Visitor

13.12.12

traveling & meeting

wow.

nowadays memang i sibuk sangat.tengok sampai dah ter-i pulak dengan uolls.hari-hari ada meeting sampai gigih menipu kata ada hal.*tak baik*.bukan apa,nak siapkan kerja sebelum tutup akaun.tapi selasa hari tu aku pergi join meeting yang selalu aku tak pergi iaitu meeting masjid di Kg. Kuala Sat.

untuk pengetahuan uolls yang taktau,tempat ni berada di belah hulu dan kami perlu naik perahu untuk ke sana.wow.sila jangan terkejut.memang thrill sebab kali ni pergi balik hari.selama ni yang aku tak join adalah sebab bermalam kat sana.oh.kalau bab bermalam memang kena fikir 2-3 kali.ibarat kena buat mesyuarat dengan suami.

jam 7.30 pagi kitorang dah gerak secara konvoi ke Kuala Tahan.so,dalam 9.30 pagi baru mulakan perjalanan menaiki perahu.bigboss bawak 1 family dia bercuti,so semua mengikut pergi site sekali.begitu juga boss aku.dia bawak 2 heroin dan isterinya.so,senang cerita 2 bijik perahu jugakla kitorang sewa.ngahaha.

yay.dah sampai kuala tahan.

bismillah...




dapat melawat site yang tak pernah tahu ada projek kat situ.
projek naiktaraf jambatan gantung.
T-T teruknya aku. 

dari atas jambatan gantung

bigboss merasai naik jambatan gantung.


mari kita gerak ke site sebenar.


perjalanan ambik masa 2 jam.berkematu vontot gebu i ni duduk dalam bot.sampai habis seplastik rambutan aku hadap.so,sampai-sampai Kampung Kuala Sat,sedang elok azan Zohor.makanya,kami jemaah beramai-ramai.dan buat jamak terus.

see.
sampai sakit tekak aku belasah rambutan gading yang besar godang.


lepas solat,kami dirai dengan MAKAN!


anak boss gua.dalam banyak-banyak lauk,dia makan
telur goreng dadar je.hahaha.

dan the best adalah ini :


patin & ubi kayu masak tempoyak

gendang gendut tapi kecapi.
kenyang perut terus kena masuk meeting.

orang lain pulak pergi main air.jeles gua.ketar je kaki ni nak join orang main air.brrrr...

so bila siap je meeting,tak agak-agak aku berkejar ingat sempat nak terjun sungai.tapi rupanya dah tak sempat.orang yang main air semua dah siap tunggu nak balik.haih.

kame kame haaaa!
frust aku takleh main air sampai jadi goku.

perempuan gemuk yang macho

model bot perahu

dan mari gerak balik.time tu dah jam 4.00 pm.

anak officemate yang pendiam gila.
sama macam anak boss yang duduk jadi partner aku.
sampai aku berapa kali on off tab main game.

tengok la boss aku.siap menjala bagai.
dalam hujan petir pun dia masih menjala.

memang dah gelap time ni.
hujan.aku balik basah dengan air hujan.
bukan sebab air sungai kat jeram.


pukul 9.00 malam baru sampai rumah.ohsem meeting hari ni.
cukup.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

12.12.12

Wordless Wednesday #57





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

11.12.12

call

blogwalking and i found this. http://thepinkstilettos.com/2012/10/dont-call-me-back/




haha.aku pernah dapat call yang annoying masa kat rumah.tak silap orang bank tengah promote kad kredit dan masa tu haifa still baby.kebetulan pulak masa tu haifa menangis.memang best la reason aku malas nak melayan.cepat-cepat kata 'sorry anak i  menangis.okay.bye'

terus aku letak tak tunggu-tunggu dah.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

10.12.12

lesson learnt : jangan mudah terpedaya

kereta dah kembali hensem.terima kasih awak yang bertanggungjawab tu.
semua dah settle kat bengkel last wednesday dengan total rm300.maka,habis dah kisah monday blues tu.

so,rabu tu dengan happynya kami suami isteri pergi pulak ke bank masyarakat untuk tujuan overlap.we want pagar baru untuk rumah beserta awning!sebab bila hujan rasa nak menangis tengok suami berlari-lari pergi bukak pagar dalam demam --.macam tu punya feel baru terbukak hati nak buat pagar automatik.teruk si isteri ni.

dah siap discussion kat bank terus pergi kerja.sambil tu berangan-angan dah dalam kepala nak pau apa dengan suami kali ni ye?setannya isteri ni.padahal suami overlap sekali nak tutup akaun personal loan account isteri.kata suami taknak isterinya banyak sangat potong gaji.baikhati suami.isteri pulak pasang niat nak pau lagi.huih.

petang tu jugak suami dapat call dari bank.diorang bagitau overlap suami tak lepas sebab nama suami blacklist.haih.suami saya orang baik.mana pernah buat taik.orang bank kata suami ada buat alarm system untuk kereta bertarikh 2008.terus PANG! eh.apesal ganas sangat sound effect?salah plak tu.
terus TING!! ye.memang pernah buat.aku ingat lagi masa tu aku tengah pregnantkan rifdi dan masa tu tengah bercuti di Permatang Badak.

tapi budak yang pasang tu kata abang pakai dulu.bayar 2-3 bulan lepas tu rasa nak cabut abang cabut je.takde hal.

sekarang ni kalau nak tau,bayaran tertunggak dah cecah rm4600.bijak kan?selama ni bill ape semua takde,reminder suruh bayar pun takde,company pun tak pernah call kata kitorang tak settle bill pun takde.so how come tetibe nak buat overlap baru wujud cerita ni?

sebab lemau kepala hotak memikir maka khamis esoknya suami pergi office alarm system tu kat kuantan.kebetulan baru ni mengemas aku jumpa kotak barang tu lepas tu suami kata simpan,boleh buat kenang-kenangan.oih.what a coincidence betul.dia pergi sorang tumpang kereta jabatan while i'm trying hard to find mana nak cekau 4 ribu nak bayar ni?aku pun call abah mintak bantuan tapi abah suruh buat aduan dengan FOMCA dulu.series rasa nak nangis abah suruh buat camtu.aku pun search la apemenda FOMCA ni.pastu tengok alamat rupanya FOMCA ni kat KL.warghhh.dalam kepala memang dah serabut sebab suami plak call kata company tu taknak bertanggungjawab.sebab dah lost temper last-last aku pergi hadap ketua kerani (cc) cerita problem ni.

dan cc bagi no contact biro aduan pengguna.rupanya ada kat kuantan.aku call dah hujung waktu office.tapi nasib baik diorang sangat friendly.tapi nombor yang aku call tu sebenarnya tak ambik kes macam ni.diorang ambik kes yang melibatkan jabatan awam.so,diorang bagi pulak no contact tribunal pengguna.

aku call tribunal dan syukur again.the man yang pick up pun sangat friendly.bila aku cerita problem dia terangkan tribunal selesaikan kes 3 tahun ke bawah je.maknanya macam kes aku yang dah 4 taun lepas ni kena report kat Mahkamah Civil la plak.maknanya dah kena masuk campur tangan lawyer.nasihat dia kalau aku dah malas nak sampai tahap tu,bayar aje la cuma teraniaya la kitorang ni dan company tu tak patut la dapat pelepasan macam tu je.betul.betul.betul.

jumaat tu entah macam mana suami baru tergerak hati nak tanya kawan-kawan kat mana tempat aduan kat jerantut.so,rupanya ada kementerian hal ehwal pengguna (ke salah?),dan suami pergi buat aduan kat situ pulak.luckily,dekat situ pulak kata kes ni akan diorang siasat.kalau nak masuk court memang terang-terang kitorang kalah sebab rupanya pada resit bayaran tertera agreement yang bertulis dengan font grey dalam bahasa inggeris.oih.bercinta nak membaca semula.

lepas tu agen tu juga kata sekarang ni company tu memang tak salah cuma yang salah budak yang pasang alarm system tu sebab menipu.budak tu dah tak ada so tak boleh nak buat apa-apa la.yang best sebab agen bagitau yang kitorang layak dapat diskaun untuk bayar bill yang tertunggak tu atas sebab diorang takde buat any reminder pada kitorang.cuma ambik masa sikit la untuk bahagian aduan settlekan.

dalam hati aku masa dapat tahu yeabedabedu walaupun taktau result macam mana.tapi at least kalau kurang bayarannya tahan la sikit kan?bukannya kitorang taknak bayar tapi responsibility company tu kena la ada.sedangkan bill internet aku dulu tertunggak pun 2 kali bill sampai kat tangan.agen call lagi la entah berapa kali.memang la sakit hati kan tapi at least kita tau yang kita ada bill tertunggak.eh.dah settle dah pun.

so sekarang ni kitorang just tunggu apa keputusan hal ehwal pengguna tu.harapnya dapat la kurang.4 ribu tu bukan sikit ye.boleh siap sebijik pagar auto kat umah aku lagi.jangan memain.

so,lepas apa yang berlaku banyak la pengajaran yang aku (dan suami ye) dapat.

  1. jangan percayakan orang yang nak pasang itu ini pada kereta atau any produk yang kita taktau hujung pangkal ni.nak-nak yang berbayar.aku memang bangsa manusia hati kering.suami i pulak jenis manusia yang berhati mulia.ingat tu.jangan mudah terpedaya.
  2. lepas ni dah tau kat mana nak mengadu domba kalau teraniaya sebagai pengguna.mana tau lepas ni kena tipu beli barang kat kedai ke kan?kalau beli barang online tak dapat-dapat boleh jugak mengadu kat tribunal.jangan malu nak mengadu.customer always right.
  3. dengar nasihat ibu bapa.abah tak bagi pinjam duit awal-awal sebab suruh mengadu dulu.main bayar kang company tu kaya bodo je kan?paling penting,pendapat diorang kena dengar.jangan degil dan melawan.ada hikmah atas apa yang berlaku.
  4. jangan bertindak melulu.wahahaha.



okay.panjang pulak aku membebel hari ni.mentang-mentang boss takde.haha

--bos takde bukan bermakna freedom okay.tapi sebab kalau buat kerja siap pun boss memang takde minggu ni.camne boss nak sign?.heh.


semua tu dugaan.
Allah knows everything.
banyak-banyakkan bersabar.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...