Visitor

9.12.11

haifa #14 : the steps

rasa touching tengok anak membesar depan mata.nak-nak kalau anak tu baru nak masuk fasa pandai merangkak,berjalan,bercakap..peh.rasa kagumnya Allah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.Subhanallah.

kalau kita zaman ni semua nak record pakai henpon.mak-mak kita dulu camne ek?diaorang pun nak rakam jugak memori macam kita kan?.kan?.pehh.

aku tak sempat record masa haifa mula-mula berjalan.masa rifdi dulu ada aku upload dalam fesbuk.dalam entry ni pun ada.so,haifa pulak aku dapat record bebaru ni je.tu pun dah masuk hari ke 3 atau ke 4.takpun hari dah ke seminggu.dah laju dah.


01-12-2011




after mini birthday party


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

semalam yang perghhhh..

semalam sape tunggu aku update blog memang rajin la.cewah.sape tunggu entry baru kau?perasan la wehh.

semalam aku ke kl.saje ikut encek ejang yang ada kerja di setapak.lagipun kebetulan takde sape ikut,so encek ejang ajak la aku pegi.kalau ikutkan memang la aku nak ikut jugak tapi rasa badan dan kaki tak berapa nak larat je.tapi bila dia kata dia kata susah plak aku nak balik keje petang tu sebab kereta jabatan langsung takde yang free.lagipun kejap je kot.setapak je.

aku pun on aje la.perjalanan masa pergi tu ok.cuma hujan masa dah masuk gombak.aku sampai area setapak dalam jam 12.30 pm jugak kot.tapi nak carik office yang tak semenggah tu makan masa sampai jam 2.00 pm!pehh.nak carik jalan dengan office tu kemain susah.sampai tanya orang.dua kali pulak tu.tapi semua orang taktau.yang best,driver pergi tanya pekerja di station minyak jalan genting klang kat mana jalan usahawan,pekerja tu pun taktau.bleh pulak dia kata dia pun orang jerantut,baru je keje kat situ.eh?

kitorang try call no contact tapi haram nak dapat.sampai rasa nak koyak-koyak je L.O yang nak bawak ke office diorang tu.ceh.

at last,setelah bersabar pergi makan dulu baru la berjaya jumpa.itu pun sebab pakai guideline dari orang kedai makan sebab office tu tulis nama pejabat kat tingkat atas sekali.memang gile la kalau nak carik.aku rasa kalau naik helikopter baru tak pening kepala carik office cenggitu.peh.

bila keje settle,terus gerak ke Wangsa Walk.ewah.berpoya-poya sebentar walaupun taktau nak poya apemenda.nak tengok wayang pun rasa tak lalu.tengok cerita semua macam takbest je.aku saje ngetest encek ejang ajak tengok Ombak Rindu.dia buat-buat pengsan je.heheh.kata ngetest.aku pun tak sure aku akan tengok dengan kusyuk atau tak.aku takut bukan encek ejang je tido,takut aku pun tido sekali.zzzz.rasa kelakar pulak kalau tengok citer feeling-feeling kat wayang.heh.

last-last pergi survey henpon untuk encek ejang sebab henpon lama dia punya la bangsat.kalau orang call,kita je yang dengar suara orang.orang yang call langsung tak dengar suara kita.agak lama jugak la bertahan dengan situasi tu,last-last semalam berjaya jugak merembat satu.sementelah henpon lama tu dia dah pakai since 2006,memang patut la jadi gitu bukan?*ayat novel*. lama dah dia usha galaxy mini ni tapi biasa la,modal takde.semalam akhirnya dapat jua.ingatkan kot dapat gak satu kat aku ke,tapi hahah hahaha hahahahah.*jenis gelak tak berapa nak ikhlas*


tapi tak kisah la,janji encek ejang dapat henpon baru.

dah dapat henpon baru,maka wajiblah gambar pertama yang disnap adalah wajah isteri kesayangan beliau.


lawa gambarnya.3.2MP.dahla ada android.memang nanti henpon laki aku ni nanti jadi mangsa aku la nampaknya bila terjumpa wi-fi free.hekhekhek.

tengok niat murni isteri,memang ternyata murni.best.sound pun tak mendukacitakan.

maka,bila sampai rumah,anak-anak pulak jadi mangsa simbahan flash.


memang series cun.aku pun dah tergoda.

nampaknya misi selepas ni bukan lagi blackberry.tapi touch screen samsung!


tengok.tangan tak penah lepas memegang henpon baru beliau.
jeles i tawww.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

7.12.11

rifdi #40 : he's so sweet

hai semua! hai rozaini! hai udhang! hai maznie! hai rashdan! eh?tetibe je.

sebab hari ni seharian tak berblogging akibat banyak masa berurusan kat luar,maka petang ni terus nak update blog tapi taktau nak cerita apa.hebat tak?

dan sebab taktau nak cerita apa maka kena gali pulak apa yang ada dalam pc opis ni.cari punya cari jumpa la ini.ye.modal entry kali ini adalah saja nak tunjuk betapa loving and caringnya abang sulung ni pada baby dalam perut.so sweet.kalau aku sedang rilex legakan kaki dan perut,dia mesti datang kat aku dan usik perut sambil panggil 'baby!'.

dan satu kiss dari abang rifdi hinggap kat perut.



dan sekarang ni,kalau rifdi buat macam tu,haifa pun akan ikut.
datang kat perut sambil sebut 'ami!'.

haha.aku pun taktau ape maknanya tu.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #24



# makan banyak tapi berat tak naik.
heh.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6.12.11

Money Drop Malaysia

bukan senang dapat layan reality show ni.nak-nak kalau tengok MasterChef.huih.kalau aku tengah layan pastu encek ejang lalu,konpem dia alih tanpa rasa kasih sayang.heheh.
tapi kalau Money Drop yang pengacaranya AC Mizal tu haruslah dia layan sekali.rancangan yang melibatkan IQ ni memang faveret dia lah!sebab tu suami saya bijak bestari..!


aku ada 20K.kau hado?
           -kata AC Mizal

okay.rancangan ni memang pada aku menambahkan pengetahuan.tapi kalau tengok peserta yang masuk tu jawab soalan,rasa macam eh.korang ni betul taktau ke memang saje buat taktau.soalan yang pada aku sangat common boleh diorang jawab macam labur duit singgit duinggit je.peh.

senang citer aku bagi contoh soalan yang sangat mudah pada aku ni.tapi untuk peserta diorang bleh ambik masa yang lama untuk fikir.haih.aku taktau la ni memang penyakit peserta yang gelabah atau penyakit memang tak tau nak jawab menda.

1. Masak lemak cili api popular di negeri mana?
pasangan ni labur kat negeri johor,sabah dan negeri sembilan.
dah tak pasal-pasal duit kena drop kat sabah dan johor.nasib baik dia letak jugak kat negeri sembilan.kalau tak putih mata la korang tengok duit korang semua habis.gilo kontang!

2. Siapakan nama sebenar Saloma?
bleh ek diaorang labur duit kat Salma Binti Hayek?
teruk betul.

3. Serangga mana paling pantas berlari?
diorang pilih lipas dan semut.kecewa time tu aku rasa. -_-"

paling best :

4. tarian dondang sayang tarian masyarakat mana?
diorang pilih minangkabau dan jawa!
adehhhh.sakit limpa aku time tu.terus lesap duit sejuta diorang kat soalan pertama je!


....

rasa macam baru lepas tengok maharaja lawak tahu!fuh.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

she is 63!

pagi pagi tulis status fb terbaik walaupun dah tau mak takde fb.heheh.




SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 63 PUAN MARBIAH!
..semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk mak.


sayang mak ketat-ketat!
aummm.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5.12.11

mini birthday party! - rifdi & haifa

aaaa.rupanya nak buat mini birthday party pun kemain lagi penatnya ye.banyak nak kena planning.
  • tarikh dan waktu
  • tempat dan tetamu
  • menu
masalah wujud sebab aku memang tak bersifat kejiranan.heh.teruknya bunyi kan?tapi itu la hakikat orang kalau balik keje sampai rumah jam 7.00 petang dan wiken duduk memerap dalam rumah.eh.merapu plak dia.ok.berbalik pada kisah birthday party.dengan berbekalkan sedikit kudrat sorang ibu mengandung yang ada anak dua serta seorang suami yang gagah perkasa,aku usahakan jua agar hari ni majlis hari lahir anak anak aku berjalan dengan lancar.alhamdulillah.

menu adalah bihun goreng, kuih karipap dan tembosa yang telah ditempah.Done.
Kek pun siap ditempah.Done.
Tugas aku cuma goreng keropok dan nugget.Done.
Tugas encek ejang cuma sediakan tempat dan buat air.Done.

majlis yang patutnya mula jam 11 pagi bertukar jadi jam 12 tengahari.thanx pada kak na & kak zila yang tolong angkut barang ke depan ye.nak harapkan i sorang memang sampai petang la tak siap siap.heheh.

ok.mari kita teruskan cerita dengan gambar,gambar dan gambar.


rifdi yang memang suka buat kecoh.haih.


azli yang berkongsi birthdate dengan rifdi,upin & ipin, abg robi


haifa dengan tok dan tokki.saat pengasuh sampai baru la aku bleh buat keje.
kalau tak,orang sampai je dia menangis.fuhh.


itu bukan tarian dari rifdi.itu cuma teknik menggaru yang salah depan orang ramai.



birthday cake : chocolate moist





excited masing-masing time potong kek


makan.makann.makannn.


na.nani.kak zila.


after semua dah siap makan.
round pertama.round seterusnya dah takde gambar.haha.


haifa dan gift dari makabah dia


eh.mana haifa?


ibu dan anak-anak-anak-nya


amboi haifa.


okay.rifdi dah teruja sangat tu.
mentang-mentang dapat backhoe ada remote dari makabah dia





  dan gambar di bawah ini :
credit to rifdi.


majlis berlangsung sampai malam.maknanya sape kata tak dapat datang pagi, maka tengahari,petang dan malam bukan alasan la takbleh datang.

tapi malam tu aku,encek ejang dan anak-anak je la yang makan.haha :)
best sebab makan time hujan.syahdu rasa woi.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

morning kiss

kiss untuk semua orang perempuan dan budak budak belum baligh.

wah.semalam pagi pagi dah sibuk kat dapur.kemain lagi sampai kembang kempis hidung aku prepare sikit-sikit untuk mini birthday party seperti yang digembar-gemburkan.sebab kat fesbuk sedang sibuk loading gambar,maka kat sini aku upload la sikit gambar pagi bersama budak masam ni.dia la peneman pagi-pagi aku semalam.sebab dah dapat kaki,maka kena la bagi umpan sikit.

nah.ibu bagi honey star.hehe.




cerita selanjutnya adalah after this.

٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...