Visitor

14.2.13

keywords

aku agak,aku ni boleh tahan pemalas jugakla orangnya nak buat kerja ofis.

terutama kalau dah mengantuk tahap ketujuh ribu ni.sadis.maka,aku ambik masa untuk ronda-ronda tengok duit pelaburan kat nuffnang.

tengok duit alhamdulillah,boleh tahan untuk blogger yang tak semenggah macam aku ni.lepas tu,terus buang masa tengok keywords.ini memang favorite aku.membaca keywords manusia luar sana yang entah apa-apa.kita mulakan dari sekarang.nak jelas tolong la klik sendiri.jangan nak malas sangat.


bulan lepas :

1. nama gua pilihan terbaik.
2. resepi memang jadi pilihan.
3. tapi badak sumbu? --"


last week :

1. nama aku masih mendahului carta.
2. resepi kek milo tetap jadi pilihan.
3. kisah baby dan bayi juga. *err..bukan ke sama?


this week :

1. masih mengungguli.
2. masih dengan kek milo kukus dan bayi.
3. jozan pun ada?*wah.macam website artis pulak dah*


dan yang terbaru.hari ini :

yang ni paling aku tak puas hati.

1. nama aku bukan pilihan?
2. sampai 2 keywords keluar pasal adik ipar aku.
3. kurang glamour sudahkah aku?





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

bulan itu bulan cinta

setahun sudah berlalu, Februari muncul kembali..

jiwang.jangan tak jiwang!

yes.bulan Februari datang kembali.bagi aku,bulan Februari adalah bulan cinta.eh.
apa ko pikir aku berbahagia menyambut valentine?tidak sekali.dulu masa zaman jahiliah ada juga menyertai.kengkonon nak tunjuk ada couple.huih.

dah jumpa encik suami,kengkonon nak jugak try sambut sekali.konon la.beli coklat Van Houten.aku bagi dia,dia bagi aku.kelakar sangat dah rasanya tu.tak cukup gelihati,aku bagi dia baju Converse,sama dengan baju aku.tapi sebenarnya itu bukan untuk valentine,tapi untuk birthday dia.

sebab aku suka bulan Februari sebenarnya adalah kerana Februari adalah birth month encek ejang dan Februari juga adalah bulan anniversary kitorang.ye.sebab tu aku gelarkan Februari adalah bulan cinta!
takde kena mengena langsung dengan valentine.harap maklum dan makngah ye.


20 haribulan ni encek ejang dah masuk umur 31 tahun.wah.dah tarikh akhir kalendar nampaknya.taun depan umur dah terkeluar kalendar (bak kata yuyunz).

22 haribulan pulak tarikh kitorang diakadkan 5 tahun lalu.

23 haribulan pulak tarikh kitorang disandingkan kat rumah mak aku 5 tahun lalu.

24 haribulan pulak tarikh kitorang disambut di rumah mak mertua aku 5 tahun lalu.

jadi bayangkan betapa indahnya Februari 5 tahun lalu?

ditambah pulak cuti kawen selama seminggu lepas tarikh kawen untuk berbulan madu.

sungguh indah Februari 5 tahun lalu!





maka tahun ini,saya berjanji untuk mengindahkan lagi perhubungan kami seperti 5 tahun lalu sampai bila-bila.sampai akhir hayat kami.sampai ke loh mahfudz.sampai mati.

doakan kami.insya Allah.




p/s : dalam kepala dah ada plan nak hadiahkan apa untuk suami.frust sekali tahun lepas.langsung tak dapat bagi ganjaran apa-apa sebab aku dalam pantang! -- bahahahaha *gelak gatei*



dan di bawah adalah gambar-gambar sebelum kawen.
versi throwback omputeh kata.

ngedate dengan baju yang sama.*kononnn*

sehari sebelum bertunang

zaman dah bertunang

dalam pertunangan

dalam pertunangan



kroihh.kroihhh.kroihhhhhhhh.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...