Visitor

1.6.12

Saujana - Sepohon Kayu


Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

**

Walaupun nasyid ni kerap didengari,tapi tak salah kalau aku postkan untuk tujuan sedarkan diri sendiri.



belajar menyedari kekhilafan diri.
banyak lagi yang kurang.

(˘_˘")



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Men In Black 3



aku bukanlah follower Men In Black yang tegar sebab cerita sebelum ni pun aku dah ingat-ingat lupa.

tapi sebab baru-baru ni ada peluang untuk tengok,maka apa lagi.bak Raihan,"gunakan kesempatan yang masih diberi agar ia takkan menyesal..".oh.salah guna lirik.maaf.

berbalik pada cerita Men In Black 3 (MIB 3) tadi.kali ni aku tengok 3D okeh.actually sebab tegar adalah nak kejar masa.tiket 2D dah penuh.nak tunggu next show memang makan masa maghrib la.jadinya kita guna apa yang ada.3D pun 3D la.

Watak MIB kali ni masih lagi dengan Agent J dan Agent K.kolaborasi tak normal yang pada aku tetap best.sorang yang bising gila dan sorang lagi yang nak senyum pun tak reti.


bleh tahan jugak Agent K masa muda.
iras jugak Tommy Lee Jones tu.

cerita dia biasa la.dah tentu pasal memburu alien yang bermaharajalela kat bumi.tapi kali ni watak jahat utama adalah Boris the Animal yang terlepas dari penjara LunarMax yang terletak di bulan.dia diselamatkan oleh awek dia lakonan Nicole Scherzinger yang perghhhh..bergegar kek dan ehem ehem.

so,perjalanan cerita sebenarnya Boris ni nak balas dendam pada orang yang telah tembak tangannya sampai hilang tangan kiri dia iaitu Agent K ni tu la.so cara dia membalas dendam adalah patah balik pada zaman 16 July 1969 tu dengan mesin masa dan bunuh Agent K.

Jadi,sebab rasa tanggungjawab sebagai crime partner,Agent J ni ambik keputusan untuk tolong Agent K.dia pun pergi jugak ke tarikh sebelum Agent K dibunuh untuk betulkan keadaan.

haaa..agak pening tak?cerita MIB kali ni pada aku memang best.maybe sebab pengaruh 3D kot.gila gayat masa Agent J tu terjun bangunan.terasa aku sekali terjun dengan dia.tapi kalau dibandingkan dengan cerita sebelum ni,cerita kali ni kurang aksi.kali ni cuma kena rajin memikir dan flashback.

watak Agent O masa muda sangat cantik.


yang perempuan tu ye.bukan lelaki.


apapun korang mesti tengok.paling mesti adalah dengan bantuan spek 3D.

ohye.iklan sebelum cerita ni adalah Spiderman 3D.gile kau.aku terasa macam aku sendiri yang jumping dari satu bangunan ke satu bangunan lain.memang syoklah.hero pun kiutlah.ekekeke..


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

31.5.12

kegilaan #10 : hati dan kaki yang gembira ツ

semalam agak-agak hampir tengahari tetiba dapat panggilan untuk ke kuantan.sepantas anak arnab aku siap-siapkan segala kerja yang sikit tu dan terus say gudbai pada jerantut.

sampai kuantan memang hebatla hantar segala dokumen-dokumen yang wajib hantar tu.jumpa orang ni.jumpa orang tu.dan tepat pukul 5 petang masing-masing macam tersandar kat kerusi penat ke sana-sini ngalahkan perdana menteri.sampaikan dapat makan roti nan ayam tandoori kat TAJ sebelah ECM tu pun dah rasa macam..ohh..heaven.tu belum lagi bab dapat nescafe ais.lagi la rasa macam...oihhh..awesomeness!

err...sudah-sudahlah tu.over acting sungguh.

disebabkan sempat lagi survey tiket wayang kat ECM,maka terbeli la plak tiket untuk Man In Black 3 : 3D.sempat lagi tu.tu pun sebenarnya sebab dah awal-awal sms cik rock suruh tengok show time.kalau takde dia memang susah la nak plan masa.terima kasih cik rock dan syabas mere behta!

err..pasal MIB 3 aku preview lain kali ye.jangan nangis bersedih pulak.mood aku nak cerita pasal hal gembira yang lain.ewah kau.mengada sangat bunyinya.

ok.masa nak naik ke GSC tu aku bleh plak terlalu depan kedai kasut.ternampak pulak sepasang flat shoe yang agak awesome pada pandangan aku.aku try pastu rasa ngam gila dengan kaki.rasa macam fuhh..memang in!tapi sebab pikir kang tak sempat tengok wayang pastu kalau beli sibuk nak park barang pulak,maka bawak bersabar.lepas tengok wayang nanti kita beli ye sayang.kataku pada kakiku dengan manjanya.

masa aku tengok MIB,boleh ek dalam kepala dok pikir jangan la ada orang sambar plak kasut tu.yela,buatnya tu dah takde stock ke,stock last ke.ishh..jangan.jangan.monolog aku dalam hati.boleh ek tengah tengok cerita action kamen macam tu bermonolog dalaman bagai.hei.kalau ikutkan ada lagi pattern polka dot dan leopard.tapi yang ni betul-betul buat aku jatuh chenta.*angau*.

sudah je abis MIB 3,terus aku pegi kedai kasut tu semula.memula aku tengok kasut takdek.hampir nak histeria.tapi rupanya orang kedai gi alih kedudukan.tak jadi nak histeria kat situ.terus aku panggil nyonya kat situ mintak saiz 7.tak agak-agak besar kaki aku kan?

nasib baik ada saiz.kalau tak aku tibai je amik yang display tu.lantaklah kalau ada orang kaki berkurap dah cuba ke.
bila dapat kasut,hati pun gembira.imagine la apa perasaan aku bila dah setahun lebih tak beli kasut.imagine la.imagine.padahal bukan mahal sangat pun.40 hinggitz je.

tengok kaki yang gembira tu

pasni belasah loafers plak kalau jumpa.


semalam bukan setakat aku gembirakan hati dan kaki sahaja,malah aku gembirakan jugak handphone kesayangan aku tu.yela.nak ganti baru tak dapek.aku belikan baju baru saja.janji aku upgrade!


yang banyak menabur bakti.

gembira betul hati dan kaki aku semalam.
fuh.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

30.5.12

kek milo kukus

tak pasal-pasal dapat nama ni.

asalnya pagi ahad lepas aku nak buat cupcake coklat kukus.yeahh.aku dapat resepi ni dari fatin liyana ko tau.berkobar-kobar nak buat cupcake ni.dah berapa bulan ku tahankan perasaan.last-last pagi tu aku naked nekad nak buat jugak.

tengok bahan,alamak!dua bahan penting aku takde.gula perang dengan koko.camno ni?
bahan lain dah bancuh.maka pendek cerita aku gantikan dengan gula pasir dengan milo.aku kurangkan sukatan gula pasir sebab aku tau gula ni berat dan lebih manis.milo aku guna sukatan yang sama dengan koko.

siap bancuh.maka,aku susunkan cup dalam dulang pengukus dan tuang bancuhan kek.aku guna periuk nasi sebagai pengukus since dalam manual kata boleh mengukus sekali.aku ikut kata buku tu yang suruh letak air untuk kukus sebanyak 3 cup.

round pertama.aku kukus dengan hensemnya.siap mms kakak aku lagi nak tunjuk betapa rajinnya pagi-pagi.


sekali aku bau lain macam.aku jenguk periuk tengok air dah menggelegak sampai ke atas.wohh.dah macam masak nasik.sudahnya kukusan pertama reject.masuk dustbin!

round kedua.aku syak air banyak sangat.sebab tu air sampai ke atas.takpe.cuba lagi.aku kurangkan air kukus pulak.dan kali ni sedang kukus kek sudah jadi macam ni.


ambik kau.kembang tak hengat.time ni baru aku perasan fungsi acuan cupcake yang ada kat rumah mak tu.
budus.nasib baik saya budak baru belajar.-_-"
maka,reject lagi.

round ketiga.sebab dah tahu kek takkan jadi tanpa acuan,maka memikir la aku ini dengan sedalam-dalamnya.nak buat camno lagi ni.balance banyak lagi.pastu tetibe terpikir apesal aku tak letak je dalam bekas taufu fa je (bekas transparent tu).kan ke bekas tu tahan panas.ye.terus terasa diri sangat genius.


dan aku try kukus satu persatu.masa round pertama kukus dalam bekas ni aku still berdebar lagi.jadi ke tak ni?aku tengok je dalam periuk tu.usha sehabis baik.


dalam 15-20 minit,pemetik periuk berbunyi.tap!dan aku keluarkan dengan rasa berdebar.dan ini rupanya hasil yang terjadi.tadaaa!!


maka aku sambung lagi mengukus sebanyak dua kali repeat.


dan bila kau potong kek tu untuk makan,kau akan ketemui isi dalam yang cair dan moist.pehh..


basah-basah gitu.tak sangka aku dapat buat kek yang camni.dan macam biasa,peneman sepanjang aku buat kek la yang jadi tukang rasa.dah macam juri kau.


siap dengan komen sekali.





# haifa cakap "sedapnya..emm"

rajin ke nak cuba?
okay.aku bagi resepi.sila cuba ye.kalau sedap memang kena buat lagi.tapi terus terangla cakap,aku buat 3 bekas tu memang tengah malam tu habis licin.buat bekas gitu memang senang la.amik bekas,amik sudu,hadap tv.memang heaven.


Resepi Kek Milo Kukus
( tak payah pakai mixer pun takpe )


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 cawan milo
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat

Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam bekas. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15-20 minit 




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #37


# kelambu adik hasya hilang.siapa curik?



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

29.5.12

sup cendawan mudah

Aku dapat resepi ni dari member kamceng zaman keje kat gebeng dulu, maslia.dia kata ni la menu selalu dia buat untuk anak dia bawak bekal ke nursery kat kl nun.kira antara menu terpantas dan termudah beliau la.kebetulan anak-anak aku memang suka makan mushroom soup,maka aku pun try jugakla.buat sendiri lagi bagus,takde perasa dan pewarna tiruan.hasil tangan ibu lagi.


Resepi Sup Cendawan Mudah

Bahan :
Isi ayam (dicincang halus)
Cendawan butang (dicincang halus)
Susu segar
Tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
Garam

Cara :
#1. Reneh ayam cincang sampai mendidih
#2. Masukkan cendawan butang yang dicincang tadi.
#3. Tuang susu segar perlahan-lahan dan kacau.Masak hingga mendidih.
#4. Bancuh tepung gandum dengan air dalam bekas berasingan.Tuang bancuhan tepung tersebut dalam sup perlahan-lahan.
#5. Kacau dan isi garam secukup rasa.
#6. Hidang.


kalau sorang-sorang makan memang hadap tak bagi nak kongsi.




aku buat ni rupanya tak cukup,budak-budak ni menambah,nak-nak rifdi.aku dengan encek ejang sampai berkongsi dua.nasibla kan.dah kata nak merasa sebab encek ejang nak gi kenduri rumah jiran lepas tu.aku plak nak hadap lauk ni.bahasa tekak melayu.melayu pahang pulak tu.


pehhh.terasa-rasa lagi tempoyak dia.pehhhh...



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

28.5.12

ahad yang awesome!

menu ahad.

menu 1 :
breakfast - makan petang - supper : kek Milo kukus.

resepi aku bagi next time.





menu 2 :
lunch sambal sotong, masak lemak kobis, tempe goreng dan ikan kering.

silap betul.tak sempat amik gambar.
encek ejang dah ajak makan.hehe :)


menu 3 :
dinner : spageti

tahap dah malas.masak apa yang ada.
menu pun next time jugaklah!



budak-budak sangat enjoy dengan semua menu.
err..
perasan tak asyik haifa je yang hadap semua menu aku?



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

bubur jagung

jangan marah kalau post ini dan selepas-selepas ini adalah berkaitan makanan.

kisah jumaat baru ni.ada member dari cameron highland datang bagi jagung.sebab dah malas asyik-asyik makan jagung rebus,maka encek ejang cadangkan supaya aku buat bubur jagung.so,petang jumaat balik kerja terus carik barang berkaitan.alah,bukan susah sangat barangnya pun.tapi sebab nak beli stock weekend.gitulah.

so,petang sabtu akhirnya jagung berjaya jadi bubur.heh.apa ko ingat nasik je bleh jadi bubur?

Resepi Bubur Jagung

Bahan :

6 biji jagung ( isi dihiris-hiris )
3 keping gula kabung ( dipatah-patahkan isinya )
1 kotak santan
1 daun pandan

Cara :

#1. Rebus dulu isi jagung tu sampai menggelegak.
#2. Masukkan semua gula kabung.Kacau sampai pekat.
#3. Masukkan daun pandan.
#4. Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau sampai masak.
#5. Agak-agak jagung dah empuk boleh la tutup api.
#6. Hidang seperti gambar di bawah.

Tadaaa!!!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...