Visitor

17.8.12

Salam Perantauan

cukuplah membuat perangai huduh tu di fesbuk.perasan sangat gayanya.dah tu.nampak sangat teringin.ehh..sape tak teringin nak pergi oversea kennn..



Puan DdJaafar shared her own photo.















*edited*

Salam Ramadhan dari perantauan.ehehehehek.

Kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada seluruh ahli keluarga terutama mak,ayah,mak dan abah yang berada di Kuantan, adik beradik yang ada di merata tempat, sepupu sepapat, mak sedara dan ayah sedara, anak-anak sedara, bekas-bekas awek, bekas-bekas pakwe, bekas-bekas skandal, member-member dari zaman tadika, member SK Permatang
Badak, SK Batu Lapan, SM Paya Besar, SM Tg.Panglima Perang Tg Muhammad, SM Teknik Muadzam Shah, member2 Polisas, member2 PSDC, member2 tempat keje lama, Toyota, Mieco, PPSC, dan juga kepada sahabat yang berada jauh dan dekat.

Tak lupa juga sahabat-sahabat di fesbuk,twitter & blog.

Maaf Zahir Batin kepada semua.

Ikhlas dari :
Azman Ejang sekeluarga.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir Batin buat semua
dan selamat balik kampung!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

16.8.12

Shopping raya lagi!

Petang selasa baru ni mesyuarat di Kuantan.budget mesyuarat siap 3.30 petang maka sempatlah berbuka di rumah.tapi silap.ku sangkakan panas berpanjangan,rupanya banjir kilat di tengahari.kita merancang Tuhan yang menentukan.kereta jabatan yang aku naik tu accident.tercium bontot Wish.aihh..sebab dah jadi bubur kacang,maka kena la duduk kat balai selama mana yang boleh sampai kes selesai.

serius punya duduk kat balai.berlemuih.

pukul 6 baru siap semua.dan aku berbuka di Maran.sudahnya sampai rumah hampir jam 10 malam.
itu kisah hari selasa.

semalam.dah tentu la lepas selasa hari rabu ye dik.encek ejang ada kerja di bangsar south dan juga area PJ.sebab gedik nak ikut juga,maka bawaklah diri ini bersamanya mengekori macam la aku takde keje.padahal pagi ada mesyuarat.aku bagi alasan nak ke kl walhal boss pun taktau apa sebab aku nak ke kl.

perjalanan agak redup.hujan kat kl.so,trafik tak bagus sangatla.sampai driver jabatan marah sangat sebab asyik pakai gear 1,2 dan 3 je.rindu dah nak guna gear 5 katanya.haih cik samrah.lempang nakkk?nakk?..haihh.haihhh.

dalam jam 3.30 petang,kerja encek ejang settle.yippie!boleh go shopping.so,tempat taruhan adalah Sogo.wonder why encek ejang mintak ke sana.dia taktau ke kat sana sesak dan padat?..

dan di Sogo actually menda penting nak beli adalah selipar raya untuk anak-anak.untuk rifdi dan haifa dapatla.memang cutting takbleh lari dari style crocs.diorang berdua memang taknak selipar lain.beli pesen lain memang akan terasa sesalannya nanti .-_-".

untuk aku konon nak jugak carik blouse untuk dipadankan dengan skirt untuk raya kedua nanti.tapi hampeh.walaupun tulis 50%-80%,tapi baju yang diidamkan bentuk rupa macam dalam kepala memang tak wujud.kalau wujud pun aku sekadar telan air coke liur sebab harga wowwww..dah ada potongan still rm60 and above.handbag pun macam tu.sudahnya sedar diri tak mampu,maka singgah sebentar di Bodyshop lah.apakata belanja diri sendiri dengan perfume paling termampu dalam wallet hari ni.maka,diri sendiri beli White Musk Libertine yang baunya auwwww..suami cakap manis.ehek.ehek.opss.puasa.puasa.

menyampah dengan keadaan yang bersesak-sesak di situ,maka ajak angkatan bala tentera gerak balik.hujan kemain lagi dah ni.kira-kira jam pun dah pukul 5.dalam kepala hotak aku dok pikir mana la nak berenti berbuka ni.mata asek baca nama kedai makan je.perut pun dah kemain lagi berlumba-lumba berbunyi antara kami.dengan jammed Ya Rabbi.agaknya orang KL ni berbuka puasa dalam kereta aje kot!

sesak lagi menyesakkan

berkenan aku tengok kren jenis ni.
canggih.

plain gila dah muka time ni.penat.

last port adalah WangsaWalk.tapi takla makan kat restaurant dalam tu.kitorang berbuka puasa kat kedai mapley yang mana turun je dari kereta,masuk kedai terus azan berbuka.hebakk.berbuka puasa la aku jamah nasik putih masa tengah queue nak tuang kuah kari kambing dalam pinggan.fuh.

lepas makan,terus masuk WangsaWalk.rupanya encek ejang dah berhajat nak beli wiper kereta kat situ.oh..patutla target ke sini.lepas settle barang dia,maka peluang mencuci mata untuk aku sopping adalah sangat cerah.outlet pertama masuk,keluar semula.mahal.outlet kedua,keluar jugak.mahal.outlet ketiga,keluar lagi.baju semua tak cantik.outlet seterusnya.."sudahla abang.sayang carik kat jerantut ajela."
tapi kaki ni terberenti pulak kat satu outlet jual kasut baby.oihh..comel.comel.comel.maka beli la untuk hasya kasut yang supercute.bukan dia takde kasut tapi before this kasut bertali.cerewet nak pakaikan.so kali ni beli yang zigzag.yess.sangat mudah.maka complete set untuk anak-anak.semua dah ada baju dan kasut raya.well done!

L-R : rifdi punya, haifa punya, hasya punya.
baik punya!


tapi tu la dia kennn.time nak bayar tu jugak terpandang flat shoe.adoihhh.dah terbeli jugak.ingatkan taknak beli kasut.i nak beli beg jewww.

gedik.gedik.

inilah dia rupa beliau ;)

aku ada gak suruh encek ejang beli kasut untuk raya ni.toms banyak yang cantik-cantik untuk lelaki.tapi bila encek ejang try aku rasa macam memang tak sesuai dengan dia.dia sesuai pakai kasual.pakai kasut lembik macam tu memang tak macho.sungguh!٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

keluar dari situ,termasuk pulak ke Levi's outlet.gila kau,harga tak mahal mana pun kat situ.ada yang rm80 je.aku rasa cam orang gila dalam tu.dengan encek ejang teruja recce mana pattern yang cun untuk aku.tiba masa carik size,terus budak tu kata semua size 30 ke bawah je yang tinggal.hape?nangis jap.tu la,sape suruh upkan saiz pinggul yang dulu pernah pakai Levi's size 27?dengggg.maka keluarla dari Levis's outlet..eh tak.tak.terus keluar dari WangsaWalk,merajuk sampai ke Jerantut.hebakknya.

badan dah letih gila.sampai jam 11.30malam terus pergi ambik hasya kat rumah jiran.encek ejang pulak terus ke rumah pengasuh amik rifdi dan haifa.luckily,semua tak tidur lagi so tak meragamla masing-masing.heheh.

tapi kesian hasya.rupanya dia selsema.kesiannya anak ibu ni.jangan raya nanti still flu.huih.leceh tau.apepun,get well soon dear!


test kasut raya ;)


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

15.8.12

Wordless Wednesday #48




# boleh jadi model stall chantek nih.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

13.8.12

ceritera

sabtu dan ahad baru ni banyak sangat tragedi dan peristiwa.sampai taktau nak cerita yang mana dulu.tapi sebab abah ajar segala perbuatan kena ikut turutan atau tertib,maka aku aplikasikan dalam penceritaan hari ni.eceh.tetiba je.

mula dari hari sabtu ke ahad hingga ke pagi tadi.

cerita #1
Pagi sabtu dah kena jumpa dengan pemaju dan kontraktor rumah.sebabnya aku suruh suruh baiki pintu master room.pintu tak boleh tutup rapat unless kena tutup kuat macam dah guna pintu tu 10 tahun dah.diorang cuma baiki dengan kikis sana sini,last last pintu bilik dah macam pintu reban ayam.lebih 2 kali dia alter pintu rumah aku dan sudahnya aku tulis surat fax pada pemaju dan cc pada lawyer & treasury.baru la dia nak tukar pintu.tu pun sebab jumpa face to face cakap tak puas hati.pintu rumah aku tu dah tahap nak pecah dah bila tengok sana-sini kena alter.gila betul.

cerita #2
Petang konon juadah berbuka nak masak nasi ayam.barang dah beli.jam 4.30 petang aku pun mulakan tugas sebagai masterchef celebriti.sekali time aku masak tu hasya yang nyenyak tido tu bangun.encek ejang sibuk dengan sistem audio dalam kereta.anak-anak pun syok main kat luar sampai dah tak sudi masuk jaga adik.sudahnya berenti masak dan duduk dalam bilik layan hasya.dah pukul 7 terkedek-kedek lagi nak goreng ayam dan jemput bilis.haihh.

cerita #3
Tengahari ahad.saat semua tengah beristirehat dalam bilik ditemani penghawa dingin yang ahh..bestnya dapat tidur.aku sibuk kat dapur,masakkan mee sup untuk rifdi dan haifa dan untuk hasya aku buat bubur nasi carrot blended.ewah.tajuk bubur nak grand jugak.hasya tengah tidur dalam buai.rifdi duduk melayan ultraman.sekali tengah memasak dengar rifdi jerit "ibuuu.adik acha jatuh.adik acha jatuh!".berdebar sial.berlari kencang aku ke dalam bilik.tengok rifdi tengah pegang kepala hasya yang dah terkeluar dari kain buai.memang berdebar sampai aku pulak jerit "abanggg..hasya nak jatuh.!".mamai laki aku bangun angkat hasya dari dalam buai.tabik betul aku pada rifdi.dia yang selamatkan adik hasya dia dari jatuh.fuhh..

cerita #4
Petang ahad.time kembali menjadi masterchef.encek ejang suggest suruh masak mee bandung je.maka,pukul 6 baru sibuk masuk dapur.dimulakan dengan buat jemput bawang.time tu la jugak haifa buat perangai.nak air tapi tak minum.nak roti tapi tak makan.sudahnya stress,masak pun nak main campak-campak.dah terpercik minyak kat tapak tangan.sakitnya toksah cakap la.sudahnya encek ejang pakai apron,ambik alih tempat.haihh..banyak-banyak terima kasih la encek suami.

cerita #5
Time berbuka puasa.baru je makan sebijik kurma sekali..."TUMMMMMM!".guruh berdentum.serentak jugak blackout masa tu.tendang letewww.aku dah pesan abang dengan haifa jangan gerak.tapi takde.rifdi nangis tapi senyap kat kerusi tu.haifa nangis sampai lompat dua kerusi.sudahnya terbalik kerusi dapur tu masa encek ejang onkan suis.klakar gila okay tapi kesian pulak sebab lepas tu sebab masing-masing nak makan beriba.seksa tau sebab time tu aku tengah pegang hasya juga.dan setiap kali guruh berdentum diorang menangis.memang #chaotic.

cerita #6
hujung time berbuka.semua dah kembali tenang.tinggal aku dengan haifa je kat meja makan.masa tu ada cicak kat atas siling.aku pun tunjuk kat haifa,"kakak,tengok ada cicak.cicak gemuk".haifa tengok.dia suka sangat dan mula teruja.dan dia makin galak tunjuk cicak tu.

haifa : ibu,cicak!
ibu : iye. (tengah makan.malas nak layan)
haifa : ibu,cicak gemuk.
ibu : ye.
haifa : ibu gemuk.
ibu : (ha?).sape gemuk?
haifa : ibu. (sambil senyum-senyum).
ibu : abangggggggggggg!!

cerita #7
rutin bulan puasa,aku kunci jam 4.30am untuk memasak.nasik dah siap masak sebelum tidur.senang je.
sekali jam 3.30am rifdi panggil aku."ibu.abang kencing".aku pun turun katil.seluar dia dah basah,so tukar la pampers dan seluar.lepas tu dia mintak "ibu.susu putih buat sket".aku pun buatkan susu.dia hisap susu dan tidur kot.20minit lepas tu dia panggil lagi."ibu.abang sejuk".kesian pulak.aku suruh dia naik atas katil,tidur berpeluk dengan abah dia.sempat jugak encek ejang pesan,sahur ni buat nasi goreng aku pulak tidur bawah dengan haifa.haifa pulak menangis nak susu.buatkan susu dia dan baring pulak sebelah dia.padahal dalam hati berkira-kira nak bangun dah ni.alang-alang.sekali tertidur jugak.sekali sedar..
5.30am! tak sempat buat apa.aku hadap jugak 3 keping roti dengan milo panas.encek ejang tu.minum air masak pastu tidur balik je.kesian pulak.tak dapat nasi goreng.wuwuwuw.

-__-"


baby in red



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Labelling & Colour Coding

heh.jangan tak percaya,kat rumah aku pun ada pakai sistem ni.
kadang-kadang balik kuantan or pergi mana-mana,mesti jadi bahan ketawa orang.

hahaha.gua tak kisah beb.janji gua ada sistem.


Labelling

takut terkena pada orang yang tak tau mana satu susu abang.mana susu kakak.mana susu adik.
yela,kadang-kadang duduk kuantan ni ramai tukang buatkan susu nak-nak time terdesak.

yang ni la paling banyak kena bahan.
aku paham.tsk.tsk.



Colour Coding

tiba-tiba; "ateh!botol yang mana satu?"


biru : hasya
merah : haifa
hijau : rifdi


haha.mudahkan?
tak complicated.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...