Visitor

20.4.12

tiada tajuk

Hari ni ada taklimat skim kumpulan wang amanah kontraktor di hotel seri malaysia temerloh.

Venue memang menarik la sebab tepi kolam.tapi aku sket pun tak dapat nk fokus sebab asek memikirkan anak suami kt rumah.haihh..since pengasuh pergi umrah ni,segala keje opis tganggu sebab aku tak ambik cuti.konon nak selang seli dengan encek ejang pergi keje.takpun bawak je budak budak ni ke opis.

Tapi kantoi plak dah.2 hari aku tak dapat attend keje sebab kelam kabut.dengan encek ejang demam selsema lepas balik dari kursus.haihh..kesian betul kat diri sendiri.

Lepas tu,cadang nak cuti seminggu je next week tapi encek ejang tak bagi pulak.haihhh..camno ni.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶
< /span>
dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

19.4.12

Skylar Grey - Coming Home Pt II

 

And the blood will dry
Underneath my nails
And the wind will rise up
To fill my sails

So you can doubt
And you can hate
But I know
No matter what it takes

I'm coming home
I'm coming home
Tell the world that I'm coming home
Let the rain
Wash away
All the pain of yesterday
I know my kingdom awaits
And they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming

Still far away
From where I belong
But it's always darkest
Before the dawn

So you can doubt
And you can hate
But I know
No matter what it takes

I'm coming home
I'm coming home
Tell the world that I'm coming home
Let the rain
Wash away
All the pain of yesterday
I know my kingdom awaits
And they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming

I'm coming home
I'm coming home
Tell the world that I'm coming home
Let the rain
Wash away
All the pain of yesterday
I know my kingdom awaits
And they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home



mula jatuh cinta dengan lagu ini.
dan err..fyi, ini adalah lagu iklan Euro.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Tips Menahan Diri Daripada Memarahi Anak Kecil


Ibu bapa pasti ada masanya merasa geram dan hilang sabar dengan kerenah anak kecil yang kadang-kadang menangis, meragam dan sebagainya. Pastinya kita sebagai ibu bapa tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi yang terganggu.
 
Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu diperhalusi setiap perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah kepada kita dan wajib dididik dengan sebaiknya.

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

Anak-anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham kita di akhirat nanti.



sumber : SINI

*dd!sila noted dengan tips ini.*


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

17.4.12

tenda biru

sesiapa yang bosan melampau,bolehla layan video ni.
aku dah pernah tengok zaman aku keje kat gebeng dulu.sampai menangis la aku and the gang dibuatnya.siapa punya keje la kan yang menambahbaikkan lagu ni.




kalau kejang pipi tu jangan salahkan aku!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Life Unexpected


aku mula jatuh cinta dengan cerita ni masa dalam pantang.oh.sungguh awesome pantang kali ni kan sebab 24/7 adalah mengadap tv.eh.bukan ke setiap kali pantang memang keje aku berada di hadapan tv?

dari isnin membawak ke ahad,dari pagi membawak ke petang,hidup aku adalah di hadapan tv.tak kira la aku siapkan anak-anak ke,aku breastfeed anak ke,bertungku,mengepam stok ke,lipat kain ke..sumber utama kekuatan aku time tu adalah tv.kalau mak aku kata tv tu dah panas boleh buat batu tungku dah!

eh.tetibe jauh ceritaku pergi.

berbalik pada Life Unexpected tu.
sebenarnya aku lebih jatuh cinta kepada Krisstoffer Polaha yang memegang watak sebagai abah.abah tu.tapi dia sangat hensem.jenis kalau tengok dia marah pun macam alahaii..sweetnya kamu.

 Nathaniel "Baze" Bazile

orait.kalau ikutkan aku bukanla dapat tengok full series ni sebab mulanya aku cuma ter'tengok lepas tu nampak Baze ni terlalu sweet lepas tu ter'tengok ceritanya macam best je terus aku tunggu next day nak tengok lagi.sudahnya aku tengok sampai habis season 2.

ceritanya bermula dengan Lux,sorang budak perempuan berumur 16 tahun ni nak carik ibu dan ayah kandungnya.dia cuma ada nama ayahnya iaitu Baze dan dia pun akhirnya terjumpa ayah dia kat bar kepunyaan ayah dia.masa mula-mula ayah dia dapat tau Lux ni anak dia,dia terkejut jugak sebab yelah,tak sangka kan.unexpected.lepas tu dia teringat memang dia pernah ter-one night stand dengan schoolmate dia.tapi sekali tu jela sebab lepas tu dua-dua bawak diri.blah gitu je.tu yang abah dia terkejut sebab rupanya dia ada anak.so,Baze ni perkenalkan la Lux ni dengan ibu kandung dia iaitu Cate,seorang DJ terkenal.diorang memang terkejut habih la time tu sebab anaknya ni memang minat gila dengan Cate dan tak sangka plak itu mak dia. dan Cate pulak tak sangka anaknya dah besar godang sebab masa dia lahirkan dulu dia tinggalkan kat orang lain suruh jaga.

lepas tu macam-macam la kisah timbul sebab masing-masing dengan life masing-masing sebab Baze sendiri dah ada awek,Cate pun ada boyfriend,tapi diorang duduk serumah untuk membesarkan Lux yang liar ni bersama-sama.haihh.memang thrill sebab semua cerita tak dijangka.unexpected la katakan.tapi best citer ni.lepas ni ada harapan aku carik dvd original dari season 1 sampai season 3 yang terbaru!

untuk watak Cate ni iaitu mak,pelakon dia adalah Shiri Appleby.kalau dulu sape pernah tengok Roswell (1999) mesti kenal dia ni.masa tu dia sebagai heroin.sekarang dah jadi mak heroin.

 gambar masa muda remaja

Lux pulak adalah Brittany Robertson.dia ni comel sangat tapi rebel.sangat kuat bergaduh dengan mak dia.

comel kan?

tapikan..sebenarnya ada sorang lagi mamat yang buat jiwa muda aku ni cair bila menonton cerita ni.hehehe.

 Landon Liboiron; watak Sam iaitu anak kepada awek Baze.

 tengok muka dia terus rasa jiwa ni jadi muda macam umur baru 13.heh.bleh ek macam tu?


aku tak kira.one day aku akan dapatkan semua dvd cerita ni.
kalau ada yang nak hadiahkan sebagai present birthday tahun ni pun boleh.maka collect la duit dari sekarang.

terima kasih.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

mee campak

balik petang semalam terus berperang kat dapur.
hasya pun lena sangat tidur sementara rifdi dengan haifa duduk berantakan depan tv sambil tengok ultraman.tak pasti pulak aku siapa yang jadi ultraman sape yang jadi raksaksa.

masak lebih kurang.goreng mee je.tu pun main campak-campak.
letak ayam,salad (ganti sawi) dan telur.cukup la tu.kata pun campak-campak.
tapi alhamdulillah,campak pun kenyang jugak perut 3 beranak ni.


budak paling setia menanti nak makan mee.


kakak dan bear.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

16.4.12

Kaedah Merancang Kehamilan

Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut.

Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif
Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron
Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

3. Implan 'Norplant"
Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.




4. Alat Instrauterin (IUD)
Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
  • Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

5. Span (Sponge)
Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

6. Diafram
Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7. Penghalang serviks (Cervital Cap)
Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)
Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)
Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal)
Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization)
Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom
Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)
Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif

Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.



sumber : http://www.mengandung.com/artikel/kaedah-merancang-kehamilan.html

٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

happy meal

encek ejang kena berkursus di Kuala Kubu, Selangor.maka dalam masa 3 hari 2 malam ni,aku terpaksalah jadi ibu dan abah kepada 3 beradik ni.nasib ibu yang gagah perkasa ni mampu melalui hari-hari dengan penuh rasa tanggungjawab.belajar menjadi seorang yang sangat penyabar.cuba menjadi seorang ibu yang tenang jiwa dan raga.aku mampu!eh.tetibe pulak.kau kenapa dd..

dan tak sangka pulak,since kena tinggal ni aku siap boleh memasak dan anak-anak siap boleh nak makan.tu yang paling tak tersangka dek akal tu.ingatkan kalau masak hanya diri sendiri je yang makan,rupanya tidak.walaupun hari sabtu tak kena tinggal lagi,tapi petang tu pun anak-anak dah seronok makan tanpa sebarang aksi paksaan.cayalah budak!

hari sabtu
walaupun lauk sayur bayam dan daging bakar,
diorang tetap berselera.
bagus :)



hari ahad
sup ayam sahaja.






petang ahad
pancake!
dan rifdi makan sampai 2 keping.


senang hati kalau tengok anak-anak berselera makan.
tanpa paksaan.

hehe.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...