Visitor

30.6.12

weekend #5 : ohhhh man!

berada di rumah mak memanglah one of activities yang paling menyihatkan terutama untuk perut chumel ini.kalau ada kak eenaa dah tentu ada cakes.kalau ada emak dah tentu lauk yang enak dan lain dari rutin lauk di rumah sendiri.

kali ni aku cuti lama sikit.biasa cuti weekend aje.kali ni aku dah cecah tangga rumah mak malam jumaat baru ni.encek ejang tinggalkan aku dan anak-anak dekat mak sebab dia ada lawatan ke Kenyir dengan departmen Woksyop beliau.sampai hari Isnin aku amik cuti tau.so,kena tinggal la ni.wuwuwuwu..err.dah macam siri membalas dendam pulak ye.aritu aku tinggalkan masa pegi Kuching.

tapi hari ni mak abah pergi mesyuarat.kak eenaa plak ada keje,memasak tolong kawan dia.aku la yang mengasuh segala anak kat rumah ni..

ingatkan lari kat rumah ada orang bleh tolong jaga.rupanya aku plak jadi jaga!..ohhhh man!







٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

29.6.12

Kegilaan #12 : kasut

menggila betul bab kasut.

baru-baru ni masa pergi Kota Kemuning untuk lawatan jabatan dari Pahang ke KCC,kitorang ditempatkan di Hotel Ancasa,betul-betul belakang Puduraya.

esoknya lepas lawatan terus ke Jalan Masjid India dan terus ke Jalan TAR.memang hebat aku shopping macam ada 40 ekor setan dalam badan.astaghafirullah..

*correction buat rock.
aku telah menghabiskan RM145.00 untuk membeli sepasang baju kurung,sehelai blouse,pashmina yang entah berapa banyak aku beli (dah nama pun kegilaan) dan sepasang kasut ini juga!

rm20 aje punnn..


tak paham kenapa kasut mesti masuk list membeli belah kali ni.padahal handbag yang aku pakai tu dah macam terpekik terlolong suruh beli baru.beg pink tu dah rasa ajalnya dah nak sampai sangat.tapi aku abaikan beg tu.aku beli jugak kasut.

sudahnya masa aku amik wudhu' kat surau Genting Sempah,beg aku tu putus terus.total lost.takbleh repair.
sedih pulak rasa masa buang dia dalam dustbin rumah.

kasut punya pasal kan?



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

28.6.12

kegilaan #11 : the Bracelet

aku dari zaman sekolah lagi memang gila gelang.pergi sekolah pun aku pakai gelang.alah,masa tu kan ke gelang hitam sangat in.tapi bagi aku bukan masa tu je,sampai bila-bila pun in.

zaman dulu lebih in bila aku suka gila dengan gelang bijik bijik atau kata lain gelang tok sami buddha tu.aku ada gelang tu pelbagai saiz.selain dari minat suka membeli,aku juga suka menghasilkan gelang.jangan pelik la kalau aku suka pergi kedai barang menjahit dan beli benang kasar bergetah tu dan beli manik dan beads *errr..bukan sama ke?* dan jugak pergi beli bijik-bijik tu kat kedai yang jual getah/klip rambut tu.

sebab tu aku sangat banyak koleksi gelang.bila dah keje dan dah pindah daerah ni,segala gelang tu dah hilang sedikit demi sedikit.sebab hilang aku pun taktau camne.ada pencopet kot.

dan sekarang ni,aku dah kembali menyimpan segala bracelet aku dengan baik.macam-macam jenis ada.eh.bracelet emas mak aku bagi pun ada tapi aku simpan tempat lain.aku tak pakai punnn..

antara gelang yang masih ada dan aktif

favorite.beli di kedai india.

ramai yang sangka gelang ni datang dari Bandung/Beijing.
padahal Mydin Kuantan mari.

dan ini adalah yang terkini,

sarawak mari!




# nextweek birthday i.macam saje bagi hint ajekan?


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Kuching Part 5 : im coming home!

lastday!

jam 3.30am dah bersiap-siap nak ke Kuching International Airport.flight ke Kuala Lumpur jam 6.05am.
bayangkan hasya yang sangat tired dan sleepy tu kena angkut pagi tu.


kesian anak kecik aku tu.wuwuwu..

dan setelah puas menunggu flight sejak pagi buto,finally..

selamat tinggal kuching.selamat tinggal serawak.
i'll be missing u!..muahhhh!
*drama pagi hari*

matahari baru nak muncul.


abah request suruh amikkan gambar.
kemain abah ni.hehe.


credit to abah.
hasya tido lena kali ni.sampai kl pun masih lagi lena.


8.00am.
WELCOME BACK DUDE!

eh.
mana satu dd?mana satu eenaa?

the Sister


sampai lcct,terus mak-mak sedara call anak-anak yang berada around kl suruh kutip kami-kami ni.kali ni bergegas pulak ke Putrajaya.nak baik bas ke Kuantan pulak.so,bila the cousins sampai,terus la ke sana dan having our breakfast.lapar gile!

bas gerak pukul 11am.dan paling best,bas 2 tingkat tu macam reserved untuk kitorang satu family tu je.

tunggu bas baru bangun.
tu pun sebab u'uk.comel perangainya kan?

transnasional putrajaya - kuantan

dah sampai pekeliling baru ada orang lain naik.hahah.


dan bila dah sampai sini,maka berakhirlah kisah kami di Kuching.
takde sambungan dah ye.haha.

insyaAllah.coming soon kita jumpa lagi ye Kuching!


sekali lagi.hahah!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

27.6.12

Kuching Part 4 : the Pasar & the Cakes

sambungan lagi tanpa perasaan boring!

hari ketiga di Kuching.so,planning hari ni adalah shopping ke Pasar Satok.
aku beli key-chain dan magnetic freezer untuk kawan-kawan.dan untuk anak-anak serta bapak yang ditinggalkan,ada t-shirt dan baju untuk kalian.

penat bershopping berhenti di restoran halal nak try mee kolok dan laksa sarawak pulak.kenyang gile.full perut comel aku ni.

sedap melentok anak dara aku ni.

haipppp!


lepas shopping sampai lebam di Pasar Satok,kami naik teksi ke Water Front.
kitorang naik bot pulak ke Kg. Gersik untuk pergi kilang kek lapis Sarawak.

kurang sopan punya budak

dipelukan

sibuk amik gambar rupanya dah sampai.skejap je.pffttt..

dan kita ke kedai kek lapis ye.tak jadi nak ke kilang sebab masing-masing dah macam belacan basi.eh.ada ye?

sampai seberang

rombongan kak eenaa

ni rombongan pak jakpar

itu sarawak river cruise.nak naik ni kena standby duit banyak sket.

dari seberang sana ke seberang sini cuma 50sen je tambangnya ye :)

pilih kak.pilih kek tu bebanyak.


ini bukan kek ye.ni burger.kehkeh.

ini baru betul kek!

bestnya rilex


siap shopping sampai rumah semua pengsan buat kali ke seterusnya.
malam tu plak ada jemputan dinner di rumah Dato' (pak sedara aiza).pehh..rumahnya ada sebijik Mini Cooper yang dah berabuk okay.yang lain adalah kereta model Lamborghini.
jadi sila bayangkan berapa besar sudut rumah.sampai aku tak sanggup cari hasya yang ada pada abah aku.takut sesat dalam rumah tu.auwwww..



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #41


#hampir terlupa.
hahaha!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...