Visitor

8.2.13

haifa #24

budak.memang suka ikut apa yang kita buat.
apa yang diorang nampak kita buat,pakai,semua dia nak ikut.nak-nak kalau budak perempuan,idola mesti la ibu.kalau elok perangai ibu,elok la perangai anak.

tapi kalau tak elok tu,jangan cakap ikut ibu plak ye.kuikuikui.

haifa memang banyak nak tiru aku.nampak aku ber-makeup yang tak berapa ni,dia mintak nak pakai lipstick.aku sapu lip balm je.

nampak aku pakai compact powder pun dia mintak tapi aku bagi yang kosong punya.memang dah standby.tau anak suka main.

dan kalau dia nampak tudung pun dia nak pakai macam aku.bagusla.

dan baru ni dia nampak plastik aku keluarkan dari handbag.

"ibu.apa tu?".

"ibu beli tudung."

"tudung baru?..nak!"

aku sarungkan.bleh pulak inner tu ngam-ngam muka dia.aku pakaikan la.suka kemain.

ni boleh menangis kalau mia sara tengok haifa lagi comel ni.
hakhakhak.

hihihih


yang tak menahan tu dia siap solat lagi..

"Allahu Akbar". -- angkat takbir

"Amin". -- baca doa.

siap baca doa tangan letak dalam tudung lagi.comel.

tengok.tengok.

tapi kalau tanya,macam siapa?
dia jawab; "macam atok" -- pengasuh dia.

yela.atok jaga dia setiap masa.mesti la ada jugak perkara kebaikan yang dia ikut.

semoga jadi anak yang solehah.rock takpe,janji solehah dan ingat Tuhan.
Amin.



p/s : haifa demam semula.kesian betul kalau time dia demam ni sebab kuat merengek.tak daya aku!




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

7.2.13

bau dan baju

pagi tadi,cantik dah aku pakai baju putih dengan skirt (baru beli) batik dengan shawl turqoise (baru beli) jugak.amboi.gigih nak berbracket nampaknya.

lepas tukar diapers hasya,terus aku dukung dia letak dalam kereta.macam biasa,biarkan dia bermain-main dengan stereng kereta sementara abang dengan kakak jadi penjaga setia.

aku pergi bukakkan autogate yang masih manual tu.tak lama dengar rifdi melaung-laung dari dalam kereta;

"ibu.bau busukk..!".banyak kali la.

haih.jangan nak memain.aku jenguk dalam kereta.mana ada bau busuk?
hasya sengih-sengih while haifa pulak sibuk bercakap dengan Abe'.(bear).muka selamba je.

datang pulak abahnya nak reverse kereta so dia bagi hasya kat aku.macam biasa,menunaikan tanggungjawab tutup autogate yang manual lagi tu.(cakap memang dalam nada tak puas hati nampak!).

aku masuk kereta dan dum!.tutup pintu.
destinasi pertama hantar hasya ke rumah pengasuh.rifdi masih bising kata ada bau busuk.aku tak bau apa-apa.sumpah.lepas tu haifa pulak marah-marah.kata dia busuk.aku cakap kat haifa,okay.sampai rumah tok nanti haifa terus mandi.

ha -- jawab haifa.

sampai destinasi pertama.bawak hasya ke MakDe.sambil tu aku check punggung hasya.
HOI!!! entah bila masa berak pun aku taktau.patut la rifdi dengan haifa marah sangat.aku cakap kat kakde,sorry memang tak sedar bila masa dia buat projek.haha.memang langsung tak prasan.

lepas tu terus aku blah masuk kereta.time tu aku terbau-bau lagi bau ehem ehem hasya tu.sekali tengok..cis!bertompok-tompok baju putih aku colour kuning.adei la.nak patah balik memang takla kan sebab dah nak dekat jam 8.00 pagi.nak berkejar hantar rifdi pergi sekolah lagi.

sampa rumah makcik,cepat-cepat aku cuci baju.berbau lagi.tengok kat lengan baju pun ada lagi.arghh!!..cuci.cuci.sampai hilang colour tapi bau tetap ada.cover dengan perfume Bodyshop pun tak hilang jugak lagi.

sudahnya arini aku duduk office tak gerak-gerak sampai time rehat.balik rumah dapat salin baju rasa macam satu pengalaman indah bagi aku.hahaha.

okay.memang takde motif entry aku kali ni.entah apa-apa.

pagi masih berbaju putih tapi tak suci

petang terus jadi gothic tapi ayu.






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6.2.13

Rapid Shooting di Kuala Tahan / Taman Negara

rentetan dari entry sebelum. doa selamat.

so,lepas lunch laju-laju,kitorang satu family gerak ke Kuala Tahan.perjalanan makan masa 40 minit hari tu.sampai kat sana,apa yang aku dapat tahu,hasya muntah dalam perjalanan.hasya naik kereta abah aku dan duduk beriba dengan hilman.kesian betul.

nasib baik rifdi pulak okay sebab dia demam masa kitorang bersiap-siap nak gerak tadi.lagi la kesian sebab sepanjang perjalanan dia tidur je atas riba aku.tapi mulut tetap berbunyi "abang nak naik kapal (bot)".

destinasi pertama adalah Wan's Restaurant.owner dia kenalan aku.so,kitorang akan naik bot kepunyaan dia.sebab tu bleh kowtim harga.owner kata bayar duit boatman dengan duit minyak je.so,terima kasih Ngah.

mula-mula sampai dah jakun anak-beranak.
tapi rifdi tetap tak bermaya.series kesian.aku ingat nak tinggal je kat
restoran terapung belakang tu dengan rifdi.tapi tak best pulak kot.

hasya - acu - hilman - emak

lepak-lepak tunggu bot sampai

sebelum naik bot

kakak i 

muka budak demam yang ketat habisss

acu & cik aiza


mak & makteh
yang kat belakang tu anak branak menjeling nak bergambar jugak

santai

cik ina pegang hasya.


dah time kat jeram,encek ejang pesan kat boatman suruh basahkan semua orang dalam bot.diorang saje je enjut-enjut bot bagi air masuk ke dalam bot.menjerit-jerit semua orang terlampau terkejut sebab kena simbah air jeram macam tu.wahaha.kakak aku yang pegangkan hasya kata hasya time kena simbah dengan air,dia tepuk tangan je.last-last dia nangis.sejuk kot.wahaha.last-last sampai satu tempat,encek ejang mintak boatman stop skejap bagi chance family aku main air sungai.

rifdi pun masuk jugak.hilang kisah demam dia. -_-"

suka sangat la budak ni dapat main air sungai


gambar tu je dibenarkan.adik aku siap terjun pakai spenda je.tu pun sambil membebel-bebel kata lain kali citer la bleh main air.bleh bawak spare.kuikuikui.

siap main,cepat-cepat kitorang balik plak sebab pikir adik aku punya tiket bas jam 7.30 pm.

after dah berbasah-basahan,semua salin baju nak balik pulak.

pengantin lama sempat buat outdoor photoshoot.
haha

nampak tak gambar aku?
tu..jauh kt bawah.cinonet je.



okay.rumusannya,semua yang pergi kata nak repeat lagi.sronok la tu dah terkena air sungai pahang.hiwhiwhiw..*gelak gedik*

next time kita naik jambatan gantung (walkway canopy) kat Taman Negara pulak ye?



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5.2.13

Doa Selamat

alhamdulillah.selesai sudah majlis kenduri doa selamat & majlis makan-makan di rumah baru we all.wah.mana tak seronoknya,family in law semua datang.yang takde cuma wife iwan je.seronok la sebab diorang bukan senang dapat datang rumah kitorang.lain la abah dengan mak aku sebab ayah mertua i tak pandai bawak kereta.huhu.cuma frust la.datang tak bermalam.malam tu diorang dah balik.

menu hari tu adalah bihun goreng, ayam golek (siapa sampai awal dapat la makan) dengan kuih koci.makanan lain kebanyakannya adalah sponsor macam tembosa frozen family in law aku bawak spesel dari beserah, puding & bubur kacang dari officemate, kak Timah & kuih kasui dari family Long driver.terima kasih tak terhingga pada anda semua.

gambar memang takde sebab aku malas nak carik kamera letak kat mana.nak pegang tab pun malas.haha.gambar yang ada pun yang ni je.

sebelum kenduri.mereka berbasah-basahan mencuci lantai porch

cilok dari instagram adik ipar.aiza.
abah dengan cucu paling bongsu.so far la.

esok paginya.
masih dengan menu petang semalam.haha.

masih meriah dengan budak-budak



pagi tu,entah camne boleh tercetus idea nak bawak the whole family pergi main air kat Kuala Tahan.so,aku pun call la kaki yang berkenaan,kowtim harga nak main air sahaja.nak naik Taman Negara tapi takut tak cukup masa sebab adik aku nak balik naik bas.nasib betul hari tu tiket bas ke KL ada jam 7.30 malam.memang rezeki beliau la.

bila dah confirm tu,bergegas aku masak untuk lunch.settle luncj,bergegas pulak kitorang gerak ke Kuala Tahan.nanti la aku cerita pasal Kuala Tahan pulak.aku nak settlekan minit mesyuarat aku dulu.wahahaha.


p/s : terima kasih buat semua tetamu yang hadir.yang bagi buah tangan pun,banyak-banyak terima kasih.yang datang makan dan puji makanan sedap pun terima kasih sangat-sangat.yang tak puji pun aku tak marah.niat aku nak jamu rakan-rakan semua.terima kasih sebab meriahkan majlis.tq.tq.tq.












٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...