Visitor

10.8.12

Zakat Fitrah

Berkata Ibnu Abbas r.a :



فرض رسول الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث وطعمة للمساكين

Seorang ulama’,Waki’ bin al-Jarrah menyatakan :” kedudukan zakat fitrah dinisbahkan kepada bulan Ramadhan seumpama kedudukan sujud sahwi dinisbahkan kepada solat dimana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat”.




Hadits shahih yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu, ia berkata :

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewajibkan zakat fitrah bagi orang merdeka & hamba sahaya, laki-laki & perempuan, anak-anak & orang dewasa dari kaum muslimin. Beliau memerintahkan agar (zakat fituah tersebut) ditunaikan sebelum orang-orang melakukan shalat ‘Id (hari Raya) “  (Muttafaq ‘Alaih).



Zakat Fitrah
Zakat ini di fardhukan pada tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardhukan puasa. Di fardhukan ke atas setiap individu muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Firman Allah Ta’ala :
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).                                                                                     (Surah Al-A’la Ayat 14)

Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
 a) Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hariraya.
b) Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal
c) Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup hingga selepasnya.
d) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
e) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Waktu Afdhal/Sunat      :  Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya
Waktu Wajib                 :  Selepas terbenam matahari malam Aidilfitri sehingga terbit matahari esoknya               
Waktu Harus                 :  Sejak Awal Ramadhan
Waktu Makruh : Selepas Sembahyang Sunat Hari raya sehingga terbenam  matahari 1 Syawal
Waktu Haram            :  Selepas terbenam matahari 1 Syawal
Orang Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
Firman Allah Ta’ala :
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ
وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ 
Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang – orang fakir dan orang-orang miskin dan a’mil-a’mil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah amat mengetahui lagi amat bijaksana.(Surah At-Taubah Ayat 60)
Ada Lapan Asnaf :
1)  Orang Fakir  :
          
         Ialah orang yang tidak ada harta benda untuk keperluan hidupnya sehari-hari, tidak sanggup bekerja, tak mampu berusaha dan malu untuk meminta-minta.
2)  Orang Miskin :
Ialah orang yang boleh bekerja dan berusaha tetapi tidak mencukupi keperluan hidupnya sehari-hari.
3)  ‘Amil (pemungut zakat) :
Orang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memungut zakat.
4)  Muallaf  :
            Orang yang baru memeluk Agama Islam.
5)  Hamba  :
            Terbahagi kepada tiga :
            1)  Hamba Qin (hamba semata)
2) Hamba Mudabbar (hamba yang kemerdekaannya bergantung kepada mati tuannya).
3)  Hamba Mukattab (kemerdekaan dirinya bergantung kepada syarat-syarat yang diberikan oleh tuannya).
Sebagaimana keterangan Imam Syafie, hamba mukattablah yang layak menerima zakat.

6)  Orang Yang Berhutang Banyak :
Iaitu tanggungan hutang untuk kemaslahatan diri dan keluarganya ataupun kemaslahatan umat Islam bila hutangnya itu telah melebihi dari harta kekayaannya.       
7)  Sabilillah :
Orang yang berjuang di jalan Allah
            
8)  Ibnu Sabil
Orang yang dalam perjalanan jauh untuk menyempurnakan tuntutan Agama Islam kemudian kehabisan belanja atau biayanya.
Rujukan Kitab :
1) Kitab Tuntunan Ibadah
2) Kitab Fiqh Mazhab Syafie
3) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
4) Fiqh & Perundangan Islam
5) Jami’ul Fiqh Juzu’ 3
6) Fiqh  A’la Mazahib Arba’ah Juzu’ Awal.


rujukan : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/fitrah.htm





alhamdulillah.
5 orang tahun ni.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

9.8.12

new face of nuffnang

hey!
nuffnang dah berwajah baru u olls!!


serius beb.warna dia cantik.teruja aku meng'klik sana-sini.ibarat nak bershopping online terujanya mak ni nokks.

jadi klik email sendiri pulak.


terus sampai sini.kaji serba sedikit.update apa yang perlu.klik itu ini lagi.*dengan gaya budak teruja*


mari kita klik earnings pulak.mana tau dah sampai 5 juta ke.ahak.ahak.*buat lawak bodos*

dan sendiri terkejut sampai terlentang jatuh ke belakang.


wah wah wah.bergerak kau duit!tak caya aku sampai pergi panggil boss suruh lempangkan pipi gebu ni.okay,fine.saya memang pentipu.

alhamdulillah.walau tak sebanyak 5 juta seperti yang diharapkan,tapi terasa sangat dihargai bila tengok dah sampai tahap puluh ni.

dan klik lagi untuk tengok apa yang diorang carik dalam blog aku ni.dan aku jumpa ini.
golak bosar den!

search untuk hari ini.


*rifdi budak simpang*


HAHAHAHAHAHAHA.gelihati aku.






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

weekend #6 : shopping baju raya

weekend baru ni kitorang balik kuantan.hoyeh!
lama gila tak balik dan ini adalah pertama kali puasa di rumah mak untuk tahun 1433 Hijrah.well done!

keterujaan lebih lagi sebab mak dan abah baru balik dari ibadah Umrah.alhamdulillah.selamat sampai bersama kurma-kurma,air zamzam,kismis-kismis,kacang-kacang dan buah tangan untuk anak cucu beliau.

sebab dah ada kat kuantan,maka selaku mak bapak kepada 3 anak ni bertekad nak pergi shopping baju waye untuk mereka.okay.entah kenapa poyo nak jadi remaja gedik dengan mengeja raya sebegitu.

tak mengendahkan risiko kepenatan dan kelaparan akibat shopping,kami terus bawak khadam yakni adik kepada encek ejang untuk membantu menjaga anak-anak yang sangat sopan ketika berada di khalayak ramai tu.
itu memang tugas beliau.maknanya cukup satu sorang bawak budak kecik.sangat fair.


Lokasi pertama : The Store.Kuantan Parade.
parking jangan cerita.tahap sampai wujud guard-traffic sebab ada mangkuk-mangkuk yang parking ikut suka dan kacau traffic pengguna lain.idiot.nasib baik encek ejang bawak Viva ayah beliau.maka senangla aktiviti mencilok dan mendrift dalam tu.waaa.sila kagum.bila dapat parking,masuk dalam The Store tu rasa macam eh.esok ke raya?series ramai.tapi pada aku yang tu aku bleh blah lagi.tapi bila tengok kaunter yang 2-3 kerat je bukak,dengan kadar masing-masing queue tak tau mana orang last berdiri,terus encek ejang ajak keluar.kita carik tempat lain dan sila decide dalam kereta.

Lokasi kedua : Parkson.Berjaya Megamall.
masih crowded.tapi kaunter taklah macam kat the Store tadi.berbekalkan troli barang yang kitorang ambik dekat pasaraya basah (?) dekat ground floor tadi,maka senangla kerja khadam.angkut rifdi dan haifa dalam troli dan tolak.terus pergi ke bahagian kanak-kanak.mana yang berkenan terus kitorang sambar.

last port stop kat Garfield.dah malas sangat dah maka aku hentam semua baju brand Garfield.hasya je yang beli Baby Kiko.skirt haifa pulak aku terpaksa carik kat Kiko sebab tempat lain punya skirt gila punya design.macam nak suruh anak aku jadi dancer!

dan ini saja hasil shoppingnya.

semua

tengok.semua Garfield.
*stok dah malas nak berjalan mencari*

skirt kiko dan baby kiko untuk anak perempuan

eh.jubah dari Mekah pemberian atok mak pun ada.
comel jubah haifa,ada hooded sekali.


itupun banyak jugak yang tak beli tu sebab banyak barang yang elok lagi.jeans rifdi yang taun lepas pun fix lagi.lepas tu pulak kakak aku bagi dia Gap jeans.lagi la tak payah beli dah.

itupun dah hampir rm300 kat situ.next time sambung pulak.
misi lepas ni nak carik selipar haifa.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

8.8.12

Masak lemak pucuk paku

lastweek ada aku upload gambar juadah berbuka dalam fb.
masa tu aku buat masak lemak pucuk paku, lempung goreng berlada, telur masin dan ayam goreng.

cerita saje pun dah meleleh air liur kalau teringat. ^ -,^" slurpp.slurrpp..

lepas dari tu aku terjumpa plak pesanan dari Ustaz Azhar Idrus.dia pesan,jangan upload gambar makanan siang hari.kalau meleleh air liur orang yang tengok tu dah jatuh hukum makruh.

terus sentap kejap.lepas tu rasa nak pesan kat kawan-kawan,kalau aku upload jangan meleleh air liur ye.err..boleh gitu?

disebabkan itu,ada sahabat yang hantar mesej nakkan resepi.katanya nampak sedap.eceh.eceh.untuk tidak menghampakan perasaan beliau,mari aku sharekan resepi kat sini.

pesanan untuk hari ni pulak : jangan meleleh air liur lagi.ikhlas punya pesanan ni.

dah bersedia?
mari bergembira. (motif?)




Bahan A

1. Seikat pucuk paku (daun siap dipetik dan batang yang empuk turut diambil) - asingkan
2. Santan
3. Serbuk kunyit
4. Sebatang serai yang diketuk
5. Garam

Bahan B

1. Segenggan bilis
2. 2 biji bawang merah
3. 2 biji bawang putih
4. 6 biji lada kecil

Mari memasak

1. Bahan B ditumbuk sekali.
2. Tuang santan ke dalam periuk.Tambah air jika perlu.Jangan buka api dapur lagi time ni.
3. Letak bahagian batang pucuk paku yang diasingkan dulu tadi dengan bahan B.Baru buka api gas.
4. Kacau dan jangan skip kacau.Kena kacau sentiasa.
5. Agak-agak batang pucuk paku tu dah empuk,masukkan serai diikuti daun pucuk paku.
6. Masukkan serbuk kunyit mengikut kehendak dan keperluan warna.Masukkan garam.Kacau.
7. Siap dahhh!!





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Wordless Wednesday #47




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

7.8.12

Untuk Dia

kelakar.aku tak pernah sukakan najwa latip.
pernah aku tulis pasal dia kat sini,tapi tak ku sangka pulak dia jadi artis lepas tu dan terus aku tak pernah bagi pujian lagi.

maafkan saya.
walaupun hari ni aku upload lagu Untuk Dia nyanyian dia dengan Sleeq,tapi bukan bermakna aku suka dia.aku suka nyanyi depan haifa je sebab setiap kali aku nyanyi chorus dia "untuk dia", haifa suka sangat.
dia ingat aku nyanyi "untuk dhiya".lepas tu dia follow "untuk aya (kak ya)".


sorry la ye najwa latip dan peminat.saya tetap tak minat dia.



ada abang aaron aziz.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...