Visitor

17.1.13

haifa #23 : edisi makcik bedah

bak kata pengasuh;

"tak pernahnya diam.tidur pun bercakap."



haifa memang macam tu.tapi bagi aku,bercakap dia memang boleh layan.kalau bercakap dengan rifdi,kita kena banyak ambik port sebab rifdi ada slang sikit.kalau haifa,ko akan dengar dia cakap clear.

versi jerantut.macam makcik bedah pun ye.bercakap saje.sampai ada masa aku suruh dia diam.suruh dia tidur.siapa teringin dengar suara haifa yang cotcetcotcet tu,sila la layan video ni.

p/s : jangan pengsan dengar suara ibu dia.macam katak sakit tekak.







makcik-makcik sangat kan?

kepochi






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

16.1.13

kecelaruan

aku dan suami memang sukakan drama series dari #axn.

biasa kalau hari kerja time rehat tu kitorang balik cepat-cepat siap tapau nasi kukus.sebab ada ulangan The Firm.cerita pasal peguam yang suka menyiasat kes.pukul 2.00 pm habis cerita baru lintang pukang mandi,solat,bersiap dan pergi kerja.

biasa malam pulak kalau hasya dah selamat tidur aku join sekaki la encek ejang layan drama.kadang-kadang aku dapatla layan Leverage Reload season 4 (ulangan),takpun Hawaii 5 O,takpun Common Law.ohoii.
#axn memang banyak drama series yang best.tak kisahla kalau dok ulang tayang pun.hiks.

nak dijadikan cerita malam tadi kitorang layan Common Law.first time la aku layan sebab encek ejang ajak tengok.dia kata best sebab hero dan partner in crime memang kelakar habis.cerita basic,another investigation drama.pasal detective yang banyak menyiasat kes.

sampai ending dia,hero dan partner in crime berjaya tangkap sorang pesalah.rambut panjang namanya Vince.lepas tu cerita habis dan bersambung.

tadi pulak macam biasa pukul 1.00 tengahari kitorang balik rumah.nasi kukus macam biasa dan makan depan tv layankan The Firm.

cerita dah mula tapi aku sibuk berbalas-balas sms dengan rock.dah settle baru aku letak tepi handphone dan makan.time tu scene hero mengadap banduan berambut panjang pakai baju oren.tak menyempat aku dah tegur;

"ohh.itu vince yang kena tangkap semalam...".

sekonyong-konyong aku nampak encek ejang pandang aku dengan pandangan paling ketat.err..aku salah ke?



sah.aku dah tersalah cerita.
damn.itulah kalau tak fokus.ini the Firm la.the Firm!


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

15.1.13

hasya #4 : pre-walking

empat hari lagi birthday hasya.so far,aku takde plak planning apa-apa untuk first birthday dia ni.haha.tapi aku dah beli hadiah in advanced!lupa nak ambik gambar.nanti jela.

hasya belum umur setahun dah berjalan dengan lancar.masa 11 bulan dia start menyusur berjalan pegang dinding,kerusi,pintu dan segala apa yang dia boleh pegang.2 minggu lepas tu dah mula bertatih sorang-sorang.seminggu lepas tu terus dapat hobi baru.berjalan-jalan makan angin.

kalau compare antara tiga beradik ni,memang dia la yang awal berjalan.rifdi & haifa masing-masing baru berjaya berjalan sendiri masa umur setahun sebulan.

tapi kalau sekarang,hasya bukan setakat berjalan,tapi dia berlari-lari anak dah.jalan laju gila sampai tak reti nak brake.akibatnya pipi kanan biru sebab 2 kali tonyoh lantai dan dahi dah merasa la lebam kanan kiri.hari tu dahi kanan hentam dinding sebab tak sempat brake.dahi kiri pulak berlekuk kesan bucu almari.

apa ko ingat aku rasa menda tu kelakar?tak.
aku cakap kat hasya

"lain kali nak berjalan biar guna gear satu.jangan nak hentam sampai gear empat!".
grrr...





first step





dan yang terbaru.pagi tadi :









٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

14.1.13

kegilaan #16

baru-baru ni aku berpeluang masuk satu kedai.hah kau.bukan senang aku nak masuk sebarangan kedai ye,biasa aku merasa masuk supermarket je.punya la berhemah aku ni kan.

kisahnya nak carik tempat letak kunci yang hensem-hensem sket la.takde la sangkut kat paku je kunci-kunci kat rumah tu.dulu masa kat rumah lama,siap aku plak yang buat tempat sangkut kunci.aku memang suka buat keje sendiri.sejak-sejak masuk rumah baru ni je semua aku harapkan encek ejang.biarkan dia.muahahah.*gelak queen control*.takde la.sebenarnya tools aku taktau lepas mana.yang encek ejang aku tak berani nak usik.

oih.jauh tersasar ceritanya.

tempat kunci aku dah jumpa.masalahnya aku terjumpa pulak satu spesis ni.adohaiii.lemah betul.lagi pulak encek ejang bagi greenlight.adohaiiiii.sayangnya suamiku ni.

siap rembat tiga.dengan encek ejang sekali nak jugak.
aku memang pantang nampak ni tau!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...