Visitor

13.1.12

amazing

sejak dapat tau aku kena bersalin awal 2 minggu dari tarikh sebenar,tetibe dan automatik keje aku jadi banyak kat office.awesome tak?

nampak sangat selama ni orang rilex je taknak bagi keje kat aku.tapi bila tahu aku dah nak bersalin,pandai pulak ada keje banyak.siap tadi kena pergi site pulak sebab nak percepatkan proses keje sebelum cuti.heh.nasib la hari ni semangat dan azamnya lain macam.agaknya sebab tahu kena siapkan keje tu la.jadi pergi site pun takde la rasa tak larat sangat.peh.amazing rasa!

peh.amazing!


amazing race.


ala tomei tomei

eh.dah nak balik.nampaknya sambung isnin depan la eh.tu pun maybe hari terakhir berblogging sebelum cuti bersalin.

amazing!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

12.1.12

9 bulan 7 hari

masih lagi dengan kisah anak-anak dan my third pregnancy.

encek ejang masih lagi dengan jadual waktu keje dan tido yang tak tentu masa.sedar-sedar dengar dia batuk-batuk pulak.ah sudah.jangan la dia demam.kena cepat-cepat carikkan ikhtiar supaya encek suami sentiasa gagah dan perkasa tiap waktu.eh.itu cerita pasal abah.mana kisah anak-anak dan my third pregnancy tadi?..*salah channel*

sebelum abah kepada anak-anak ni batuk,anak-anak dah terlebih dulu terkena virus.mula-mula haifa.lepas tu rifdi.kalau haifa berserta demam selsema.memanjang la waktu tidurnya akan terganggu sebab sejam sekali bangun menangis,merengek.rifdi pulak pantang terjaga nampak takde orang teman kat sebelah mesti nak nangis jugak "ma..ma..tido sini..".sambil tepuk-tepuk sebelah dia.bayangkan aku kena turun naik katil.sakit badan dan segala pinggang kiri kanan.ya Allah.tahankan aje sebab anak-anak punya pasal.

skali haifa dah baik dari demam,rifdi pulak panas badan.tapi rifdi ni versi panas di kala malam tiba.kebetulan nampak iklan Koolfever,dia pun tepuk dahi kata nak jugak.malam tu terus encek ejang pergi beli,sebab nak kurangkan suhu badan selain dari aku lap-lapkan badan dia.pesen rifdi kalau demam,dia mudah muntah.nampak sangat menurun aku.

aku memang tak dapat nak bawak anak-anak ke klinik.stakat ni bagi ubat selsema,batuk dan demam yang sedia ada.kalau masih tak baik lagi,aku nak jugak bawak ke klinik.masa sekarang sangat fit.aku ni pun sebenarnya dah tak larat nak gerak dah tapi kena jugak kuatkan semangat.sakit badan ni menjadi-jadi.tadi pergi klinik,doktor kata gula dalam darah masih tinggi.sebab tak terkawal walaupun aku dah control diet,doktor syorkan aku cucuk insulin.peh.terkena jugak aku.so,bila dah insulin automatikla kena bersalin awal iaitu pada 38 minggu.

38 minggu tu nextweek okay!

so 19hb januari 2012 aka khamis minggu depan,aku dah kena bersalin.paksa!aduh.doakan yang terbaik je la untuk diri sendiri.

so,baki masa yang ada ni aku kena settlekan kerja.selasa tu confirm dah kena ada di kuantan,masuk wad.err..tetibe berdebar.malas nak cakap banyak la.

err..lala.lalalalala.lalalala. : nyanyi lagu twinkle twinkle little star untuk tenangkan hati.


rifdi masa hari pertama panas badan


malam kedua


abang demam dan adik si kaki buli.
boleh ek dia kejar rifdi semata-mata nak tarik koolfever kat dahi?
haih.


muka abang kalau demam memang camni.
layu. T-T


tengok la.
tetap cerdas walaupun hidung bersememeh dengan hingus.




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Petua Memperbanyakkan Susu Badan

Buat teman2 yang kekurangan susu badan, boleh le try petua nih.. sebab ape?? 

[a] Berurut (dengan bidan).


[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.


[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.


[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.


[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.


[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.


[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.


[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.


[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.


Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:


Brokoli
Lobak Merah
Lobak Putih
Seleri
Kobis
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]


Tips agar air susu ibu lancar: Makan kulup daun betik setiap hari.


sumber dari sini


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

11.1.12

Wordless Wednesday #29







٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Panduan Mendidik Anak


PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. 
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Kongsi info: NurulAmir.

sumber : pesbuk


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

9.1.12

latest pic


















haha.best tak layan gambar saje?


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

time is running out

saat awal tahun ni ibarat macam hujung tahun.encek ejang selaku incharge bahagian memang sibuk nak siapkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan penilaian pekerja.memang masa tu fit.tiap-tiap hari tidur jam 5.30 pagi,bangun jam 8.30 pagi.dan sambung pergi keje.lepas tu petang balik awal claim tidur,baru amik aku kat opis dan amik budak-budak.kehkehkeh.

itu kalau hari cuti.kalau hari kerja pulak malam jam 9.30 mula la keluar ke office beliau.siapkan kerja yang tak habis-habis.sekejap office suruh buat manual macam tahun sebelum ni.tapi sekarang semua nak online.office encek ejang mana ada sediakan kemudahan internet!

kesudahannya,bahagian diorang beli broadband.(tanggung sendiri!)
...eh.nak online sistem pulak bukan laju macam nak upload gambar kat pesbuk atau blogging.
kira-kira purata nak buat penilaian ke atas seorang pekerja adalah 1 jam.itu pun kalau sistem masih berfungsi dengan baik.kalau tetibe sedang syok buat,tetibe sistem error.takpun loading berjam-jam.memang rasa nak maki pc yang tak berdosa tu.
kadang-kadang kerjanya sampai jam 1.00 pagi!tu pun belum tentu diap.sabar aje lah.

itu bahagian dia.aku tak bleh campur la.
bahagian aku..ini dia!

menjaga 2 orang kanak-kanak yang sedang membesar dengan penuh kesabaran,ketelitian dan kesusilaan.
walaupun sebenarnya ke semua yang disebutkan di atas tak pernah dapat dilaksanakan dengan baik.

modal aku kalau jaga budak-budak ni,buatla apa yang korang suka tapi jangan gaduh.contoh terbaik adalah sediakan aiskrim homemade dan bagi mereka makannnnn!




mereka memang suka makan.
tapi takbleh kerap makan camni okay!








٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...