Visitor

23.10.12

Audit Keceriaan Pejabat

Kisah 1 : Aktiviti dua minggu lepas di office (gotong royong)

makan dulu!

sudut Q
tayang pingat-pingat lepas la.

sudut library

doktor bersedia nak meng-operate

tengok.semangat operate bahagian memasing

doktor ddcomel pun ada!

bahagian aku adalah sebagai tukang kikis ini.
jangan salah paham.aku adalah bahagian Keselamatan pejabat.
so,perkara ini perlu diberikan perhatian.

dan gantikan dengan ini!



Kisah 2 : hari Audit Keceriaan (semalam)

comel giler.suka aku mengadapnya!

pantry adalah paling ceria hari smalam

our replika.

pecal!
menu favorite hari semalam.





memang best la pecal tu.sampai 2 round aku pukul.wahaha.
lepas tu berat naik 4kg mula la nangis mikir mengapa jadi begitu.aihh!

ohye.kepada auditor,jangan lupa menangkan kami ye.hahaha!





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

Bapak Yang Menakutkan

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.

Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.

Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok...
dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

p/s ape korang pikir ha..ha..ha




*auto-post entry.jangan risau.blog aku bukan blog lucah punya lahh*


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

22.10.12

a meaningful weekend #7

lamanya aku tak update blog.*ayat blogger tegar memang macam ni*.sekali update amik kau tajuk,memang takbleh blah.rasa macam nak baca blog dari australia lagaknya.

petang sabtu baru ni aku melayan Kashaf Imani.first time layan dan aku sangat sukakan watak Beto sebagai Kashaf dan Amani sebagai Imani.memang best.tapi yang frustnya aku tak dapat tengok habis lantaran kedatangan mak,abah,kakak dan anak-anak sedara ke rumah.

yayyyy!mood pun bertukar.

tetiba je kennn,abah nak bermalam kat rumah.so,apalagi.dah petang baru mengemas bilik second yang macam memang tongkang pecah tu.nasib baik bilik tu sekadar bersepah,bukan kotor.so,tak banyak kerja.

seronok sangat mak datang.malam tu aku jamu mereka dengan sate.tapi klakar la kan,mak pulak boleh bawak nasik dari rumah,lepas tu siap bawak ikan tamban mentah dan sayur kacang siap goreng.tengok macam syok je lauk,aku tambahkan buat sambal tempoyak.encek ejang yang tapau nasi dagang tu pun bleh menambah nasik putih sebab syok sangat nampak sambal dengan ikan tamban.hari pulak hujan.haihh.

lepas tu abah dengan encek ejang layan bola.kelantan vs atm.


while kitorang yang lain borak-borak kosong dan bergosip.

 gossip girl meh?

budak-budak kat rumah non-stop main.dahla rumah gua dah rupa tongkang pecah,datang bebudak ni lagi la rasa macam tongkang tak siap plak dah.memang havoc.haifa sampai mengigau panggil dhiya dengan azim.sabau aje la. T.T

esok pagi,bangun terus memasak.sampai lupa muka tak basuh lagi,air liur basi meleleh-leleh.haha.buat lawak pulak.tampar dek abah aku kang kalau aku buat perangai buruk gitu.


after makan,kitorang ramai-ramai pulak berebut bilik air comel sebab nak keluar jalan-jalan.hari hujan tapi semangat nak keluar kemain membara.kakak aku sibuk nak carik kulat sisir.nasib betul.kebetulan kulat sisir tengah banyak dijual,terus masing-masing beli banyak-banyak.hairan aku.lepas tu,kakak dengan mak aku beli pulak ikan pekasam.ye,kebetulan jugak hari tu ramai gila orang berkerumun area ikan pekasam.entah kenapa hari hujan aritu ramai yang teringin cari lauk macam tu ye?

hairan lagi.

habis kat situ,aku bawak pulak diorang shopping baju.hairan jugak.mak dengan kakak aku memang suka beli baju kat Jerantut.series tak paham.sampai kakak aku beli 2 helai baju,mak aku beli selai skirt.haihh.hairannya laa..

sudah perabihkan duit kat butik-butik di jerantut,sudahnya aku bawak pulak diorang ke rumah baru.ya,antara agenda menarik la ni.mak komen "rasa macam nak makan rumah awak ni" sebab color rumah yang macam tu.haha.kelakar la atok mak ni.

*ayat rifdi kat mak aku okayhh*

sampai rumah,terus lancarkan aktiviti untuk lunch.


gambar ni masa makan malam dah pun.tapi lauk yang sama  la.bezanya takde bawal goreng dah.
kalau ikut putaran jam lauk adalah berupa ayam masak merah, kulat sisir masak lemak,ayam goreng (untuk para anak kecil),pucuk gajus & jering,sambal jering dan bilis tempoyak.tengah-tengah adalah ikan pekasam dan tempe goreng.

lepas makan,family berehat-rehat dulu.agak-agak dah pukul 3 lebih,semua dah beransur-ansur mengemas.nak balik.rifdi sampai dah nak nangis tengok sepupu sepapat nak balik.haifa pun.hasya tetap steady sengih-sengih walaupun hingus ya Rabbi.

petang tu hujan mengiringi kepulangan mereka.


haiii.nasib baik dah nak balik kuantan selasa ni.haihh.
*syahdu*



# petang ni audit keceriaan di office.aku plak planned nak pergi klinik sebab inject.dah cukup 3 bulan ni.
# esok plak masuk pagi je kot.petang aku ingat nak try guna ilmu ghaib la,amacam?okayh tak?


sumber gambar : instagram @ddrocka


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...