Visitor

16.1.12

dupdapdupdap dan checklist

esok dah mula bercuti.hari ni dah kena kemas-kemas barang apa yang patut.
abang dengan kakak hari ni kena tinggal dan tidur kat rumah pengasuh sebab ibu dengan abah dia ada banyak sangat keje perlu disettlekan sebelum cuti panjang.

satu hal sebab malam ni nak kena sambung check darah jam 10 malam.hari tu sampai kena kejut budak-budak ni tidur sebab nak bawak ke klinik.kesian diorang.so,hari ni pikir baik tinggal kat rumah pengasuh je.sebab antara hal lain nak buat ialah nak packing barang, nak settlekan segala kerja berkaitan dan nak kemas rumah!

ohyeah.nampak sangat rumah sebelum ni kelam kabut tak berkemas.ni sebab surirumah nak bercuti,jadi kena clearkan segala kekotoran tu.

oh.paling penting adalah packing barang baby.oih.jangan ingat anak pertama je kena kelam kabut carik barang ape semua.anak yang seterusnya juga perlu standby packing dengan barang-barang.malam tadi last beli barang before balik kuantan.

antara barang dah standby :

1. satu beg baby yang dah standby sepasang baju tidur dan sepasang baju siang baru + baby kit travel + lampin + mittens & booties + baby wipes + baby towel

2. pakaian - tak banyak.aku beli 3 pasang je.yang lain pakai baju abang & kakak sudah.

3. barut - pun pakai yang lama.adabanyak lagi

4. lampin - pun banyak.masih elok lagi.

5. barang penjagaan - baby kit travel dah ada.baby wipes,minyak yu yee,sabun,semua boleh share barang dengan kakak dia lagi.eh,alamak,berus rambut lupa beli!

6. set tidur - beli bantal baru je.serta tikar getah baru.kelambu,tilam,bantal peluk semua cun dan suci lagi.

7. oh.tetibe hari ni tadi beli breast pump.nak try.



beli yang murah aje la.kata pun nak try.ni pun kira encek ejang la yang suruh beli.kalau aku,malas dah.fikir nak pinjam yang orang je.haha.

ok.kepada semua rakan dan pembaca,esok aku dah start cuti.jadi blog pun bakal suram la (kot).jadi,aku mintak mahap la kalau ada terkasar bahasa dan terkasar tuturkata.doakan keselamatan kami anak beranak.

alamak.nervous dah datang.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

makan di Kopiesatu

tetibe petang hari minggu encek ejang ajak makan di Kopiesatu.eh.ini kedai baru dibuka di Jerantut.
memang hebakk la kan sebab jarang sekali encek suami ajak makan di kedai kopitiam.

opening memang best lah sebab dah 6.30 petang baru berjaya siapkan anak-anak dan diri sendiri.

kitorang order macam-macam.memang stok nak melantak habis-habisan lah.padahal hari ni aku kena check darah,buat bsp.selamba ajela.time ni la aku nak melantak.heh.

menu encek ejang : calypso honey, nasi goreng cili padi & sup daging
menu aku : mocha ice blended, nasi goreng kerabu & roti bakar
menu rifdi & haifa : chocolate ice blended, air kotak ribena, mushroom soup, dan french fries

peh.makan dengan sepenuh hati.tu pun berangan lagi nak order burger arnab.heh.


kalau dia dah hadap soup,jangan mimpi la nak mengecek.



feeling lomo jap.


hadap.hadap.

ops.sebelum blah dari sini,meh tengok camne rupa Kopiesatu tu.
ini pun amik dari facebook mereka.hehe ;)





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...