Visitor

7.3.13

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak

this is my problem when parenting my kiddos.

something good to share, parents!

[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Anak kita adalah cermin diri kita…….. 

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. 

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. 

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. 

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. 

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini. 

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. 

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. 

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

-  @[226730740686902:274:Excel Qhalif]-

 Rujuk sini --->http://www.excelqhalif.com/2013/03/06/mengawal-kemarahan-terhadap-anak-kecil/

Klik sini --> http://www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/

‎[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Excel Qhalif-

Rujuk sini --->http://www.excelqhalif.com/2013/03/06/mengawal-kemarahan-terhadap-anak-kecil/

Klik sini --> http://www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/

    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

6.3.13

Resepi : Orange Cake

semalam memang emo.tetibe tengahari kena balik ambik hasya dan tak masuk kerja petang sebab encek ejang emergency ke kuantan.pajero jabatan rosak kat Jabor.pajero tu on the way ke Dungun.ada la dalam 5 bijik kot sebab ada lawatan ke sana.bullshit.malas nak cerita lebih.

sebab dah berdua-duaan dengan hasya,memang sepenuh perhatian la aku curahkan pada dia.sampai tertido gua cakap lu!lepas tu bila dia dah tido gua jammed.taktau nak buat apa.nak lipat kain takde mood.bukak food network lepas tu berangan nak buat kek.

cepat-cepat google kek apa paling mudah boleh aku buat.yang tak payah pakai mentega/butter sebab takde bahan tu kat rumah.boleh ek?
lepas tu jumpa resepi kek oren kat sini.ingredient pakai minyak.kira settle la tu.lepas tu pakai buah limau sebijik.kebetulan rumah gua memang tak putus buah limau sunquist.kira jadi la ni!

senang gila buat kek ni.cuma tak pasti oven aku okay ke tak sebab last aku guna adalah masa pregnantkan rifdi.dan tu pun aku baru guna sekali,aku bakar ayam nak buat nasik ayam.hebatnya aku ni kan?

so,start buat kek dengan macho sekali.

Resepi Kek Oren
amboi besar font hang!

Sebiji buah limau sunquist (separuh kulit diparut) - tapi aku tak parut.sebab takde pemarut.
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
**Bahan-bahan ni aku blender sampai kembang dan betul-betul hancur

2 cawan tepung gandum
Baking powder

Dan aku tambah sesudu sunquick -- patutnya aku tambah lagi sesudu.baru kaw rasa oren tu.

Cara buat kek :
1. Gaul bahan tadi seadanya sampai betul-betul sebati.
2. Panaskan oven selama 5 minit -- masa aku on plug oven,boleh plak elektrik tendang.hahaha.aku try sekali lagi dan everything is fine.takut jugak -- ohye.lepas tu setkan suhu kepada 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
3. Masukkan kek dalam oven dan .... tunggu je hasilnya.

Bau jangan citer la.memang wangi semerbak!

sebelum bake.loyang kemain besar.
dah masuk oven aku tunggu je
TING!
ok.dah siap baked.berdebar-berdebar.
hasilnya
TADAAA!!
kira jadi jugakla.aku risau kek ni taknak naik je.
aku bagi hasya semalam first slice tu nampak makan dengan bestnya.nak lagi.bagi slice kedua,aku rasa banyak atas lantai lagi dari masuk dalam perut.gua bersabar saja.
kakak aku pulak tengok gambar saje dia bagi 5 star.belum rasa lagi.mesti dia bagi 3 star.wahahaha.bagi aku la,rasa limau tu kurang lagi.maybe limau aku dah tak berapa juicy dah.dahla aku letak minyak tak sampai separuh cawan.maybe tu penyebab kek kering sikit.dan manis pulak bagi aku.patut aku kurangkan sikit gula.kott.hihi..
tapi aku suggest korang try la sebab senang gila.aku boleh buat time anak tido,apetah lagi korang yang free tu.boleh try dan memang sedap.ayat perasan.
aku bawak ke office tadi diorang cakap bleh tempah la kalau camni.wahaha!

    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

5.3.13

Suria Cherating Beach Resort #2

lastweek,aku attend satu kursus di Suria Cherating Beach Resort.yesza.kali kedua aku di situ memandangkan aku pernah dah kursus kat sana tahun 2011 dulu.boleh rujuk post tu.gua takde hal.

HERE!

okay.habis iklan.aku pergi kursus tu sorang je.Kursus SoftSkills.dahla aku sorang je dari jabatan kerja rajin ni.yang lain semua dari PLB,JPS.rabu tu aku sampai,rupanya aku la participant paling awal daftar.sepatutnya check in pukul 3.00 pm tapi jam 11.30 aku dah terpacak di situ.nampak tak komitmen aku di situ?

sebab bilik dah clear,maka aku dapat check in awal.

dah check in,aku ajak driver JJCM ke Kemaman.mau belasah ikan goreng tepung!

sampai restoran favorite,ngamngam kedai baru bukak dan makanan pun sedang dibakar.hebat wohh.

sata - otakotak - pais ikan & pais sotong

makan sampai perut meletup,baru balik hotel.so,sebab kelas mula jam 1.30pm,maka cepat-cepat mandi,solat dan masuk kelas.

sekali lagi aku pecah rekod sebab aku orang pertama masuk dewan.urusetia pun lambat.huih.cemerlangnya aku.nada riak.

lama jugak nak tunggu dewan penuh.agak-agakla kan.dahla orang first touchdown dewan.lepas tu kena tunggu 30 orang lagi sampai.nasib baik wifi laju.mihmihmih.

so,bila kelas mula paham-paham jela.dah tentu sesi suaikenal.dan mula la game pertama.hello.untuk game pertama aku dah dapat gelaran Si Peramah.jadi sila imagine la karakter aku sampai habis kursus.

aktiviti stop pukul 5.dan malam sambung kelas lagi.

siang

malam

kursus memang jenis kursus yang aku suka.jenis penuh aktiviti permainan.bukan jenis kursus dengar ceramah,taklimat,dengar sampai tahap terhantuk kerusi orang depan.sebab tu aku langsung tak pakai baju kurung.dahla aku memang tak berapa rajin nak berkurung.

so,aktiviti malam tu kitorang dapat task macam mana nak bagi telur tak pecah walaupun dilepaskan dari ketinggian 6 kaki.

kitorang diberikan duit untuk beli paper,bakul,getah & polystrene.pandai kau la nak buat camne.so,kumpulan aku beli paper & bakul.jimat dah tu.dan buat camni.

3 bijik telur tu semua tak pecah! awesome la.kalau ikutkan banyak lagi aktiviti tapi aku tak dapek la semua aktiviti nak ambik gambar.kitorang dapat main kapal terbang kertas, pass batang paip jangan bagi jatuh, siap ada slot jadi conductor music macam Ramli MS, dan paling best slot hilangkan stress dengan senaman.ustaz lead kitorang dengan tarian Gangnam.haih.ustaz tu.dahla tu,makcik makcik pun jangan cerita la bergangnam semacam.seronok gila.hilang jugakla lemak 0.5gram.

habis kelas apa lagi.terus terjun tiruk atas katil.dahla aku sensorang je dalam bilik.memang seronok habis la.before tidur tu sempat la tanya kondisi anak-anak.semua dah tido cuma hasya je yang taknak tido.dia berasa aku takde kot.hihih.

pagi yang epik

esok lepas siap breakfast,terus tuju ke kelas.kena cepat dude!..fasi cakap sape lambat masuk kelas nanti dia bagi ganjaran mikrofon.lantak kau la nak nyanyi ke,nak bercakap ke.haaa.aku memang tak sanggup kalau dapat.nanti aku menyanyi langsung fasi takde chance nak bagi motivasi.mihmihmih.

tapi seriusla.hari ni punya game yang last memang bikin hati gua panasss.sampai terpaksa mengadu pada rock.kahkahkah.

lunch

after lunch,kitorang kena check out dah.lepas tu mula la angkut beg ke dewan.

lepas tu sambung kelas petang balik.dan biasa la kalau dah petang,masing-masing dah ke laut dah mood.masing-masing sibuk nak balik.dah macam-macam perangai.sebab tu boleh stress.kalau fasi tu,macam dah kesian sangat tengok sebab dia cuba lagi untuk tarik perhatian participant semua walaupun kepala participant semua dah kosong kosong kosonggg..bak kata najwa latip.

sebab semua dah tahap kronik,cepat-cepat pihak penganjur bagi sijil kat semua orang.dah tak larat dah tengok muka ketat sorang-sorang.

gambar aku jela.gambar orang lain aku malas dah nak upload.
muahahaha.keji.

kemain debabnya aku.chubby.masa aku ambik sijil ni siap fasi bagitau lagi kat semua orang aku bekas student PSDC (pihak penganjur).haih.terus masing-masing waaa.bukan ko study poli ke? *memang persepsi kalau kerja teknikal jabatan adalah datang dari politeknik*.

siap je bagi sijil,terus kitorang dapat balik.ada jugak yang salam-salam,peluk-peluk,cumbu-cumbu dulu dan sempat la tinggalkan contact name untuk bukak facebook nanti.mihmihmih.tak main la tinggal contact number zaman sekarang ni ye?

aku pun,lepas je habis terus blah.babai jela Cherating.nak singgah rumah mak kejap.ku rindu dia.wahahaha.

babai!

    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4.3.13

chaotic kiddos #7

semalam, masa aku rebus jagung untuk santapan petang, aku lepak-lepak dengan anak-anak yang semuanya berlengging pakai diapers selai sebab baru lepas bangun tidur.dan sambil tunggu jagung masak dan tunggu time nak mandi.

kitorang lepak tengok kartun sambil makan kek Apollo.aku suap hasya while haifa makan sendiri.makan semua sepah-sepah la.haiii..kalau budak sedang haifa dengan hasya makan kemas bersih memang excellent betul mak dia jaga.

hasya dah siap makan.tinggal aku nak kemas je.haifa pun nampaknya dah kenyang.masa aku bangun,aku nampak hasya kutip something atas lantai dan makan.lepas tu menangis.aku ni tak siasat terus marah haifa;

"haifa.apesal makan sepah tak kutip balik?adik kutip tu."

haifa pandang aku.pelik.aku pun pelik tengok muka dia gitu.malas nak layan aku pergi kat hasya nak kutip hasil sepahan tu.hasya menangis lagi.

sekali aku tengok,

"woiii...itu taik la dik!"..

patutla menangis.makan taik sendiri.chaih.
serius aku lupa rifdi  dah cakap adik dia berak tadi.sampai terkeluar dari diapers.tercicir pulak tu. --".

    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...