Visitor

6.12.12

have a blast,emak!

06.12-2012.

64 tahun dah mak hari ni.
tapi tadi pagi call mak,mak cakap bukan 64 la.tapi 46.
itu la mak.orang yang sweet dan kelakar tiap masa.orang yang tak pernah membebel.tapi suka marah dan memendam rasa.mak juga degil.90% sifat aku memang mewarisi mak - kata encek ejang.

sampaikan berjalan pun serupa dengan mak.kata encek ejang lagi.

apa pun.memang memang emak paling awesome.paling paling best in the world.
kadang-kadang aku terpikir,kenapa 10% lagi aku tak ikut mak iaitu pandai menjahit, pandai memasak, kreatif, dan penyabar?

apapun, SELAMAT HARI LAHIR EMAK!
doa yang terbaik adalah semuanya untuk mak.sayang mak setiap detik & waktu.

aku dapat rasakan aku cantik macam mak masa seusia dengan 
mak nanti.hehe. ^^"


emak yang dah cecah 64 tapi still cantik tak makan jamu apa-apa pun.
emak cakap yang penting rajin mandi dan bersih.(emak mandi setiap kali nak solat.kecuali solat isyak la).lepas tu,duduk rumah kena la cantik-cantik dan wangi-wangi juga.jangan tau nak keluar je wangi.

ahah.petua tu ye.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

3.12.12

hentaman pagi

pagi ni entah apa malangnya.tak solat subuh la tu.*masalah wanita*

naik-naik kereta dah terdengar bait-bait lagu 150 juta kali.
aku tak paham kenapa aku rasa sangat nak menangis dengar lagu ni.sama perasaan macam aku dengar lagu kosong najwa latip.aku rasa nak tampar-tampar diri sendiri.damn.sampai dalam kepala hotak aku ni tak sabar-sabar nak bagitau rock akan perasaan aku ini.

sedang hati berperang kenapa mesti hari-hari dengar lagu yang sama kat corong radio, sempat aku cakap kat encek ejang;

abang.hari ni breakfast kat kedai yang ada kuih ye.sayang rasa nak makan kuih aje.

baiklah.lepas hantar anak-anak,keluarlah kereta macho kami dari simpang dengan perlahan-lahan sebab ada kereta laju nak mampus kat main road.slow-slow dan err..

BANG!

err.bukan aku panggil laki aku.tapi bunyi kereta aku kena hentam dari belakang.tersentak jap aku.pening.nak muntah.encek ejang dah turun kereta.indian belakang pun turun.

tengok lampu belakang kanan dah pecah.sikit je.kereta Naza Indian tu remuk teruk.tak kisahla jugak sebab salah dia.boleh dia kata ingat kereta kitorang dah keluar,tu yang dia laju tu.

"kepala hotak kau"
"guna la otak kau"

aku dengar tu je encek ejang cakap kat Indian guy tu.susah encek ejang nak bertekak dengan orang ni.dalam kereta dia ada wife & baby sedang haifa kot.kata dia nak pergi Temerloh.sebab ada hal,encek ejang bagi Indian guy tu pergi.tapi siap dah amik number contact & plat kereta la.aku plak dah macam fotografer tak bergaji.ambik gambar kejadian.dari jauh.

encek ejang tak report polis sebab Indian tu cakap nak settle kat luar.

mangsa keadaan

pemangsa

time parking kat kedai,baru la aku perasankan bumper yang dah kemik dan ternganga sebelah kanan.hoi.baik hati betul laki aku ni.kalau aku memang takde perasaan dah bagi Indian guy tu pergi Temerloh.

tengahari tadi encek ejang kata dia dah nak sms Indian guy tu petang ni nak charge kata Indian tu langgar lari sebab encek ejang call dia berkali-kali tapi langsung tak pick up phone.so,andaikata dia tak bagi response memang encek ejang tekad nak pergi balai polis je.tapi elok plak wife pada Indian guy tu ajak jumpa kat bengkel time lunch.ingat selamat sangat la kot pergi bengkel sekali tuan bengkel tu pulak kenal benar dengan encek ejang.dia kata bucket lampu tu saje dah rm300 lebih sebab original Bosch.itu baru lampu.belum masuk bab bumper.

entah apa yang wife Indian tu bincang dalam phone dengan husband dia,last-last dia kata nak carik bengkel lain and esok pagi dia contact semula.ok.aku tunggu esok.pandai betul nak cukupkan 24 hours kan?

tengokla apa jadi esok.


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...