Visitor

14.9.12

homesweethome #10

sekarang rumah messy giler dengan construction work.nak pergi melawat pun dah taknak bawak budak.nanti selipar masing-masing berpasir lepas tu masuk dalam kereta pijak pulak seat.woii..berabuk habis.uhuk.uhuk.*batuk sopan*

lastweek kerja table top dengan sambung belakang dah pun mula.
lepas tu,table top dah siap konkrit panggil pulak encik kabinet datang ukur sambil order terus pintu dan body colour apa.

encek ejang memang bagi kebebasan terus kat aku untuk decide dapur nak macam mana.sebabnya itu kawasan jajahan aku.iye.aku adalah kakak kawasan dapur.jadi theme paling buat aku tak keruan masa tengok katalog dah tentu orange & black colour.

bukan tu saje malah lastweek juga aku dan encek ejang dah start shopping equipment elektrik macam downlight dan lampu untuk porch.aku decide membezakan setiap ruang dengan pelbagai pattern downlight.kemain kau mak jemah.macam nak buat bungalow lagaknya.

kelmarin masa aku di kuantan.sebab time rehat office takde orang,maka aku ambik kesempatan pergi recce kipas pulak dah.dah terbeli 2 kipas twister.semangat!

semalam plak masa encek ejang ambik aku time rest,aku tengok encek ejang beli lagi baby kipas *untuk dapur* dan kipas dinding untuk second room.dan juga lampu gantung untuk bilik air.

secara random aku rasa setakat ni kami dah habis rm2k kot untuk equipment eletrik.

blerghhhh...

belakang dapur

table top

sepah-sepah

kipas ruang tamu

downlight

baby fan - kipas dinding - lampu gantung

ehem

tada!


bila downlight baru siap pasang sebijik,rasa teruja tu meresap dalam diri.ikutkan hati nak je tunggu diorang siapkan semua downlight tapi aku ada kerja kat opis,maka terpaksa meninggalkan future homesweethome.babai.esok saya datang tengok awak okay!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

13.9.12

haifa #21 : the notty one

she's the notty one in the house.pengasuh sendiri cakap,haifa senyap hanya bila dia tidur.
bila dia bangun confirm semua orang takbleh dapat keamanan sejagat.baru ni dia buat hal time abang dengan hasya tidur around 8.30pm.dia menyanyi dengan lantang sekali sampai aku naik rimas.aku cakap dah pada dia;

"haifa.nak menyanyi jom dekat ibu.jangan nak menyanyi dalam bilik.nanti abang dengan adik jaga,ibu tak boleh buat kerja!"

series dia bleh menyanyi dengan lantang lagi dalam bilik.abang dia baru je tidur tapi 15minutes later dah bangun semula.adik pun turut sama.

"kan ibu dah cakappppp.arghhhh!!!"

mengamuk la aku sambil terus masuk bilik naik atas katil.sah la memang tak dapat nak lipat kain sambil tengok tv.malam tu tv sangat free sebab abah budak-budak ni keluar minum dengan kawan-kawan dan pergi karaoke.sangat rugi okay!

sebab haifa sangat stubborn malam tu so,memang hebatla aku menyakat dia.

"malam ni kakak tidur luar.biar tidur dengan katak".
dia menangis sambil peluk aku.lepas tu baring dan letak kepala kat perut aku.agak-agak reda lagi aku sambung lagi.

"kakak kacau abang dengan adik.ibu bagitau abah.".terus aku capai phone dan pura-pura bercakap dengan abah.dia sambung menangis lagi.

last-last dia tidur.
lena.

abang dengan adik pulak cerah bijik mata sampai jam 12.30am!

grrrr...

kalau dah nama pun perempuan.

yang ni katanya sambil mengepit beg; "akak alik ampung"
[ kakak balik kampung ]



perangai merampas harta adik dan kata;
"pa punya!". [ haifa punya ]

tak sadar diri kaki berlipat terjulur panjang duduk dalam walker adik.
huh.


topi abang pun dah jadi topi dia.
apedaaaa...





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

12.9.12

Wordless Wednesday #50



#bears #bottles



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

11.9.12

Diana Amir

nak tau satu rahsia tak?
*dan sekarang bukan lagi rahsia*

selain dari geng-geng stylo dan hijabs blogger di bloglist sebelah nih,ada seorang artis yang aku suka sangat follow sekarang ni.ahah.jangan tak caya,dia adalah diana amir.

dulu masa dia tengah free dan sangat seksi,series aku langsung tak minat.mengutuk lagi ada.kehkehkeh.
lepas tu masa dia mula berhijrah berhijab aku rasa dia ni biasa-biasa je.tapi sekarang aku akui,aku sangat sukakan beliau. #imnotlesbo okay.

pandangan personal aku,dia berhijrah menjadi perempuan cantik.pakaian lengkap sebagai seorang muslimah.tudung tutup dada,sopan dan ye,sangat cantik pada pandangan mata aku.



with wardina

cantikkan?walaupun bertudung tapi tetap ada style dan jaga pakai.
semoga dia tetap bertudung.



p/s : hehehe.entry tetiba time banyak kerja.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Jamuan Raya Peringkat Daerah 2012

sabtu baru ni ada jamuan raya peringkat jabatan lagi.
eh,jangan nak bising aku story bab raya lagi ye.sekarang ni masih dalam bulan Syawal lagi.jadi bukan masalah aku asek cerita bab raya je haha.

jamuan kali ni adalah peringkat daerah.so,semua jabatan terlibat.tahun ni jabatan aku diberikan tugas sediakan  nasi beriani one set.haaa,pagi tu dengan semangat tak berapa nak kuat,aku hantar anak-anak pada nanny masing-masing.lepas tu pergi ke surau menjalankan tanggungjawab bukan hakiki.

aku macam biasa la.masih dengan title makcik blender.

wajah makcik blender dan pembasuh ayam yang tegar

tukang masak kerjanya enteng.pagi-pagi masak nasik goreng.
eh.ini nasi beriani la.

majlisnya malam.
maka dengan ini saya mengisytiharkan diri saya memang tak dapatla nak join jamuan.kalau dah jamuan peringkat camni,aku memang dapat membaca bahawa akan ada crowded yang ramai la.memang aku surrender awal-awal la kannn...



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

10.9.12

pertama kali

testing blogging pakai tab.macam cilake je taip pakai touch.typo sangat.

tapi eh.caner ek orang bleh blog pakai android?tunjuk ajar skett....







٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...