Visitor

1.11.12

Sempurna Resort

Aidiladha 3.
sebab hilman dengan dhiya excited sangat mengajak aku dengan anak-anak main air kolam,maka kitorang pun layankan juga la.kesian diorang,dah lama nak bawak rifdi dengan haifa main air tapi sebab kalau balik kuantan feels like time is running out,maka kali ni cuti lama kita pergi jela wokk.

port adalah kolam di Sempurna Resort.best jugak sebab kecik je.kalau pergi Gambang kang tak terkejar pulak sorang-sorang.

kakak aku kata orang yang mandi je kena charge masuk.tu pun ikut ketinggian.kira kalau bawah line free la ni.sampai sana rifdi je yang kena bayar rm6.haifa free TAPI penjaga pulak kena charge.kira charge atas aku la plak rm9.encek ejang malas jaga.dia nak tengok je.chait.kalau aku tau aku bawak pakaian renang aku.takde la pakai hensem-hensem gini.

lagipun dhiya yang jaga haifa.aku sibuk dengan wifi aje.haha.hasya pulak sampai-sampai dah menjerit-jerit dan bergedik-gedik kaki kat atas kakak aku.teringin nak main air leteww.

suka sangatla dhiya dapat main dengan rifdi & haifa

kawasan untuk budak-budak

haifa & kakya

rifdi memang takut naik slide.
ni pun pegang tangan aku masa nak slide tu.hehe.




acara sliding beramai-ramai.
sweet budak-budak ni

azeem pun ada kitorang bawak.

hasya yang geram nampak air


itu acara budak-budak.
acara kami yang tak berendam dalam air pulak adalah ini.

abah pun terjoin sekali.asalnya dia kata nak
hantarkan mak dengan budak-budak je.

kakak aku memang la.
macam nak pergi shopping complex.

lepas tu sibuk ber-wifi
hahah.

kekanda adinda

adik dan kakak dan anak 

the Panchasitara
tarakucha tarakucha


perut dah makin dasat buat gig.budak-budak taknak balik-balik lagi.sudahnya,perambat sorang-sorang suruh bersiap.kalau dibiarkan takut kurus pulak aku tak makan nanti.haih.

round area situ,jumpa la satu kedai makan.ada nasik ayam.sementara tunggu order yang lambat gila sampai tu,memang banyak perkara mengarut la yang kitorang buat.


oloh kiutnya





muka-muka lapar


dapat je nasi belah mak abah aku memang laju tak hengat.belah meja aku plak slow-slow kayuh sebab aku pegang hasya,encek ejang dukung haifa yang nak berak,dhiya plak makan suap dengan rifdi.

frust.air fresh orange order sampai 4 gelas tapi satu pun tak luak.air pahit gila sampai dah tak tertelan.macam blender sekali dengan pokok-pokok.dah cakap kat tokey kedai tapi taktau la dia kira sekali ke tak.sebab total makan hari tu nasik ayam 11 set semuanya rm78.

rezeki ko la tokey.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

31.10.12

Aidiladha 2

Sabtu.
11 Zulhijjah 1413 Hijrah.

balik kampung belah suami.kita ke Cherok Paloh,Kuantan.
hehe.*bunyi macam jauhhhh je*


instagram!


best.lepak dekat balkoni lagi best sebab angin
memang sepoi-sepoi bahasa perancis


habis round rumah adik beradik mak,kitorang pun balik.
tapi sempat la singgah Pantai Sepat.punya la ramai orang.sampai taktau nak mengeport kat mana.






adik beradik encek ejang semua tengah main air kat gigi pantai.ewah bahasa.tahap boleh keluarkan novel dah aku ni.ohye.gambar pakai handphone asha encek ejang.memang tak lawa lah camera dia.semua dalam file PNG.spoil sungguh!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

30.10.12

Aidiladha

Jumaat.
10 Zulhijjah 1413 Hijrah.

Belum pun jam 8.00 pagi,aku dah dapat dengar takbir raya.
Sebaknya.bayangkan aku akan dengar takbir ni selama seminggu.Allahu Akbar!

Raya Haji rumah aku taklah semeriah Raya Puasa.
tapi menu tetap menu yang sama.
ketupat, rendang, kuah kacang.cuma special tahun ni ada sate!kakak aku buat sate goreng sebab sate tu bila bakar rupanya tak masak.maka,ambik inisiatif lain.kita goreng!

lepas tu solat raya,abah dah bergegas ke tapak Qurban.tahun ni dengar 3 ekor lembu tumbang.abah macam biasa la,tiap-tiap tahun masuk Qurban.bestnya.aku belum tiba masa lagi nak join.

adik si rambut kembang tolong abah bagi daging kepada 7 bahagian tahun ni

suami si kacak yang tiap-tiap tahun tak ketinggalan tolong abah 
*kembang aku*

hilman yang sibuk cuci perut lembu.
dhiya dan haifa tukang memerhati dari jauh.
'eiii..taik lembu' - kata haifa


siang takde aktiviti sangat memandangkan hari raya jatuh pada hari jumaat.
sebab suami solat Jumaat,lepas tu melepak dan menyembang sepanjang hari.dan lepas tu aktiviti tidur bersama anak-anak.abahnya je la.ibu tak join.

malam baru la beraya.tu pun sebab ada kenduri kat rumah makteh aku di Galing.


jubahster
-said aizataufek

sebab hari ni masih lagi dalam minggu raya,maka aku ucapkan kepada semua;


Salam Aidiladha 1413H
buat semua muslimin dan muslimah



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

shopping

lastweek,sebelum raya haji tu encek ejang bawak aku dan anak-anak keluar bandar.biasala.dah sampai kuantan memang port paling kena pergi adalah McDonalds.

ko bayangkan la,selasa malam aku mula-mula sampai rumah mak mertua tu pun aku dah rasa macam nak lepak mekdi TC.tapi sabar.nanti kena belasah dengan emak mertua sebab awal-awal sampai dah 'bertuah punya budak' buat perangai.tapi jangan salahkan i juga.anak-anak pun pandai.bila touchdown kuantan tau-tau je.mesti jerit-jerit kata "abahhhh.nak makan mekdonal"..anak ibu betul awak semua.syabas!

so,esoknya tu sang suami pun bawa la anak-anak dan isterinya keluar ambik angin.kuantan panas weyhh!

sebelum gi mekdi kitorang sopping barang-barang ringan such as susu budak-budak,topup pampers yang takde dan bekalan makanan kat Kuantan Parade dulu.sambil tu aku tak lepaskan peluang la membeli pakaian 'kecil' yang mana seingat aku paling last aku beli adalah sebelum lahirkan rifdi.dasat sungguh pengorbanan ibu ni.hakhak.




last snap guna henpon merahku iteww


testing bra bawak anak gadis.lepas tu bila aku beli dia pun tegur, "ibu beli tetekkk?".
sabarlah wahai ibu ni.
T-T

lepas tu encek ejang kata nak beli handphone.nak tukar dah taknak pakai CSL.dia nak recce nokia yang bleh pakai dual sim.dapatlah pulak nokia asha 200.kemain kau.dengan aku sekali dapat tempiasnya.dia belikan aku Samsung Galaxy Ch@t.ewah.



google
dua-dua putih


lama jugak aku kat kedai telefon tu.dah macam-macam aksi anak aku buat.kebetulan kedai tu pulak monitor tak habis-habis ulang tayang Oppa Gangnam Style.maka bergangnam la rifdi dan haifa kat situ.dah macam freeshow pulak sebab orang yang lalu kat situ terhibur sangat gayanya tengok gelagat diorang berdua.bersabar lagi wahai ibu.

agak-agak dah penat macam nak pitam terus encek ejang menghala ke McDonalds Indera Mahkota.katanya dah tak larat nak ke TC.jauh sangat.

dapat je makanan semua terkam air.kesian pulak.





dah kenyang masing-masing buat perangai lagi.mengantuk pulak.baiklah anak-anak.mari la kita pulang.ibu pun dah penat giler.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

29.10.12

Tag #10 : Trivia

berblogwalking setelah lama meninggalkan dunia blog.lepas tu merayap ke blog rock dan gotcha!
saya sudah kena tag.

lamanya tak main tag-tag ni.best.kali ni kena list down "16 trivia tentang anda".

mula-mula i carik maksud trivia.takut salah paham.

Apakah maksud trivia ?

Maksud perkataan trivia adalah 
benda yang remeh temeh



lepas tu bila dah confident betul maka i teruskan menulis trivia tersebut.

  1. Sudah bersuami dan beranak tiga
  2. Sudah berumur 30 tapi masih berperasaan seperti 13
  3. Kidal.left-handed
  4. Perasan cantik dan perasan kurus
  5. Kuat makan.tak pandai berdiet.tapi cukup marah bila tau berat makin naik
  6. Very sensitive to air hujan.instant headache
  7. Nak bershopping tapi banyak memikir.kedekut
  8. Suka bercakap jujur tapi selalu dilabel mulut celupar
  9. Cenderung mengadap internet kat office dari bersosial bersama rakan office
  10. Terlebih peramah.mudah sangat nak menegur orang
  11. Tak tahan sejuk tapi tak boleh berpeluh.nanti naik ruam
  12. Suka gigit kuku especially time nak cover ngantuk
  13. Suka pakai baju favorite,tudung favorite,kasut favorite.berulangkali.
  14. Tak selesa kalau tak pakai bracelet di tangan kanan.wajib pakai
  15. Suka menyanyi
  16. Mahir menyanyikan lagu Air Pasang Pagi secara terbalik laju-laju.



ok.cukup.
eh awak yang terbaca tu.jangan lupa jawab tag sebab saya tag awak pula!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

subscribe

nak sangat berblogging,tapi aku taktau nak cerita apa.

sebab cuti raya haji baru ni aku tersangatlah banyak sangat aktiviti.dari rabu membawak ke ahad,rasanya setiap hari ada je cerita best.

tapi paling best ada satu cerita bodovs.
kebetulan tab takde kredit ngam-ngam esok raya.itu yang instagram tak aktif.sebab balance ada lagi RM11.90 dalam tu,maka aku topup la RM10.lepas topup tu la aku terbuat kerja bodovs.

lepas topup terus excited on mobile data.nak bukak instagram tapi whatsapp plak berdoyon masuk.reply dan terus instargam.tapi pelik sebab gambar lambat reload.apehal ni?apehal ni?

bukak fb pun sama.loading manjang.
tak puas hati.apehal ni?apehal ni?

30 seconds berlalu lepas tu tepuk dahi.
camne aku bleh lupa subscribe internet for one week?
damn.kali kedua aku rugi sebab gini.

terus check balance sekali lagi.tengok dah tinggal RM0.05!
babi.





terus takde mood nak topup.hari ni baru rasa nak topup balik.
menci.



so,i dah ada teman pengganti baru.nokia E63 dah bagi mak mertua.suruh dia merasa pakai henpon canggih.pakai yang ni plak aku dah rasa macam kura-kura baru blajar.sangat tak pandai.malam tadi aku tak paham sign atas tu.tanya encek ejang pun dia kata taktau.

sekali pagi tadi dia kata sign tu maksudnya download.yeahh.aku taktau apa yang di downloadkan.mampus la aku dapat bill nanti.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...