Visitor

7.6.12

homesweethome #4

lama dah nak update pasal rumah.tapi banyak sangat topik lain yang sibuk nak post.cih.

sebab dah serah kunci,kali ni lawatan ke rumah adalah untuk sesi ukur-mengukur.kali ni sebab nak pasang grill.

nak tunjuk pintu dan tingkap yang perlu di-grill-kan.
tapi rupanya ada model sedang ber'catwalk.

catwalk sambil pegang senapang.ganaz kau!


so setelah keje ukur-mengukur settle,kerja memikir design pulak melanda.aku nakkan yang simple.begitu juga encek ejang.so dia la yang lukiskan apa yang dia nak pasal grill.

nasib baik aku puas ati.

tekun sungguh

close-up

tu dia.


tapi nak buat ni kena bayar deposit dulu.itu yang dok pikiaq nak carik mana modal nih?
haihhhh...



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6.6.12

perkara penting yang tak boleh tak ada ketika keluar rumah

kerja sangat banyak.kebetulan pulak tinggal hari esok je hari bekerja.jumaat cuti sebab nak pegi miauu.ye.aku nak cabut ke kuching untuk majlis akad nikah adik terpoyo di dunia.

sekarang ni aku betul-betul tertekan sebab since petang semalam aku dapat kerja secara lump sum.semua nak kena settle.dengan masalah figure yang taktau datang dari mana,dengan pertama kali jumpa borang yang tak pernah aku jumpa selama 6 taun duduk kat jabatan ni.oohh.sangat rasa ohsem.

sebab stress terus tangan pergi klik ke new post.terus rasa nak merepek di sini.

tengok.tiba-tiba terpanjang pulak merepeknya.padahal tajuk dah terang-terang nak cerita pasal menda lain.dahla tajuk panjang gila kali ni.entah nape?.*jawapannya : sungguh stress*

ini adalah perkara-perkara yang paling penting setiap kali aku keluar dari rumah selain dari henpon yang setia dan wallet.


# bedak compact Maybelline
# Lip balm Mentholetum
# Lipstick Avon (tongtong ngan member)
# Perfume rm8 beli ngan opismet (tanpa alkohol itu yang penting)
# Jam tangan kesayangan
# Gelang yang pelbagai gaya (ini one of collection)


ini adalah perkara penting yang kena pakai.
tapi kadang-kadang missed jugak terutamanya bedak dan lipstik.
nasib baik muka natural beauty kan?haha.perempuan stress!



#entah apa motif aku buat camni hari ni.memang stress!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #38


# kuching.
wait for me!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5.6.12

Ahdan - Permaisuriku ( OST Jangan Ambil Padang Kami )


Kau yang ku selalu ku puja
Yang selalu ku damba
Di dalam hatiku di dalam jiwaku
Kau begitu indah tak pernah ku sangka
Hadirnya dirimu merubah hidupku
Begitu memikat kau mampu hapuskan
Pesona dirimu didalam benakku
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuatku bahagia

Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Kau sang belahan jiwa
Yang telah ku nantikan sepanjang hidupku
Kau luruhkan aku hangatmu terasa
Bagaikan sang suria terangi diriku warnai hidupku
Selalu ku harap kita kan bersama
Ku genggam tanganmu hingga akhir waktu
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau permaisuriku pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Kaulah permaisuriku pujaan ku selalu
Berikan senyumanmu yang terindah
Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana


kalau dengar lagu ni aku lebih teringatkan mereka terutamanya
Beto Kusyairi berbanding penyanyi asal.


ahdan salleh aka kodan raja lawak 6



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4.6.12

kakak untuk tempahan

kakak saya sangat multitask.*tiba-tiba skema taktau nape?*

dia berkebolehan untuk buat bermacam-macam kerja.kalau aku bukak cerita pasal dia kat member/opismet atau sesape je,mesti semua macam confius.

eh,kakak kau yang ada butik pengantin tu ke?
atau
kakak kau yang mengandam tu ke?
atau
kakak kau yang pandai buat kek tu ke?
atau
kakak kau yang memasak kat kantin tu ke?
atau
kakak kau yang kerja kontraktor tu ke?


*sila potong mana yang tidak berkenaan.


sebenarnya kakak aku hanya dia sorang je.nama dia Haslina tapi panggil ajela eenaa.*ejaan memang takbleh blah ye kakak.

kak eenaa kerja di butik mak saudara suami dia,makcu di Pekan,Pahang.masa aku kawen dulu aku sewa barang kat butik dia la.

aku kawen taun 2008.
so time ni dah rasa style lah!

so,kerja kakak aku adalah pasang pelamin,meja makan dan bilik pengantin.
nak tengok selanjutnya korang boleh tengok di blog beliau.

selain dari memasang segala yang berkaitan perkahwinan,dia turut berbakat dalam andaman.



kakak juga berkebolehan membuat hantaran dan gubahan bunga telur.

cukur jambul haifa (copyright)

hantaran untuk encek ejang (copyright)

selain dari berkaitan dengan alam perkahwinan,kakak juga terer bab memasak.
selain terer memasak di dapur rumah,beliau turut terer membuat coklat bar untuk tempahan.


sampai penuh peti!

dia ambik tempahan kuih raya jugak!



tart buah


tart nenas

dia jugak berkebolehan buat kek.kek yang selama ni aku asek upload tu semua hasil tangan dia.bukan hasil tangan aku.aku cuma tukang makan je.yang ni pun dia ambik tempahan!



the cupcakes!



the cakes!


dan juga kek untuk kawen.


sesiapa berminat nak order terutama mereka di bahagian Kuantan-Pekan-Rompin,boleh PM beliau di :

# Facebook : EenaaHaslina Jaafar
# Hp : 012-9537341

ohye.pasal kerja di kantin tu memang sebelum ni dia memasak di kantin sekolah tapi dah habis tempoh.pasal kontraktor memang jugak,dia tolong abah aku sometime bila dia ada masa.gitulah ceritanya.

err..sebab tu la agaknya kakak aku kurus berbanding aku.dia sangat aktif bekerja.bukan macam aku.sangat aktif jari jemari depan pc.hebatkan?




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

request

duduk di rumah tanpa sebarang tugas di rumah memang awesome.
tapi aku ni seorang isteri dan ibu.kalau takde tugas tu maknanya memang huduh sangat perangai.

tugas paling penting dah tentu memasak.walaupun masak tak hebat macam dalam masterchef,tapi masakan tetap laku di perut suami dan anak-anak.sebab tu la malam tadi sampai kena carik gas sebab gas habis masa merebus daging.dah satu kerja kena carik kedai runcit malam-malam hari.tu pun sampai terpaksa lalu dekat kuil yang meriah gila sebab orang Hindu ada upacara sembahyang.gila.sampai jammed jalan ke kedai tu.punya la menderita sepanjang perjalanan.satu keluarga pulak tu keluar carik gas!

sebab menderita terlampau lama tu la encek ejang kata malam ni kita bungkus char kuey tiow ajela.
tak sangka pulak aku menderita sampai ke hari ni sebab TERmakan udang dan kerang.ye,TER.ulang suara.
tangan aku kembali gatal dan hidung aku tersumbat.adoyaiii..

spagethi goreng ala melayu

pagi-pagi ahad rifdi mintak mee.
"ibu..abang nak mee".
ah sudah.mee mana ada.spagheti ada la.so,pagi tu aku buatkan la spagethi goreng untuk dia.nasib dia makan jugak.tu pun aku main campak je sebab cili kering dah abis.pakai apa yang ada je.hehe.

kira aku masak spagethi melayu la sebab aku tumbuk bawang letak belacan.haaa..melayu abis.


kalau abahnya pulak asal masuk petang,konpem request cekodok bilis.
kadang-kadang dia tak request pun aku dah buat dulu.paham sangat perut suami.
anak-anak pun sama jugak,dah jadi favorite pulak ye.
sos untuk ibu dan anak sama je,mayonis + sos cili.abah dia sos lain,sos pedas.

kalau air,memang semua suka kopi.kau jangan tanya siapa yang mempengaruhi mereka.
(˘_˘")



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...