bergambar pun bleh tahan.dah kalahkan abang dia.so,kali ni aku tepek gambar jela.pepagi jumaat kalau tengok muka budak gini memang rasa nak cium-cium sampai lunyai je.






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

1.12.11

my kacamata

[ flashback kisah 3 minggu lepas,sehari sebelum aku pergi kursus kat cherating ]

haifa berjaya patahkan spek aku dengan cemerlangnya.masa tu aku tengah baring-baring sambil bagi rifdi main henpon aku sebab katanya nak amik gambar.apelagi,menangis aku time tu jugak sebab pikir dahla esok nak pegi kursus.dengan time aku tengah sesak.kering.habuk pun tarak!

sedang sedih-sedih,rifdi tunjuk-tunjuk henpon.aku tengok lah..dan aku nak tunjuk kat korang pulak.
kalau korang la,ape perasaan korang time tu?


maka terubat la luka aku malam tu disebabkan budak budak ni juga.
dan ohye,aku pun pergi la kursus dengan memakai spek yang berbalut dengan salotape.tapi tetap kacak bukan?


hebat tak aku cover?
HEBAT TAKKKK??

***********

habis kisah 3 minggu lalu.akhirnya.setelah sekian lama aku bertahan akhirnya lastweek dapat gaji terus aku pergi buat spek.ingatkan nak buat yang cikai-cikai je.alah,cikai pun dah cecah rm180.encek ejang tak setuju.dia suruh aku amik brand Lois,harganya pungpangpungpang dapat la rm250.memang lawa pun spek tu tapi aku kan kedekut *jimat actually*.last last dengar kata suami.aku pun beli.


awesome tak?nak tengok ke-awesome-an aku pakai tak?











hai.saya dd johansson.hehe.

gambar terbaru aku takde la.len kali la ye.hehe.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

post paling fofuler.

korang tau tak apa post paling popular dalam blog ddhasnidar ni?


PostsRefresh

Now

Day

Week

Month

All time
May 2009 – November 2011



1 Apr 2010
4,792 Pageviews
8 Jun 2010
1,108 Pageviews
1 Nov 2010
434 Pageviews
29 Jul 2010
223 Pageviews
1 Aug 2011, 6 comments
167 Pageviews
7 Sep 2010
143 Pageviews
28 Jul 2011
142 Pageviews
22 Aug 2011
103 Pageviews
24 Jan 2011, 9 comments
75 Pageviews
24 Jul 2010, 5 comments
59 Pageviews



Dan korang tau tak keywords ape paling kerap orang type sampai terlepas ke blog ddhasnidar ni?

Search Keywords


ddhasnidar.blogspot.com
77


album james blunt
29
resepi pancake mudah
17
tv 1970
17
ali syakieb
15
ibu gatal
10
site:risingtaste.com
10
cerita ibu gatal
9
muse album
8
system of a down album
7


hahah.paling aku takbleh blah adalah 2 yang aku bold tu lah!
hahah.

ini aku dapat dari sumber google sendiri.kalau nuffnang aku tak check lagi sebab nuffnang sedang superslow sekarang ni.taktau kenapa.




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

30.11.11

Mari Mewarna

Ignorance Is Bliss.
(eh.curik tajuk entry baru rock plak.ehehe)

sedang sibuk-sibuk carik bahan kat Giant Kuantan baru ni untuk preparation majlis makan sempena birthday budak-budak ni,tetibe kitorang telah dipromote supaya beli air yogurt iaitu Bliss sebanyak mungkin untuk dapatkan hadiah.hei.siapa taktau ini air ape memang aku bagi kiss sebijik.

hah.gatal la tu saje taknak ngaku tau sebab nakkan kiss aku kan?kan?


ini la yogurt Bliss tu

ok.masa tu aku tengah senak kepala memikirkan pemenda menu yang nak ditambah.bleh plak promoter tu suruh kami (KAMI??) ok,tukar kata ganti diri lain.ok,diorang suruh kitorang beli air ni 3 botol untuk dapatkan gelas.ceh.gelas je?ok.tak.diorang tambah pulak beli 5 botol untuk dapatkan entahapemenda aku pun tak ingat.eh,ingatkan stop dah.sekali dia kata,ok.beli 10 botol untuk dapatkan colour box ini!

apa?10 botol?sebotol pun dah rm4.29.kau gile ape?dahla siap bukak pulak colour box tu depan rifdi.cepat je aku suruh promoter tu tutup box tu dengan harapan rifdi tak terliur memandangnya.ciss.bahaya ni.cepat cepat kitorang blah dari situ sebab nak mengelak dari kena beli.sempat lagi encek ejang bagitau diorang,'kitorang kona kona dulu ye.kalau nak kitorang datang balik!".dan promoter tu pun bleh baca.dia hentam balas balik, "u kona kona lepas tu u hilang.haha!".ok.aku gelak je dan blah.

sambil-sambil hayun kaki tu,aku dengan encek ejang dah rasa macam ehh..cun pulak kaler tu.rugi pulak kalau tak ambik.apa lagi,berdiskas kencang la kitorang kat situ.last-last kitorang patah balik,beli 10 botol nestle Bliss tu.eh.sebenarnya tu memang favorite encek ejang tapi sebab tadi terlampau terkejut,terus macam shot sekejap.

10 botol kau.tu pun semata mata nakkan colour ni.eh.suka sangat la rifdi sebab dapat colour camtu.


semata-mata kerana ini


tadaa! cantikkan?
ini bukan takat anak je terliur,makabah pun join terliur sekali.


mereka yang suka mewarna

we ♥ colour!


teruja.teruja. 


sila teka.saya sedang berjoget atau berjalan?
sape betul dapat air Bliss sebotol.


muka teruja atau muka mengada?
teka la lagi.

dan ini adalah credit untuk diri sendiri.


heheh.

*aku terlupa nak snap buku colour yang aku beli khas untuk rifdi dan haifa.huh.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Muhammad Nizar Bin Jaafar

16 November 2000.

perginya abelong (short form dari Abang Long) aku buat selama-lamanya dari dunia ni.Allah memanggilnya ketika dia berumur 28 tahun!masih muda dan masih bujang.Allah menarik ajal hambaNya tak kira waktu,tak kira usia dan tak kira ketika sedang sihat atau ketika sedang bergembira.tak.Allah kan Maha Penyayang.

arwah meninggalkan kami sekeluarga kerana sakit pneumonia.dia meninggal di ICU HTAA Kuantan,elok ketika maghrib.masa tu kami sekeluarga masih di ICU melawat dia.entah camne pulak time tu kelam kabut aku lari ke toilet sebab tetibe je sakit perut.tak kena masa betul.sebab masa aku keluar dari toilet,aku tengok kakak aku dah menangis.aku masa tu dah cuak sangat dan bila aku dikhabarkan arwah dah menghembuskan nafas terakhir,aku rasa hati aku dah terbang jauh,tinggi,sayup ke angkasa..aku taktau nak khabarkan macam mana perasaan aku waktu tu.Allah..hanya Dia yang tahu semua tu.

sampaikan saat arwah siap dikafankan,aku tak sanggup nak cium dahi arwah.aku cuma mampu tengok je.bersih sangat muka dia masa tu.Allah Maha Besar.

arwah sangat nakal dari kecik.itu mak yang kata.kalau tak bergaduh sehari dengan abangah (baca : abang ngah) dan kakak aku memang tak sah!..tapi berbeza dengan aku.arwah tak pernah marah aku.tak pernah pun bergaduh dengan aku.kalau bab belajar,arwah la yang banyak support.bagi aku arwah sangat penyayang dan caring.dia baik sangat.cerdik dan paling best,dia la paling terer English dalam family aku.mungkin sebab dia dari sekolah rendah sampai sekolah menengah kat tengah bandar Kuantan kot.

ingat lagi,masa UPSR aku dapat result 3A 1B je.tapi dia siap bagi aku present bekas pensil warna biru dan merah,berbulu-bulu macam karpet.dalam tu dia letak buku nota dan sebatang pen.PMR aku dapat 3A 5B je,tapi dia ucap tahniah macam aku dapat 8A!..masa aku skolah teknik kat muadzam shah,dia pernah ikut mak aku sebab nak datang tengok aku kat sekolah!..ya Allah.*saat aku ceritakan ni,aku betul betul terasa sebak*

arwah meninggal masa aku first sem di polisas.masa dia sakit,dia pesan kat mak aku,duit yang dia ada tinggalkan tu sedekahkan la kat surau dan bagi pada adik adik untuk belajar.duit yang dia bagi tu aku beli handphone.series,sampai sekarang telefon tu aku simpan.aku tak buang pun walaupun dah rosak.ada lagi.
duit untuk surau tu mak buat beli kipas dan pasangkan di surau.mak kata biar nampak jasa arwah abelong kat situ.

bagi aku arwah adalah anak yang baik.senakal-nakal dia,kalau dia buat salah dengan mak,dia cepat cepat mintak ampun dengan mak.berbeza sangat dengan anak-anak yang lain.kalau dengan saudara mara pun macam tu,dia la yang paling rapat dengan sepupu sepapat.kalau bab kekeluargaan,memang dia la yang terbaik.

****

tiba tiba pagi ni aku jadi emo pulak.sebab aku teringatkan arwah.sedang mesej mak bagitau aku teringatkan arwah,tetibe dalam radio terpasang lagu Rozana by Search.*arwah memang bigfan Search dan rock seangkatan*.aduh.nasib baik cepat sampai kat kedai makan.kalau aku sensorang mau meleleh air mata,air hidung dan air muka.

dah.cukuplah aku tinggalkan sedikit momento aku bersama arwah di sini.insya Allah,sebolehnya aku akan cuba untuk sedekahkan surah Yasin pada dia.aku akan kenang abelong sampai bila bila.Semoga abelong di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana kelak.Amin.


Muhammad Nizar Bin Jaafar (Ja)
24/04/1972 - 16/11/2000
Al-Fatihah


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #23




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

29.11.11

Puss In Boots

baru baru ni layan Puss In Boots bersama sama rifdi dan haifa.(rujuk sini kalau taktau menda menda).
memang awesome la anak anak ibu ni kan sebab semua takla terjerit jerit nak keluar panggung.rifdi awal awal dah teruja sebab nampak puss.terus dia jerit jerit 'shrek!shrek!'.

peh.padehal mana ada shrek.


citer dia adalah pasal Puss dengan sidekick-nya iaitu Humpty Dumpty  dan Kitty Softpaws nak dapatkan kacang ajaib (kacang jack & the beanstalk) dari Jack & Jill, iaitu pasangan suami isteri yang bapaklah ganasnya.tujuan diorang nakkan kacang ajaib tu adalah sebab itu adalah cita-cita Humpty Dumpty dari kecik sebab kalau dapat kacang tu,Humpty nak dapatkan telur emas angsa kat atas langit.heh.cerita dia memang buatkan kita jadi frust sebab rupanya Humpty Dumpty tu jahat!.haih.benci betul.

dah.dah.

aku malas la nak citer panjang kat sini sebab nanti macam tak best la sape tak tengok kan?..hehe.kena la tengok sendiri.aku suka sangat watak Puss masa kecik.alahh..kiut sangat.dengan muka dan mata besarnya.geram!


kiyutnya la kau!

tapi watak paling buat aku tak bleh blah adalah kucing yang suka rolling eyes dan tutup mulut kata 'ooooo' tu.haha.memang kelakar!nampak sangat suka bergossip.

artis yang sumbangkan suara pun bukan calang-calang.


Puss - Antonio Banderas


Kitty Softpaws - Salma Hayek


Humpty Dumpty - Zach Galifianakis


Jack - Billy Bob Thornton
Jill - Amy Sedaris

owh.jangan lupa tengok tau!
eh.tetibe aku join jadi promoter filem pulak.ahak.

credit : http://www.glamzzle.com/puss-in-boots-looking-good-never-looked-so-good.html


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

anak November!

alhamdulillah,semalam 28hb november,rifdi pulak dah masuk umur 3 tahun.selamat hari lahir rifdi!

Malam 1 Muharram 1433H, aku ada buat makan makan di rumah mak.sebab anak anak kena berpantang   telur dan ayam,maka aku mintak jasa baik mak untuk sediakan pulut kuning ganti kek.hebat tak idea tu?cewah.

sebab mak dah buatkan pulut kuning,maka aku cuma sediakan sambal bilis sebagai bahan penambah rasa.menu lain hanya kuih muih macam karipap (segera), apam (segera), serta buah-buahan seperti limau sunquist dan buah tembikai.aku cuma jemput family dekat je.tu pun yang ada cuma mak abah aku,mak-ayah-adik encek ejang & hilman ngan dhiya je sebab orang lain semua takde kat kuantan.

sebab masing masing sibuk,maka kamera langsung tak sempat angkut keluar.jadi,imagine aje la situasi dan menunya ye.hehe.

esoknya,aku dan encek ejang bawak pulak budak budak ni tengok movie, Puss In Boots!aku preview filem ni untuk next entry.bleh giteww?..


pehh.saje aku tepek gambar besar gedabak begini.

tapi sebelum tu kena layan karaoke dulu.tapi kali ni haifa tak tahan.series,karaoke kuantan parade tak best!
selesai je,layan movie,terus mintak encek ejang pegi McDonalds TC.heh.apa lagi,Happy Meal la sebab ibu dia yang nakkan ini!


meow.meow.

-
-
-
-

sebagai penutup entry kali ni *cewah.macam penutup karangan pulak dah*, sekali lagi aku ngada ngada nak wish sekali lagi birthday untuk anak anak iaitu :


Norhaflan Rifdi
28-11-2011 (3 y/o)


Norhaifa Rafissa
11-11-2011 (1 y/o)

# semoga jadi anak yang beriman dan beramal soleh dan solehah
# semoga jadi anak yang mendengar kata dan tahu hormat orang lain
# semoga dikurniakan kesihatan yang baik
# semoga diberikan akal fikiran yang bijak
# semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam hidup

-doa seorang ibu-
Amin.

*ohye.merujuk pada entry lepas (klik sini kalau terlupa atau memang tak tau), baru ni balik kuantan kami dah bawak rifdi ke klinik.kata doktor rifdi cuma kena kudis api yang katanya disebabkan kuman.mungkin sebab main kucing atau main pasir.mana datang rifdi  main pasir?heh.dan lepas bagi antibiotik dan econozine,alhamdulillah.kudis2 tu semua dah kering sangat sangat.tinggal nak baik je.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

follow me on twitter

cewah.padahal bukannya baru semalam aku buat account twitter.dah lama sangat dah.seingat aku,aku register account twitter seiring dengan register facebook.

tapi disebabkan facebook lebih kencang,twitter plak bikin aku pening,maka aku banyak habiskan masa dulu dengan melaghakan diri bersama facebook.tak lama lepas tu,tetibe opis memblock segala laman yang melaghakan ni.terus putus hubungan sejenis dengan laman sosial ni.

sebab tegarnya aku pada facebook dan blogging,maka aku beli plak broadband.yeah.memula pakai memang semangat.tak lama dan semakin lama,kemain liat aku nak membayar bil.dan semakin lama makin aku menyampah nak membayar bil.dan semakin lama sudahnya aku terminated je account aku dengan si dia tu.malas dah aku pakai broadband.lagipun,ada aku kisah dengan fb?ewah.kerek betul.padehal kat opis aku dah berjaya menerobos laman fb dengan jayanya.hebat tak?hebat tak?peh.ujub sebentar aku di situ.

tapi tu la,yang memusykilkan aku,kenapa aku tak berjaya hack (wah.kemain lagi) twitter?

sekian lama aku mencuba,sudahnya semalam tetibe jengjengjeng.aku dah bleh bukak twitter yang sekian lama aku abaikan.tahniah kepada diri sendiri.sikit sikit aku godek.sambil tu tanya sifu yang memang hebat bertwitter kencang.banyak istilah baru aku paham.dan yey!akhirnya pasni bleh la aku try mengaktifkan diri bertwitting dengan ramai artis.amboi kemain lagi kan.niat tak beragak.

jadi,sebab masih lagi jakun sebab twitter dah aktif balik ni,bleh la aku promote pada hangpa semua,sila la follow me on twitter.tapi kalau tetibe aku jadi pendiam tanpa respon tu,anggap jela aku sedang cuti dan offline.atau kalau rasa macam apesal berbulan bintang lamanya aku tak bagi respon tu,maka itulah tandanya twitter aku dah pasif.atau dalam kata lain,twitter i dah kena block!! haha.sengal.

klik saya kalau nak follow ddjaafar!
- kata burung biru ni.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...