Visitor

18.5.12

kegilaan #9 : kasut oh kasut!

nak menangis kalau aku tengok gambar-gambar ni lama-lama.






aku sangat kemaruk kasut okay.sekarang ni kemaruk kasut ni semula.dulu dah pernah ada.hush puppies plak tu.ehem.tapi sebab boleh plak bawak pi site macam la kasut tu beli kat kedai runcit.maka,hancuss sudah kasut tu.tapi itu kulit.

aku cerita pasal kasut ni je ye.
tak payah la nak condemn sangat pasal badan zaman
baru bertunang ni.


sekarang yang aku nak adalah more tu jenis kain yang sangat comfy macam picture atas sekali kaler merah tu.adusss.sangat rasa nak bawak tidur kalau dapat macam tu.

mana mau cari ya?

jangan suggest wondershoe.yang tu jauh banget.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Jumaat penuh barakah

alhamdulillah.hari ni habis lagi dengar tazkirah setiap pagi Jumaat di stor JKR.
biasa,itu memang rutin setiap Jumaat di sini.sebab kalau Jumaat pagi kena bangun awal-awal sebab takut lambat pergi berbaris di stor.nak nyanyi lagu Negaraku dan lagu Pahang.nak angkat ikrar.dan nak dengar ucapan dari big boss dengan cerita-cerita dan berita-berita terkini.

bila habis berbaris,terus masuk dalam dewan untuk dengar tazkirah.seronok walaupun setan bergayut-gayut kat mata.kena la pandai-pandai menepis segala gayutan tu.

lepas siap dengar tazkirah,kami-kami staff perempuan pulak buat rombongan cari kedai makan ramai-ramai.bukan senang dapat makan ramai-ramai macam ni.tu pun bergantung pada berapa ramai yang ada.kalau semua turun dengar tazkirah,banyak la ceritanya.terkena macam tadi,berduet aje la aku dengan cc (ketua pentadbir) makan di kedai.

sampai opis.ini la keje aku setelah lama tak berblog.percayalah.entry this week semua aku pakai auto-post je sebab sekarang ni hidup aku hari-hari ada taklimat,ada mesyuarat dan ada kursus.arini je free.yeahh.macam tengah jualan percuma kat Tangs! aje gayanya.*err..kenapa kau sebut Tangs! ni dd?

series untuk minggu ni aku penat.dah lama takde kerja,bila dapat kerja balik rasa macam ohh..letih.penat.boring.saya nak berblogging!
sampai macam tu sekali kan?.sungguh addicted.

bila sampai rumah terkejar-kejar pulak nak buat kerja rumah.tapi ada masa aku skip je semua kerja.penat jugak badan ni woo.

bila lepak dengan budak-budak baru rasa best.fresh.walaupun kadang-kadang rasa nak 'tenyeh' jugak.

taktau nak melalut apa dah.paling sh*t adalah sebab nampak kecelaruan minda bila cerita tak sama motif dengan gambar.pening.




# girlsssss..


# haifa bermanja dengan rifdi.hahah.


# ini plak kes jumpa cermin.
sebab lama betul tak buat keje cenggini,
maka pagi ni inilah hasilnya.heheh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

17.5.12

chaotic kiddos #3

hari-hari yang makin pening dan serabut.
balik rumah pun asyik nak marah anak je.entah kenapa la aku sekarang ni.dahla kuat bertekak.emosi entah apa-apa la.cuba bertenang dd.

maybe anak-anak dah besar.makin pulak banyak perangai yang super awesome.baru-baru ni tengah syok mandi,tetibe dengar rifdi dengan haifa menangis.haii..dalam kepala aku apehal la bebudak ni.bergaduh ke.cepat je aku siap-siap nak tengok apa jadi.

rupanya haifa dah kena kurung dalam bilik tengah dan rifdi menangis depan pintu bilik aku.haifa punya meraung jangan cerita la,tapi sambil tu dengar jugak dia main lori dia tu.aku pun tanya encek ejang pasal apa ni?

cerita dia macam ni.

rifdi nak air soya.dia keluarkan dari peti dan tunggu encek ejang tuangkan dalam gelas.dia letakkan atas meja.haifa yang tengah sronok main bekas bucket kfc dengan patung buzz (toy story) ni pulak pergi panjat kerusi dan ambik kotak air soya tu dan tuang dalam bucket tadi sampai habis.then,dia celup-celupkan buzz ni dengan jayanya ke dalam air soya tu.
-done

patut la encek ejang marah sangat.sampai tak sempat nak kejar dah andaikata ketiga-tiganya buat hal.eh,hasya pun kena jugak ye buat hal?tak.sebenarnya hasya lebih kepada menangis je.dia tak pandai buat pasal lagi.

biasa la tu.itu baru skejap je aku pergi mandi.cuba kalau dia ganti tempat aku yang kena jaga dari pagi sampai diorang tido malam,hah.merasa la jadi the flash yang kena laju buat segala kerja.hehe.takpe la.itu la dugaan beranak ramai.tu pun kemain lagi ada hati nak menambah lagi.tapi bukan waktu terdekat ye.sabauu.

anak-anak.jangan notty notty ye.





# credit to encek ejang
*tercurik dalam henpon abang.sorry.heheh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

16.5.12

Oh My English!


aku tiap kali keluar iklan Oh My English! kat tv tu memang terkekek-kekek la dengan encek ejang.mana taknya,english yang disebut semua kelakar dan terkena kat diri sendiri.

aku ni nak kata terer sangat bahasa inggeris tak jugak.tapi masa spm alhamdulillah la kredit.ikutkan history dengan bahasa inggeris ni banyak yang haprak dari yang bagus.dulu masa oral untuk pmr,teacher panggil ke depan tanya "favorite fruit".dengan bangganya aku jawab "my favorite food is nasi goreng ayam.".teacher senyap je.bagi soalan kedua pulak."who is your neighbour?".aku pun confuse "err..nervous ke teacher?yes.i am very nervous now."

oh awesome.malu aku dengan my best friends time tu.really shy --".

sesudah kena kutuk setiap masa bahasa inggeris sangat kantoi,hidup aku mengalami anjakan paradigma.masa pmr english aku dapat B.dapat masuk sekolah teknik plak,aku antara yang dirujuk untuk tolong kawan-kawan kalau tak siap homework english.heh.jangan tak percaya.walaupun tak la terer mana kan,tapi aku tak pernah pun kena hukuman yang maha berat masa sekolah dulu.kena baling kasut dari tingkat 3 pastu turun carik balik kasut tu.takpun kena gantung kertas bertulis entah-ape-menda kat leher dan kena masuk semua kelas lain promote muka.atau kena rotan dengan pembaris skala kat buku tangan ni.hah.macam-macam.tapi nasib baik aku tak pernah terkena macam tu.

jauh aku menyimpang. --"

sebab nak belajar bahasa inggeris dengan lebih baik dan lebih tak banyak stress,baik kita layan Oh My English! bermula 20 Mei 2012 ni di Astro TVIQ (channel 610) ye.

jangan lupa pergi ke website ni dan berjanji dengan mereka untuk bercakap bahasa inggeris dengan lebih baik.aku dah janji.lepas ni takde dah la favorite food favorite fruit ni.muahahaha.

good luck semua!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #35


# rifdi and his super naughty cousin, Azeem.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

15.5.12

samseng sangatlah!

pagi tadi,on the way nak ke klinik bawak anak-anak.haifa duduk kat depan.rifdi pulak duduk sebelah aku yang meriba hasya.semua riang la borak-borak,hati senang sekali.

tiba-tiba encek ejang brek mengejut sambil mengelak sesuatu.rifdi yang duduk kat belakang pun boleh terjatuh ke tepi kanan,inikan pulak haifa yang duduk kat depan.

rupanya ada sebijik kereta proton saga keluar dari simpang tak tengok kiri kanan dah.main keluar je.tapi sempat jugak la brek.aku jenguk tengok driver perempuan.siap sengih-sengih lagi macam hape.aku keluarkan tangan kanan aku sambil tunjuk penumbuk.ye.maafan saya la kan kalau terasa hati dengan tindakan tu.

aku mark no plat dia.MAG 7xx. lepas tu aku nampak dia lalu buat muka masam.lantak kau lah.jenis manusia pentingkan diri sendiri keluar simpang tak pandai nak berenti.

okay.cerita tu stop kat situ.aku pun pergi klinik.macam biasa.lepas tu bila dh siap,pergi singgah kedai tapau nasik dan lauk.dan cerita tadi bersambung balik.

masa tengah tunggu encek ejang beli lauk,aku nampak perempuan tu keluar dari kedai makan yang kitorang singgah tu.aku terpandang dia dan tetibe dia patah balik masuk kedai runcit kat sebelah.terus aku syak driver perempuan tadi.aku tengok sekeliling dan nampak kereta dia dengan platnya sekali.pehh..lama aku tunggu perempuan tu keluar.lamalah.sampai encek ejang masuk kereta pun dia still tak keluar lagi.

aku syak mesti perempuan tu takut.sebab tu dia menyorok sebab encek ejang cakap masa kat kedai runcit (dia beli aiskrim kat budak-budak) ada perempuan yang entah menda-menda mintak dengan aci tokei kedai tu.mintak charger la,mintak air la,mintak penampar la..err.tipu je.rupanya dia nak nyorok letewww.

dalam diam aku pun terasa bersalah.memang tu salah perempuan tu tapi aku ni pun samseng sangat kot.aku memang jenis sound on the spot je.tak dapat sound pakai mulut,aku sound pakai tangan.nasib baik aku tak tunjuk kaki keluar tingkap tadi.

aku bukan la samseng sangat.tapi kalau dapat dengar dia mintak maaf ke,angkat tangan ke,sejuk la jugak hati ni.ni takde,setakat sengih-sengih pastu cabut lari macam takde buat salah.

ini bukan kali pertama aku buat kat orang ye.memang dari zaman sekolah lagi.dulu masa kereta abah aku kena langgar dengan driver cina tua (apehal perkauman sangat aku ni?) time kat traffic light,aku jugak yang keluar marahkan driver tu.dia kata kepala dia pening,baru lepas makan ubat darah tinggi.hangin aku sampai aku tanya "dahtu takde otak?dah tau sakit apesal bawak kereta?".abah aku punya la marah aku sampai suruh aku masuk dalam kereta.

kali kedua kena langgar gitu jugak.dengan driver cina tapi muda la kali ni.tempat yang sama.aku dah bukak pintu kereta,abah aku suruh aku duduk diam dalam kereta.tak dapat keluar,aku bukak tingkap hulur kepala dan sound "dah langgar tu bayar la.takkan nak bincang sampai esok?ke nak report polis?".abah aku beria suruh aku diam.sian abah aku dapat anak macam aku.

masa aku pregnantkan haifa dulu kes dengan mat motor ngan couple dia.main keluar simpang macam proton jugak.dia dah salah so dia perlahankan motor.aku plak macam jaki je tunggu dia lalu sambil turunkan tingkap kereta sambil sound apentah.yang aku ingat aku kata tak reti bawak motor ke.lebih kurang gitu la.encek ejang senyap je kalau bab-bab ni.dia selalunya bising time terkena je.paling kuat pun maki sendiri gitu jela.aku je yang lebih-lebih mudah tunjuk samseng depan orang.entah kenapa agaknya dapat perangai gini.

sabo aje la.

jangan dia ikut perangai ganas aku ni sudah.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

14.5.12

The Avengers


rabu lepas.setelah nak marah sekian lama tak dapat tengok wayang akhirnya encek ejang sudi bawakan diri ini ke Star Mall Mentakab.memang semata-mata nak tengok The Avengers.peh.macam budak-budak.

dengan bantuan pembantu peribadi mengenal pasti waktu tayangan,akhirnya aku dan encek ejang sampai tepat pada masa tayangan.

menda pertama aku nak cerita adalah filem ni dulu.kita dulukan dengan cerita baik-baik dulu ye.

THE AVENGERS memang best.tak membazir duit la melabur tengok cerita ni.itu baru tengok yang biasa,kalau tengok 3D aku rasa harus aku jerit kuat-kuat dalam panggung sambil kata "AWESOME!!!".



cerita dia senang.diorang cuma rebutkan kiub Tesseract.pihak jahat namanya Loki iaitu abang kepada Thor.geng baik pulak dah tentu la hero-hero sekalian iaitu Iron Man,Captain America,Hulk,Thor dan HawkEye bersama heroin Black Widow yang didalangi Nick Fury iaitu director S.H.I.E.L.D.

malas nak cerita pasal sinopsis sebab korang boleh baca sendiri kat sini.tapi paling aku suka sebab cerita ni tetap kekalkan pelakon dia kecuali Dr. Bruce Banner / Hulk.tapi karakter paling best memang Hulk la.karakter yang bersahaja dan kelakar.dia memang kelakar la.(sambil tergelak sorang-sorang teringat scene dia datang naik motor masa nak join geng dia berlawan dengan alien.)

dan anda semua patut tahu ye.cerita ni walaupun penuh aksi tapi penuh dengan humor.entah bila filem malaysia nak buat humor macam ni.kebanyakan humor yang dibuat dalam filem adalah sangat bodoh dan nampak saja-saja dibuat humor.benci aku.*tetiba emosi.

dan anda juga perlu tahu,lepas je tengok the Avengers,aku sangat jatuh hati dengan Captain America yang dilakonkan Chris Evans.sampai balik rumah aku bleh tengok pulak dvd Captain America sorang-sorang.lepas tu siap cakap kat encek ejang sebelum tidur,kalau boleh nak mimpikan dia.bleh tak?haha.poyo betul isteri beliau.


muka comot camni pun sanggup je masuk dalam mimpi

ok.itu cerita baik.
ada cerita tak best.

menyampah sangat tahu duduk dalam panggung wayang tu.okay.frankly Star Mall ni baru je buka.paling baru adalah pawagamnya.meh aku cerita satu persatu.

#1. cerita dah berlangsung 20 minit tapi lampu tak tutup. -dimaafkan.

#2. mula-mula masuk tengok kerusi ada geng paria dah duduk.di atas keberanian encek ejang,paria tu berlalu pergi.pindah tempat.

#3. paria tadi berborak macam itu adalah di kawasan perumahan mereka.memula usha,memang tak jalan la sebab gelap gelita.aku pun dah confuse mana satu mereka sebab situasi dan fizikal sama.round kedua encek ejang sound.round ketiga aku pulak sound 'bising la woii'.okay.pastu diam.masuk 15minit kemudian kembali berpasar.memang gampang!

#4. penonton belakang aku masuk.chinese.datang bising-bising bawak bekal makanan macam nak berkenduri.aku sound jugak tapi bahasa tak paham melayu kan.pehh.dah rasist.

#5. penonton sebelah aku pulak datang.kali ni reunion.tengah syok tengok cerita tetibe "lama betul tak jumpa kau.dalam 8 taun jugak.eh..ko blablabla.."..sakit hatiii!!!!!



lepas ni memang kalau tak terpaksa aku taknak dah tengok wayang kat situ.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...